header

header
hairie

KAKI WAYANG!

| Saturday, 12 March 2011
Hujung minggu memang waktu yang terbaik untuk bersama dengan kawan-kawan ataupun keluarga tapi bagi orang yang macam aku merantau ni, dengan kawan-kawan sahajalah. Okay, Sabtu kali ini aku mencatat rekod yang kedua iaitu menonton wayang lebih dari 1 cerita dalam masa sehari. Tak perlu dibanggakan pun, buat biasa-biasa macam tak ada apa-apa berlaku. (^_^)

Hanya kami bertiga untuk sesi pertama: Anis, Acu & Aku.

Jam 11am terpacak sudah di Jusco Bukit Raja walaupun tersesak sekejap di lampu isyarat di depan Jusco ni, banyak pulak kereta hari ni hampir-hampir terlepas babak permulaan cerita terhangan bulan ini. Cerita ape? HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA. Cerita seterusnya, nanti kat bawah ok.

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA
Secara keseluruhannya aku sangat-sangat berpuas hati dengan cerita ni! Maksudnya di sini, KRU Production dah berjaya mengangkat martabat filem tempatan yang kita selalu pandang rendah tapi sebenarnya kalau ada sifat berani dan yakin, benda yang mustahil atau orang tak pernah buat akan menjadi kenyataan. Jalan ceritanya walaupun aku agak tertanya-tanya tapi jelas dah mudah difahami. 


Cuma adakah cerita ini betul-betul berdasarkan Hikayat Merong Mahawangsa itu sendiri ataupun telah diubah tapi masih berada di landasan yang betul. Yang ini aku tak pastilah tapi cerita ini mengenai pembentukan kerajaan purba Langkasuka di utara Semenanjung Tanah Melayu yang dikatakan sebagai Semenanjung Emas (laluan dagang terpenting dunia). MUZIK latar belakang pula, sangat membuat aku teruja dan bila aku baca senarai yang terlibat, rupanya muzik tu dari Malaysian Pilharmonic Orchestra! Bukankan mereka ni hebat kan. Kalau korang nak tahu cerita selanjutnya, tengoklah sendiri di pawagam dan aku berharap sangat filem ini akan memenangi banyak anugerah selepas ini.

BIG MOMMA

Cerita kedua selepas makan tengahari yang tak berapa nak lapar sangat sebab dah mengunyah bertih jagung yang sedap tadi, BIG MOMMA! memang besar mama sorang ni ngan anak daranya yang menyamar! eloklah sangat kalau lelaki menyamar jadi perempuan masuk sekolah seni yang mana semua pelajarnya wanita. Gelak sakan aku tengok cerita ini. Agak gila jugak la. Nak tau cerita, sila tengok sendiri kat panggung.

Cerita Big Momma ni, Ejad pun ikut sekali itu pun nasib baik kami sentiasa 
berhubung..Yang ini sesi perbincangan/kelas fotografi selepas selesai cerita tu sambil minum.

Lepas habis cerita tu, kami terus pergi Medan Selera sebab masing-masing kehausan akibat gelak bodoh tadi. Dan masa inilah bermulanya sesi kelas fotografi secara tak formal tapi menarik. Serius, Ejad ni memang tak kedekut ilmu mengenai fotografi ini. Aku ni walaupun ada bahagian-bahagian yang aku tak faham, aku buat-buat juga la faham dan akirnya faham jugak! Dan sekarang ini aku tengah tunggu buku asas fotografi yang dia nak bagi aku. Aku belilah, harganya RM12.90 dan kecil sahaja bukunya. Tunggu aku dapat, nanti aku masuk blog!. 

Kamera yang guna filem milik Ejad

Sejak kami duduk sampailah kami nak balik (itu pun aku ajak balik) asyik bercakap je Ejad ni. Apa yang dia cakap semua mengenai fotografi yang dah sebati dengan beliau di waktu hujung-hujung minggu macam ni. Pergi mana-mana pun kamera lekat di badan. Macam aku jugalah. Kalau tak kamera digital, aku guna kamera telefon bimbit sahaja. Mudah dan ringkas (^_^).

4 Readers:

{ CikHanis } at: 13 March 2011 at 00:03 said...

haha.cpt noooooo ko hupdate!

{ hairie } at: 13 March 2011 at 00:23 said...

hahaha/...sbb xtawnk wt ape..hekhek.. (^_^) lgpun, tak la sush mane tulis yg ni...hkhi

{ joe FZR } at: 14 March 2011 at 16:37 said...

jOm tgk kunfu panda 2..hehe

{ hairie } at: 14 March 2011 at 21:58 said...

joe: xnk..xnk..xnk...xnk... ko xde kt sini..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean