header

header
hairie

SIAPA NAK JOIN BLOGLIST FALIHINJASMY.BLOGSPOT.COM, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYE~~~

| Saturday, 30 April 2011
 Klik banner untuk sertai

Assalamualaikum kawan-kawan blogger.  Petang yang agak sayu ini aku nak sertai bloglist anjuran Encik Falihin Jasmi meranngkap junior Landscape Arhitecture Department UiTM Shah Alam. Dah alang-alang die jemput semua orang, baik aku sertai sekali. Tak salahkan. Dah nama pun penulis blog, apa salahnya aku menyokong aktiviti kawan-kawan yang suka menulis ini (^__^) 

Kenapa aku nak sertai? aku menyokong apa yang kawan-kawan buat supaya meriah lagi dunia blog yang sangat menarik ini!. Cara ini kan, merupakan salah satu teknik untuk anda mempromosikan blog anda kepada orang lain yang tak tahu menahu mengenai kewujudan blog anda. Dan dengan yakinnya, selepas ini akan akan mendapat ramai followers . Tapi iktu adalah tujuan sampingan aku bukan yang utama. 

Yang penting sekarang ini, aku nak sertai semua contest/bloglist.segmen yang dianjurkan. Maklumlah semester ini banyak masa terluang untuk menulis dan berjalan-jalan ke blog orang lain. Insyaallah semester depan akan kembali perlahan sebab dah sibuk dengan final.

Apa pun Falihin, semoga dapat menjawab soalan peperiksaan akhir dengan cemerlang dan Dekan lagi semester ini insyaallah kan (^__^). 

Okay nak beritahu kawan saya: Hanis Adila, Noor Fariza dan juga Siti Maslinda
**kalau aku tak menjawab soalan, minta maaf tau (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

CONTEST ALYA : AKU DAN ALAM

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Setelah 24 jam bertapa di dalam pejabat mengadap skrin laptop yang agak menyakitkan ini disebabkan as-built drawing yang perlu disiapkan sebelum hari ini, Sabtu! balik rumah mandi sembahyang subuh dan tidur. Okay cukup!

Lepas makan tengahari tadi terus terjah blog kawan-kawan yang dah tinggalkan komen, yang dah follow dan juga pesanan di shoutbox. Terima kasih (^_^)


Hari ini aku nak sertai contest anjuran Cik Alya. Anda nak sertai sekali?sila klik banner di atas. Di sini, aku nk kongsi foto aku bersama alam. Tak dinafikan negara kita ini mempunyai kawasan hijau yang sangat cantik dan kalau nk lihat lebih eksotik, anda masuklah dalam kawasan hutan. Sangat cantik. Dan kalau nak yang meriah, masuklah dalam kawasan kampung. Kalau kampung, ia dipanggil Rural Landscape.

Lokasi: Pantai Cherating, Kuantan



















Dua foto ini dirakam di Taman Hutan Bukit SUK Shah Alam

























Khas untuk kawan-kawan: Nur Eyda, Lynda Roslan, Noona Anes, Kak Fariza  dan juga Joe FZR

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Bloglist Bangku Kosong

| Thursday, 28 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan, pagi Khamis ini nak sertai bloglist Bangku Kosong. Sekurang-kurangnya lepas ini orang boleh tahu tentang kewujudan blog aku ini. Anda semua nak sertai?senang sahaja, klik banner di atas ataupun klik SINI. Tapi sampai pagi Khamis 28 April sahaj tau. Pagi ini sahaja (^__^)

Saya dah follow Encik Bangku Kosong & juga masukkan dalam Reading List saya. Di sini saya mahu tag kepada rakan-rakan pejabat: Noona Anes dan juga Kak Fariza.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Aku Gile Shopping

| Wednesday, 27 April 2011
Klik banner di atas untuk sertai contest ini
 Assalamualaikum kawan-kawan. Kali ini nak sertai contest dari Encik Fad Ali mengenai kaki shoppping. Dan aku salah seorang yang kaki shopping juga tapi bila perlu sahaja dan juga bila ada duit lebih. Bak kata orang shopping ini merupakan satu rawatan. Betul ke?


Lokasi: Butik F.O.S di Sunway Pyramid. Kami hanya mencuba kemeja yang smart ini tapi tak beli sebab mahal sangat. Yang tersangkut di tangan aku tu kasut POLO dari Santa dan juga kemeja dari Hi Style.
Lokasi pilihan untuk membeli belah:
Uptown Seksyen 24 Shah Alam
Kenapa? Di sinilah kalau nak beli barang boleh tawar menawar sampai rendah yang mungkin. Pilihan pun banyak. Jenama aku tak kisah sangat, asalkan murah, berpatutan dan sesuai dengan citarasa aku. Antara barang yang aku pernah beli di sini: Kasut Adidas RM75, Kasut Nike RM70, Jeans Levis RM45 dan juga seluar slack Paul Smith RM25.

Sunway Pyramid
Tempat ini bukan tempat utama aku sebab lokasi yang agak jauh, kena bersesak-sesak dahulu sebelum sampai sini dan juga penat berjalan jauh semata-mata nak cari 1 kedai sahaja. Kalau nak pergi sini mesti ada tujuan nak pergi mana. Selalunya kami masuk ke Asian Avenue sebab banyak pilihan dan agak murah di situ. Aku dah ada 4 helai kemeja yang aku beli di situ. Sekali lagi jenama aku tak kisah asalkan menarik dan yakin selesa untuk dipakai. Kemeja yang pertama kali beli dapat RM50 untuk 2 pasang. Kira murah la kan. Dan sekali lagi aku datang sini dan tengok kedai lain, juga ada promosi. Kalau tak silap aku bayar RM59 untuk 2 helai kemeja.

Lokasi: Jalan TAR, Kuala Lumpur. Dari atas, kemeja yang dibeli di Asian Avenue Sunway Pyramid, Seluar panjang dan kasut dari Uptown Shah Alam.
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

|
Assalamualaikum kawan-kawan. Kali ini nak cerita/kongsi pengalaman mengenai zaman sekolah atas jemputan walaupun tak dijemut oleh Abg Ben Ashaari. Sila klik sini untuk sertai: BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Sebelum tu: Klik SINI untuk undi Abg Ben! 

Zaman sekolah aku berlalu macam biasa sahaja. Banyak kenangan pahit manis yang dah pun ditempuh dan masih kekal dalam ingatan. Daripada tadika 1994 sampailah ke SPM 2005. Tapi apa yang aku tak suka atau dengan bahas kasarnya aku tak mahu kembali kepada zaman sekolah adalah jadual yang terikat & padat. Maksudnya, hari-hari kena bangun pagi-pagi dan datang sekolah awal. Bila dah sampai sekolah cikgu pula masuk mengajar sampai tengahari. Kadang-kadang mengantuk sangat semasa cikgu mengajar di hadapan. Dan selalunya petang ade kelas tambahan. Jam 4 barulah sampai rumah. Balik mesti penat dan sesuai untuk tidur tapi tak terfikir pun nak tidur. Entah apa-apa yang aku buat. Malam pergi masjid (tanggungjawab) kemudian balik tengok televisyen dulu baru buat kerja rumha yang cikgu bagi. Sekarang ini bila aku fikir balik zaman sekolah, padatnya jadual aku masa tu. Ini pendapat aku, tapi kalau korang semua rasa zaman sekolah lagi menarik itu terpulang kepada individu (^__^) 

......................................................................................................................................................

Zaman sekolah dulu, aku selalu tersenarai dalam top 3 calon-calon pemimpin. Tak kiralah kelab & persatuan ataupun ketua kelas. Kalau tak top 3 pun, aku terus dilantik atas sokongan semua orang. Memang nasib badan. Selalunya sebelum tiba hari pertama kelas ataupun sebelum mesyuarat kelab & persatuan, aku dah dapat agak yang aku akan tersenarai dalam top 3 tersebut. Dan memang betul dan kadangkala terus dilantik tanpa top 3! Aku bukan nak bangga yang aku ini pegang jawatan besar masa di sekolah. Tapi anda bayangkanlah kalau anda pegang jawatan dalam kelab/kelas, ia dah jadi satu tanggungjawab yang besar dan anda kena jaga nama baik anda supaya tak ada orang cakap-cakap buruk pasal anda. Aku dah rasa dah tapi aku tak pernah menerima laporan mengenai prestasi aku. Mungkin ada yang bercakap tapi biarlah. 

Kelas 4 Sains Tulen 1 (2004)
Dua jawatan terakhir yang aku pegang semasa zaman sekolah (tahun 2005) adalah Pengerusi Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Pengerusi Kelab Komputer. Kononnya PRS tu tolong pelajar-pelajar lain yang ada masalah tapi kami tak pernah buat pun benda tu. Dan aku tak rasa pun yang aku ini boleh nasihatkan orang sebab aku ras aku belum berkelayakan lagi. Siapa yang pilih aku jadi pengerusi?kawan-kawan yang jadi ahli la secara sebulat suara menyokong cadangan supaya aku jadi pengerusi. Masa tu aku rasa, beratnya jawatan ini. Mana taknya, ini jawatan kedua terpenting dalam sekolah selepas pengawas. Siap ada majlis perlantikan lagi dan aku kena baca ikrar depan semua cikgu-cikgu dengan pelajar. Masa tu serentak dengan perlantikan pengawas. Semua ini aku terima dengan hati terbuka dan aku percaya sepanjang aku pegang jawatan ini akan ada orang yang membantu nanti Insyaallah (^_^). 

Dan kisahnya, ada seorang cikgu cina yang tak suka dengan PRS ini sebab kami dah ambil salah satu tugas pengawas iaitu membaca doa semasa perhimpunan mingguan. Nak buat macam mana, ini arahan cikgu kami iaitu Cikgu Hamidon Said yang juga guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Tapi benda ini tak sampai ke telinga aku dengan secara terus. Kawan aku yang pengawas inilah yang menyampaikan. Tapi mereka semua menyokong aku. Alhamdulillah (^_^)

Reunion di SMK Penghulu Saad
Okay jawatan kelab: Pengerusi Kelab Komputer. Kebetulan masa aku pegang jawatan ini, sekolah ini baru sahaja mendapat dua buah makmal komputer untuk kegunaa pejalarnya. Tugas kami AJK tertinggi kelab, kena jaga makmal ketika rehat sebab waktu macam inilah pelajar nak masuk. Tapi kena tunggu kebenaran daripada cikgu Mardyana iaitu guru yang pembimbing kami. Apa yang bestnya, setiap hujung minggu kami dapat menggunakan makmal komputer tersebut dengan pemantauan cikgu la. Tapi kadang-kadang cikgu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuka pintu makmal yang ada kod! siap bagi kata laluan lagi. Jadi, kami gunalah sebaik mungkin. Ada yang main game, tak juga yang mencari maklumat dan macam-macam lagilah. Kami kenakan caj RM1 untuk 1 jam bagi sesiapa yang mahu menggunakan perkhidmatan internet. Tapi kami yang selalu guna sampai sehari (bila cikgu tiada) tak bayar langsung pun. Agak jahat di situ kan. Tapi kami siap kemaskan lagi makmal tu sebelum kami balik. Sapu habuk, kemaskan PC dan macam-macam lagi sebelum pintu dikunci menggunakan kod rahsia yang sekarang memang aku dah tak ingat. 

Perbincangan AJK Tertinggi Alumni SMKPS. Aku dilantik AJK Publisiti
Pernah sekali waktu pagi sebelum loceng pertama berbunyi, aku masuk dalam makmal komputer sebab masa itu aku yang pegang kunci. Dengan harapan cikgu Mardyana masuk awal dalam makmal tu. Tapi sedang santai melayari internet tiba-tiba pengetua lalu depan makmal. Agak terkejut juga takut beliau masuk. Dah la aku duduk dalam makmal tu tanpa ada cikgu yang memantau, siapa yang tak menggelabah kan. Tapi alhamdulillah, pengetua tu lalu sahaja dan hanya senyum-senyum sindir agaknya. Aku takut nama aku dan Kelab Komputer yang naik masa perhimpunan. Kang kesian cikgu dan kami yang kena.

Itulah pengalaman pada tahun akhir zaman persekolahan iaitu tahun 2005. Banyak lagi sebenarnya tapi ada cerita yang aku malu nak kongsi. Nanti la bila-bila aku cerita. Yang ini pun aku dah cukup panjang kan. Minta maaf kepada pembaca sebab panjang sangat (^_^)

S E K I A N  T E R I M A   K A S I H

BEN CARI BLOG BARU LAH

| Monday, 25 April 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, malam ini sebelum menghampiri jam 12 tengah malam aku nak kongsi satu segmen dari penulis blog terkenal iaitu En Ben Ashaari.Okay anda nak sertai sila klik Ben Ashaari. 

Dan sebagai penulis blog, kita perlulah menyokong apa sahaja aktiviti/perkara-perkara yang memberi kebaikan kepada dunia blog ini sebagai tanda penghargaan dan silaturrahim antara blogger. Oleh itu, saya telah mengundi Abg Ben dalam satu Anugerah yang bakal beliau miliki insyaallah. Nak tahu apa?jom klik Digi WWWOW Awards

5 blog baru yang aku suka:

5 blog lama yang aku suka:

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

First GiveAway at My Life On Pixel

| Sunday, 24 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang yang dah nak senja ini aku nak sertai giveaway dari Encik Naza pemilik tetap My Life On Pixel.

Klik banner di atas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai giveaway ini

Ini pantun khas untuk Encik Naza (versi Bahasa Jawa):
Ndorong-dorong neg batang duren tugel,
Karo ndorong karo ngombe banyu klopo,
Lek kor entok prem gambar pun kiro untong opo!.

Ini bila diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu:
Duduk-duduk di batang pokok durian yang patah,
Sambil duduk sambil minum air kelapa,
Kalau dapat frame gambar jer pun dah kira untung apa!.

Khas untuk kawan-kawan: Aslann As, Joe FZR dan Hazwan Mohd

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Giveaway From Moscow By Miszlullaby

| Saturday, 23 April 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tiba-tiba terjumpa giveaway ini semasa blogwalkingdan tau-tau je dah sampai ke Moscow. Jauh kan! Giveaway ini anjuran Miszlullaby

Pantun khas buat cik miszlullaby:
Mangan sambel bilis karo ubi,
Digae sarapan nenge umah wong loro,
Yok la melebu giveaway cik miszlullaby,
Engko entok hadiah seko Moscow (^_^)

Dalam bahasa Melayunya berbunyi begini: 
Makan sambal ikan bilis dengan ubi,
Dibuat sarapan di rumah berdua,
Jom la masuk giveaway cik miszlullaby,
Nanti dapat hadiah dari Moscow (^_^)


Khas untuk kawan-kawan: Aslann As, Noona Anes, Lynda Roslan, Joe FZR dan Nur Eyda

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Kes Bunuh di Pelabuhan Klang

| Thursday, 21 April 2011
Hujung minggu lalu aku bercuti di rumah mak cik aku di Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang Utara. Dah lama tak singgah sini lagipun kebetulan nenek dari kampung datang sini nak jalan-jalan makan angin katanya (^_^)

Sembang dok menyembang sambil menyembang tiba-tiba terkeluar cerita mengenai 1 kes pembunuhan/bunuh diri yang berlaku di sini. Lokasi yang lebih terperinci, blok rumah mak cik aku sendiri. Seorang mayat lelaki ditemui mati di bumbung sebuah blog pangsapuri kakitangan Kastam di Bandar Sultan Sulaiman. Siapa yang tak terkejut. Polis menjumpainya di bumbung pangsapuri tersebut dalam keadaan hampir reput.

Ceritanya bermula macam ini, ada seorang budak yang naik atas bumbung blok pangsapuri nak tangkap burung yang bersarang di kawasan bumbung blok tersebut. Tinggi blok 5 tingkat dan memang dah ada laluan di atas bumbung tersebut yang mungkin dibuat untuk tujuan penyelenggaraan. Bila budak tu dah masuk tiba-tiba dia ternampak mayat seorang lelaki yang dah hampir reput. Anda bayangkan bagaimana rasanya jika anda berdepan situasi ini. MEsti sangat terkejut dan juga diselubungi bau yang busuk. 

Inilah blok yang dikatakan lokasi kes bunuh tersebut
Dengan gagah, budak tersebut terus menuju ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Pada awalnya, pihak polis tidak mempercayai apa yang budak itu katakan tapi disebabkan mungkin ceritanya itu ikhlas dan ada unsur-undur kejujuran, polis pun menjalankan siasatan terhadap bangunan blok tersebut. Dan nyata, cerita yang disampaikan itu benar. 

Apa yang dijumpai? Mayat seorang lelaki bersama tilam, tangan yang diikat dan muka yang betutup kain hitam serta hanya memakai kain pelekat. Aku tak berada di situ ketika polis menjalankan siasatan jadi aku tak boleh menyatakan kebenaran mengenai rupa mayat tersebut ketika dijumpai. 

Mayat lelaki tersebut dijumpai di bumbung kawasan tangga tengah ini.
 Apa yang aku boleh buat hanyalah andaian. Mungkin lelaki tersebut tertekan dengan masalah hidup dan ingin bunuh diri dengan naik ke atas bumbung (sambil bawa tilam untuk tidur). Tapi tangan beliau diikat!Takkan nak ikat tangan sendiri? Pendapat aku yang lain, mungkin lelaki tersebut penagih dadah dan terlalu ketagih sangat sehinggakan snaggup melakukan kerja-kerja gila. Mungkin juga sebab bila orang dah mabuk sangat macam-macam dia boleh buat kan. 

Sekarang, aku tak tahu apa cerita selanjutnya cuma setakat pihak polis menjalankan siasatan bersama Jabatan Forensik ke atas kes bunuh tersebut. Menurut mak cik aku yang menetap di blok tersebut,  kakitangan jabatan forensik tersebut  terdiri daripada pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di jabatan tersebut. Mereka didedahkan dengan situasi yang sangat berat ini. Agak-agak apa cerita sebenar di sebalik penemuan mayat lelaki tersebut?

Sumber lain menyatakan bahawa, mereka terhidu bau bangkai ketika angin bertiup sekali sekala. Pada mulanya mereka ingat bau tersebut hanyalah bau bangkai burung yang mati yang menjadi perkara biasa di kawasan pangsapuri tersebut. Tapi tak sangka bau tersebut merupakan bau mayat manusia yang dah hampir mereput. Sungguh dahsyat.
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Giveaway Ujang9897

|
Assalamualaikum kawan-kawan. Kali ini nak sertai giveaway dari Ujang yang nampak ringkas dan senang sahaja. 


Sambil buat kerja sambil manfaatkan masa terluang yang ada. 
Lokasi di Kiara 9, Sri Hartamas (bersebelahan dengan Plaza Tol Jalan Duta )

Pantun khas buat Ujang!

Nunggang montor ngelanggar lobang,
Montore kewalik wong nge neng ngisor batu,
Blog sing apik iki tek ea wong jenenge Encik Ujang,
Kue ndelok sopo sing melok blog, iki wes meh tenlong ewu!

Okay itu sahaja nukilan ringkas tanpa mengarut dari aku. Aku nak kongsi dengan kawan sekampungku dari Parit Sulong :

S E K I A N    T E R I M A    K A S I H

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan?

| Wednesday, 20 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan, hari ini singgah kedai runcit sebelah Maybank TTDI Jaya sekejap sebab nak beli menu sarapan sambil tengok-tengok ada tak majalah keluaran baru serta menjenguk muka hadapan akhbar tempatan hari ini. 

Tiba-tiba ada berita menarik mengenai arits Indonesia seorang ini yang sememangnya sangat HOT!  dan juga kawan baik kepada penyanyi nombor 1 tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Kris Dayanti mengandung 4 bulan?mungkin betul berdasarkan kepada  apa yang aku baca tadilah.


Yang ni muka hadapap akhbar Utusan Malaysia. Kris Dayanti nikah bulan lepas hamil 4 bulan. Siapa yang tertanya-tanya dengan pernyataan tersebut kan?mestilah semua orang nak tahu cerita sebenarnya.
  
Menurut akhbar KOSMO! pula, Kris Dayanti terpaksa menerima hakikat bahawa beliau telah hamil 4 bulan dan beliau dikecam hebat oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah. Kris dan Lemos bernikah pada 20 Mac lalu dan kini genap sebulan perkahwinan mereka. Tapi akhbar melaporkan yang Kris sekrang ini hamil 4 bulan. Bila mereka buat pelancaran majlis 'pecah tanah'? Mungkin proposal dah lama ada dalam kepala masing-masing tinggal dapat approval sahaja. Tapi bila approval daripada pihak atasan lambat sangat, mereka approve sendiri agaknya. Nama pun manusia kan. Mesti ada buat silap kadang-kadang.

Okay berbalik kepada muka hadapan Utusan Malaysia, Kris berkata bahawa belaiu telah disahkan berbadan dua oleh doktor pada Januari lalu. Maknanya dah lama kan?Mungkin juga bila doktor dah sahkan hamil, mereka cepat-cepat memilih tarikh sesuai untuk bernikah sebelum perut makin membesar. Kris  berkata lagi yang mereka berdua menerima berita itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Dan yang menariknya, tak ada berita/khabar angin/gosip mengenai Kris Dayanti hamil sebelum pernikahan mereka.Biasanya kalau Indonesia ni, benda-benda macam ini yang paling hangat. Adakah doktor yang merawat Kris Dayanti dibayar?

Artikel ringkas dalam akhbar Kosmo! klik sini:





Rozita Che Wan bernilai RM500 000?

| Tuesday, 19 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan! ceritanya aku terbaca sebuah akhbar tempatan iaitu Mingguan Malaysia ahad lalu. Dan setelah menyelak segala ruang yang ada tiba-tiba aku tertarik dengan satu artikel dalam ruangan hiburan. Rozita bernilai RM500 000.


Kenapa bernilai RM500 000?ini semua terjadi apabila bliau dilantik menjadi duta produk Safi Rania Gold iaitu salah satu produk penjagaan kulit yang popular di negara ini. Menurut sumber, beliau menerima bayaran lebih RM200 000 bersama dengan insurans perlindungan yang bernilai RM300 000 sepanjang 2 tahun menjadi duta produk Safi Rania Gold.
















Anda bayangkan hebatnya artis kita yang seorang ini. Walaupun janda beranak 2 namun beliau masih bergetah lagi okay! Rezeki pun makin bertambah. Dan kalau tak silap sebelum ini Rozita Che Wan ada menyatakan untuk bersara dari dunia lakonan tapi beliau menarik balik kenyataan tersebut. 

Rozita ini juga merupakan satu-satunya artis yang dilindungi insurans di Malaysia. Sungguh dahsyat kan. Selalunya kalau jadi duta, jadi duta macam itu sahajalah. Bayaran pun ikut dalam kontrak yang telah ditandatangani tapi lain pula Cik Rozita kita yang seorang ini, ada insurans lagi. Jadi selepas ini artis-artis muda, silalah jaga kulit-kulit muka anda supaya tak berkedut dan nanti bila dah berumur sikit, anda boleh jadi macam Rozita ini! jadi duta bagi produk-produk yang bertaraf antarabangsa. Tak perlulah cucuk sana sini. bedah yang bukan-bukan. Orang kata, natural beauty lagi cantik.

Okay, ini sumber yang anda semua boleh baca dengan lebih terperinci lagi: 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Malaysia antara 10 negara paling mesra

| Saturday, 16 April 2011
Malaysia tersenarai top 10 negara paling mesra di dunia tapi hanya pada kedudukan nombor 9. Bukan nombor 1 okay.


"Mereka yang sering melancong ke beberapa negara berkemungkinan besar kembali ke negara seperti ini kerana penduduknya mesra dan bersikap terbuka, malah ada antara pelancong ini mahu menetap di negara itu dan enggan kembali ke tanah air sendiri." 

Petikan di atas diambil daripada akhbar Berita Harian Online edisi 16 April 2011 di mana satu kajian telah dijalankan oleh Bank HSBC untuk melakukan kaji selidik mengenai negara yang paling mesra. Bagi aku tahap kemesraan sesebuah negara diukur melalui kebolehan berkomunikasi, penerimaan mengenai budaya dan juga kebolehan untuk memahami budaya tempatan.


Berdasarkan kepada senarai, Kanada mengungguli tempat pertama buat kali kedua berturut-turut diikuti Bermuda, Afrika Selatan, Amerika Syarikat, Australia, Sepanyol, Perancis, Britain, Malaysia dan Jerman.

Sumber: 


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Pasangan berkahwin berbogel?

|
Hari ini buka akhbar Kosmo! online sekejap nak tengok berita-berita terkini. KEmudian klik yang bahagian Dunia. Terkejut dengan tajuk berita Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian. 


Klik gambar untuk mendapatkan artikel ringkas di akhbar Kosmo online


Aku tak tahu nak cakap apa. Alasannya nak jimatkan kos tapi macam dah tak boleh nak jimatkan di bahagian lain ke? Ini sanggup gadaikan maruah dengan menayang segala benda-benda sulit yang sangat elok katanya kan! Masalahnya sekarang ini, tetamu lain segak cantik pakai pakaian yang formal sedangkan pengantin berbogel sahaja. Kononnya nak mencipta kelainan. Aku takut nanti di Malaysia ada orang yang buat macam ini.

Apalah perasaan orang yang tengok dan orang yang bogel itu agaknya?gembira dan bangga sebab orang lain dah tengok aku punya! macam tu ke? Ini nasib baik mat salleh bukan orang kita. Harapnya tak ada orang kita buat macam ini nanti. Tolonglah jauhkan!

Okay aku ada sumber lain mengenai perkahwinan bogel ini. Tapi aku nak letak foto saja di sini. Semuanya aku dapat daripada Mail Online



















 Anda semua boleh berfikir dengan waras kan?silalah nilai sendiri

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Malam Ekspostasi SOLAR (malam kemuncak SOLAR di Melaka)

|

Entri ini adalah kesinambungan dari entri SOLAR Di Melaka: Ekspostasi Kembara SOLAR di mana, Malam Ekspostasi SOLAR ini merupakan malam kemuncah aktiviti di Melaka ini. Kenapa perlu buat entri lain?sebab aku nak kongsi foto-foto kami yang banyak ini dan aku tak nak bagi entri tu terlalu panjang.

Tema pada malam itu adalah smart casual. Nampak biasa je kan tapi kalau siapa-siapa yang pandai bergaya/menggayakan dengan cara yang tersendiri nescaya mesti orang akan pandang. Aku pakai apa?aku pakai apa yang ada dalam koleksi aku. Cuma ada beberapa sahaja yang baru tapi benda yang baru itu akan aku guna selama-lamanya dan bukan untuk majlis malam tu sahaja.


































































Secara keseluruhannya, majlis malam tu berjalan dengan lancar cuma mula agak lewat daripada jadual asal tapi itu biasalah. Dulu kami uruskan majlis macam ni di INTEKMA Hotel pun sama saja. Kali ini setiap semester dikehendaki menghantar sebuah filem pendek beserta dengan persembahan khas yang berkaitan dengan filem pendek tersebut. 

























Susah nak cakap macam mana hebatnya diorang ni tapi mereka sangat kreatif, hebat dan juga berani! Apa taknya trailer filem pendek pun dah hampir macam filem-filem hebat yang sekarang ini sedang meriah di panggung-panggung wayang. Dengan teknik jurukamera, susunan cerita, lokasi penggambaran dan juga editing yang dilakukan secara keseluruhannya sangat menarik.

Dan malam tu juga, diumumkan kesemua pemenang bagi aktivit-aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 hari di Melaka. Kami semester 07 alhamdulillah berjaya merangkul beberapa hadiah walaupun bukan hadiah utama tapi pengorbanan kami sampai sanggup mintak cuti sangat berbaloi kerana kami dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan yang paling utama kami mewakili pelajar semester 07 lain yang tak dapat datang. 













Malam tu ada satu kejutan untuk aku yang sangat tidak disangka-sangka iaitu aku dicalonkan antara 3 pelajar pilihan dari semester 06. Sangat terkejut apabila melihat nama aku terpapar di skrin. Dan kemudiannya, aku diumumkan sebagai pelajar pilihan semester 06! Subhanallah sangat terkejut. Tapi aku terima juga anugerah itu walaupun tertekan seketika sebab tiba-tiba nama aku yang naik. Tapi lama-lama aku boleh terima juga dan aku terima anugerah ini sebagai cabaran: aku nak dapat keputusan yang cemerlang pada semester 08 nanti. Insyaallah (^__^)

Ini ketika aku mewakili semester 7 mengambil hadiah untuk pertandingan public art. Kami dapat tempat kedua, kalah dengan semester 1 kalau tak silap. Sekurang-kurangnya nama semester 07 naik juga. Ada jugalah kenangan indah yang boleh dibawa balik untun kali ini.
Anugerah Pelajar Pilihan Semester 06. Ada yang kata 'apa yang kau buat selama ini berbaloi'..dan macam-macam lagilah. Mungkin ada yang mempertikaikan anugerah ini kenapa jatuh kat aku?Ini semua rezeki dan aku perlu menerimanya sebagai semangat untuk terus menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang! (abaikan jika anda rasa ayat ini sungguh 'poyo')
Inilah dia Queen Of The Night, Afiqah yang sungguh bergaya pada malam itu. Pemilihan beliau adalam mugkin berdasarkan warna yang digunakan dan juga gaya pakaian beliau yang nampak seperti wanita yang berkerjaya dan juga nampak selesa apabila disarung. Tahniah!
Banyak sangat menu dan buat pertama kalinya aku cuba menikmati kambing panggang yang aku rasa sangat sedap walaupun nampak kurang masak tapi sedap! Menu lain pun boleh tahan juga. Banyak seafood, lauk ala-ala kampung dan pencuci mulut yang sedap daripada buah-buahan sehinggalah kuih muih yang mains-manis dan penuh nikmat. Mungkin hotel ini jarang sekali mendapat majlis besar seperti ini jadi mereka menyediakan perkhidmatan yang sangat maksimumlah.




Macam biasa waktu makan diberi masa lebih kurang setengah jam lebih dan selepas itu, majlis disambung semula. Selagi belum kenyang dan belum habis lauk-lauk di atas meja kami ini, selagi itu aku tak akan berhenti. Kira, makam sambil berhiburlah kononnya! Aku ccuba makan daging lembu masak apa entah. Ingatkan sedap rupanya kurang sedap dan daging itu agak liat. Nasib baik aku boleh telan lagi.
Makan, makan dan makan! Kami dah bayar jadi kami makan dengan sepuas hati kami selagi perut boleh diisi. Dahlah kami bayar RM50 sahaja untuk event 3 hari. Siapa yang tak sertai sangatlah rugi kecuali ada sebab-sebab tertentu. Itu dimaafkan.

Bersama finalist coverGIRL majalah dara.com



Bersama staf Pentago yang sangat kaya pada waktu-waktu tertentu dan sangan sibuk pada waktu-waktu tertentu juga.

Kami mewakili Shapakat Consultant (^__^)
(^____^)
Bersama dengan orang-orang yang rapat dengan aku (^__^)
Lama tak jumpa senior kami yang seorang ini. Inilah wajah baru beliau bersama pasangannya (^__^)
Berkongsi dengan kawan-kawan (^___^)
Sesi fotografi untuk majalah Mangga keluaran Mei 2011
Aku rasa semua gambar aku, aku silap letak kaki aku. Kejap ke sana, kejap ke sini. Dah habis majlis baru aku perasan yang aku tersalah susun kaki! Tak apa janji ada gambar aku.


Okay mengenai dewan: dewan ni kan macam balai raya sebab rendah sahaja dan agak kecil. Tak seperti dewan-dewan hotel lain yang nampak grand & luas. Tapi disebabkan pelajar semester 05 yang menguruskan majlis ini, dewan itu nampak eksklusif & tak nampak murahnya. Dengan pentas yang nampak hebat walaupun rendah tapi keseluruhannya boleh dibanggakan.
Kebetulan malam tu ulangtahun  kelahiran Ude. Memang kami dah rancang awal nak campak dia dalam kolam dan akhirnya menjadi setelah beliau turun balik dari biliknya dengan memakai tshirt dan seluar track. Kami tak tahu kenapa dia naik bilik dan kemudian turun balik pakai macam tu. Mungkin dah dapat rasa yang beliau akan dicampak ke dalam kolam tu. Selamat Hari Jadi kepada Ude khas dari kami. Hadiah tak ada tau .(^________^).






Malam tu berlalu dengan penuh kenangan bersama jabatan dan juga kawan-kawan. Waktu beginilah kita nak duduk bersama dan merapatkan ikatan silaturrahim. Apa pun malam tu memang sangat best dan aku berpuas hati dengan penganjurannya. Tahniah kepada pihak pengurusan iaitu pelajar semester 05 yang berjaya menghidupkan dewan yang nampak macam tak ada apa-apa tapi dengan hasil kreativiti mereka, dewan tu jadi eksklusif. Guna butter paper pun dah nampak menarik dan lebih artistik (^__^) 




** Entri ini mula ditulis pada awal bulan April 2011 iaitu selepas habis program SOLAR Di Melaka. Dan pada hari ini 8 Jun 2011, entri ini baru sahaja berjaya diterbitkan untuk pembaca. Kenapa lama sangat?ada masalah tertentu yang menyebabkan aku kurang berpuas hati dengan susunan ayat dan foto.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H





























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean