header

header
hairie

Aku Gile Shopping

| Wednesday, 27 April 2011
Klik banner di atas untuk sertai contest ini
 Assalamualaikum kawan-kawan. Kali ini nak sertai contest dari Encik Fad Ali mengenai kaki shoppping. Dan aku salah seorang yang kaki shopping juga tapi bila perlu sahaja dan juga bila ada duit lebih. Bak kata orang shopping ini merupakan satu rawatan. Betul ke?


Lokasi: Butik F.O.S di Sunway Pyramid. Kami hanya mencuba kemeja yang smart ini tapi tak beli sebab mahal sangat. Yang tersangkut di tangan aku tu kasut POLO dari Santa dan juga kemeja dari Hi Style.
Lokasi pilihan untuk membeli belah:
Uptown Seksyen 24 Shah Alam
Kenapa? Di sinilah kalau nak beli barang boleh tawar menawar sampai rendah yang mungkin. Pilihan pun banyak. Jenama aku tak kisah sangat, asalkan murah, berpatutan dan sesuai dengan citarasa aku. Antara barang yang aku pernah beli di sini: Kasut Adidas RM75, Kasut Nike RM70, Jeans Levis RM45 dan juga seluar slack Paul Smith RM25.

Sunway Pyramid
Tempat ini bukan tempat utama aku sebab lokasi yang agak jauh, kena bersesak-sesak dahulu sebelum sampai sini dan juga penat berjalan jauh semata-mata nak cari 1 kedai sahaja. Kalau nak pergi sini mesti ada tujuan nak pergi mana. Selalunya kami masuk ke Asian Avenue sebab banyak pilihan dan agak murah di situ. Aku dah ada 4 helai kemeja yang aku beli di situ. Sekali lagi jenama aku tak kisah asalkan menarik dan yakin selesa untuk dipakai. Kemeja yang pertama kali beli dapat RM50 untuk 2 pasang. Kira murah la kan. Dan sekali lagi aku datang sini dan tengok kedai lain, juga ada promosi. Kalau tak silap aku bayar RM59 untuk 2 helai kemeja.

Lokasi: Jalan TAR, Kuala Lumpur. Dari atas, kemeja yang dibeli di Asian Avenue Sunway Pyramid, Seluar panjang dan kasut dari Uptown Shah Alam.
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ Fariza Othman } at: 28 April 2011 at 09:18 said...

bukan senang nk tgk laki kaki shopping ni.

{ kAmi dAn mEreKa } at: 28 April 2011 at 10:02 said...

lelaki kalau shopping tetap xleh kalahkan org pompuan, hehe =)

{ hairie } at: 28 April 2011 at 12:05 said...

kak fariza: hehe..best kot! aslkn dh set nk beli brg aape..tu je..hehehe


kami: haha..pmpuan shopping smbil ngumpat..haha..kitorg ni bli then tros blik..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean