header

header
hairie

Festival Belon Panas Antarabangsa Putrajaya

| Monday, 28 March 2011
Hanya dua biji belon panas yang boleh pengunjung naik
tapi aku tak berkesempatan.

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog aku a.k.a kawan-kawan aku sendiri. Kali ini aku nak bercerita mengenai Festival Belon Panas ni walaupun dah seminggu berlalu dan semua penulis blog kalau tak silap aku dah lama buat entri masing-masing mengenai festival ini. Tak kisahlah yang penting aku dapat pergi dan tengok sendiri belon tu walaupun tak dapat naik. Suka hati la, blog aku kot! (dah lari sikit dah ni!)


Bersama Anis yang suke berjalan-jalan sambil membeli-belah. Pantang nampak 
benda berwarna-warni. Pantas mata beliau menangkapnya dengan lemah gemalai seorang wanita!
 
Ceritanya, bos bagi cuti kat kami semua termasuk la staf Akak Fariza atas sebab-sebab tertentu (virus Autodesk semakin merebak). Jadi dalam kepala aku ni masa dalam perjalanan balik dari pejabat, aku nak balik kampung tapi ade belon panas pula kat Putrajaya. Mana boleh lepaskan, bukannya selalu ada. Dah la sebelum ni pergi 2 kali belon tu tak ada lagi. Rupanya kami salah tarikh tapi abaikan sahaja. 


Belon yang satu lagi ini dah nak diturunkan dan memang dah turun pun dan 
yang sebelahnya bakal diturunkan juga. 
 
Kebetulan pula si Anis ni SMS aku ajak pergi jugak. Jadinya, adalah agenda nak buat nanti selain belon, boleh buat sesi fotografi secara tak sengaja. Kami gerak pagi jam 9am sebab kalau lewat, belon tu tak ada dan masa tu hari Jumaat. Kena kejar waktu solat Jumaat pulak. Kalau Anis tak ikut, aku naik motosikal pun boleh aje! Ade orang kata, Putrajaya tu dah macam JJ Bukit Raja je kan?. 


Waktu untuk naik belon panas ni dari 7am sampai 11am sahaja dan petang, dibuka jam 6pm
sampai 9pm dan bergantung kepada keadaan cuaca Malaysia yang tak menentu ini. Dan kalau korang 
naik pun, paras pucuk pokok sahaja. Tapi bagi yang nak merasa buat pertama kalinya, 
apa salahnya mencuba. RM 10 je kot sekali naik.

 Okay, dua-dua dah diturunkan bermakna sesi pagi dah
tamat. Kami pun tak sempat nak merasa.

 Bukan belon panas je yang ada, macam-macam aktiviti kita boleh buat di sini. Antaranya
inilah, main bot kawalan jauh dan juga kereta kawalan jauh. Mula-mula macam nak main
tapi lambat sangat dan malas la. (^_^)

 Anda kena pusing bentuk 8 bersilang dalam masa 1 minit. Kalau hebat, dapatlah hadiah.

 Siapa-siapa yang minat memburu ataupun suka main tembak-tembak, eloklah cuba dulu main kat sini. 

 Si dia ni pantang kalau nampak benda-benda murah, cantik dan sesuai dengan citarasanya. Kalau boleh nak angkut semua tapi memandangkan bank dah nak bankrap jadi kena la berjimat.

 Barang-barang wanita

 Banyak yang cantik dan harga pun sesuai dengan barangnya. Kalau pandai tawar, 
dapatlah lagi murah tapi itupun kalau penjual tu bagi la kan.

 Kedai bundle pun ada. Agak lama kat sini dan naik bosan sikit sebab tak ada 
pakaian lelaki dalam kedai ini. Semua perempuan punya. Tapi memandangkan atas nama 
leisure shopping, aku pun belek-belek jugak la. (^_^)

 Aku rasa aku datang nak tengok belon panas tapi kenapa majoriti kedai yang menjual 
cenderamata banyak jual bola ini dari saiz kecil sampailah saiz besar macam kat atas 
tu. Aku pun, beli juga yang RM8 khas untuk anak buah aku.

 Okay, yang ini memang aku cari. Dah namanya kalau tengok belon panas tu mestilah kena beli sesuatu daripada peristiwa yang tak selalu aku dapat sertai ini. Harganya agak mahal iaitu RM25 untuk tshirt roundneck. Mula-mula fikir mahal sangat tapi memandangkan selepas ini kita tak tahu akan jumpa
festival ini lagi atau tidak jadi dengan ikhlas hati, aku beli 1 dan dapat percuma kipas tangan yang kemudiannya dicuri oleh Anis!

 Banyak gerai yang dibuka dan antara yang menarik perhatian adalah gerai tulisan khat ini. Yang gambar atas ni boleh gantung di dinding rumah. Ada juga perkhidmatan untuk tulis nama kita dalam bentuk tulisan
khat tapi disebabkan ramai dan perlu menunggu, aku datang tengok je la. Tapi seni khat ini memang unik!

Sebenarnya aku membayangkan suasana festival itu macam dalam gambar ini tapi sayangnya aku tak dapat. Kalaulah meriah maam ni aku rasa gambar akan jadi lebih menarik. Tapi tak apalah sekurang-kurangnya
aku dah tengok belon tu dekat-dekat walaupun hanya beberapa biji sahaja. 

Kalaulah ada peluang dapat naik mesti dapat rasa keadaan 
semasa berada di ruang udara

Aku tunggu api tu menyala dan dapat juga tangkap! 
Kalau lagi dekat kan lagi bagus

Meriah suasana macam pasar. Alhamdulillah semasa kami pergi tu
tak hujan. Jadi kawasan ini kering dan sesuai untuk berjalan.

Kebetulan masa festival tu ada jenama air berkarbonat Mountain Dew buat karnival juga. Kami masuk sekejap di  Mountain Dew Extreme Zone yang ada banyak aktiviti antaranya paint ball, motosikal mini, wall climbing dan juga bola lutsinar yang orang boleh masuk dalamnya tu entah apa namanya.

Di hadapan pintu masuk Mountain Dew Extreme Zone yang sesuai untuk mereka yang lasak.

Aku tak tau apa nama permainan ini tapi orang akan masuk dalam bola tu dan bola tu akan bergolek-golek. Siapa-siapa yang sedang tertekan silalah cuba permainan ini. Aku rasa tekanan korang itu aka berkurang dengan cara ini. Kalau tak silap, ada jugak yang main di permukaan air benda ini.

Belon panas dah turun dan hari pun makin panas. Cahaya matahari terik berbekalkan langit yang agak biru beserta kepulan awan yang sarat amat sesuai untuk sesi fotografi. Apa salahnya mecuba kan walaupun dengan hanya menggunakan kamera kompak. Inilah hasilnya di kawasan Mountain Dew Extreme Zone. Model siapa? Hanis Zalikha? Najwa Latiff? Cik Epal? Han Tajima?Liyana Jasmay? amboi nama nak meletup!. Bukannya model tapi talented orang kata. Dah tentu la Hanis Adila (nak cuba jugak nama ala-ala senarai di atas ni) sebab dia je kot yang ikut. Yang lain sedang gigih di pejabat.

Payung RM10 baru angkut dari gerai festival

Kalau nak hilangkan bayang-bayang di muka, kena pakai reflector
baru la sekata cahaya yang datang ke muka

Adakah gambar senget untuk potret dibenarkan dalam peraturan fotografi?

Orang kata, aku berkulit gelap, tapi bila tengok balik dalam gambar elok je tahap 
sawo matang aku ni. Tak la gelap mana tapi bila tengok cermin 
memang gelap. Jadi, adakah foto boleh menipu?

Matahari terik tapi awan mendung dah mula berarak dengan lemah gemalainya. 
Kalaulah langit belakang tu berwarna biru, sungguh indah waktu itu!

Lokasi yang berdekatan dengan Monumen Alaf Baru, Putrajaya

Okay sekarang masa untuk meneruskan aktiviti bersama kamera sebab dah tak ada benda nak tengok di tapak karnival. Masa untuk sembahyang Jumaat awal lagi, jadi berjalanlah ke mana-mana tempat yang boleh dilawati secara percuma.

Kami bergerak ke Empangan! tahu tak kat mana? Terletak berhampiran dengan PICC, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang terpacak atas bukit macam UFO. Memang kami jangkakan tak ramai orang dan memang tak ada orang pun. Jadi, manfaatkanlah saat-saat berguna ini!

Latar belakang jambatan kabel yang tak boleh masuk dan juga bunyi deruan air
yang agak menenagkan tapi macam menakutkan.

Sebenarnya kalau gambar senget ni cantik juga. Nampak 
perspektifnya dan juga seni.

Cantik kan jambatan tu. Cuma sayangnya kami tak dapat lalu di jambatana 
sebab tutup. Mungkin bahaya agaknya.

Sesi ditamatkan sementara sebab aku nak sembahyang Jumaat di Masjid Besi buat pertama kalinya. Ramai sangat orang dan aku rasa penuh aras dewan solat tu . Tapi yang aras atas tak ada orang mungkin khas untuk wanita agaknya.Anis mana?Anis setia menunggu di dalam kereta berhadapan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya dan aku dengan gigih tengah-tengah panas jalan di Kiblat Walk. Memang mencabar mata disebabkan silau.

Selesai solat, kami ke destinasi terakhir iaitu Pullman Putrajaya Lakeside. Kami tak masuk dalam kawasan Pullman Resort tapi kami berada di sekitarnya iaitu kawasan jeti yang terkenal sebagai lokasi sesi fotografi pengantin. 

Pemandangan ke arah pusat sukan air dan juga jambatan serta tasik yang tenang 
tapi macam laut dah rupa air tu.

 Ini pula imej Pullman Hotels & Resorts dan juga 4 buah bangunan yang sedang 
dalam pembinaan. Nampaknya langit dah makin gelap dan menandakan hari nak hujan.

 Cahaya matahari di sebelah kanan kami jadi kamera perlu dari sudut 
yang betul. Kalau tak, nanti gambar jadi gelap.

Kasut ni dah rupa macam staduim sarang burung Beijing. 
Ada sesuatu yang kurang sempurna pada gambar ini. Cuba tengok pergerakan air 
pada kakinya. Tak sharp kan. Aku terlupa nak setting ISO.Tapi masih boleh 
berpuas hati dengan usaha sendiri.

 Awan mendung tu buat gambar ini aku rasa dramatik sangat sebab warna kelabu dan
juga suasana yang tak berapa nak santai. Jeti yang kami duduk ni pun dah bergoyang.

 MEmbayangkan kalaulah ada langit biru waktu ini mesti lagi 
cantik suasana gambar ini

 Air tasik ni dah mula bergelora waktu ini dan tiba-tiba aku rasa gayat. 
Tapi talented girl ni nak gambar lagi. Jadi, aku layankan.



Okay selesai sudah perjalanan percutian untuk hari ini. Jam 6.30pm aku dah kena bergegas ke Stesyen Bas Seksyen 17 Shah Alam sebab nak balik kampung. Alasan nak jumpa Zikri & ada majlis kenduri kahwin di Felda Palong Timur, Segamat. Sekali lagi masa untuk berjalan-jalan dan juga tangkap gambar awan.  

** Sentiasa sediakan pelan B. Kalau pelan A tak jadi, kita main pula dengan pelan B (^__^)


7 Readers:

{ Achu } at: 28 March 2011 at 00:23 said...

cantek^^

{ man yusoef } at: 28 March 2011 at 09:24 said...

wah canteknyerrrrr!!!!!!!!! jeles...huhu...ko edit lebih sgt, tu yg nmpk putih sikit kulit ko tu...hahaha

{ hairie } at: 28 March 2011 at 09:52 said...

achu: THANKS !!@ (^_^)
Man: hahaha..memg jahat mulut ko man!..xpe skurg kurgnya aku mengaku kn...hahaha

{ The Lady & Mr Vampire } at: 28 March 2011 at 19:31 said...

perempuan tu sangat fotogenik la.. haha.

{ hairie } at: 28 March 2011 at 20:33 said...

hehe..die memg pndai pose dpn kamera..hehe .kwn aku je ni.lgpun die memg suke bergambar...yg jd mngsanya kau lah kne amik gmbo die je..haha

{ CikHanis } at: 28 March 2011 at 22:00 said...

wah!wah!wah!mengumpat aku!hehe

{ hairie } at: 28 March 2011 at 22:14 said...

haha..die kate ko fotogenik..haha tu jerr..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean