header

header
hairie

Contest Aku Foodilicious

| Monday, 4 April 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Hari ini saya nak sertai contest di atas ajnuran Cik Cikin dan juga Cik Leeya. Kali ini aku kena letak gambar aku bersama makanan kegemaran aku katanya kan. Okay jom tengok foto di bawah ini:

Lokasi: Dataran Putra, Putrajaya ketika berjalan-jalan bersama kawan-kawan.

SOALAN 1: Apa favourite food korang?
Berdasarkan kepada gambar dah jelas terang lagi nak suluh yang aku memang suka ayam percik ni.

SOALAN 2 : Kenapa korang suka food itu?
Aku suka sebab rasanya, rupanya dan juga bau harum lemak-lemak sedap semasa dipanggang. Kalau ramai pun sanggup tunggu giliran nak beli. Biasanya aku beli di pasar malam sebab waktu petang atau malam sahaja kenikmatan ayam percik ini boleh dirasai dan meresap dalam badan dengan sedapynya. Sungguh menyelerakan sehinggakan nasi pun aku tak pandang. 
Tapi aku agak berkira bila harga ayam percik tu melebihi RM2.00 sebab kalau RM2 sebatang, dan saiz ayam tu kecik, baik aku beli ayam seekor dan goreng sendiri. Selalunya aku beli sebatang RM1 sahaja di pasar pekan. Tapi sejak duduk Shah Alam ni, manalah ada harga RM1 sebatang. Sangat susah ataupun dengan kata lain, tak ada. 

Tapi kalau dah mengidam sangat, dan dompet pun tengah tebal, aku jadi tak kisah pun asalkan aku dapat rasa. (^____^)

SLOGAN
Saya foodilicious sebab bila makan, perut kita akan kenyang dan bila kenyang kita akan rasa senang hati. 

Ini kawan-kawan saya yang suka makan! Anis, Nor, dan juga Linda

 



2 Readers:

{ Cikin } at: 5 April 2011 at 18:42 said...

hai . amboi , lapa ke ? hehe . thanks juin . good luck !

{ hairie } at: 5 April 2011 at 20:09 said...

hehe...aah lapa sgt dan sedap sgt...hikhik WELKAM!! (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean