header

header
hairie

Kiara 9: Sehebat Mata Memandang

| Sunday, 13 March 2011
 Perbincangan bersama dengan kontraktor utama projek ini kalau tak silap
Cerita bermula apabila kami satu pejabat kena pergi Kiara 9, Mont Kiara (berdekatan dengan Plaza Tol Jalan Duta) untuk membuat lawatan tapak bagi menguruskan perkara berkenaan dengan as-built drawing. Sebelum ini, projek landskap di kawasan apartment yang sangat elit itu diuruskan oleh Malek Lip Associated juga sebuah firma arkitek landskap antara yang popular di Malaysia. Itu je la untuk pendahuluan.

 Kawasan kejiranan Kiara 9 yang sangat padat
Yang aku nak cerita ini mengenai kehidupan di dalam apartmen yang tak ada tanah di sekeliling rumah dan juga di kawasan yang mewah dan nilai hartanah yang sangat tinggi. Korang bayangkan, kalau korang lalu di Plaza Tol Jalan Duta tu pasti korang nampak dengan jelas kawasan apartmen mewah  yang tumbuh macam cendawan. Dan aku rasa dah macam hutan tebal tapi yang ini konkrit bukan pokok berkayu. Memang dahsyat pembangunan di kawasan ini. Makin banyak apartmen yang masing-masing sibuk nak cakar-cakar langit yang cantik tu. Cakarlah kalau dapat.

Gambar ni tak berapa jelas nak menjelaskan bahawa kawasan ini sebiji macam hutan 
tebal tapi yang ini penuh dengan konkrit yang keras dan bukannya hutan yang penuh dengan
pokok-pokok besar yang membentuk kanopi. Kat sini, gagak je yang boleh singgah, nak 
tengok burung enggang ke, burung yang cantik-cantik tak dapatlah kat sini.

Di kawasan ni majoritinya kawasan apartment mewah dan dilengkapi juga dengan kawasan komersial serta sekolah antarabangsa. Maklumlah kawasan Duta ni kalau tak silap banyak Pejabat Kedutaan dari serata dunia dan bagi yang berkeluarga, mereka menetap di kawasan inilah sebab dekat dengan sekolah antarabangsa untuk anak-anak mereka. Semakin banyak rumah di sini, semakin ramai orang yang nak duduk dan ternyatalah kalau pemaju yang buat apartment ataupun projek perumahan di kawasan strategik terutamanya di kawasan Lembah Klang ini, diorang tak rugi sebab permintaan rumah tinggi di sini. Mahal macam mana pun, ada juga yang nak duduk contohnya macam kawasan Mont Kiara ni la. Aku tak rasa akan ada projek yang terbengkalai ataupun rumah tak diduduki.

Sambil berfikir, golongan manakah yang sangat berkemampuan untuk membeli rumah
di kawasan ini dan apa kelebihannya duduk di kawasan yang susah nak jejakkan kaki
ke tanah. Semuanya konkrit. Tempat letak kereta pun bawah tanah.

Kiara 9, Mont Kiara

Projek Kiara 9 ni terdiri daripada unit gardenvilla dan juga apartment. Dan cuba anda tengok gambar atas ni. Nampak menarik, mewah dan siapa-siapa yang keluar masuk dari rumah ni dengan menaiki kereta mewah Lotus, BMW, Mercedes, Toyota, Nissan, Volkswagen dan seangkatannya yang bukan Made In Malaysia sangatlah bergaya dan itu maksudnya, orang yang berkerjaya hebat je yang boleh duduk di kawasan elit macam ini.

Ni jiran bahagian depan Kiara 9 iaitu Kiara 1888. Susah nak tengok dalam bas 
sekolah yang masuk dalam ni anak-anak Melayu, semuanya anak orang putih. Sebenarnya 
nak tunjuk keunikan pintu masuk tempat ni. Rekabentuk Signage yang tak ada kat tempat lain.

Apa yang tak best mengenai kawasan ini adalah jalan utamanya. Nak masuk dalam kawasan ni punyalah kecil jalannya. Cukup 2 lorong sahaja. Dah la topografinya kawasan berbukit ditambah pula dengan jalan yang sempit menyukarkan pergerakan yang selesa. Lepas ni kalau semua dah siap dan kawasan hijau dah pehun dijadikan kawasan kediaman mulalah sibuk nak buat jalan. Tengoklah nanti apa yang akan berlaku. 

 Drawing semua yang berkaitan mestilah kena bawa siap-siap sebab nak tengok 
sama  ada berlaku perubahan terhadap kawasan hijau yang terdapat pada tapak projek.

 Kalau ada perubahan pada tapak, kena semak pelan yang sedia ada balik. Kemudian, 
kena betulkan balik pelan bagi membentuk pelan yang baru. 

Pandangan jalan masuk ke kawasan apartmen 

Lot tanah untuk kawasan apartmen ini tak la besar mana, kalau ikut pandangan mata kasar dalam 200 hingga 300 meter sahaja ke belakang dan 50 meter lebar. Ini berdasarkan pandangan aku la dan tanah rumah kampung aku lagi luas siap boleh bela bintang buas lagi. 

 Pandangan dari aras 7 Kiara 9. Aras tertinggi untuk kawasan landskap. Bayangkan 
bagaimana sistem saliran untuk kawasan ini dari atas 7. Mesti perlu dirancang dengan
sangat teliti supaya tidak menimbulkan masalah pada semua penghuni.

Korang bayangkan kawasan tempat letak kereta untuk apartment yang 41 tingkat ni. Untuk yang gardenvilla dah ada sendiri sebab macam rumah teres sahaja tapi yang apartment ni, agak-agak berapa tingkat ke bawah hanya untuk tempat letak kereta. Mestilah banyak kan. Gila berapa dalam diorang korek tanah semata-mata untuk tempat letak kereta. Itu belum lagi untuk besi cerucuk dan juga tapak konkrit untuk bangunan apartmen ini. Bayangkan sendiri okay macam nana..

 Areca catechu di aras 7. Bayangkan nanti kalau dah besar pokok ni macam mane. Dah
la tanam rapat sangat 1 kelompok 3 batang. Aku takut nanti bila membesar pokok ini 
akan condong ke tepi walaupun pokok ini tumbuh tegak ke atas.
Tengok, sampai hujung sana dipenuhi dengan kediaman-kediaman mewah yang 
dahsyat-dahsyat. Nak jumpa rumah pangsa pun susah.
Okay, bagi siapa-siapa yang nak beli ataupun nak tahu mengenai projek Kiara 9 ini anda boleh melayari laman web rasmi ini: Kiara 9

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean