header

header
hairie

CoverGIRL DARA.COM | Lynda Roslan

| Wednesday, 16 February 2011
Hari ini aku tumpang gembira dan nak rasa tempias glamour sebab berkawan dengan orang yang mula nak popular. POPULAR KE KAU??!!haha.. agak kurang sopan di situ ye sebagai pembuka kata. Tak baik untuk kesihatan, jadi kena minta maaf..

Inilah muka hadapan majalah Dara.com edisi Mac 2011. Dulu budak ni nampak biasa je 
tapi lama-lama ambik ko! semua orang cemburu kan..
 
Ceritanya, si Lynda Roslan jadi penghias muka depan bagi majalah DARA.COM edisi Mac 2011 tapi sudah berada di pasaran sekarang ini. Begitu pantas! Apa lagi tengahri tadi cuba cari dekat kedai-kedai jual majalah di TTDI Jaya tapi tak ada. Tengok dekat Giant Stadium pun tak ada masa balik kerja tadi. Tak apa, masa panjang lagi dan pastinya majalah tu takkan habis dengan cepatnya. Tadi selepas makan malam dengan sepupu-sepupu aku di Pak Su Corner Seksyen 18 terus pergi kedai sebelah Medan Selera Sekyen 2.

Ruangan Isi Kandungan yang mana gambar ini hampir dikalahkan oleh 
gambar model-model di Masjid Wilayah. Ada nampak tak?

Akhirnya, dapat jugak dan banyak lagi. Jangan risau, insyaallah esok kalau korang berkesempatan silalah cari di kedai-kedai terdekat. RM5.00 sahaja bersamaan dengan harga tambah nilai telefon anda. Tengok muka depan, bukan baju biru seperti yang dijangkakan sebelum ini. Pelan sudah tukar ke, orang Karangkraf?..

Inilah dia cerita mengenai Lynda yang secara keseluruhannya kena dengan dirinya 
dan ada setengahnya aku tak pasti. Betul kot tapi apa yang penting dia dah masuk dalam majalah ini.
Anda bagaimana?
 
Memang teruja nak baca apa yang ada di dalam. Nak tau tak apa yang diorang tulis kat muka depan? LINDA, cintai bidang landskap. Tersenyum lebar disitu bila membacanya walaupun agak kurang manis ayat tersebut sebab rasanya macam terlalu ringkas pula. Tak apa, kita baca yang kat dalam pulak. 

Anda cinta bidang yang anda ceburi sekarang? bak kata Lynda, Cintai bidang landskap..WAJIB ye!

Sampai je, dah rasa nak ketawa sorang-sorang. Memang lucu ayat-ayat yang diberikan. Ada perkara yang aku tahu dan aku tak tahu. Biasalah hal perempuan takkan aku nak menyibuk je kan. 

Korang bacalah sendiri apa yang ditulis dlam ruangan berwarna warni tu. Pastikan anda
dalam suasana nyaman dan tenang serta gembira untuk membacanya kerana anda 
akan ketawa secara tiba-tiba ok (^_^)
 
Apa pun, Lynda agak berjaya mempromosikan bidang Seni Bina Landskap kami yang dikatakan ketinggalan dan tak laku di pasaran. Orang lain yang kata la! Tapi aku nak betulkan ayat sikit kat sini. Kami di bidang Seni Bina Landskap bukan hanya bermain dengan pokok dan tanah seperti yang diperkatakan dalam artikel tersebut. Bidang kami memerlukan kami untuk menyelesaikan masalah yang ada di tempat tersebut. Macam mana tanah terbiar boleh dijadikan kawasan taman rekreasi, bangunan konkrit boleh menjadi hijau (mesra alam) dan banyak lagi. 

Sila hayati prinsip hidup beliau. Adakah anda begitu juga?
 
Apa pun, terasa bangga ada kawan sekelas yang masuk dalam majalah walaupun majalah ini tak sepopular majalah MANGGA tapi itulah harapan seorang wanita cantik di mana satu hari nanti mungkin ada peluang untuk keluar di muka hadapan media cetak negara. TAHNIAH Lynda (^_^)

OK! anda dah cantik

10 Readers:

{ Nur Eyda } at: 16 February 2011 at 23:14 said...

yeAH! akhirnya!..terkeluar jugk akhir nyerrr!!!.hik3

{ hairie } at: 16 February 2011 at 23:18 said...

ahahaha....yesssss

{ CikHanis } at: 16 February 2011 at 23:20 said...

prinsip hidop paling membina.siyesssssssssssssssss!^_____________________^

{ hairie } at: 16 February 2011 at 23:29 said...

ahahhaah..ye la....btol la ape yg die katew tu....mencuba sesuatu yg bru..hahaha....

Anonymous at: 16 February 2011 at 23:34 said...

kak lynda!! fuyy00!

{ mesmerising_wan } at: 17 February 2011 at 00:17 said...

idopp landskap !!! lynda i like u,, ahaha

{ Lady Leaya } at: 17 February 2011 at 09:17 said...

muahaha...muhahahahahahaha

{ hairie } at: 17 February 2011 at 09:17 said...

cintai bidang landskap....hehehe

saiful suffian at: 20 February 2011 at 03:51 said...

dah lama rasanya aku x contact dgn ex.batch aku ni..byk lak benda baru.sedih gak rasanya (sbb asyik lambat kene up date).huhu.. anyway, Semoga korang jadi landscape Architect yg sangat2 berjaya. For Lynda Miss n Congratulation!! he..

{ hairie } at: 20 February 2011 at 08:42 said...

ahaha...but cmane ko ley dpt link ni?haha..ape pn, kitorg ni slalu jgk ckp psl ko..mane ko pg, wt ape, ape cite..hahahahha.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean