header

header
hairie

Kes Bunuh di Pelabuhan Klang

| Thursday, 21 April 2011
Hujung minggu lalu aku bercuti di rumah mak cik aku di Pangsapuri Bandar Sultan Sulaiman yang berhampiran dengan Pelabuhan Klang Utara. Dah lama tak singgah sini lagipun kebetulan nenek dari kampung datang sini nak jalan-jalan makan angin katanya (^_^)

Sembang dok menyembang sambil menyembang tiba-tiba terkeluar cerita mengenai 1 kes pembunuhan/bunuh diri yang berlaku di sini. Lokasi yang lebih terperinci, blok rumah mak cik aku sendiri. Seorang mayat lelaki ditemui mati di bumbung sebuah blog pangsapuri kakitangan Kastam di Bandar Sultan Sulaiman. Siapa yang tak terkejut. Polis menjumpainya di bumbung pangsapuri tersebut dalam keadaan hampir reput.

Ceritanya bermula macam ini, ada seorang budak yang naik atas bumbung blok pangsapuri nak tangkap burung yang bersarang di kawasan bumbung blok tersebut. Tinggi blok 5 tingkat dan memang dah ada laluan di atas bumbung tersebut yang mungkin dibuat untuk tujuan penyelenggaraan. Bila budak tu dah masuk tiba-tiba dia ternampak mayat seorang lelaki yang dah hampir reput. Anda bayangkan bagaimana rasanya jika anda berdepan situasi ini. MEsti sangat terkejut dan juga diselubungi bau yang busuk. 

Inilah blok yang dikatakan lokasi kes bunuh tersebut
Dengan gagah, budak tersebut terus menuju ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan. Pada awalnya, pihak polis tidak mempercayai apa yang budak itu katakan tapi disebabkan mungkin ceritanya itu ikhlas dan ada unsur-undur kejujuran, polis pun menjalankan siasatan terhadap bangunan blok tersebut. Dan nyata, cerita yang disampaikan itu benar. 

Apa yang dijumpai? Mayat seorang lelaki bersama tilam, tangan yang diikat dan muka yang betutup kain hitam serta hanya memakai kain pelekat. Aku tak berada di situ ketika polis menjalankan siasatan jadi aku tak boleh menyatakan kebenaran mengenai rupa mayat tersebut ketika dijumpai. 

Mayat lelaki tersebut dijumpai di bumbung kawasan tangga tengah ini.
 Apa yang aku boleh buat hanyalah andaian. Mungkin lelaki tersebut tertekan dengan masalah hidup dan ingin bunuh diri dengan naik ke atas bumbung (sambil bawa tilam untuk tidur). Tapi tangan beliau diikat!Takkan nak ikat tangan sendiri? Pendapat aku yang lain, mungkin lelaki tersebut penagih dadah dan terlalu ketagih sangat sehinggakan snaggup melakukan kerja-kerja gila. Mungkin juga sebab bila orang dah mabuk sangat macam-macam dia boleh buat kan. 

Sekarang, aku tak tahu apa cerita selanjutnya cuma setakat pihak polis menjalankan siasatan bersama Jabatan Forensik ke atas kes bunuh tersebut. Menurut mak cik aku yang menetap di blok tersebut,  kakitangan jabatan forensik tersebut  terdiri daripada pelajar-pelajar yang menjalani latihan praktikal di jabatan tersebut. Mereka didedahkan dengan situasi yang sangat berat ini. Agak-agak apa cerita sebenar di sebalik penemuan mayat lelaki tersebut?

Sumber lain menyatakan bahawa, mereka terhidu bau bangkai ketika angin bertiup sekali sekala. Pada mulanya mereka ingat bau tersebut hanyalah bau bangkai burung yang mati yang menjadi perkara biasa di kawasan pangsapuri tersebut. Tapi tak sangka bau tersebut merupakan bau mayat manusia yang dah hampir mereput. Sungguh dahsyat.
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean