header

header
hairie

SESI FOTOGRAFI 2 : Bersama LYNDA di Putrajaya

| Tuesday, 22 February 2011

Selesai je makan tengahari di Seksyen 2 selepas sesi fotografi Anis, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya untuk sesi fotografi Lynda pula. Jam 4 petang perjanjiannya tapi kami lewat dalam 20 minit atas sebab-sebab tertentu. 


Lokasi : Sekitar Bangunan Perbadanan Putrajaya & Istana Kehakiman
Waktu : 4.30 petang hingga 9.00 malam
Jurugambar : Mohd Najib / Abg Ajib
Jurusolek : Puteri Mona Roziana
Tema : Gaya Moden Timur Tengah 


Sampai sahaja di kawasan berhadapan Perbadanan Putrajaya, aku diperkenalkan dengan seorang lagi jurufoto daripada Kementerian Pelancongan Malaysia iaitu Mohd Najib@Abg Ajib. Nampak mesra dan tak sombong. Itu yang aku suka, lagipun beliau ni orang kampung kami, asal dari Kluang. Apa pun, sampai sahaja, Lynda dah kena solek oleh kakak saudara beliau sendiri iaitu Kak Put dan juga pembantu beliau. Kami bertiga, menyimpang seketika, nak rehatkan minda dan sembahyang di Masjid Sultan Mizan. Subhanallah, sungguh tenang suasana di dalam masjid tersebut. 

Sebelum sesi fotografi mestilah kena solek bagi naik seri muka model ni. 
Jam 5.30 petang kami kembali ke tempat Lynda tadi, dan aktiviti solek menyolek belum selesai lagi. Biasalah, kalau benda-benda macam ni memang lama semata-mata nak dapatkan hasil yang terbaik. Yang penting aku suka! Aku meminta kebenaran untuk memegang kamera Lynda dan hasilnya, aku berjaya tangkap banyak gambar di sebalik tabir mereka sebab aku tak mahu kacau sangat kerja-kerja depan tabir. Cukuplah orang macam aku ni hanya untuk berjinak-jinak dahulu (^_^) 

Inilah Abg Ajib selaku jurufoto pada sesi petang tu. Beliau kini bekerja di Kementerian
Pelancongan Malaysia sebagai jurufoto di Unit Perhubungan Korporat. Nampak macam biasa je
orangnya. Tak kekedut ilmu. Siap nak bagi pinjam telehpoto dia yang panjang tu tapi aku
tolak sebab belum bersedia untuk menggunakannya (^_^)

Lihatlah gaya jurufoto yang tersendiri dan menghasilkan kualiti gambar yang hebat. Model tu 
dengan yakinnya berdiri di tengah-tengah kawasan lapang ini tanpa segan silu sebab nama pun 
dah model kan, buat apa nak malu. Apa pun, ramai yang melihat sesi fotografi ini dari
jauh dan dekat siap ada yang tangkap curi-curi lagi. 

Sebagai model yang cantik, perlulah ada sifat keyakinan yang tinggi dan memberikan kerjasama
dengan para jurufoto. Nanti kalau korang buat hal, jurufoto akan cop anda sebagai model tak 
ada disiplin. Gambar ini diambil di hadapan pintu masuk Istana Kehakiman. Aku ambil 
sekadar yang aku suka sahaja dan selebihnya biarlah jurufoto bertauliah 
yang menjalankan tugas penting!
Gambar yang ini hasil daripada jurufoto itu sendiri dan 'editing juga dilakukan oleh beliau.
Inilah yang dinamakan kepuasan apabila hasil yang keluar sangatlah cantik dan tersendiri. 
Sebenarnya aku suka latar belakang gambar ini. Pantulan awan pada cermin tersebut 
menjadikan gambar ini lebih eksklusif dan hebat. 
  
Putrajaya memang cantik dan sesuai untuk siapa-siapa nak bergambar kenangan tak kisahlah untuk pasangan yang baru berkahwin, gambar keluarga, kawan-kawan dan juga haiwan peliharaan. Kalau nak lagi hebat, anda cari la kawasan atau celah-celah bangunan yang nampak macam anda berada di luar negara. Kan best dapat pujian secara percuma & secara tak langsung orang yang tengok gambar itu akan cemburu sebab korang dah sampai luar negara. Kenapa tidak kan!

 Jurusolek, Kak Yong Putri dibantu oleh Kak Linda memperbetulkan set kepala Lynda yang 
jatuh. Baru je buat untuk sesi berjalan berangan pada cermin dah jatuh. Nampaknya kena 
kukuhkan lagi set kepala yang nampak sarat tapi cantik dan unik.

Inilah sesi yang pertama sekali. Biasanya kamera kalau lensa panjang ni akan tangkap 
bahagian dada ke atas atau pun fokus kepada muka model tersebut. Ini berdasarkan pemerhatian
aku la. Lensa kamera Lynda ni tak boleh zoom dari jauh sangat. Kalau nak gambar muka sahaja, 
kena la datang dekat tapi itu kerja jurufoto bukan aku & aku hanya untuk belajar
sedikit demi sedikit sahaja (^_^)

Nor dan Anis yang kepenatan setelah selesai sesi pagi tadi hanya setia untuk duduk di 
sofa yang empuk macam donut berperisa gula. Lagipun mereka ni kena jaga 
barang-barang make up untuk sesi petang ni.

Tak perlu tangkap dekat dengan muka model, dari jauh lebih 5 meter pun okay jugak.

Gaya seorang model yang penuh keyakinan (^_^) Lynda ni pelik tau! masa aku nak tangkap
gambar dia semua gaya die tak cantik & buruk. Tapi bila jurugambar rasmi tu suruh, 
hambik ko! bukan main manja lagi tau!haha..

Aku tak pasti dengan gambar ni sebenarnya. Jika anda lihat kain merah jambu yang melayang itu, perlu ke nak ambik sampai hujung kain tu ataupun sekerat macam gambar di atas sahaja?kalau aku aku suka sekerat macam ni, jadi hujung kain yang melayang tak kemas tu tak nampak la sangat (^_^)

Gambar yang ini aku suka senyuman Lynda. Selalunya memang liat nak tunjuk gigi. Bak kata Abg Ajib tu, jangan kedekut! padan muka kau Lynda kena sentap dengan jurugambar kau sendiri.. (^_^)  Yang ini aku ambil kesempatan sekejap sementara yang lain sedang berbincang. Aku suruh la Lynda berangan sekejap. Dan menjadi jugak kot!

Fungsi Kak Yong, sedang memegang flash kamera bagi mengelakkan bayang-bayang gelap yang terhasil akibat pantulan cahaya matahari. Itulah sebenarnya dunai fotografi, macam-macam benda pelik yang dibuat tapi hasilnya HEBAT beb!


Sebelah malam selepas maghrib sesi disambung lagi dengan suasana gelap-gelap romantik tak berapa nak terang. Waktu malam aku tak berapa pandai untuk dapat sudut yang cantik, jelas dan terang tanpa menggunakan flash. Sebab, bila guna flash, secara automatiknya gambar akan gelap di bahagian belakang subjek tapi akhirnya aku berjaya mendapatkan gambar yang aku suka (gambar sebenar waktu malam mengikut suasana) setelah berkali-kali menggodam kamera Lynda ni. Main ISO, aparture 1/20 dan pakai Manual.

Inilah muka-muka yang setia bersama jurufoto-jurufoto yang hebat dan juga tak kedekut ilmu. Masing-masing penat tapi kurang jelas kepenatan kami sebab masing-masing dapat pengalaman berharga walaupun baru sehari bersama. betul tak awan-kawan. Jadikan sesi hari ini sesi paling best dan menbuatkan anda rasa untuk jadi jurugambar profesional (amboi! besar hajat kau!)

Walaupun gambar ni gelap, tapi aku suka sebab menunjukkan suasana malam yang sebenar di tempat itu. Tapi secara profesionalnya, tak sesuai untuk dijadikan gambar rasmi ataupun untuk dijual sebab aku rasa kalau tunjuk kat jurugambar ni, mesti kena hentam dush! dush!.. 

Fungsi speedlight yang mudah. Kamera dari sebelah kanan manakala speedlight di 
sebelah kiri. Jadi gambar akan jelas sepenuhnya tanpa bayang-bayang cacat.


Semakin gelap hari, semakin ramai orang yang berkunjung ke kawasan kami ini. Maklumlah ada padang dan cahaya lampu. Keluarga boleh bawak anak-anak main lari-lari, yang kawan-kawan boleh ambil gambar syok sendiri, yang jurugambar lain tangkap subjek sendiri dan lain-lain lagi. Kami sentiasa 'dihiburkan' oleh bunyi-bunyi burung yang berulang kali (bunyi sama) ala-ala dalam hutan tebal agaknya tapi kurang berjaya sebab membingitkan suasana. Lagipun suara burung tu diulang banyak kali, bukan menghiburkan malah menyakitkan telinga agaknya.

Berehat sebentar untuk memperbetulkan punggung yang senget
dan juga gincu yang dah bersepah.

Bersiap untuk sesi berikutnya yang hampir selesai

Nampak berisi bila senyum dan solek macam ni tapi masih cantik

Sempat lagi tunjuk muka penat

Teman-teman serumah model merangkap pembantu tak tetap. Tetap
senyum walaupun kegigihan sejak dari pagi.

Ini gambar hadiah untuk kami ikhlas daripada pasukan/team jurufoto untuk sesi itu. Yang seronoknya, selepas ini kalau ada apa-apa sesi fotografi dengan Lynda, Abg Ajib & Kak Yong Putri ajak ikut sertai mereka sekali dan dari situlah kita boleh belajar teknik solekan sempurna dari Kak Yong serta teknik mengambil gambar daripada Abg Ajib. Insyaallah jika ada masa, kami akan ikut sekali (^_^)

Kalau korang nak tengok selanjutnya mengenai Abg Ajib dan juga Kak Yong, silalah rajin-rajin klik link kat bawah ni. Selamat berhibur (^_^)
            Jurusolek (Kak Yong) :  http://www.puterimonaroziana.blogspot.com/
               Jurufoto (abg Ajib) :  http://www.criticalphoto.blogspot.com/

HUJUNG MINGGU YANG SEMPURNA DAN HEBAT (^_^)

9 Readers:

{ miss lynda } at: 22 February 2011 at 17:50 said...

yess!!

Anonymous at: 22 February 2011 at 19:40 said...

like!

{ hamzah ian } at: 23 February 2011 at 14:53 said...

seyesly model ni mmg cun.. ko ambik gmbr pun cun gak.. nice!!

{ nazihah ahwan } at: 23 February 2011 at 20:10 said...

cantik la gamba2 yg awk amek.. hehe.. teruskan usaha..

{ hairie } at: 23 February 2011 at 23:11 said...

hamzah: Thanks hamzah..sgt2 mghargai komen kamu itu..hehe..sbnrnye saya hanya join utk blkng tabir memandangkn model tu kwn saye..huhu...die yg ajk n die bwk kamera skali so saya tlng ambik gmbo die je la...bukn jurugambar rasmi tau saya ni...hehe

nazihah: Trima kasih..(^_^) tngkp gmbo boleh hilangkn strees taw...suke sgt2..huhu

{ TH } at: 24 February 2011 at 15:56 said...

hehe..nak gak gambo yang chun chun camtu...ajar aaaaa

{ hairie } at: 24 February 2011 at 20:51 said...

TH : cntik ke?trime kasih sgt2...aku hargai komen ko tuu...jujurnya aku memg suke ambik gmbo lagi2 kalau aku dpt pgg kamera besar mcm kt atas ni..tp gmbo2 ni, dr kamera puan pnye model la..bukn aku pnye..aku xde bajet utk bli kamera tu..hehe

aku kne ajr ko amik gmbo ke?haha..aku pn just ambik dr sudut mana yg aku suka ..aslkn gmbo tu cntik n aku suke...hehe..lg 1, kalau dh pgg kamera beso ni rasanya lain sikit taw...hee..over sikit..hahaha

{ Za } at: 21 December 2011 at 07:55 said...

i like the way uols...expree the object hehehe... :D pasni za dtg lg

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 21 December 2011 at 08:25 said...

Za; hoho thanks! (^___^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean