header

header
hairie

Site Inspection : Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kemaman

| Saturday, 26 March 2011
Bangunan Pentadbiran KKTM Kemaman

Minggu ke 11 untuk latihan praktikal dimulakan dengan lawatan tapak ke Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Kemaman, Terengganu. Tujuan: menghadiri mesyuarat bersama kontraktor dan juga pegawai Majlis Perbandaran Kemaman serta melihat perkembangan terbaru apa yang berlaku dengan pokok-pokok yang ditanam di kawasan tapak.



Aku, Anis bersama staf Kak Fariza diarahkan oleh bos besar untuk membuat lawatan ke sana. Dalam kepala ni dah set, sambil menyelam minum air (^__^). Okay, kami gerak jam 7pagi terlewat 1 jam dan tiba di sana jam 10.15pagi. Tahap maksimum Kak Fariza bawak kereta: 150km/j sambil Anis tidur di sebelah. 


Sesi perbincangan ringkas bersama Encik Yahya, kontraktor projek 
yang nak belanja kami makan tengahari tapi kami tak nak
 
Aku ni tak pernah jejakkan kaki ke tanah Terengganu yang terkenal dengan penyu dan nasi dagang yang sedap (aku tak pernah rasa) dan bila ada peluang kali ini, aku takkan lepaskan dengan sia-sia. Kamera sudah pasti benda wajib dan duit tu pun kenaada juga la. Kalau tak kau tak beli apa-apa nanti..


Taman di Majlis Perbandaran Kemaman

 Majlis Perbandaran Kemaman
 
Kenapa aku pergi dengan diorang? Kalau ikutkan, Kak Fariza dengan Anis sahaja yang pergi tapi memandangkan pejabat tak ada orang, bos pun ade kerja luar jadinya, aku pun secara automatik kena ikut sekali. Kalau tak, tak adanya aku nak merasa angin Terengganu. 

pokok dan awan yang hebat

Pokok ini nampak okay tapi yang lain-lain kurang memuaskan

Ada yang terkena penyakit

Macam ada yang tak kena dengan bangunan ni sehingga boleh
menyebabkan kebocoran dan tempias air hujan

Ini lawatan tapak (site inspection) yang kedua selepas lawatan pertama pada awal tahun ini. Tugas menanam pokok dilakukan oleh kontraktor yang dilantik. Tetapi apa yang kami lihat, tidak dilakukan penyelenggaraan yang berterusan terhadap pokok-pokok tersebut. Ada yang mati tak diganti, patah, terkena penyakit, tak buat penggemburan dan macam-macam lagi. Kalau tak silap, ade 60 batang pokok yang bermasalah dan kesimpulannya perlu diganti. 


Harap-harap palma ini kekal subur

 Yang ini pun harapnya subur macam awan yang kat belakang tu

 Pokok ni dah mati dan perlu diganti baru. Tapi kontraktor 
macam tak buat sebarang tindakan! 

Nasib baik pokok sahaja, kalau ada pokok renek
tak tahu macam mana rupanya

Sebelum kami sampai, pegawai MPK dah tiba awal dan balik awal. Jadi, bila tanya tanya kontraktor, pihak MPK kata semua okay tak ada masalah. Tapi bila kami pusing 1 kawasan tapak, indah khabar dari rupa. PENIPU punya kontraktor. Dah la suka salahkan konsultan. 


Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu yang memang tonjolkan ciri-ciri
senibina tradisional rumah Terengganu. HEBAT!
 
Kami buat keputusan nak jumpa sendiri pegawai MPK. Kesimpulannya, pegawai MPK tu pun sependapat dengan kami sambil bercakap dalam slang Terengganu. Jadi, sekarang ini pihak MPK dan kami telah menghantar surat (penyelesaian awal) kepada pihak berkaitan. Kalau tak, macam mana nak dapatkan Sijil Layak Menduduki (CF).


Perbincangan sebelm membuat keputusan untuk balik Shah Alam. Membuat
sesi pertemuan bersama pegawai MPK
 
Itulah pengalaman jadi konsultan ni. Memang agak mencabar minda walaupun tak la sangat. Yang penting kena la gigih nak tegakkan kebenaran tentang apa yang betul. Jangan nak sibuk salahkan orang lain sedangkan diri sendiri tu yang salah. Kau dah pakar dalam bidang kau, jadi janganlah kau sia-siakan macam tu je! Buat sekadar buat dan bila dah siap baru la cari orang yang lukis pelan tu. Sibuk nak salahkan. Bila dah salah nak sogok pula! hishh..kuatkan iman masing-masing!


Pusat bandaraya Kemaman, Terengganu
 
Okay habis cerita kerja dan kita pergi pula cerita menyelam sambil minum air. Jum minum air sambil tengok ikan-ikan yang cantik-cantik lagi comel! Eh, apa benda yang aku mengarut ni.. Sebelum balik kami singgah sebentar di gerai-gerai menjual keropok lekor, satar dan juga otak-otak yang ada kat tepi-tepi jalan (gambar tak sempat nak tangkap). Beza keropok lekor Terengganu dengan tempat-tempat lain (Lembah Klang & Johor): Kalau di Terengganu, semua keropok lekornya 100% ikan dan di tempat lain keropok lekornya dicampur dengan tepung. Sebab itulah bila kita goreng, ia mengembang sekembang kembangnya. Satar: bukan kegemaran aku sebab kurang sedap dan juga otak-otak yang pelik. 3 batang RM1. Kalau kat Shah Alam sekeping RM0.50. Tapi berbaloi la dengan harga. Di Terengganu, anak ikan separuh dan dicampur dengan rempah yang aku rasa separuh masak agaknya tapi sedap jugak la.

Sembahyang Zohor di Masjid Daerah Kemaman

Kemudian, kami singgah sebentar di Pantai Cherating dengan konsep santai ala-ala Datuk Sheikh Muszaphar yang tak berapa nak angkasa sangat. Makan sambil tengok budak-budak main bola di tengah pasir yang panas dan juga yang mandi-manda di tengah laut yang tak berapa nak berangin. Aku tak sanggup. Kami hanya mengambil peluang untuk makan dan mengambil gambar sahaja. Jom tengok gambar kat bawah ni: 


Konsep santai biasa je untuk permulaan sambil makan otak-otak Terengganu

 Agak susah nak dapatkan sudut terbaik ciptaan sendiri kat sini 
tapi sedang mencuba dan terus mencuba

 Condong pula menara tinjau tu (^_^)

 Alam yang indah anugerah Allah S.W.T

 Kami tak kisah apa orang nak kata asalkan kami suka. PELANCONG kan!


Tak pasti sama ada ranting ini ditanam ataupun memang hidup subur di sini

 Nampak sombong mereka berdua ni. Duduk pun jauh-jauh.

Sekali lagi!

Apabila subjek digabungkan dengan latar belakang langit yang membiru

Aku lebih rela mandi di kawasan air terjun daripada mandi laut 
tapi kalau dah best sangat tu mandi juga!

Payung digunakan untuk sesi fotografi 

Nampak tak ciri-ciri nak jadi gambar angkasawan negara..hehe

Ranting ni dah nak patah tapi macam mana nak 
dapatkan foto yang cantik di sini agaknya.

 Tak kisahlah panas yang penting gambar cukup pencahayaannya

 Cahaya matahari di sebalik payung tapi masih
boleh nampak muka kami dengan jelas

Seperti balik ke zaman sekolah muka itu (^__^)

Contest Jangan pandang kamera!

Okay selesai sesi fotografi yang tak betol sangat tu, kami gerak balik Shah Alam dengan kelajuan maksimum 100km/j sampai aku tertidur sedap kat belakang. Kesian Kak Fariza pandu seorang-seorang sambil ditemani lagu Taylor Swift dan juga lagu Monex Box..

 Suasana alam yang indah di Lebuhraya Pantai Timur (Kuantan). 
Jam 4 petang baru kami bertolak balik.

Okay tiba-tiba sampai penghujung Lebuhraya Karak sesak teruk. 

Dalam sesak-sesak tu kami sempat melihat kawasan persekitaran iaitu, kawasan rumah artis. Kalau tak silap di Bukit Antarabangsa. Dan lagi satu, jalan ke Zoo Negara yang aku rasa nak pergi tapi belum berkesempatan. Insyaallah nanti bila ada masa, aku akan sampai sana nak jumpa kawan-kawan sekampung dulu (^__^)  Shah Alam - NKVE - Plaza Tol Jalan Duta - DUKE - Zoo Negara

Ini gambar terakhir di Pantai Cherating yang aku cakap tadi berkonsepkan angkasawan negara. Tapi kurang menjadi mungkin sebab tak cukup tinggi Anis terbang dan tak ada bintang-bintang serta kumbang malam yang bersinar-sinar mengiringi kepergian mereka ke angkasa.. (^_^)

 

4 Readers:

{ CikHanis } at: 26 March 2011 at 13:18 said...

hahahahhahahhaha.kaki aku terpotong la!

{ hairie } at: 26 March 2011 at 14:33 said...

abaikn..hikhikhik!

{ Fariza Othman } at: 29 March 2011 at 10:25 said...

menarikkk <33

{ Sautuldai } at: 4 May 2011 at 09:22 said...

Menarik, mohon kerja sama untuk berikan alamat penuh KKTM Kemaman untuk dimasukkan dalam Google Map. Thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean