header

header
hairie

SOLAR Di Melaka: Ekspostasi Kembara SOLAR

| Friday, 15 April 2011
"SOLAR DI MELAKA" EKSPOSTASI KEMBARA SOLAR 2011
Tarikh : 1-3 APRIL 2011
Tempat : Royal Puteri Melaka
Anjuran : SOLAR "Society of Landscape Architecture" 
Jabatan Senibina Landskap UiTM Shah Alam.
Laman Web rasmi: http://solardimelaka.blogspot.com/


Assalamualaikum, minta maaf sebab terlambat update mengenai program SOLAR ini disebabkan kekangan masa dan juga masalah kecil yang melambatkan proses penulisan blog ini. 3 hari yang dilalui bersama kawan-kawan dan juga ahli Jabatan Seni Bina Landskap amat menyeronokkan. Apa taknya, masa inilah nak tinggalkan kesibukan/fokus terhadap kerja (elok je hari-hari online). 

Buat pertama kalinya SOLAR buat aktiviti di luar Shah Alam dan mendapat pujian pensyarah. Dulu, masa kami buat program macam ni macam-macam halangan daripada jabatan sendiri, fakulti dan juga pelajar. Tapi tu biasalah kan, nak buat macam mana, kalau dipaksa nanti tak sedap la pula kan.




HARI P E R T A M A 
Kami bertolak dari FSPU jam 9 pagi lebih kurang macam tu dan terdiri daripada 5 buah bas sewa khas walaupun hanya bas sekolah. Tapi alhamdulillah sampai juga di Melaka jam 2 petang walaupun terlewat dari jadual asal. 


Jam 3 petang kami dah gerak pergi ke kawasan pantai yang berhadapan dengan hotel untuk memulakan aktiviti pertama kami iaitu Inventori & Analisis Tapak. 


Bersama tetamu khas (penceramah jemputan) yang memberi komen mengenai apa yang telah kami buat dan nampaknya beliau sangat berpuas hati dengan apa yang pelajar-pelajar seni bina landskap telah buat. Beliau adalah Tn Hj Syed Nasir dari Majlis Perbandaran Jasin dan kalau tak silap beliau ni juga seorang Arkitek Landskap. 

Inventori & analisis kami ini tak adalah sampai terlalu grafik. Kami dikehendaki menggunakan bahan yang ada sahaja untuk menghasilkan presentation board yang kreatif dan mudah difahami.Ternyata masing-masing sangat kreatif dan hasilnya kumpulan aku iaitu kumpulan 4 telah memenangi tempat pertama untuk aktiviti yang pertama ini. Terima kasih adik-adik junior yang sangat menyumbang idea untuk aktiviti ini.

Inilah lokasi program kami iaitu Royal Puteri Beach Resort di mana, mula-mula aku sampai aku macam dapat merasakan yang hotel ini baru sahaja menerima satu program yang paling besar. Ini kerana, suasana sekeliling hotel tu macam jarang sekali orang datang untuk bercuti. Okay, menurut sumber dahulunya hotel ini bertaraf 5 bintang (klik sini) tapi kemudiannya bangkrap. Kemudian, dah beberapa kali bertukar nama/pemilik hotel ni dan akhirnya jadi macam sekarang la. Tak nampak 5 bintangnya pun. 

Menurut mak cik yang jual juadah sarapan pagi berhampiran dengan hotel tersebut, hotel ini merupakan lokasi penggambaran cerita seram Tower 13. Anda ingatkah cerita ini?sememangnya berlaku pembunuhan tersebut di tingkat 11 tapi lif tak sampai tingkat 11 pun.Dan jujurnya, masa dalam perjalanan balik bilik, aku rasa semacam padahal tak ada apa-apa pun berlaku dan alhamdulillah, selamat semuanya.


Senja di Pantai Puteri ini memang mengasyikkan. Walaupun tak seindah yang aku inginkan tapi sesungguhnya ciptaan allah ini amatlah Agung! Jadi, nikmatinya selagi anda berkesempatan dan sebagai khalifah di muka bumi ini, kita kena manfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Berdekatan dengan hotel kami ini terdapat loji Petronas di mana jeti yang mengunjur ke laut tu menjadi borrowed landscape dan sekurang-kurangnya tak adalah kosong je pemandangan ke arah laut ni. Selain itu, ada juga kapal-kapal dagang yang lalu yang menggambarkan betapa sibuknya Selat Melaka ini yang menjadi laluan utama untuk kapal dagang berlayar.
Bukannya senang nak tangkap gambar senja-senja di tepi pantai ni. Selalunya susah nak dapat sebab aku ni bukannya duduk dekat dengan pantai pun. Jadi, bila ada peluang ni, gunalah sebaik-baiknya kan. Aku suka kawasan ni sebab pantai ni bersih tak ada sampah yang ketara. Kalau ada pun kecil sangat mungkin sebab pantai ini kurang pengunjung.
Sebelum malam menjelma, kenalah puaskan hati dulu dengan anugerah ciptaan Tuhan ni. Sungguh mengasyikkan sehinggakan dalam biliK hotel pun sempat lagi tangkap gambar ni. Kebetulan bilik menghadap pantai kan.

Sebelah malam pula ada aktiviti Menghias BBQ dan juga makan sekali la. Kami tak buat apa-apa persiapan pun. Hanya susun ayam, ikan dengan sosej tu ikut suka hati kami.
                                                                                                                                           
Kami kalah dalam pertandingan menghias BBQ ini tapi kami suka apa yang kami buat dan juga kami suka makan! lapar sangat kot. Ayam tsunami kami habis kami telan dan juga ayam lain.

HARI K E D U A
Bangun pagi dengan yakinnya ada sarapan lagi di bawah tapi bila tanya budak pengurusan, dah habis..tak apa, pelan B beli makanan dengan mak cik di tepi jalan dan hasilnya sedap! dan dari sinilah kami dapat tahu cerita mengenai Tower 13 tu. Kemudian dengan bahagianya, makan di tepi pantai. Sungguh santai!
Hari ini ada aktiviti sukan SOLAR dan acaranya adalah pertandingan futsal antara semester. Kami tak hantar wakil sebab kekurangan ahli yang berbakat besar dalam sukan futsal. Aku ni pula, kaki bangku yang tak la bangku sangat. Tiba-tiba keluar kenyataan 'kau tu tak menyumbang apa-apa pun'. Balik Shah Alam baru aku tersedar yang aku tersentap dengan kenyataan tu. 

Tak kisahlah yang penting aku dapat sudut terbaik untuk foto aku walaupun tak berapa sempurna lagi tapi aku masih belajar untuk menjadi yang terbaik. Kamera aku, suka hati aku. Korang nak main bola pergilah main! Aku tak kisah pun. Gambar sebelah ni dari kamera Asyraf dan merupakan salah seorang otai jugak. Lepas ni dia boleh ajar aku benda-benda baru yang aku tak tahu lagi. 

Petang lepas zohor, tapi dah terlewat sampai jam 3.30 petang barulah bermulanya pertandingan tarik tali antara semester. Semester 7 terpaksa bergabung dengan semester 6 sebab kami ini terlu kecil untuk dibandingkan dengan pelajar semester 8 yang cukup kuat untuk menarik seekor paus! 

 Sebenarnya nak dapatkan langit yang mempunyai awan berkepul-kepul yang meriah. Tapi kali ini dapat sikit je pun jadilah. Rasanya yang bahagian pantai timur mungkin terdapat awan yang berkepul-kepul yang sangat cantik dan sesuai untuk sesi fotografi tapi masalahnya panas je la tkut ada yang tak tahan panas. Tapi kalau aku redah je la panas macam mana pun asalkan aku dapat apa yang aku nak. Puas hati beb!

Masing-masing tunjuk kuat sehinggakan ada yang terpaksa dihentikan apabila kedua-dua pasukan pacak kaki masing-masing ke dalam pasir. Jadi sampai bila nak menang macam tu kan. Penyelesaiannya, kena mula semula. Kami seri semasa berlawan dengan semester 01 tapi kemudiannya kalah. 


Selepas berusaha, akhirnya kami mengalah sehinggakan Ude mendapat luka yang serius tapi kecil sahaja. Nor pun macam tu juga dan yang lain terlalu kepenatan sehingga pusingan kedua terpaksa digantikan dengan orang lain sebab tenaga telah digunakan dengan maksimumnya pada pusingan pertama tadi.  Talinya agak kasar dan sangat berat  dan saiznya menghampiri saiz lengan Anis.
Public Art: Mula-mula nak buat konsep parameswara tapi tak jadi. Tau-tau dah jadi keris ini yang melambangkan Melaka. Melaka dengan keris ada kaitan ke? Ada lah dulu kan Parameswara pakai keris. Dan dari situlah timbul idea pasal keris ni. Mula-mua buat dulu layout besar mana nak buat dan juga replika keris. Konon nak letak tanjak sekali tapi tanjak tu tak menjadi tanjak. Jadi macam ape tah tapi yang penting tak menjadi.

Inilah hasil tangan kami. Walaupun ringkas tapi inilah hasih kerj daripada kami yang mewakili semester 07 yang tak dapat hadir sama. Dan public art kami ini telah mendapat tempat kedua! TAHNIAH
Selesai aktiviti, kami ambil masa sekejap menikmati senja yang sunguh indah di pantai ini. Esok dah tak dapat duduk di sini lagi jadi manfaatkan masa yang ada ini dengan sebaiknya.


Kebetulan di tepi pantai ni ada batang pokok yang tak tahu asal dari mana dan elok je kedudukannya tu. Sangat sesuai untuk sesi fotografi dan menjadi pilihan utama aku sebagai lokasi untuk melakukan sesi fotografi secara suka-suka tanpa menyusahkan orang lain. Senang je, suruh kawan-kawan duduk dengan gaya masing-masing dan aku tangkap. Selesai. Tak puas hati? ambil lagi sekali dan cuba guna model lain pula.
Sedikit exposure kelihatan di situ. Bagi aku, bila ada exposure yang tak cantik, ia akan mencacatkan kecantikan sekeping foto tersebut. Tapi kalau exposure dari cahaya matahari yang cantik, itu baru aku suka. Lagi-lagi kalau ada ray, subhanallah memang cantik sangat. Cahaya yang keluar dari celah-celah awan tu sangat cantik dan ternyata ciptaan Allah ini memang hebat dan agung! tiada siapa dapat menandinginya.

Sebelah malam pula, acara kemuncak iaitu majlis makan malam SOLAR: Ekspostasi Kembara SOLAR. Keseluruhannya memang meriah tapi di sini, aku letak sekeping foto sahaja kerana aku pasti akan ada banyak foto yang akan aku masukkan dan menjadikan entri ini lagi panjang. Jadi, klik sini MAJLIS MAKAN MALAM SOLAR untuk butiran selanjutnya mengenai peristiwa bersejarah pada malam tersebut.
Malam yang meriah dan unik! unik sebab persembahan yang sangat berbeza dengan majlis makan malam kami sebelum-sebelum ini.
HARI   K E T I G A
Hari ini hari terakhir kami berada di Melaka dan bersedia untuk check out jam 9 pagi. Menanti bas punyalah lama hampir jam 11 pagi baru bas sampai dengan bangganya. Sementara menuggu bas yang tak tahu bila kunjung tiba, kami habiskan masa dengan memuatkan diri kami ke dalam kamera siapa-siapa yang masih mempunyai kad memori yang kosong lagi! Mula-mula pusing-pusing depan hotel tapi lama-lama bosan sangat, kami tukar tempat. Menuju ke pantai sambil lompat-lompat menikmati mentari pagi yang dah nak ke tengahari tu. Tak panas pun sambil disajikan dengan suasana pantai yang tenang. 

Kawasan pantai puteri ini secara kasarnya sangat bersih dan menarik perhatian kami yang selalu pergi pantai yang kotor dengan sampah. Mungkin juga kawasan pantai yang berhadapan dengan hotel ini kurang pengunjung dan tak banyak aktiviti yang diadakan di sini. Kecuali mat rempit yang berkumpul di kawasan ini pada waktu malam. 
Gambar sebelah: Sesi sarapan pagi Ahad

Tapi kalau anda pergi ke kawasan pantai berhampiran dengan kampung nelayan, di sana ramai pengunjung. Mungkin bentuk muka bumi pantai yang landai sesuai untuk mandi manda dan juga kawasan pantai yang lebih luas. Tapi aku rasa lagi ramai orang lagi serabut kepala ni. Nama pun bercuti, kenalah cari tempat yang sunyi dan tak serabut. Barulah terasa nikmat cuti tu. 

Gambar di sebelah: bergambar bersama Aifqah yang aku rasa sangat bergaya pada hari tu. Mungkin sebab penangan Queen Of The Night masa majlis makan malam SOLAR agaknya!. Apapun, beliau sangat sempoi dan sememangnya cantik. Untunglah siapa yang dapat dia kan (^___^)

 Bersama Zahrin & Joe yang sentiasa bersama walau ke mana pun mereka pergi

 Hari ini lagit cerah lagi cantik membiru dan kalaulah ada awan berkepul-kepul mesti lagi cantik pemandangan pantai puteri ini yang dah tersedia nyaman dan indah. Tapi alhamdulillah aku dapat juga tangkap gambar yang aku ingin jadikan sebagai kenangan dari Melaka ini.

Loji penapisan Petronas yang terdapat di kawasan pantai ini kan sebenarnya sangat cantik. aku terbayang suasana jambatan Pulau Pinang. Lebih kurang macam ini la kan. Ramai yang kata benda ini adalah ancaman sebab mungkin akan berlakunya tumpahan minyak yang boleh memusnahkan ekosistem marin yang terdapat di sini.

Tapi sebaliknya, ia menjadi sebuah landmark/mercu tanda kawasan ini dan juga sebagai tarikan jurufoto untuk mendapatkan panorama matahari terbenam yang sangat indah. Kapal-kapal dagang yang lalu di Selat Melaka ini menambah keindahan laut yang terbuka luas ini dan juga menggambarkan betapa sibuknya laluan in i yang menghubungkan timur dan barat.










Hampir tengahari baru kami bertolak ke bandaraya Melaka yang dah banyak kali aku sampai. Tapi masa yang diberikan terlalu singkat iaitu hanya 2 jam sahaja masa untuk berjalan di sini. Masing-masing dah lapar jadi kami semua (pelajar semester 7) menuju ke Mahkota Parade untuk makan di sana. Habis je makan, terus pergi Jonker Street sebab aku suka tengok barang-barang di sana. 

Suasana di Dataran Pahlawan yang meriah dengan program UiTM Melaka kalau tak silap

Antik dan sangat tradisional yang menyerlahkan lagi ciri-ciri dan identiti negeri Melaka. Sangat suka Jonker Walk. Tapi tak ada masa nak tnagkap gambar banyak-banyak sebab nak cepat, jam 2 petang dah kena ada dalam bas tapi janji melayu faham-faham sajalah. 










Ingatkan nak jalan-jalan lagi sampai muzium kapal, Kota A' Famousa dan kawasan sekeliling tapi sangat-sangat tak sempat dan kesian juga kat Azam sebab dia nak naik A'Famousa tapi semua orang tak ada yang ajak pergi sana jadi beliau pun ikut kami lah akhirnya. Tapi Azam dapat beli benda yang dia suka juga. Topeng kayu yang harganya RM10. Berbaloi kau ikut kami Azam. 
Mula-mula ingat baju ape tapi lepas diamati, rupanya sarung botol arak!














































5 Readers:

{ Lady Leaya } at: 17 April 2011 at 00:36 said...

aku suka gbr last sekali..hoho

{ joe FZR } at: 17 April 2011 at 01:06 said...

ak yg 2nd last..hehe

{ hairie } at: 17 April 2011 at 20:07 said...

alia: haha..mane2 tmpt jadik je kn!hiih

joe: why ??

{ syazwani 'atiqah } at: 3 August 2011 at 11:55 said...

br bc entri nie..sbb br geledah entri lame.....bez kn mlaka...=) every weeknd g jonker xpnah bosan..tp,,da 2 3 kali g uptown shah alam bosan sngt..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 3 August 2011 at 23:36 said...

haha..sbb jonker street tu pnuh ngan benda2 historical n cultural..menarik! kt uptown shah alam tu ade baju je... kite pg bile perlu je..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean