header

header
hairie

Hujung Minggu Bersama Keluarga

| Sunday, 6 March 2011
 Sempadan Kulai-Kota Tinggi

Hujung minggu 26 Febuari 2011 aku mencuri masa untuk balik kampung alang-alang mak cik aku ajak balik kan, apa lagi terus merempit pergi Klang! Konon balik nak buat kejutan, aku pulak yang hampir terkena tapi nasib baik tak kena. Sabtu, keluarga aku merancang nak pergi Felda Tunggal, Kota Tinggi ada majlis kenduri kahwin bekas jiran lama sebelah rumah yang telah berpindah ke tanah rancangan tersebut dah lama dulu dah.  Aku tanya bapak aku, kenapa dulu tak mohon tanah rancangan?sebabnya kan, semuanya ada kat sini terutamanya saudara mara. Memang betul la tu. Kalau tak aku dah jadi anak felda dah dan mungkin masuk bidang senibina landskap di Lim Kok Wing University dengan tajaan penuh kerajaan. MUNGKIN la! Kalau korang nak tahu la, orang-orang kat felda ni sekarang kaya-kaya tau. Rumah pun konkrit penuh dah tak ada yang kayu ni. Meriah felda tu! Tapi aku tak berapa suka sebablot tanah kecil dan kalau nak letak kereta 4 biji pun belum tentu muat. 

 Abang aku sebagai pemandu tetap, aku sebagai pembaca papan tanda dan penunjuk
arah serta pemerhati keadaan sekeliling manakala, Tan Sri dan Datin Sri selesa 
berdua di belakang sambil mengunyah.

Sebelum gerak, sempat mencari sudut terbaik untuk dirakam! terjumpa spesis cicak ni 
yang sangat cantik selepas lemah dikerjakan oleh kucing aku! Oh tidak! jangan bunuh..korang
nampak takboleh belakang tu, itulah yang aku cuba tunjukkan tapi kurang
menjadi sebab kamera digital je la aku guna.

Perjalanan mengambil masa lebih 3 jam dan kalau pergi Shah Alam/Kuala Lumpur mesti dah sampai tapi yang tu kawasan bandar. Kali ni kami pergi kawasan pedalaman yang maju dan meriah. Memanglah sepanjang jalan tu kita akan melalui kawasan hutan tapi korang tak tau dalam hutan tu la ada kawasan penempatan yang dah lama dibuka untuk peneroka-peneroka dulu. Aku jarang tidur kalau naik kereta jalan-jalan macam ni sebab aku suka tengok alam semulajadi yang masih terpelihara dan juga yang dah diterokai oleh manusia. (sangat mesra alam!)

Sepanjang Lebuhraya PLUS Utara Selatan arah selatan memang agak membosankan sebab 
kebanyakan kawasan sekelilingnya rata sahaja. Tak banyak kawasan berbukit tapi
kalau anda perhatikan betul-betul dihadapan anda, pemandangan inilah yang 
mengasyikkan. Awan berkepul-kepul yang nampak macam lemak yang meriah.

Kali ini awan lagi yang aku suka. Lokasi di kawasan pusat bandar Kulaijaya 
di mana sekarang dah naik taraf jadi daerah dan aku rasa daerah yang ke 10 selepas Ledang.

Walaupun perjalanan jauh dan jam 2 petang baru sampai di rumah pengantin di Felda Tunggal tersebut (gerak dari rumah jam 11 pagi). Sampai je terbeliak jugak aku tengok rumah orang felda ni. Tapi sakit mata beb! warna warni sangat. Biasalah, tayar dipotong lepas tu cat warna oren, merah dan macam-macam dan kalau tak silap Felda ni pernah menang anugerah agaknya. Sampai je dah macam jejak kasih, salam tangan tak mahu lepas dan sesi memperkenalkan anak masing-masing yang dulu masih kecil-kecil lagi. Sekarang kami dah besar panjang dah.

Pemandangan dari Masjid Felda Gugusan Adela. Subhanallah, begitu nyaman angin yang 
bertiup sebab masjid ni betul-betul terletak di atas bukit. Nak sembahyang pun sanggup 
tangguh sebab nak ambik angin felda.

Selesai zohor tanpa jamak walaupun dah lebih 2 marhalah berjalan merentas/membelah Banjaran Titiwangsa kami meneruskan perjalan ke tempat-tempat yang boleh dilawati. Jadi pelancong jap! Destinasi pertama, Tanjung Belungkor. Anda pernah dengar, memag la tak pernah sebab aku pun tak pernah dengar. Rumah pengantin ni sehala dengan kawasan ni jadi kami ambil kesempatan sekejap untuk singgah alang-alang dah sampai sini kan. Bila lagi nak sampai!

Sebenarnya kawasan ini cantik tapi kan memandangkan kanan dan kiri jeti ni ada tongkang 
besar yang bawak batu kuari dan menutup keindahan kawasan ini jadi aku tak jadi nak tangkap
gambar banyak-banyak. Cantik sangat tempat ni sebab ni jeti nelayan dan ada bot-bot
kecil dan kawasan ni nampak bersahaja dan santai (bahasa mengarut aku dah!).

Cukuplah beberapa keping sahaja yang penting ada bukti yang aku dah sampai sini.

Seterusnya, Kota Tinggi ni kalau sebut Desaru je mesti semua kenal tempat ni kan, walaupun jauh agak ke dalam ke arah pantai Laut China Selatan tapi kami sanggup sebab dah sampai sini dah. Cuba korang bayangkan rumha aku yang di Batu Pahat yang dekat dengan Selat Melaka, merentas Banjaran Titiwangsa dan menuju ke Pantai Desaru di Laut China Selatan. Kalau fikir balik memang hebat penjelajahan kami ini. Itulah kelebihan kalau saudara-mara duduk bersepah. Boleh sampai ke mana-mana..

Oh tidak! terdapat sedikit (banyak kot) overexposed di bahagian langit yea, sila 
abaikan dengan membayangkan kelembutan pasir pantai tersebut. Angin kuat masa ni.

Masa kami datang ni bendera merah naik dan tak dibenarkan mandi sebab ombak kuat dan
angin pun sejuk semacam mungkin nak hujan agaknya. Tapi tak apalah dapat merasa air
laut dan main pasir pun dah okay apa kan.

Okay terlebih cahaya lagi di situ. Abaikan juga dan sila perhatikan
keadaan sekeliling yang tenang tersebut.

Aku suka tengok air yang menghempas pantai dan mengalir perlahan
sambil bertembung antara satu sama lain

Okay terdapat kecacatan di gambar ini. Rambut tak elok dan ekspresi muka tak menjadi.
Tapi nak tunjuk kehebatan ombak yang datang ke arah aku tu je.tunggu nak dapatkan 
banyak lapisan ombak pun susah dan dapat yang ni pun jadilah.
Yang ini aku saja mencuba main dengan ISO dan aku berjaya dapat tangkap gambar 
ni secara tak sengaja. Air tu terhenti dengan hebatnya.

Itu sahaja yang aku nak kongsi aktiviti hujung minggu bersama keluarga. Selepas di Desaru ini kami terus pergi ke rumah abang aku di Taman Bukit Mewah, JB sebab nak tengok la anak buah yang sorang ni! dah pandai jalan dah. NAKAL! Kemudian, jam 10 malam baru gerak balik rumah. Gila! agak sehari jugak kami berjalan.




2 Readers:

Anonymous at: 6 March 2011 at 13:36 said...

lemak yg meriah? hehehe

{ Muhammad Afiq Abdul Rashid } at: 7 March 2011 at 00:23 said...

Awan berkepul-kepul yang nampak macam lemak yang meriah. !! HAHA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean