header

header
hairie

CONTEST Saya Suka Jonker Walk

| Thursday, 17 February 2011
Assalamualaikum kepada semua penulis tegar blog! Rasanya baru je tahun ini aku aktif untuk sertai contest/segmen yang ahli-ahli blogger lain buat. Mungkin semester ini praktikal dan tak sibuk dengan assignment. Sekurang-kurangnya, blog aku hidup la jugak dengan benda-benda ini. Kali ni nak sertai aktiviti yang kawan  saya buat yang merupakan blogger tegar dari Melaka dan juga merupakan pengasan blog Hairie Cerulean ini. TERIMA KASIH (^_^) Sila klik sini untuk lawat blog beliau

Aku dah beberapa kali ke Jonker Street ini di mana kali terakhir pergi sini masa buat Kajian Landskap Budaya iaitu semester lepas (06). Apa yang aku buat?selalunya tangkap gambar kat tempat-tempat yang pelik sikit, tengok-tengok baju, belek-belek cederahati yang comel-comel dan banyak lagi. 

Sekarang, aku dah buat keputusan untuk memilih DUA gambar dibawah untuk mewakili yang palimg disukai dan paling tak suka. Jum kita tengok sama-sama.

GAMBAR YANG AKU SUKA

Gambar yang atas ni aku suka sebab, kalau kita cerita mengenai tradisional Melaka, mesti kita akan ingat pasal tangga batu, baba dan nyonya, senibina masjid yang tersendiri dan lain-lain lagi. Okay pasal gambar di atas, cuba kita perhatikan & hayati jubin(tiles) yang bermotifkan flora itu. Kalau kita lihat dekat kawasan ini, seni bina bangunannya  merupakan lebih kepada bangunan lama iaitu hampir menyerupai rumah kedai lama di negara China. Dan dahulunya kapal-kapal dagang dari China datang Melaka membawa banyak barang antaranya jubin inilah. Dan kita data lihat juga jubin-jubin ini di masjid-masjid tradisional negeri Melaka seperti Masjid Tengkera, Masjid Kampung Hulu dan lain-lain. Yang menariknya motif-motif jubin ini kebanyakannya digunakan di negeri Melaka sahaja termasuklah rumah tradisional mereka. Sekaligus jubin tradisional ini menjadi satu identiti yang penting untuk negeri Melaka. Dan ini mewujudkan satu nostalgia/sesuatu yang antik yang tidak dapat di tempat lain.

GAMBAR YANG AKU TAK SUKA

Kenapa tak suka padahal kau suka kucing bukan?Memang la aku suka haiwan peliharaan tapi kalau haiwan ini ada di kawasan macam ni aku terasa kesian sangat sebab susah nak dapatkan makanan dan sering disepak bagi siapa-siapa yang tak suka haiwan ini. Lagipun suasana di sini agak kelam kabut dengan orangnya, kenderaan lagi dan kalau tiba-tiba kucing ni kena langgar, siapa nak bertanggungjawab?dah jadi bangkai dan akan hasilkan bau busuk pulak dah. Lagipun secara keseluruhannya kawasan ini jual cenderamata dan sukar bagi kucing ini makan. Kalau terbiar dan berjalan-jalan di kawasan ini akan mencacatkan pemandangan tradisional Jonker Walk ini. 

Itu sahaja komen dari aku mengenai 2 gambar di atas. Tak salah kalau kita mencuba kan. Kalau ada rezeki, adalah rezekinya. Kalau tak ada kita cuba lagi asalkan kita mampu ok!


7 Readers:

{ mesmerising_wan } at: 18 February 2011 at 00:34 said...

erm khairi, mcm tertinggal sesuatu.. hehe
link to my blog mane?? hehe...

~karangan tu,, hehe

{ hairie } at: 18 February 2011 at 09:16 said...

ahahha....lupe plak! jap aku edit blik...tmbh link...TQ

{ aida4eva } at: 3 March 2011 at 20:28 said...

gud luck :)

{ nuralynZAKREE } at: 6 March 2011 at 02:51 said...

gud luck (=

{ mesmerising_wan } at: 8 March 2011 at 03:24 said...

u r the winner!!!!!!!!!
congratulations!

{ ~aYeeN & SuE~ } at: 8 March 2011 at 09:13 said...

nice post..

{ hairie } at: 8 March 2011 at 14:01 said...

wan: thanks..dh bnyk kali cube..then kali ni menang plak..huhu.. (^_^) suke very2 suke sgt2..hehe

sue: haha...thanks! just try je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean