header

header
hairie

BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

| Wednesday, 27 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan. Kali ini nak cerita/kongsi pengalaman mengenai zaman sekolah atas jemputan walaupun tak dijemut oleh Abg Ben Ashaari. Sila klik sini untuk sertai: BEN ASHAARI KENANG MASA SEKOLAH

Sebelum tu: Klik SINI untuk undi Abg Ben! 

Zaman sekolah aku berlalu macam biasa sahaja. Banyak kenangan pahit manis yang dah pun ditempuh dan masih kekal dalam ingatan. Daripada tadika 1994 sampailah ke SPM 2005. Tapi apa yang aku tak suka atau dengan bahas kasarnya aku tak mahu kembali kepada zaman sekolah adalah jadual yang terikat & padat. Maksudnya, hari-hari kena bangun pagi-pagi dan datang sekolah awal. Bila dah sampai sekolah cikgu pula masuk mengajar sampai tengahari. Kadang-kadang mengantuk sangat semasa cikgu mengajar di hadapan. Dan selalunya petang ade kelas tambahan. Jam 4 barulah sampai rumah. Balik mesti penat dan sesuai untuk tidur tapi tak terfikir pun nak tidur. Entah apa-apa yang aku buat. Malam pergi masjid (tanggungjawab) kemudian balik tengok televisyen dulu baru buat kerja rumha yang cikgu bagi. Sekarang ini bila aku fikir balik zaman sekolah, padatnya jadual aku masa tu. Ini pendapat aku, tapi kalau korang semua rasa zaman sekolah lagi menarik itu terpulang kepada individu (^__^) 

......................................................................................................................................................

Zaman sekolah dulu, aku selalu tersenarai dalam top 3 calon-calon pemimpin. Tak kiralah kelab & persatuan ataupun ketua kelas. Kalau tak top 3 pun, aku terus dilantik atas sokongan semua orang. Memang nasib badan. Selalunya sebelum tiba hari pertama kelas ataupun sebelum mesyuarat kelab & persatuan, aku dah dapat agak yang aku akan tersenarai dalam top 3 tersebut. Dan memang betul dan kadangkala terus dilantik tanpa top 3! Aku bukan nak bangga yang aku ini pegang jawatan besar masa di sekolah. Tapi anda bayangkanlah kalau anda pegang jawatan dalam kelab/kelas, ia dah jadi satu tanggungjawab yang besar dan anda kena jaga nama baik anda supaya tak ada orang cakap-cakap buruk pasal anda. Aku dah rasa dah tapi aku tak pernah menerima laporan mengenai prestasi aku. Mungkin ada yang bercakap tapi biarlah. 

Kelas 4 Sains Tulen 1 (2004)
Dua jawatan terakhir yang aku pegang semasa zaman sekolah (tahun 2005) adalah Pengerusi Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan juga Pengerusi Kelab Komputer. Kononnya PRS tu tolong pelajar-pelajar lain yang ada masalah tapi kami tak pernah buat pun benda tu. Dan aku tak rasa pun yang aku ini boleh nasihatkan orang sebab aku ras aku belum berkelayakan lagi. Siapa yang pilih aku jadi pengerusi?kawan-kawan yang jadi ahli la secara sebulat suara menyokong cadangan supaya aku jadi pengerusi. Masa tu aku rasa, beratnya jawatan ini. Mana taknya, ini jawatan kedua terpenting dalam sekolah selepas pengawas. Siap ada majlis perlantikan lagi dan aku kena baca ikrar depan semua cikgu-cikgu dengan pelajar. Masa tu serentak dengan perlantikan pengawas. Semua ini aku terima dengan hati terbuka dan aku percaya sepanjang aku pegang jawatan ini akan ada orang yang membantu nanti Insyaallah (^_^). 

Dan kisahnya, ada seorang cikgu cina yang tak suka dengan PRS ini sebab kami dah ambil salah satu tugas pengawas iaitu membaca doa semasa perhimpunan mingguan. Nak buat macam mana, ini arahan cikgu kami iaitu Cikgu Hamidon Said yang juga guru bimbingan dan kaunseling sekolah. Tapi benda ini tak sampai ke telinga aku dengan secara terus. Kawan aku yang pengawas inilah yang menyampaikan. Tapi mereka semua menyokong aku. Alhamdulillah (^_^)

Reunion di SMK Penghulu Saad
Okay jawatan kelab: Pengerusi Kelab Komputer. Kebetulan masa aku pegang jawatan ini, sekolah ini baru sahaja mendapat dua buah makmal komputer untuk kegunaa pejalarnya. Tugas kami AJK tertinggi kelab, kena jaga makmal ketika rehat sebab waktu macam inilah pelajar nak masuk. Tapi kena tunggu kebenaran daripada cikgu Mardyana iaitu guru yang pembimbing kami. Apa yang bestnya, setiap hujung minggu kami dapat menggunakan makmal komputer tersebut dengan pemantauan cikgu la. Tapi kadang-kadang cikgu memberi kepercayaan kepada saya untuk membuka pintu makmal yang ada kod! siap bagi kata laluan lagi. Jadi, kami gunalah sebaik mungkin. Ada yang main game, tak juga yang mencari maklumat dan macam-macam lagilah. Kami kenakan caj RM1 untuk 1 jam bagi sesiapa yang mahu menggunakan perkhidmatan internet. Tapi kami yang selalu guna sampai sehari (bila cikgu tiada) tak bayar langsung pun. Agak jahat di situ kan. Tapi kami siap kemaskan lagi makmal tu sebelum kami balik. Sapu habuk, kemaskan PC dan macam-macam lagi sebelum pintu dikunci menggunakan kod rahsia yang sekarang memang aku dah tak ingat. 

Perbincangan AJK Tertinggi Alumni SMKPS. Aku dilantik AJK Publisiti
Pernah sekali waktu pagi sebelum loceng pertama berbunyi, aku masuk dalam makmal komputer sebab masa itu aku yang pegang kunci. Dengan harapan cikgu Mardyana masuk awal dalam makmal tu. Tapi sedang santai melayari internet tiba-tiba pengetua lalu depan makmal. Agak terkejut juga takut beliau masuk. Dah la aku duduk dalam makmal tu tanpa ada cikgu yang memantau, siapa yang tak menggelabah kan. Tapi alhamdulillah, pengetua tu lalu sahaja dan hanya senyum-senyum sindir agaknya. Aku takut nama aku dan Kelab Komputer yang naik masa perhimpunan. Kang kesian cikgu dan kami yang kena.

Itulah pengalaman pada tahun akhir zaman persekolahan iaitu tahun 2005. Banyak lagi sebenarnya tapi ada cerita yang aku malu nak kongsi. Nanti la bila-bila aku cerita. Yang ini pun aku dah cukup panjang kan. Minta maaf kepada pembaca sebab panjang sangat (^_^)

S E K I A N  T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ Alya EsprĂ©zzo ✿ } at: 27 April 2011 at 22:07 said...

cakk cakk..hehe teringat zaman sekolah, singgah dari blog abg ben ! jom vote abg ben kat sini :)

http://alyaesprezzo.blogspot.com/2011/04/vote-ben-ashaari.html

{ kAmi dAn mEreKa } at: 28 April 2011 at 07:32 said...

kite dulu bendahari kelab kaunseling, hehe ;)

{ FizA } at: 28 April 2011 at 18:22 said...

zaman sekolah paling best kan? ^^

singgah dr blog abg ben & follow.. :)
kalau rajin singgah la..

http://akupunyacita.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-kenang-masa-sekolah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean