header

header
hairie

Mee Siput @ Mee Keras yang sedap

| Wednesday, 30 March 2011
Assalamualaikum kawan-kawan, aku nak cerita mengenai makanan yang mungkin agak pelik bagi mereka yang bukan warga Johor. Apa namanya? ada yang panggil Mee Siput dan ada juga yang panggil Mee Keras. Apa nama sekali pun, ia tetap akan masuk dalam mulut juga kan. 

Inilah dia mee siput a.k.a mee keras

Aku tak pasti mee siput ini diperbuat dari bahan apa tapi korang bayangkan sahaja mee besar tu kemudian dikeringkan sehingga menjadi begini. Gambar atas ini rupa mee keras yang telah digoreng. Tapi apa pun, ia tetap sedap.

Mee siput cicah sambal kicap
Aku rasa mungkin di kawasan negeri Johor sahaja yang tahu mee siput ini sebab dulu masa diploma di Perak, kawan-kawan aku yang bukan dari Johor pun tak tahu apa benda nama makanan ini. Tak tahu nama tapi mulut tu makan sambil bercakap je. Maknanya sedap la mee keras tu kan. 

Inilah suasana sebahagian daripada pemandangan meja di ruang tamu utama. Penuh dengan 
kuih kampung semua. Yang pastinya, yang paling depan ni mee siput wajib ada (maaf, gambar separuh je)
Biasanya, waktu perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri, mee siput ini menjadi senarai top 10 senarai kuih wajib di rumah aku. Kalau tak ada memang aku yang kena sound dulu dengan bapak aku. Sebab, dialah yang mencetuskan idea mee siput ini sebagai antara makanan untuk tetamu datang dan aku yang jadi tukang isi, makan, dan isi serta kemas. Sampai sekarang mesti ada atas meja bila waktu hari raya. Rumah aku waktu hari raya memang banyak kerepek dan kurang biskut raya sebab kerepeklah yang paling laris termasuklah tuan rumahnya yang makan sambil menonton televisyen.

Sedap sampi tak sanggup nak jilat jari sebab sambal tu pedas sangat!
Ada yang makan mee siput ini macam tu sahaja tapi aku lebih berselera apabila dicicah dengan sambal kicap yang pedas. Semakin pedas semakin sedap tapi akibat mulut ini tak tahan pedas sangat terpaksalah berhenti dan kemudian sambung semula. Ada kalanya, dah pedas sangat pun main masuk je dalam mulut mungkin sebab sedap sangat kot!. 

Kalau zaman sekolah dulu biasanya aku beli dengan sambal merah/sambal telur/sambal nasi lemak. Sedap je kalau cicah sambal ini. Dulu kalau tak silap harganya RM0.30. Sekarang aku tak pasti ada jual lagi ke tak. 

Sempat makan juga walaupun dalam waktu pejabat (^__^)
Dan apabila aku dah bawa ke Shah Alam pun, ada juga yang tak tahu mengenai mee siput ini. Tak apalah, yang penting korang rasa dulu kemudian baru tahu apa rasanya.

Dapat saman dari MBSA!

|
Ini kes Anis dapat surat saman dari MBSA sampai ke rumah di kampungnya! Dan kemudian hati aku terdetik untuk tengok juga sebab aku pernah dapat kertas bertulis tak tau nak panggil saman ke surat cinta sebab kalau surat saman mesti dia tulis nilainya berapa kan. 

Selepas memasukkan nombor kenderaan dan juga IC (gigih sangat nak bagi no IC) maka keluarlah page di atas dengan bangganya berlatarbelakang warna biru. Senyum..tak perlu kata apa-apa (sambil nyanyi). Tak terkejut sangat sebab dah jangka mesti kena bayar ni. 

Apa yang aku buat salah?? Aku parking motosikal di tempat yang tak sepatutnya. Tak sangka pula kena saman. Semuanya berlaku di Kompleks PKNS apabila aku sedang gigih untuk mencari kedai yang buat blueprint tapi tak jumpa. Keluar sahaja dah ada kertas dalam bakul dan aku cuba tengok motosikal lain yang menggunakan nombor pendaftaran negeri Selangor, mana tahu diorang ini tak kena tapi kena juga. Dengan selambanya depan orang MBSA tu aku sibuk nak tengok motosikal orang lain. Lantaklah, kau dah sama aku dah la.! 

Inilah akibatnya kalau salah letak motosikal

Perak haramkan POCO-POCO?

|
 Terima kasih encik google
 
Aku baru sahaja terbaca dalam suratkhabar Kosmo! (Kosmo online)pagi ini. Antara berita yang menarik yang inilah mengenai Jawatankuasa Fatwa Perak telah mengharamkan tarian poco-poco yang suatu ketika popular di kalangan warga UiTM Seri Iskandar setiap kali ada peristiwa besar. Maksudnya, aku dah pernah menari jugalah, iaitu sewaktu Minggu Mesra Siswa masa mula-mula bergelar mahasiswa UiTM. 

Ini surat mengenai pengharaman tersebut. Terima kasih encik Facebook
 
Sebab pengharamannya kalau berdasarkan apa yang aku baca, tarian ni macam menyerupai agama lain (kristian) dan juga terdapat unsur pemujaan roh. 

Kalau dah macam itulah sebabnya, memang patut diharamkan sebab kita sebagai umat Islam diharamkan untuk menyerupai agama lain kan. Jadi, sebelum orang-orang kita ini makin sesat jauh, baik kita haramkan awal-awal. Satu tindakan yang bagus yang dilakukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kerana peka terhadap perkara-perkara sebegini. Harapnya, selepas ini akan bertambah lagi pengharaman terhadap benda-benda yang haram yang kita belum sedar lagi tentang haramnya.

Nak Join Bloglist Irma A. Wahid

|
Assalamualaikum kawan-kawan. Hanya nak buat entri ringkas sahaja khas untuk Cik Irma A. Wahid. Beliau ni yang nak jalan-jalan ke semua ahli blogger. Katanya, blog beliau ni tak popular (padahal follower dah lebih 300) tapi tengoklah nanti lama-lama popular juga kan (^___^) 

Sila klik sini kalau anda semua nak sertai sekali aktiviti ini! Nak Join Bloglist Irma A. Wahid

Blog Saya Sudah Berusia 2 Tahun

| Tuesday, 29 March 2011
 Alhamdulillah, akhirnya blog aku ini dah berusia 2 tahun. Tak banyak perkembangan yang berlaku kerana di luar sana masih ada yang tidak mengetahui tentang kewujudan blog ini. Tapi tak apa asalkan aku boleh menulis dan juga berkongsi pengalaman dengan siapa-siapa sahaja yang sudi singgah di blog yang ringkas ini. 



Masa mula-mula dulu teringat pengasan blog ini iaitu Hazwan Mohd tiba-tiba tawarkan aku untuk buat blog dan waktu itu memang aku berminat untuk menulis sebab aku tengok dia  edit gambar dan msuk blog dan kemudian cerita. Dari situ timbul keinginan aku untuk buat blog sendiri dan akhirnya impian aku tercapai. 

Aku boleh menulis, cerita dan kongsi foto-foto aku dengan semua orang. Sekarang ini aku makin aktif dalam fotografi hanya untuk suka-suka sahaja dan juga sepanjang semester praktikal yang tak terlalu sibuk sangat, aku sempat untuk sertai contest-contest anjuran blogger lain. Secara tak sengajanya, entri-entri aku dah semakin bertambah dan makin meriah. Setakat ini alhamdulillah aku dah tersenarai sebagai pemenang untuk 2 contest dan berbaloi rasanya bila mencuba. 
Apa pun selepas ini insyaallah aku akan cuba buat transformasi ke atas blog/laman web aku ini setanding dengan alamatnya www.mohdkhairi.com yang dikatakan sebagai sebuah laman web sendiri dan bukannya blog. Tapi aku tetap panggil blog. Bila dah ada .com ni, rasa mudah orang nak sebut dan ingat. Insyaallah jika berkesempatan aku akan cuba buat perubahan pada laman web aku ini.

Contest Sweet Couple Yang Paling Cool & Comel

| Monday, 28 March 2011

Okay contest seterusnya dianjurkan oleh DekCik dari Melaka mengenai pasangan anda yang sungguh comel dan sweet atau dengan kata lain nampak manis. Klik pada banner di atas untuk mengetahui secara lanjut mengenai contest ini. Di bawah ini adalah foto-foto yang boleh menyebabkan aku gelak sendirian. Jom tengok.

 King & Queen OF The Night. Aku dan junior dari semester 01

Gambar pertama ini semasa Malam Muzikal SOLARAYA anjuran jabatan kami. Kebetulan malam tu kami berdua dinobatkan sebagai King & Queen Of The Night disebabkan kami mengenakan busana tradisional yang betul-betul tradisional. Apa pun memang cantik kebaya budak sebelah aku itu. Suka tengok (^__^)

 Aku bersama Hanis Adila yang sudah berpunya secara rasminya. Cuba untuk menutup
muka yang sedang tertekan dengan menggunakan kaedah suka hati. Comel sangat ke!

Ini sewaktu kami sedang menghadapi Pembentangan Projek Akhir untuk Subjek Environment & Sustainable Construction. Kumpulan kami dah selesai bentang dan rasa bosan menunggu kumpulan lain untuk pembentangan tersebut dapat dikurangkan dengan sesi fotografi secara senyap di belakang. Waktu ini kami terasa lega sangat sebab dah selesai 1 projek  yang kami rasa sangat berat ini dan mengundang tekanan yang amat sangat walaupun bekerja dalam berkumpulan. Jadi untuk meraikannya, kami buat apa yang kami suka asalkan tahu batas-batas pergaulan masing-masing (^_^)

Berjalan berdua bersama Syida di tengah panas sambil mengenakan cermin mata. Kononnya 
untuk melindungi mata daripada silau cahaya matahari. Agak bergaya jugalah bila berdua
berjalan bersama-sama, mengenakan beg silang dan memakai cermin mata gelap
sambil bergaya ala-ala pelancong. Cool beb!

Ini pula semasa kami membuat Kajian Landskap Budaya di Kampung Ramuan Cina Kechil, Melaka. Bayangkan di tengah-tengah panas berjalan kaki sepanjang kampung yang lebih 5 kilometer panjangnya. Tapi sangat berpuas hati sebab kami dapat belajar benda baru iaitu mengenai budaya/aktiviti penduduk kampung di Melaka ini yang unik.

 Jangan fikir apa-apa mengenai gambar ini. Kami hanya ingin mencuba teknik yang betul 
untuk mengambil gambar dengan bantuan lampu taman yang dah sedia ada.

Ini pula bersama Anis lagi semasa sesi fotografi untuk Lynda di Putrajaya. Dari petang sampailah malam tapi memang banyak benda aku belajar sepanjang hari tu. Bayangkanlah sebelah pagi ikut Anis untuk sesi fotografinya dengan jurufoto yang memang best dan tak kedekut ilmu. Aku tak tahu nak kata gambar ini comel ke cool tapi yang penting aku suka gambar ini. Nampaklah nama persahabatan yang dah dijalin tu kan. Apa pun aku berbangga dengan Alep Domok a.k.a teman lelaki/bakal suami Anis (insyaallah) kerana memahami kami ini yang suka bergambar dan memberi peluang kepada Anis untuk berkawan dengan kawan-kawannya (^__^)

Okay saya mahu tag kepada mereka yang suka dengan kamera : Hanis Adila, Norsidah, Siti MaslindaMazlan Md Nor dan Nur Alia

Contest SAYANG SAHABAT (^__^)

|
Assalamualaikum kepada semua blogger yang setia dengan blog masing-masing untuk menulis. Sekali lagi aku jumpa contest yang ringkas dan mudah untuk disertai. Penganjurnya adalah Cek Najwa di mana, bila tengok blog beliau teringat zaman kanak-kanak dulu sebab latar belakang yang menggunakan corak ais krim yang nampak sedap dan menyeronokkan. (^___^)

Aku nak cerita ringkas mengenai sahabat aku yang seorang ini, Md Azrin .Baru sahaja rapat semasa kami menjejakkan kaki ke alam Sarjana Muda di UiTM Shah Alam. 

1 PERKARA PELIK YANG KAMI SUKA BUAT 
Perkara pelik sangat tu tak adalah tapi yang paling pelik setakat ini kami kami pernah tengok wayang sebanyak 2 cerita iaitu semasa cuti semester di kampung serta karaoke 20 lagu terus. Dan selalunya untuk 1 sesi karaoke, kami akan habiskan 20 lagu untuk 2 orang. Tapi akulah yang paling banyak nyanyi sebab dia dah kehilangan suara sedangkan aku pula, meneruskan usaha untuk habiskan lagu itu sampai aku puas hati. Kalau 10 lagu untuk satu sesi memang tak cukup. Yang penting bawak senarai lagu siap0-siap jadi tak adalah penat nak pikir pilih lagu apa nanti. 
 
2 PERSAMAAN KAMI
Kami berasal daripada pekan yang sama iaitu Parit Sulong tapi kampung yang berlainan. Kami juga berketurunan Jawa dan dengan yakinnya kami boleh bertutur dalam bahasa jawa dengan fasih walaupun kadang-kadang terlebih jawa sikit. Tapi itulah kelebihan kami yang kawan-kawan kami tak ada (^__^)
Tak beli tapi dapat cuba pun okay jugak (^_^)
Kami jenis yang suka berjalan tapi bila duit habis, kami akan terkapai-kapai tak tau nak buat apa. Antara lokasi/peristiwa menarik yang kami dah sampai sepanjang kami bermastautin di Shah Alam: Genting Highlands, Muzik-muzik 25 Separuh Akhir, Putrajaya, Jalan TAR KL, Sambutan Tahun Baru di Dataran Merdeka dan banyak lagi. Semua itu meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan selama-lamanya. Lepas habis belajar ni  masing-masing dah buat hal masing-masing kan jadi tak ada masa nak keluar bersama-sama lagi.

Jalan TAR, Kuala Lumpur
UCAPAN UNTUK SAHABAT
Sebelum ini beliau telah dikecewakan beberapa kali tapi tak la banyak kali sangat. Aku doakan semoga kali ini, anda berdua akan kekal selamanya insyaallah dan kalau boleh sampai ke pelamin yang indah idaman semua orang tu (tinggi sungguh doa aku ini). Lagi satu, masing-masing kena memahami situasi masing-masing. Memang korang sekarang ini dalam satu bidang yang sama tapi kadang-kadang boleh menimbulkan konflik kecil kan. Janganlah diperbesar-besarkan benda yang kecil dan selesaikan cara baik okay (^_^)
Khas buat kawan-kawan lain: Anis Suke Carot! dan Joe FZR


contest : K.A.M.I. F.O.T.O.G.E.N.I.K

|

Assalamualaikum ahli-ahli blogger. Kali ini nak sertai contest anjuran THE LADY & MR VAMPIRE mengenai fotogenik. Bab foto memang aku suka sebab bila tengok gambar yang cantik-cantik dan hebat, terasa indahnya dunia ni (^__^). 

Okay, di bawah ini adalah gambar/foto daripada koleksi aku sendiri yang aku rasa boleh dikatakan fotogenik mungkin:

Ini gambar SOLO

Ini gambar DUO

Ini gambar RAMAI-RAMAI

Kami rasa kami patut menang contest ini kerana foto-foto di atas menunjukkan bahawa, apabila kami berada di hadapan kamera ataupun kamera yang datang kepada kami, kami akan menonjolkan ekspresi diri kami secara terus ke lensa kamera tersebut tanpa segan silu. Jadi ekspresi wajah itu sangat penting dalam menunjukkan perasaan dan juga betapa happeningnya kami pada waktu itu.
 
Khas buat peminat setia kamera : Nur Eyda, Anis Adila, Lynda Roslan, Joe FZR & Alia Ar

Belajar DSLR

|

 Mari belajar teknik-teknik mengambil gambar dengan betul. Encik Ezad Hafidz yang tawarkan aku buku ini. Jadi apa salahnya aku belajar walaupun aku tak mempunyai kamera besar. Dengan kamera kompak sahajap un dah boleh buat.  Buku ini aku tengok sekali lalu sebab belum berkesempatan untuk membaca secara khusyuknya. 

Buku ini pada pendapat aku sesuai untuk orang yang macam aku ini yang sedang berjinak-jinak dengan dunia fotografi yang menjanjikan kepuasan bergambar. Kalau professional pun boleh baca juga. Dalamnya, ia memuatkan cara mudah menguasai fungsi dan kawalan kamera DSLR. Terdapat juga tutorial dan latihan yang membolehkan para pembaca membuat latihan praktikal sendiri bagi memantapkan lagi pemahaman pembaca. Juga disertakan tip-tip yang berguna bagi menyelesaikan masalah berkaitan dengan fotografi.

Saiz buku ini kecil sahaja, sebesar tapak tangan aku ni yang berusia 22 tahun. Boleh masuk poket dan juga selit dalam beg kamera atapun beg tangan bagi wanita. 

Harga buku ini RM12.90 dan aku tak pasti bila buku ini akan berada di kedai MPH Bookstore. Tapi siapa-siapa nak buku ini, bolehlah hubungi aku. (^__^)

Festival Belon Panas Antarabangsa Putrajaya

|
Hanya dua biji belon panas yang boleh pengunjung naik
tapi aku tak berkesempatan.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku a.k.a kawan-kawan aku sendiri. Kali ini aku nak bercerita mengenai Festival Belon Panas ni walaupun dah seminggu berlalu dan semua penulis blog kalau tak silap aku dah lama buat entri masing-masing mengenai festival ini. Tak kisahlah yang penting aku dapat pergi dan tengok sendiri belon tu walaupun tak dapat naik. Suka hati la, blog aku kot! (dah lari sikit dah ni!)


Bersama Anis yang suke berjalan-jalan sambil membeli-belah. Pantang nampak 
benda berwarna-warni. Pantas mata beliau menangkapnya dengan lemah gemalai seorang wanita!
 
Ceritanya, bos bagi cuti kat kami semua termasuk la staf Akak Fariza atas sebab-sebab tertentu (virus Autodesk semakin merebak). Jadi dalam kepala aku ni masa dalam perjalanan balik dari pejabat, aku nak balik kampung tapi ade belon panas pula kat Putrajaya. Mana boleh lepaskan, bukannya selalu ada. Dah la sebelum ni pergi 2 kali belon tu tak ada lagi. Rupanya kami salah tarikh tapi abaikan sahaja. 


Belon yang satu lagi ini dah nak diturunkan dan memang dah turun pun dan 
yang sebelahnya bakal diturunkan juga. 
 
Kebetulan pula si Anis ni SMS aku ajak pergi jugak. Jadinya, adalah agenda nak buat nanti selain belon, boleh buat sesi fotografi secara tak sengaja. Kami gerak pagi jam 9am sebab kalau lewat, belon tu tak ada dan masa tu hari Jumaat. Kena kejar waktu solat Jumaat pulak. Kalau Anis tak ikut, aku naik motosikal pun boleh aje! Ade orang kata, Putrajaya tu dah macam JJ Bukit Raja je kan?. 


Waktu untuk naik belon panas ni dari 7am sampai 11am sahaja dan petang, dibuka jam 6pm
sampai 9pm dan bergantung kepada keadaan cuaca Malaysia yang tak menentu ini. Dan kalau korang 
naik pun, paras pucuk pokok sahaja. Tapi bagi yang nak merasa buat pertama kalinya, 
apa salahnya mencuba. RM 10 je kot sekali naik.

 Okay, dua-dua dah diturunkan bermakna sesi pagi dah
tamat. Kami pun tak sempat nak merasa.

 Bukan belon panas je yang ada, macam-macam aktiviti kita boleh buat di sini. Antaranya
inilah, main bot kawalan jauh dan juga kereta kawalan jauh. Mula-mula macam nak main
tapi lambat sangat dan malas la. (^_^)

 Anda kena pusing bentuk 8 bersilang dalam masa 1 minit. Kalau hebat, dapatlah hadiah.

 Siapa-siapa yang minat memburu ataupun suka main tembak-tembak, eloklah cuba dulu main kat sini. 

 Si dia ni pantang kalau nampak benda-benda murah, cantik dan sesuai dengan citarasanya. Kalau boleh nak angkut semua tapi memandangkan bank dah nak bankrap jadi kena la berjimat.

 Barang-barang wanita

 Banyak yang cantik dan harga pun sesuai dengan barangnya. Kalau pandai tawar, 
dapatlah lagi murah tapi itupun kalau penjual tu bagi la kan.

 Kedai bundle pun ada. Agak lama kat sini dan naik bosan sikit sebab tak ada 
pakaian lelaki dalam kedai ini. Semua perempuan punya. Tapi memandangkan atas nama 
leisure shopping, aku pun belek-belek jugak la. (^_^)

 Aku rasa aku datang nak tengok belon panas tapi kenapa majoriti kedai yang menjual 
cenderamata banyak jual bola ini dari saiz kecil sampailah saiz besar macam kat atas 
tu. Aku pun, beli juga yang RM8 khas untuk anak buah aku.

 Okay, yang ini memang aku cari. Dah namanya kalau tengok belon panas tu mestilah kena beli sesuatu daripada peristiwa yang tak selalu aku dapat sertai ini. Harganya agak mahal iaitu RM25 untuk tshirt roundneck. Mula-mula fikir mahal sangat tapi memandangkan selepas ini kita tak tahu akan jumpa
festival ini lagi atau tidak jadi dengan ikhlas hati, aku beli 1 dan dapat percuma kipas tangan yang kemudiannya dicuri oleh Anis!

 Banyak gerai yang dibuka dan antara yang menarik perhatian adalah gerai tulisan khat ini. Yang gambar atas ni boleh gantung di dinding rumah. Ada juga perkhidmatan untuk tulis nama kita dalam bentuk tulisan
khat tapi disebabkan ramai dan perlu menunggu, aku datang tengok je la. Tapi seni khat ini memang unik!

Sebenarnya aku membayangkan suasana festival itu macam dalam gambar ini tapi sayangnya aku tak dapat. Kalaulah meriah maam ni aku rasa gambar akan jadi lebih menarik. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya
aku dah tengok belon tu dekat-dekat walaupun hanya beberapa biji sahaja. 

Kalaulah ada peluang dapat naik mesti dapat rasa keadaan 
semasa berada di ruang udara

Aku tunggu api tu menyala dan dapat juga tangkap! 
Kalau lagi dekat kan lagi bagus

Meriah suasana macam pasar. Alhamdulillah semasa kami pergi tu
tak hujan. Jadi kawasan ini kering dan sesuai untuk berjalan.

Kebetulan masa festival tu ada jenama air berkarbonat Mountain Dew buat karnival juga. Kami masuk sekejap di  Mountain Dew Extreme Zone yang ada banyak aktiviti antaranya paint ball, motosikal mini, wall climbing dan juga bola lutsinar yang orang boleh masuk dalamnya tu entah apa namanya.

Di hadapan pintu masuk Mountain Dew Extreme Zone yang sesuai untuk mereka yang lasak.

Aku tak tau apa nama permainan ini tapi orang akan masuk dalam bola tu dan bola tu akan bergolek-golek. Siapa-siapa yang sedang tertekan silalah cuba permainan ini. Aku rasa tekanan korang itu aka berkurang dengan cara ini. Kalau tak silap, ada jugak yang main di permukaan air benda ini.

Belon panas dah turun dan hari pun makin panas. Cahaya matahari terik berbekalkan langit yang agak biru beserta kepulan awan yang sarat amat sesuai untuk sesi fotografi. Apa salahnya mecuba kan walaupun dengan hanya menggunakan kamera kompak. Inilah hasilnya di kawasan Mountain Dew Extreme Zone. Model siapa? Hanis Zalikha? Najwa Latiff? Cik Epal? Han Tajima?Liyana Jasmay? amboi nama nak meletup!. Bukannya model tapi talented orang kata. Dah tentu la Hanis Adila (nak cuba jugak nama ala-ala senarai di atas ni) sebab dia je kot yang ikut. Yang lain sedang gigih di pejabat.

Payung RM10 baru angkut dari gerai festival

Kalau nak hilangkan bayang-bayang di muka, kena pakai reflector
baru la sekata cahaya yang datang ke muka

Adakah gambar senget untuk potret dibenarkan dalam peraturan fotografi?

Orang kata, aku berkulit gelap, tapi bila tengok balik dalam gambar elok je tahap 
sawo matang aku ni. Tak la gelap mana tapi bila tengok cermin 
memang gelap. Jadi, adakah foto boleh menipu?

Matahari terik tapi awan mendung dah mula berarak dengan lemah gemalainya. 
Kalaulah langit belakang tu berwarna biru, sungguh indah waktu itu!

Lokasi yang berdekatan dengan Monumen Alaf Baru, Putrajaya

Okay sekarang masa untuk meneruskan aktiviti bersama kamera sebab dah tak ada benda nak tengok di tapak karnival. Masa untuk sembahyang Jumaat awal lagi, jadi berjalanlah ke mana-mana tempat yang boleh dilawati secara percuma.

Kami bergerak ke Empangan! tahu tak kat mana? Terletak berhampiran dengan PICC, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terpacak atas bukit macam UFO. Memang kami jangkakan tak ramai orang dan memang tak ada orang pun. Jadi, manfaatkanlah saat-saat berguna ini!

Latar belakang jambatan kabel yang tak boleh masuk dan juga bunyi deruan air
yang agak menenagkan tapi macam menakutkan.

Sebenarnya kalau gambar senget ni cantik juga. Nampak 
perspektifnya dan juga seni.

Cantik kan jambatan tu. Cuma sayangnya kami tak dapat lalu di jambatana 
sebab tutup. Mungkin bahaya agaknya.

Sesi ditamatkan sementara sebab aku nak sembahyang Jumaat di Masjid Besi buat pertama kalinya. Ramai sangat orang dan aku rasa penuh aras dewan solat tu . Tapi yang aras atas tak ada orang mungkin khas untuk wanita agaknya.Anis mana?Anis setia menunggu di dalam kereta berhadapan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya dan aku dengan gigih tengah-tengah panas jalan di Kiblat Walk. Memang mencabar mata disebabkan silau.

Selesai solat, kami ke destinasi terakhir iaitu Pullman Putrajaya Lakeside. Kami tak masuk dalam kawasan Pullman Resort tapi kami berada di sekitarnya iaitu kawasan jeti yang terkenal sebagai lokasi sesi fotografi pengantin. 

Pemandangan ke arah pusat sukan air dan juga jambatan serta tasik yang tenang 
tapi macam laut dah rupa air tu.

 Ini pula imej Pullman Hotels & Resorts dan juga 4 buah bangunan yang sedang 
dalam pembinaan. Nampaknya langit dah makin gelap dan menandakan hari nak hujan.

 Cahaya matahari di sebelah kanan kami jadi kamera perlu dari sudut 
yang betul. Kalau tak, nanti gambar jadi gelap.

Kasut ni dah rupa macam staduim sarang burung Beijing. 
Ada sesuatu yang kurang sempurna pada gambar ini. Cuba tengok pergerakan air 
pada kakinya. Tak sharp kan. Aku terlupa nak setting ISO.Tapi masih boleh 
berpuas hati dengan usaha sendiri.

 Awan mendung tu buat gambar ini aku rasa dramatik sangat sebab warna kelabu dan
juga suasana yang tak berapa nak santai. Jeti yang kami duduk ni pun dah bergoyang.

 MEmbayangkan kalaulah ada langit biru waktu ini mesti lagi 
cantik suasana gambar ini

 Air tasik ni dah mula bergelora waktu ini dan tiba-tiba aku rasa gayat. 
Tapi talented girl ni nak gambar lagi. Jadi, aku layankan.



Okay selesai sudah perjalanan percutian untuk hari ini. Jam 6.30pm aku dah kena bergegas ke Stesyen Bas Seksyen 17 Shah Alam sebab nak balik kampung. Alasan nak jumpa Zikri & ada majlis kenduri kahwin di Felda Palong Timur, Segamat. Sekali lagi masa untuk berjalan-jalan dan juga tangkap gambar awan.  

** Sentiasa sediakan pelan B. Kalau pelan A tak jadi, kita main pula dengan pelan B (^__^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean