header

header
hairie

Kris Dayanti mengaku hamil 4 bulan?

| Wednesday, 20 April 2011
Assalamualaikum kawan-kawan, hari ini singgah kedai runcit sebelah Maybank TTDI Jaya sekejap sebab nak beli menu sarapan sambil tengok-tengok ada tak majalah keluaran baru serta menjenguk muka hadapan akhbar tempatan hari ini. 

Tiba-tiba ada berita menarik mengenai arits Indonesia seorang ini yang sememangnya sangat HOT!  dan juga kawan baik kepada penyanyi nombor 1 tanah air, Datuk Siti Nurhaliza. Kris Dayanti mengandung 4 bulan?mungkin betul berdasarkan kepada  apa yang aku baca tadilah.


Yang ni muka hadapap akhbar Utusan Malaysia. Kris Dayanti nikah bulan lepas hamil 4 bulan. Siapa yang tertanya-tanya dengan pernyataan tersebut kan?mestilah semua orang nak tahu cerita sebenarnya.
  
Menurut akhbar KOSMO! pula, Kris Dayanti terpaksa menerima hakikat bahawa beliau telah hamil 4 bulan dan beliau dikecam hebat oleh masyarakat Indonesia kerana mengandung anak luar nikah. Kris dan Lemos bernikah pada 20 Mac lalu dan kini genap sebulan perkahwinan mereka. Tapi akhbar melaporkan yang Kris sekrang ini hamil 4 bulan. Bila mereka buat pelancaran majlis 'pecah tanah'? Mungkin proposal dah lama ada dalam kepala masing-masing tinggal dapat approval sahaja. Tapi bila approval daripada pihak atasan lambat sangat, mereka approve sendiri agaknya. Nama pun manusia kan. Mesti ada buat silap kadang-kadang.

Okay berbalik kepada muka hadapan Utusan Malaysia, Kris berkata bahawa belaiu telah disahkan berbadan dua oleh doktor pada Januari lalu. Maknanya dah lama kan?Mungkin juga bila doktor dah sahkan hamil, mereka cepat-cepat memilih tarikh sesuai untuk bernikah sebelum perut makin membesar. Kris  berkata lagi yang mereka berdua menerima berita itu dengan penuh rasa tanggungjawab. Dan yang menariknya, tak ada berita/khabar angin/gosip mengenai Kris Dayanti hamil sebelum pernikahan mereka.Biasanya kalau Indonesia ni, benda-benda macam ini yang paling hangat. Adakah doktor yang merawat Kris Dayanti dibayar?

Artikel ringkas dalam akhbar Kosmo! klik sini:





6 Readers:

{ risa } at: 20 April 2011 at 14:01 said...

semoga ALLAH mengampuni mereka

{ hairie } at: 20 April 2011 at 14:07 said...

insyaallah risa..

{ cik Dil } at: 20 April 2011 at 14:15 said...

macam-macam..

{ ayie } at: 20 April 2011 at 15:19 said...

kehidupan artis semuanyee sampah..huhu

{ CikHanis } at: 20 April 2011 at 17:38 said...

haha.ayat aproval ko tu sangat like!haha

{ Fariza Othman } at: 20 April 2011 at 17:43 said...

'pecah tanah'..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean