header

header
hairie

Kunci Paling Penting Dalam Hidup

| Tuesday, 15 February 2011
K U N C I

Kali ni nak sertai segmen kedua anjuran Encik Amal Espraza mengenai kunci. Kalau tak ada kunci kita tak boleh nak masuk rumah secara halal, tak boleh bukak laci, tak boleh nak hidupkan enjin kenderaan. Jadi, tergantung macam tu je la. Aku nak cerita mengenai kunci ni secara terus iaitu kunci yang digunakan setiap hari bukannya cerita kunci yang susah orang nak faham (^_^)

Kebiasaannya aku akan bawa 2 set kunci setiap hari sama ada untuk pergi kelas/kerja/jalan-jalan. Kenapa dua? 1 set untuk kunci rumah dan 1 set lagi untuk kunci motosikal. 

Kunci rumah tu paling berat sebab semua pintu rumah ada kunci masing-masing. Pintu pagar depan, pintu belakang, pintu masuk, bilik tidur dan macam-macam lagi lah. Yang penting, cukup 1 set kunci tu dan aku tak perlu susah nak pinjam kunci kat kawan-kawan serumah ni. Kan senang ada kunci sendiri (^_^)

 Kalau keluar, mesti bawak semua ni. Mana tau kalau balik lewat dan tak ada orang kat rumah. Tak payahlah nak menyusahkan orang lain dan menyusahkan diri sendiri. 

Set kunci motosikal ni pula lebih kepada ciri-xiri keselamatan. Ada kunci mangga tau tapi jarang sekali guna. Kalau kat tempat-tempat PANAS je baru la pasang lengkap! Motosikal ni bukannya beli pakai duit aku sendiri. Ayah yang belikan. Lagipun sejak sambung belajar kat Shah Alam ni aku duduk luar, jadi bila ada motosikal sendiri, senanglah nak gerak ke sana sini. KONSEPNYA, tidak menyusahkan orang lain. Jadi kunci-kunci inilah yang melindungi mtosikal daripada terjadinya perkara yang boleh menyebabkan aku susah hati.

Yamaha LC135 pilihanku

Itu sajalah yang aku nak cerita pasal kunci yang selalu duduk dalam poket seluar aku bila berada di luar. Segala-galanya cukup. Dan setakat ni alhamdulillah, aku belum pernah tertinggal kunci ataupun hilang sebab semuanya duduk dalam 1 kelompok yang besar dah susah nak hilang.


Dan aku harap dengan kunci-kunci yang aku ada itu, insyaallah masa depan aku nanti akan menjadi lebih baik. Kita doa bersama-sama (^_^) 
UNTUK BERJAYA, PERLULAH USAHA YANG LEBIH SUPAYA  APA YANG KITA IMPIKAN AKAN DAPAT DICAPAI DENGAN JAYANYA ..usaha yang terbaik adalah antara kunci yang utama (^_^)





0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean