header

header
hairie

SABTU yang kurang sempurna

| Monday, 7 March 2011
Aku tak tahu kenapalah hujung minggu aku kali ini agak berserabut. Macam-macam benda yang dirancangkan tak berapa menjadi tapi masih boleh berjalan dengan baik. Macam ada sesuatu yang tak kena. Apa pun aku dapat simpulkan yang Sabtu kali ini penuh dengan aktiviti menunggu. Aku suka  sebab orang tak perlu tunggu aku tapi kalau dah lama sangat tu suka tu jadi kurang la. Tak apa, nama pun manusia kan (^_^)

Muka Bosan!

PERISTIWA PERTAMA | Sesi Fotografi Lynda Roslan
Benda ni dah dirancang beberapa minggu lalu. Lee, pemilik butik pengantin di kampungnya di Pahang nak buat sesi fotografi untuk busana pengantin beliau sebanyak 19 pasang baju yang akan dipakai oleh model Lynda Roslan dan juga Aqilah. NAmpak menarik sesi ini tapi aku tak dapat sertai. Diorang ni pagi-pagi jam 7.30am dah mula solek muka model dan untuk 2 orang model, tengahari baru siap. Lokasi fotografi di Taman Hutan Bukit S.U.K sebab aku yang cadangkan kat sini. Dan lagi satu, di Putrajaya atas permintan Lee sendiri. Jurugambar pula kawan kitorang jugak, Sharoll yang selalu berjaya menghasikan gambar yang best & teknik edit yang cantik..suka tengok!

Malangnya, diorang mula sesi fotografi jam 2 petang di taman SUK itu tapi jam 2 aku dah kena masuk pejabat. Jadi tak dapatlah aku tengok. Agak rugi jugak tapi tak apalah, aku ade tugas lagi penting untuk syarikat.Aku minta maaf kat Lee, Sharoll, Nur Eyda dan juga Nine sebab tak dapat ikut kamu semua (^_^) jadi gambar korang pun tak ada dalam koleksi aku..

PERISTIWA KEDUA | Sesi Fotografi Anis
Oh sungguh teruja bila aku tahu yang Anis akan ada sesi fotografi pagi Sabtu itu jam 10.30 pagi di Taman Hutan Bukit S.U.K. Tapi yang ni saat akhir punya perjanjian tapi tak apalah asalkan aku dapat sertai sekali. Janji jam 10.30am tapi 10.20am aku dah sampai. Aku ingat aku bakal bawak motosikal lambat tapi 5 minit dah sampai. Apa lagi menonggeng la atas moto tunggu diorang yang tak sampai ni. Dah penat duduk atas moto, duduk kat kerusi taman di kawasan letak kereta taman itu sambil layan lagu rock balada kegemaran aku yang dah tersemat dalam telefon Sony aku ini. Tak sangka aku dengar lagu ni sambil berangan merenung jauh. Tiba-tiba ada la pak cik ni buat senaman berdekatan dengan aku duduk. Dalam kepala aku ni, pak cik ni mesti fikir aku baru je putus cinta! duduk sorang-sorang sambil layan lagu macam tu. Dan juga ada pasangan yang baru sahaja habis buat aktiviti kat sini pun duduk dekat degan tempat aku duduk. 

 Kawasan pintu masuk Taman Hutan Bukit S.U.K, Shah Alam

Jam 11.15am barulah jurufoto rasmi sampai dan hampir jam 12.00 tengahari barulah model bersama seorang lagi jurufoto merangkap teman lelaki beliau sampai. Aku dengan tenang sahaja melemparkan senyuman ikhlas tanda gembira dengan kehadiran mereka!  Okay, korang kira sendiri berapa lama aku tunggu mereka ini ..Sekian terima kasih! 

 Sesi perbahasan antara Alep dengan Ejad yang agak membosankan sebab aku tak ada
kamera besar seperti yang mereka bincangkan. 

Kali ni tak tahu nak namakan konsep apa tapi asalkan menjadi dan
kita dapat apa yang kita nak. Itu sahaja. 
 
Lokasi penggambaran hampir sama dengan yang hari tu tapi kali ni sudut yang
berlainan. Cuaca agak mendung tengahari tu dan sukar nak dpatkan gambar yang cantik. 
Tapi kalau dah namanya jurugambar pforesional tu kan, ape cuaca pun jadi je.


Kali ni sesi fotografi agak macam santai/leisure sebab tangkap gambar sambil bercerita dan juga sedang memikirkan sudut terbaik tanpa menggunakan pemantul/reflector. Ejad ni memang terbaiklah! walaupun dia bukan berasal daripada bidang fotografi tapi minat tu yang penting yang menjadikan sebuah angan-angan itu menjadi kenyataan. Berkongsi ilmu adalah yang terbaik. Jangan kedekut.

Sesi kali ini aku hanya dapat sertai selama 1 jam sahaja iaitu sehingga 1 tengahari sebab jam 2 aku kena masuk pejabat. Cerita di bawah. Apa pun terima kasih la kepada Anis, Ejad dan Alep sebab sama-sama meriahkan sesi pagi ini. Aku pun gembira walaupun sekejap! okay (^_^)
Secara jujurnya, gambar-gambar di atas ini adalah hasil tangan saya sendiri dan 
bukan saya curi  daripada jurufoto profesional tersebut. Jika saya ambil dari beliau, 
saya akan buat kenyataan di bawah gambar tersebut.

PERISTIWA KETIGA | Masuk Pejabat
 Aku terpaksa tinggalkan kedua-dua sesi fotografi di atas kerana aku perlu tunaikan tanggungjawab sebagai pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal. Kalau bos suruh datang pejabat, kenalah datang walaupun hujung minggu. Semuanya salah pihak arkitek! kenapalah korang pergi ubah pelan dan bagi kat kami pada saat-saat akhir?! kami ni bukan mesin yang sentiasa berjalan! kami manusia yang selalu buat silap! Padan muka arkitek, dah kena kutuk dengan aku ..

Janji jam 2pm masuk pejabat tapi Kak Fariza lambat 15 minit tapi tak apalah aku tunggu sekejap. Macam biasa, duduk tenggek atas motosikal dan bukak lagu telefon bimbit aku. Kali ni  pak cik Cina bengkel buat no plat kenderaan tu tengok aku sekejap-sekejap. Mungkin jugak dia kata aku ni putus cinta. Apa-apa lah pak cik oi. Yang penting aku tengah tunggu pintu pejabat tu buka ok! Jangan buat spekulasi bukan-bukan ok. 

Aku kena betulkan lukisan yang aku buat sebelum ni. Tukar simbol pokok, betulkan keratan rentas dan tu je la! Yang lain Kak Fariza yang buat. Itupun jam 6.30pm barulah boleh balik. Nampaknya aku tak dapat sertai Lee dan kawan-kawan untuk sesi fotografi di Putrajaya. Anis pula dan kawan-kawan masih bergambar di Dataran Sejarah. Aku dengan hati agak kecewa terus balik rumah sewa sambil menguhyah jemput-jemput pisang bagi menenangkan fikiran!.

PERISTIWA KEEMPAT | Perjumpaan Kawan-kawan
Tak tau kenapa dan aku tak boleh tulis kat sinilah takut nanti ada yang terasa. Lepas sembahyang magrib dan mengaji, aku terus mencari ketenangan di Kompleks PKNS. Jalan-jalan tengok orang lalu, tengok benda-benda baru dan juga tengok-tengok buku yang boleh dibaca tapi tak beli pun. Tak apa, dengan cara ni aku lebih tenang.

Suasana malam di Dataran Sejarah Padang A, Shah Alam
 
Tujuan malam tu kononnya ada reunion batch Diploma Julai 2006 tapi tak ada yang datang pun kesimpulannya, cukuplah aku duduk mengumpat dengan Anis dan Alep untuk sesi setengah jam sebelum Alep bertolak balik ke Penang. Kemudian jam 11.30mlm barulah Lee dan kawan-kawan tiba segar dari Putrajaya sebab diorang habis lambat sesi fotografi kat sana. 
Bergembira bersama keluarga masing-masing sedangkan aku keseorang waktu ini 
menuggu kawan-kawan yang sudi datang.
 
Ceritanya sebelum tu, macam biasa aku ni suke datang awal. Jadi jam 9malam aku dah terpacak kat tepi jalan kat Dataran Sejarah. Aku tunggu ada orang datang ke tak dan tak ada pun yang SMS aku kecuali Anis. Suraya dan Aida datang tap iemmandangkan tak ada orang jadi, diorang pergi karaoke. Aku pun kate suka hati korang la. Macam biasa aku tenggek atas moto sambil dengar lagu Sony aku. Dan aku dikelilingi oleh pasangan-pasangan yang lalu lalang dan juga keluarga yang bawak anak-anak kecil. YESS!!! aku putus cinta lagi!..padan muka ko kery! Nasib ko sampai malam..
a
Alep yang setia menemani kami walaupun sekejap (^_^) terima kasih Alep

 Gelak sekuat hati tanpa melukakan hati orang sekeliling boleh mengurangkan
tekanan yang lekat kat kepala ni! Yang penting aku suka.

Waktu diorang sampai ni la suasana makin meriah dengan cerita masing-masing.
 
Akhirnya mereka tiba. Dan akibat masing-masing lapar dan tak tahu nak buat apa, kami buat keputusan nak lepak mana-mana kedai dan Pak Li Kopitiam menjadi pilihan kami. Nasib baik ada beberapa ketul je yang datang jadi tak la memeningkan kepala dan nasib baik jugak, kami semua sama kepala. BEST sangat! Apa lagi masing-masing buka mulut la cerita dari orang tu ke orang tu. Macam-macam kami cerita dan kesimpulannya memang best! Tak rugi aku tunggu dari jam 9 malam.

 Sharoll, yang dah lama aku tak jumpa. Jurufoto khas untuk sesi Lynda dan juga Aqi

 Okay, aktiviti sembang disambung hingga ke Pak Li Kopitiam dan berlarutan sehingga
jam 3 pagi. Tak apa, sesekali jumpa kan bukannya selalu. Lagipun tak ada pun yang 
mengeluh nak balik awal sebab masing-masing tak sabar nak kongsi cerita.

 Sesi mengambil & menulis nak makan apa. Punyalah lama nak tunggu nasi 
diorang ni sampai sebab ramai kot rasanya macam baru je jam 8.30 malam
walaupun dah hampir jam 3 pagi.

 Dan yang terakhir sekali, cenderamata dari Sharoll made from Korea. Terima kasih Sharoll. Tak pernah dapt benda-benda eksklusif macam ni. Aku balik dari China pun tak bagi kau apa-apa Sharoll. Apa pun, malam tu memang la aku rasa gembira sangat walaupun masing-masing dah penat tapi peluang untuk duduk bersama macam ni memang susah nak dapt. Maklumlah, masing-masing ada komitmen masing-masing sekarang ni. 

HUJUNG MUNGGU YANG HAMPIR SEMPURNA BERSAMA KAWAN-KAWAN (^_^)

5 Readers:

{ msi.my } at: 7 March 2011 at 01:22 said...

kta hnya mmpu merancang,tuhan yg menentukan dan jodoh pertemuan di tangan tuhan =]
thanks gak kerry,,anda mmg kawan yg baik.ak bangga ade kawan mcm ko =]

{ hairie } at: 7 March 2011 at 09:31 said...

haha.. (^_^) wahhh.statement trharu dr sharoll...kalau aku xknal ko, aku xde la kwn ngan ko..heheh...aku pn bangge ade kwn mcm ko...pnat sgt pn snggup dok smpai lewat mlm gan kitorg..hehehe.... (^_^))

{ CikHanis } at: 7 March 2011 at 10:01 said...

lololololololololo.putus chinta eyh....HAHA.btw kery!u're gud fren.dun worry la.pasne lg byk xtvt y kite plan.HAHA

{ miss lynda } at: 7 March 2011 at 10:05 said...

huhu...xpe yg pntg ktew hepi

{ hairie } at: 7 March 2011 at 20:48 said...

cik hanis: hahaha...xputus tp bajet mcm putus..hahaahah....memg la gud pren..sbb tu la kpale kite same..hahahaha.. ok, aku on jer kalau bab jln2....hahaha

lynda: aah lynda...bukn slalu dpt hepy cm ni..kn..kn.kn..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean