header

header
hairie

Seksyen U12 Desa Alam

| Sunday, 6 February 2011
Cerita bermula apabila balik dari tempat kerja. Tengok jam awal lagi baru 6.20 petang. Sempat lagi kalau nak jalan-jalan pusing naik motosikal! Jadi apa lagi sejak dah jadi penghuni seksyen U12 ni jarang sekali pusing-pusing tengok kawasan sekitarnya yang dah semakin naik secara perlahan-lahan tapi lebih laju daripada siput bergerak. 

Pusat bandaraya Shah Alam Seksyen 14

Kalau yang tak tahu tu, Seksyen U12 terletak bersebelahan dengan Seksyen 7 yang hanya dipisahkan dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) yang menghubungkan Pelabuhan Utara, Meru, Kuala Lumpur dan juga siapa-siapa nak balik kampung ke utara ataupun selatan sebab lebuhraya ni dihubungkan dengan Lebuhraya ELITE dan Lebuhraya Utara Selatan PLUS. 

 Di sekitar kawasan rumah flat yang masih dalam pembinaan lagi

 
Berbalik kepada Seksyen U12. aku baru je menyewa rumah teres di kawasan ini hampir setahun. Kelebihan? Jauh dari kesibukan dan bunyi bising kenderaan pada waktu siang dan malam, kawasan yang agak sejuk pada waktu malam dan ini sahajalah pilihan yang kami ada untuk menyewa rumah. 

Nampak macam nak buat kilang tapi rasanya lokasi ni di tengah-tengah kawasan perumahan
 
Nampaknya semakin membangun kawasan ini tapi rasanya untuk perumahan sahaja agaknya. Untuk perindustrian mungkin ada juga tapi mungkin jauh sedikit dari kawasan perumahan. Apa pun selagi belum ada pembangunan yang rancak kita haruslah menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan ini. 


Cuba anda duduk sorang-sorang kat sini dan kemudian anda perhatikan kawasan sekeliling anda. apa anda rasa. Tenang?suka?cantik?..bagi aku sekarang ni kawasan ni masih lagi boleh dikatakan cantik walaupun banyak bukit dah ditarah dan diratakan. Tapi ada sesetengahnya masih bernilai untuk dijadikan lokasi penggambaran dan juga aktiviti lain. Anda suka?saya suka..

Di penghujung jalan berhampiran dengan pencawang TNB tu ada sebuah kilang tapi tak tahu kilang apa. Nak kata kilang simen macam tak simen, kilang arang mungkin tapi entahlah.

 Dari sini dah nampak pencakar langit pusat bnadaraya Shah Alam dan juga UiTM Malaysia. Yang paling jelas Fakulti Kejuruteraan dan juga Menara SSAAS. FSPU mane?ada dibalik kawasan hijau.

Kalau nak pergi JJ Bukit Raja, kat sinilah jalan paling dekat (^_^)

6 Readers:

{ Nur Eyda } at: 6 February 2011 at 22:13 said...

kery...i like ur pic style!!..ko edit guna teknik ape haaa???kongsi skit....

{ hairie } at: 6 February 2011 at 22:25 said...

ahaha.nor! adobe je la...mule2 pilih gmbo dulu..then./.ko pg taskbar, klik kt image - adjustment - shadow/highlight..then ko main2 je kt situ..try mane yg best..hoho...lg 1 gmbo tu kn kalau bnyk awan kepul2 lg best...bru ley wt efek..hee

{ msi.my } at: 6 February 2011 at 22:39 said...

ingat pergi buat site.heh.btw,very well captured! =]

{ hairie } at: 6 February 2011 at 22:42 said...

haha...sharoll site blkng umah je ni..saje jln2 mase boring..hehe... ni pn saje try2 amik gmbo...heheh.. THANKS sharoll (^_^)

{ Hanim Mahali } at: 7 February 2011 at 13:07 said...

nice picture... pandai edit... tak reti lorh nak edit ngedit...

{ hairie } at: 7 February 2011 at 13:54 said...

thanks...ni pn just edit mane yg tau je..ade lg member yg pndai edit lg cntik dr aku..huhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean