header

header
hairie

Minggu Orientasi UBM | Mari Berkenalan.

| Tuesday, 12 April 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger! hari ini aku baru nak mendaftar sebagai seorang siswazah di sebuah universiti tempatan yang baru sahaja ditubuhkan iaitu Universiti Blogger Malaysia UBM yang mana kampus induknya tak dapat dikesan lokasinya disebabkan pelajarnya berada di merata-rata tempat. Belajar jarak jauh katanya. 

Jadi minggu orientasi yang sedang berlangsung ini aku dikehendaki memperkenalkan diri. Jom sama-sama kongsi cerita mengenai aku ini.

NAMA PEMILIK: 
Mohd Khairi Bin Khadzir

NAMA BLOG: 
Hairie Cerulean

SEJAK BILA MULA BERBLOG:
Tarikh 29 Mac 2009 iaitu semasa zaman Diploma di UiTM Seri Iskandar di Perak dan alhamdulillah sehingga kini blog ini masih berfungsi dengan jayanya. Semuanya bermula daripada kawan-kawan terdekat mempunyai blog masing-masing dan dari situ timbul minat untuk menulis blog. Dan pada aku, siapa-siapa yang ingin mempunyai blog/laman web sendiri, anda perlu betul-betul ingin dan rajin untuk menulis. Jangan sampai blog anda terbiar macam tu sahaja. Itu merupakan satu pembaziran! (^__^)

PANDANGAN MENGENAI DUNIA BLOG:
Pada pendapat aku, dunia blog sekarang ni semakin meriah. Banyak perkara kita boleh buat dengan adanya blog ini antaranya diari harian kita, cerita mengenai kawan-kawan, berkongsi fakta, mengetahui berita-berita terkini dan juga sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan kita. 

Ada juga yang salah menggunakan medium blog ini. Antaranya menjatuhkan maruah orang lain, kutuk sana kutuk sini dan macam-macam lagi perkara yang buruk. Ada juga sampai melibatkan politik negara dan memungkinkan penulis blog tersebut dibawa ke mahkamah untuk dikenakan hukuman. MUNGKIN!

Pada aku, tolonglah kalau korang ada niat jahat janganlah buat benda-benda tak elok di sini. Memang negara kita ini berdemokrasi tapi ada batasnya. Kita kan kaya dengan budi bahasa. Jadi sebelum anda menulis tu, anda perlulah fikir dahulu kesannya pada masa akan datang. Jangan esok bila blog ni dah diharamkan, barulah mula nak menggelabah sibuk buat demonstrasi sana sini.
Blog ini sebenarnya kita gunakan untuk menolong orang lain memcari/mendapatkan maklumat. Dan dari situlah orang lain boleh tahu tentang kewujudan blog kita selain kita sendiri yang promosikan di mana-mana. 

IPTM YANG PERTAMA INI. AKU RASA..
Aku sangat teruja bila mendapat tahu adanya IPTM ini sebab aku ingin tahu apa yang akan pihak UBM lakukan untuk pelajar-pelajarnya dan apakah kesannya UBM ini terhadap blogger yang mendaftar sebagai mahasiswa di UBM. Aku tetap menyokong segala apa yang membri kebaikan terhadap blog aku dan juga seluruh komuniti blog di Malaysia terutamanya.

S E K I A N    T E R I M A    K A S I H




8 Readers:

{ UBM } at: 13 April 2011 at 15:19 said...

THX support..dah update dalam UBM
nice opinion..Budi bahasa budaya kita.
#kamisemuasama

{ mesmerising_wan } at: 13 April 2011 at 15:25 said...

apekah shuma ni?

{ hairie } at: 13 April 2011 at 16:34 said...

UBM: hehe.. ni pndpt ikhlas dr diri sndir..huhu..xde pngaruh sape2.. (^_^)

wan: jum lasmbung degree kt UBM...best ape..xde byr yuran pn..

{ Bakri Hussin } at: 13 April 2011 at 20:58 said...

salam tuan blog lawatan dari UBM
dah follow dah jom follow balik ok
jemput join Bloglist 1 Bulan bersama Dunialelakimaskulin.com
http://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html

{ hairie } at: 13 April 2011 at 21:47 said...

En bakri: ok2..THANKS!

{ Nizam } at: 13 April 2011 at 22:14 said...

nizam datang dari UBM... :)

{ hairie } at: 13 April 2011 at 22:25 said...

yeahh...tHANKS nizam (^__^)

{ R.I.E.Z } at: 14 April 2011 at 21:07 said...

melawat rakan-rakan UBM.
jemput singgah dan follow..:)

http://riez1004.blogspot.com/2011/04/minggu-orientasi-di-ubm-untuk-ijazah.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean