header

header
hairie

Malam Ekspostasi SOLAR (malam kemuncak SOLAR di Melaka)

| Saturday, 16 April 2011

Entri ini adalah kesinambungan dari entri SOLAR Di Melaka: Ekspostasi Kembara SOLAR di mana, Malam Ekspostasi SOLAR ini merupakan malam kemuncah aktiviti di Melaka ini. Kenapa perlu buat entri lain?sebab aku nak kongsi foto-foto kami yang banyak ini dan aku tak nak bagi entri tu terlalu panjang.

Tema pada malam itu adalah smart casual. Nampak biasa je kan tapi kalau siapa-siapa yang pandai bergaya/menggayakan dengan cara yang tersendiri nescaya mesti orang akan pandang. Aku pakai apa?aku pakai apa yang ada dalam koleksi aku. Cuma ada beberapa sahaja yang baru tapi benda yang baru itu akan aku guna selama-lamanya dan bukan untuk majlis malam tu sahaja.


































































Secara keseluruhannya, majlis malam tu berjalan dengan lancar cuma mula agak lewat daripada jadual asal tapi itu biasalah. Dulu kami uruskan majlis macam ni di INTEKMA Hotel pun sama saja. Kali ini setiap semester dikehendaki menghantar sebuah filem pendek beserta dengan persembahan khas yang berkaitan dengan filem pendek tersebut. 

























Susah nak cakap macam mana hebatnya diorang ni tapi mereka sangat kreatif, hebat dan juga berani! Apa taknya trailer filem pendek pun dah hampir macam filem-filem hebat yang sekarang ini sedang meriah di panggung-panggung wayang. Dengan teknik jurukamera, susunan cerita, lokasi penggambaran dan juga editing yang dilakukan secara keseluruhannya sangat menarik.

Dan malam tu juga, diumumkan kesemua pemenang bagi aktivit-aktiviti yang berlangsung sepanjang 2 hari di Melaka. Kami semester 07 alhamdulillah berjaya merangkul beberapa hadiah walaupun bukan hadiah utama tapi pengorbanan kami sampai sanggup mintak cuti sangat berbaloi kerana kami dapat berjumpa dengan kawan-kawan dan yang paling utama kami mewakili pelajar semester 07 lain yang tak dapat datang. 













Malam tu ada satu kejutan untuk aku yang sangat tidak disangka-sangka iaitu aku dicalonkan antara 3 pelajar pilihan dari semester 06. Sangat terkejut apabila melihat nama aku terpapar di skrin. Dan kemudiannya, aku diumumkan sebagai pelajar pilihan semester 06! Subhanallah sangat terkejut. Tapi aku terima juga anugerah itu walaupun tertekan seketika sebab tiba-tiba nama aku yang naik. Tapi lama-lama aku boleh terima juga dan aku terima anugerah ini sebagai cabaran: aku nak dapat keputusan yang cemerlang pada semester 08 nanti. Insyaallah (^__^)

Ini ketika aku mewakili semester 7 mengambil hadiah untuk pertandingan public art. Kami dapat tempat kedua, kalah dengan semester 1 kalau tak silap. Sekurang-kurangnya nama semester 07 naik juga. Ada jugalah kenangan indah yang boleh dibawa balik untun kali ini.
Anugerah Pelajar Pilihan Semester 06. Ada yang kata 'apa yang kau buat selama ini berbaloi'..dan macam-macam lagilah. Mungkin ada yang mempertikaikan anugerah ini kenapa jatuh kat aku?Ini semua rezeki dan aku perlu menerimanya sebagai semangat untuk terus menjadi yang terbaik dan melakukan yang terbaik demi masa depan yang cemerlang! (abaikan jika anda rasa ayat ini sungguh 'poyo')
Inilah dia Queen Of The Night, Afiqah yang sungguh bergaya pada malam itu. Pemilihan beliau adalam mugkin berdasarkan warna yang digunakan dan juga gaya pakaian beliau yang nampak seperti wanita yang berkerjaya dan juga nampak selesa apabila disarung. Tahniah!
Banyak sangat menu dan buat pertama kalinya aku cuba menikmati kambing panggang yang aku rasa sangat sedap walaupun nampak kurang masak tapi sedap! Menu lain pun boleh tahan juga. Banyak seafood, lauk ala-ala kampung dan pencuci mulut yang sedap daripada buah-buahan sehinggalah kuih muih yang mains-manis dan penuh nikmat. Mungkin hotel ini jarang sekali mendapat majlis besar seperti ini jadi mereka menyediakan perkhidmatan yang sangat maksimumlah.




Macam biasa waktu makan diberi masa lebih kurang setengah jam lebih dan selepas itu, majlis disambung semula. Selagi belum kenyang dan belum habis lauk-lauk di atas meja kami ini, selagi itu aku tak akan berhenti. Kira, makam sambil berhiburlah kononnya! Aku ccuba makan daging lembu masak apa entah. Ingatkan sedap rupanya kurang sedap dan daging itu agak liat. Nasib baik aku boleh telan lagi.
Makan, makan dan makan! Kami dah bayar jadi kami makan dengan sepuas hati kami selagi perut boleh diisi. Dahlah kami bayar RM50 sahaja untuk event 3 hari. Siapa yang tak sertai sangatlah rugi kecuali ada sebab-sebab tertentu. Itu dimaafkan.

Bersama finalist coverGIRL majalah dara.com



Bersama staf Pentago yang sangat kaya pada waktu-waktu tertentu dan sangan sibuk pada waktu-waktu tertentu juga.

Kami mewakili Shapakat Consultant (^__^)
(^____^)
Bersama dengan orang-orang yang rapat dengan aku (^__^)
Lama tak jumpa senior kami yang seorang ini. Inilah wajah baru beliau bersama pasangannya (^__^)
Berkongsi dengan kawan-kawan (^___^)
Sesi fotografi untuk majalah Mangga keluaran Mei 2011
Aku rasa semua gambar aku, aku silap letak kaki aku. Kejap ke sana, kejap ke sini. Dah habis majlis baru aku perasan yang aku tersalah susun kaki! Tak apa janji ada gambar aku.


Okay mengenai dewan: dewan ni kan macam balai raya sebab rendah sahaja dan agak kecil. Tak seperti dewan-dewan hotel lain yang nampak grand & luas. Tapi disebabkan pelajar semester 05 yang menguruskan majlis ini, dewan itu nampak eksklusif & tak nampak murahnya. Dengan pentas yang nampak hebat walaupun rendah tapi keseluruhannya boleh dibanggakan.
Kebetulan malam tu ulangtahun  kelahiran Ude. Memang kami dah rancang awal nak campak dia dalam kolam dan akhirnya menjadi setelah beliau turun balik dari biliknya dengan memakai tshirt dan seluar track. Kami tak tahu kenapa dia naik bilik dan kemudian turun balik pakai macam tu. Mungkin dah dapat rasa yang beliau akan dicampak ke dalam kolam tu. Selamat Hari Jadi kepada Ude khas dari kami. Hadiah tak ada tau .(^________^).






Malam tu berlalu dengan penuh kenangan bersama jabatan dan juga kawan-kawan. Waktu beginilah kita nak duduk bersama dan merapatkan ikatan silaturrahim. Apa pun malam tu memang sangat best dan aku berpuas hati dengan penganjurannya. Tahniah kepada pihak pengurusan iaitu pelajar semester 05 yang berjaya menghidupkan dewan yang nampak macam tak ada apa-apa tapi dengan hasil kreativiti mereka, dewan tu jadi eksklusif. Guna butter paper pun dah nampak menarik dan lebih artistik (^__^) 




** Entri ini mula ditulis pada awal bulan April 2011 iaitu selepas habis program SOLAR Di Melaka. Dan pada hari ini 8 Jun 2011, entri ini baru sahaja berjaya diterbitkan untuk pembaca. Kenapa lama sangat?ada masalah tertentu yang menyebabkan aku kurang berpuas hati dengan susunan ayat dan foto.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H





























0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean