header

header
hairie

Putrajaya dalam hujan

| Monday, 7 February 2011

Hari Ahad 30 Januari 2011, hjan sepanjang hari dan  membantutkan pergerakan manusia untuk menjalani kehidupan seharian macam biasa. Perancangan kami pada hari itu tidak berjalan dengan lancar. Segala-galanya basah tapi masih boleh bergerak. 

terpaksalah berpayung tapi masih boleh jadi cantik..

Lokasi: Taman Wetland

Jambatan tu macam suasana di negara China kat dalam kawasan taman-taman tradisional mereka.

Tujuan utamanya, untuk berjalan tangkap gambar bagi mengasah skil yang dah di kawasan terbuka di Putrajaya yang sangat cantik ini. Macam dalam sebuah kota besar zaman dahulu. MUNGKIN. Tapi disebabkan hujan yang tak berhenti kami terpaksa menukar pelan masa tu juga. Pelan B yang dah dipikirkan sebelum pergi tak sempat dilaksanakan dan tak terpikir pun jadi terpaksalah cari pelan C. 

Karaoke zaman sekarang di Alamanda yang tak best. Dulu 1 lag RM1.50, sekaran 1 jam RM33.00. 
Kurang berbaloi tapi suasana memang eksklusif. 

Gaya yang sama tapi aktiviti berbeza






Setelah berpusing sebanyak 3 kali kalau tak silap kat bulatan paling besar tu, akhirnya kami ambil keputusan masuk je dalam Alamanda. Makan dan karaoke. Semudah itu pelan kami. Dengan harapan selepas ni, hujan akan berhenti tapi malangnya harapan tinggal harapan. Hujan berterusan hingga lewat malam kan. 








apa pun sebelum balik tu singgah kejap di Taman Wetland. Dapatlah tengok Swan yang sedang berenang dengan malasnya. Kitorang kutuk Swan tu sebab dia tolak sekali sekala je kakinya untuk berenang. PEMALAS!haha tapi memang menenangkan kalau tengok burung-burung yang ada kat tasik tu. Cantik (^_^)





Inilah Swan yang pemalas tu. Kalau tengok dekat-dekat anda boleh lihat bagaimana ia menggerakkan kakinya untuk berenang. Hanya sekali dayung sahaja dah boleh gerak jauh.

2 Readers:

{ AizA Si LovEmoNEy } at: 12 February 2011 at 13:14 said...

bestnya putrajaya

{ hairie } at: 12 February 2011 at 18:13 said...

hoho...tp hujan..so agenda trgendala jap..huhuhuuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean