header

header
hairie

Menikmati keindaham alam

| Thursday, 17 February 2011

Kali ni nak kongsi mengenai beberapa helaian imej alam yang penuh dengan keindahan. Segala-galanya selepas penat berada di pejabat dan belum sempat menjejakkan kaki di rumah sewa, terus je memecut laju ke kawasan tapak pembinaan yang terletak di belakang kawasan rumah sewa kami (^_^). 


Kononnya nak lepaskan tekanan padahal masa dalam perjalanan balik dari pejabat tu ternampak cahaya matahari di sebalik awan yang agak berkepul macam asap lori dan sinaran cahayanya keluar di celah-celah awan tersebut. Malangnya, pemandangan indah itu dah terlepas tapi masih boleh dapatkan sudut yang terbaik. 


Aku tak tahu apa nama gambar ni selepas di edit. Orang sekarang cakap pasal HDR. Apa benda HDR tu?yang aku tahu, awan jadi gelap dan semua gelap..mungkin agaknya tapi kalau nak tahu tanyalah siapa-siapa yang berpengalaman luas dalam bidang fotografi ini. Aku?saja buat aktiviti sampingan dan suka-suka.


Aku dah terbiasa dan membiasakan diri untuk edit gambar ni menggunakan Adobe Photoshop dan inilah hasilnya walaupun tak sehebat di antara yang terhebat. Apa pun, aku berpuas hati dengan apa yang aku buat dan mungkin ada yang tak suka dengan cara editing aku ini. Tapi tak apalah, proses pembelajaran lagi kot. Bukannya boleh terus hebat pun.

Kenapa awan? sebab awan-awan inilah yang menjadikan sesebuah tempat itu menarik dan berisi dan menghasilkan suasana 3D dan tak membosankan. Pergerakan awan ni mewujudkan perasaan teruja dan juga unik. Itulah hebatnya ciptaan Allah. Subhanallah..

3 Readers:

Anonymous at: 17 February 2011 at 19:26 said...

cantek la k0 snap gambarrrr.......

{ hairie } at: 17 February 2011 at 22:24 said...

ahaha..sdg mencari2 n mncube tngkp gmbo yg trbaiik..huhu...TQ

Anonymous at: 17 February 2011 at 22:33 said...

aku penah g cni kalu x salah aku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean