header

header
hairie

CONTEST: Blog Saya Biasa Biasa Je Tapi Cool!

| Friday, 20 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Selesai sahaja sembahyang Jumaat sambil balik dilimpahi hujan rahmat, alhamdulillah. Okay nak kongsi dengan anda semua mengenai contest anjuran Cik Aish yang cute tu! setelah ditag oleh Noor Fariza Othman, seorang wanita yang bakal menguasai industri fesyen tanah air (^__^). Tak keterlaluan kan kak! 

Ini adalah entri yang saya pertaruhkan: Sesi Fotografi Anis di Taman S.U.K Shah Alam

Okay saya nak sangkutkan entri ini kepada Hanis Adila Othman, yang bakal menggegarkan dunia fesyen tudung Batu Pahat (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Pencarian Blog Kemas, Cantik dan Berinfomasi BY QISZANA

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Pagi Jumaat yang agak redup dan menenangkan ini aku nak kongsi dan ajak anda semua untuk sertai bloglist anjuran Cik Qis. Mudah sahaja kalau anda ikut arahan betul-betul.

Beliau nak cari 3 kategori blog pilihan iaitu Blog Kemas, Blog Cantik dan Blog Berinformasi. Aku kategori mana? Ini adalah pendapat peribadi aku mengenai blog aku. Apa yang aku tulis adalah apa yang aku lalui sepanjang hidup aku sebagai seorang pelajar. Dan aku juga ade menyelitkan seidikit info seperti UiTM Perak, UiTM Shah Alam dan Kepentingan Seni Bina Landskap. Ternyata entri-entri ini tersenarai dalam entri paling popular dalam blog aku. Apa pun aku suka bila blog aku ini berinformasi kerana aku memudahkan orang luar untuk mencari maklumat. Blog Cantik?Mungkin juga tapi itu terserah kepada penganjurlah. 
 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Aku dalam senarai pemenang: Contest Sayang Sahabat

|
Hari ini baru berkesempatan untuk buat entri penghargaan atas penyenaraian nama aku dalam senarai pemenang bagi contest sayang sahabat anjuran Cek Najwa. Alhamdulillah aku dapat tempat kedua iaitu tewas di tangan rakan saya sendiri yang sama-sama sertai contest ini iaitu Cik Noona Anes

Hadia apa yang aku dapat?RM20 sahaja dan tuan punya penganjur ada tanya sama ada aku nak barang atau wang tunai. Dengan yakinnya aku cakap dengan beliau, apa kata kau bagi top up kepada kami. RM10 untuk aku dan lagi RM10 untuk sahabat aku dalam contest ini. Orang kata sharing is caring (^___^). Kan adil namanya tu. 

Entri aku dalam Contest Sayang Sahabat:

Senarai pemenang:

Entri Cik Noona Anis yang menang tempat pertama:

Pesanan dari aku semoga hubungan anda dengan kawan-kawan anda akan sentiasa baik dan berkekalan selamanya insyaallah (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Segmen Bloglist Abg Terror | Tanah Tumpah Darahku

| Thursday, 19 May 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Kali ini nak sertai segmen daripada  Abg Terror. Anda nak sertai sekali?klik banner di atas sahaja. Tak susah, kita hanya perlu menjawab soalan yang diberikan.

Di mana anda dilahirkan?
Aku dilahirkan di Batu Pahat, Johor

Di mana anda dibesarkan?
Aku dibesarkan di sebuah kampun halaman yang sangat bahagia iaitu di Parit Sulong, sebuah pekan yang terletak berhampiran Sungai Simpang Kiri, Batu Pahat.

Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror:
Johor (Negeri kelahiran) dan Selangor (Tempat belajar sekarang). Tapi aku lebih mengutaman negeri Johor sebab segala-galanya bermula di situ dari aku dilahirkan sehinggalah sekarang.
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

 
 


 

Menusuk Kalbu: NUR KASIH THE MOVIE

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Baru sahaja selesai menghayati filem Nur Kasih The Movie yang baru sahaja ditayangkan hari ini, 19 Mei 2011. Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan cerita ini daripada jalan ceritanya yang mudah difahami dan juga lokasi penggambaran yang menarik. Tetapi, kesan-kesan bantuan komputer yang digunakan belum cukup gah namun, kita perlulah puji usaha penggiat seni tempatan ini untuk menghasilkan filem yang berkualiti. TAHNIAH!


Aku tak nak cerita sinopsis ataupun jalan cerita Nur Kasih The Movie tapi aku nak cerita apa yang aku dapat berdasarkan kepada filem tersebut.

Mendekatkan diri kepada Allah dan tabah menghadapi dugaan
Dari awal cerita sehinggalah habis, aku ditunjukkan dengan mesej-mesej yang sangat bermakna. Bagaimana Allah menguji hambanya dengan ujian yang sangat berat daripada kematian isteri, keguguran beberapa kali, dan kemalangan sehinggalah kepada sakit. Semuanya dihadapi dengan redha dan percaya bahawa setiap apa yang Allah turunkan ada hikmahnya. Dan sepanjang kesusahan tersebut disulami dengan doa yang berterusan mengharap keajaiban daripada Allah SWT. 

Keajaiban tersebut datang tanpa kita tahu dan kita tak nampak. Nur Amina mengandung ketika berada di Jordan dan siapa yang memberitahu?Seorang wanita Arab yang menyampaikan kepada Aidil. Nak tahu?tengok cerita Nur Kasih The Movie. Dan juga bagaimana dua orang kanak-kanak Arab boleh membawa balik Adam yang mengalami kemalangan ketika gigih mencari cincin pernikahan yang dipakai oleh Nur Amina. 

Jangan berputus asa
Usaha yang berterusan pasti akan membuahkna kejayaan yang sangat bermakna. Usaha tersebut perlulah disulami dengan doa-doa yang ikhlas dan bertawakal serta yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita Insyaallah. Dalam cerita ini ditunjukkan bagaimana usaha Nur Amina terus berusaha mencari Adam yang sudah lebih 12 jam hilang. Kenapa Adam hilang?Tontonlah Nur Kasih The Movie. 

Kasih sayang yang sepenuhnya
KAsih sayang yang ditunjukkan di dalam cerita ini ditonjolkan melalui kasih sayang seorang isteri kepada suaminya yang rela berkorban, kasih sayang sesama keluarga dan juga kasih sayang dengan orang lain. Dan secara automatiknya apabila kita sayang akan seseorang, tentulah kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Itulah yang ditunjukkan dalam cerita ini.

Secara keseluruhannya, aku dapat memahami jalan cerita ini yang aku rasa sangat mudah dengan bantuan suara latar dan juga perjalanan masa yang ditunjukkan. Apa pun, aku hampir menitiskan air mata pada beberapa babak seperti babak di hospital, di penghujung cerita dan juga beberapa babak yang memberi kesan kepada aku. Begitu juga babak aksi pergaduhan yang sangat menakutkan serta babak di Jordan yang membangkitkan perasaan aku untuk melancong ke sana. Terasa sangat tenang apabila melihat keindahan lukisan ciptaan Allah di sana. Subhanallah. 

Apa pun kalau anda semua nak tahu cerita sebenar, silalah berkunjung ke pawagam terdekat. Bagi yang menggemari dan menyokong filem tempatan, silalah tonton. Pastinya anda tak rasa rugi. Ini adalah daripada perspektif aku sendiri. Anda bagaimana?

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
 

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

| Wednesday, 18 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang ini aku nak kongsi pendapat mengenai hantaran perkahwinan anjuran Abg Ben Ashaari. Anda nak sertai sekali sila klik banner di atas. 

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 

Aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ini merupakan tanggungjawab penting seorang lelaki. Lelaki akan menjadi ketua dalam sebuah institusi kekeluargaan jadi segalanya bergantung kepada seorang lelaki. Nafkah zahir dan batin juga lelaki yang sediakan. Jadi, hantaran ini adalah sebagai  tanggungjawab permulaan sebagi seorang lelaki. Walaupun bagi sesetengah lelaki ini adalah sesuatu yang sangat berat disebabkan sesetengah bakal isteri (keluarga sebelah perempuan) menetapkan nilai hantarannya. Tapi percayalah wahai lelaki, semua ini kita akan mendapat keberkatannya nanti insyaallah.

Bagi bakal isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta berapa banyak nilai hantaran tersebut. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan bakal suami anda. Memang sesetengah lelaki menurut sahaja apa yang diminta oleh bakal isterinya tapi kita perlulah memahami situasinya. Kehidupan selepas perkahwinan itu  yang penting. Tak perlulah meletakkan nilai yang terlalu tinggi sehinnga menyusahkan pihak lelaki untuk menyediakannya. Ini kerana, selepas pernikahan yang sah, sudah pastinya si lelaki akan menjaga isterinya dengan baik. Ingatlah, harta yang banyak  tidak menjamin kebahagiaan yang kekal selamanya. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


BERDEBAR! Latihan Praktikal dah hampir ke penghujung

| Monday, 16 May 2011
Buku nota yang sentiasa bersama sepanjang latihan praktikal
Assalamualaikum kawan-kawan blogger sekalian. Rasanya dah lama tak menulis di blog ini disebabkan sibuk seketika menyiapkan laporan latihan praktikal yang dah hampir ke penghujugnya hari ini 16 Mei 2011. Aku tamat latihan praktikal di Shapakat Consultant 6 Mei lalu dan hari ini adalah hari pembentangan di hadapan semua pensyarah mengenai kerja-kerja projek yang telah aku buat dan terlibat sepanjang latihan praktikal. 

Segala pengalaman dikumpul menjadi 1
Sangat berdebar ketika ini kerana aku bakal berhadapan dengan orang-orang yang berpengalaman. Aku perlu bercakap di hadapan mereka dengan penuh rasa keyakinan. Insyaallah. Dan aku baru sahaja habis membuat persiapan ayat-ayat yang perlu dilontarkan semasa pembentangan nanti. Kali ini kami perlu melakukan pembentangan dalam Bahasa Inggeris. Aku bukannya hebat sangat berbahasa Inggeris. Biasalah, kalau orang Jawa cuba untuk jadi orang putih memang tak tertinggal elemen-elemen Jawa. Mesti ada terselit sedikit! Tapi aku cuba yang terbaik. 

Laporan yang perlu dihantar dan dinilai oleh pensyarah penyelia
Petang ini giliran aku nombor 6 dan agak lama menunggu yang membuatkan aku semakin berdebar mungkin. Tapi aku cuba nak buat macam tak ada apa-apa buat macam biasa. Tapi biasanya akan berdebar juga bila dah berdiri mengadap semua pensyarah.

Lampiran sebagai sokongan laporan
Kawan-kawan sekalian, doakan aku dan kawan-kawan aku yang lain yang melakukan pembentangan hari ini berjaya dan harapnya tak ada masalah semasa pembentangan nanti. Insyaallah (^__^)

Semua yang aku buat ada dalam buku log ini

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Random GIVEAWAY dari FAD ALI

| Thursday, 12 May 2011
Klik banner untuk sertai giveaway ini. Mudah sahaja!

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, malam ini mahu sertai giveaway yang mudah dari Encik Fad Ali. Marilah kita cuba. Mana tau nombor kita sangkut masa sedang dicabut (^__^). 

Kenapa aku nak sertai giveaway ini?kalau ada contest yang macam ini kan, aku suka serttai sekali sebab dapat hadiah kalau menang. Tapi kalau tak menang sekurang-kurangnya anda dah menyokong rakan-rakan blog anda untuk bersama-sama memeriahkan aktiviti blog seperti yang selalu aku cakap! dan lagi satu ini adalah salah satu cara kita untuk mempromosikan blog masing-masing. 

S E K I A N  T E R I M A   K A S I H


Segmen Khas ar-rifke.com | Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru

| Tuesday, 10 May 2011
Berapa lama dah blogging?
Tarikh 29 Mac 2009 iaitu semasa zaman Diploma di UiTM Seri Iskandar di Perak dan alhamdulillah sehingga kini blog ini masih berfungsi dengan jayanya. Semuanya bermula daripada kawan-kawan terdekat mempunyai blog masing-masing dan dari situ timbul minat untuk menulis blog. Dan pada aku, siapa-siapa yang ingin mempunyai blog/laman web sendiri, anda perlu betul-betul ingin dan rajin untuk menulis. Jangan sampai blog anda terbiar macam tu sahaja. Itu merupakan satu pembaziran! (^__^)

Kenapa suka blogging?
Dari sini aku boleh menulis apa yang aku suka dan juga sebagai hobi baru aku. Apa yang pentingnya di sini, aku nak kongsi maklumat yang berkaitan bidang Seni Bina Landskap dengan kawan-kawan di luar sana. Selain itu juga aku nak kongsi mengenai apa yang berlaku sekarang ini atau dengan kata lain, berita terkini yang perlu dikongsi. Di samping itu, aku juga mahu berkongsi dengan kawan-kawan lain mengenai kehidupan sebagai seorang pelajar yang penuh dengan cerita suka duka dan juga pengalaman yang sukar dilupakan.

Blog kamu mengenai apa?
Seni Bina Landskap, Pelajar dan juga aktiviti-aktiviti yang memberikan kenangan kepada aku. Selain itu ada juga diselitkan info-info yang boleh dikongsi bersama dan juga aku meminati bidang fotografi. Jadi, di sini aku ingin berkongsi foto-foto yang telah aku tangkap dengan kawan-kawan di mana sahaja aku berada.

Harapan dalam dunia blogging
Dunia blog sekarang ni semakin meriah. Banyak perkara kita boleh buat dengan adanya blog ini antaranya diari harian kita, cerita mengenai kawan-kawan, berkongsi fakta, mengetahui berita-berita terkini dan juga sebagai medium untuk mempromosikan perniagaan kita. 

Ada juga yang salah menggunakan medium blog ini. Antaranya menjatuhkan maruah orang lain, kutuk sana kutuk sini dan macam-macam lagi perkara yang buruk. Ada juga sampai melibatkan politik negara dan memungkinkan penulis blog tersebut dibawa ke mahkamah untuk dikenakan hukuman. MUNGKIN!

Pada aku, tolonglah kalau korang ada niat jahat janganlah buat benda-benda tak elok di sini. Memang negara kita ini berdemokrasi tapi ada batasnya. Kita kan kaya dengan budi bahasa. Jadi sebelum anda menulis tu, anda perlulah fikir dahulu kesannya pada masa akan datang. Jangan esok bila blog ni dah diharamkan, barulah mula nak menggelabah sibuk buat demonstrasi sana sini.
 
Blog ini sebenarnya kita gunakan untuk menolong orang lain memcari/mendapatkan maklumat. Dan dari situlah orang lain boleh tahu tentang kewujudan blog kita selain kita sendiri yang promosikan di mana-mana.

Mentor 5 Secara Langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam

|
Ceritanya dah lama aku tanam hasrat untuk mengikuti secara langsung Mentor 5 ini dari Auditorium MBSA Shah Alam. Alang-alang aku dah bermastautin di Sha Alam ini sesekali juga nak sama-sama memeriahkan Mentor 5 ini. Tahun lepas, aku dan kawan-kawan aku dah berjaya memeriahkan Separuh Akhir Kedua Muzik-muzik 25. Sangat meriah. Jadi peluang yang dah ada depan mata ini rugi kalau dilepaskan macam itu sahaja. Masuk tak payah guna tiket dan percuma dan sebab itulah kami nak sama-sama memeriahkan Mentor 5 ini.

Bersama sahabat baik aku, Md Azrin yang suka berjalan!

Sesi ujian suara sebelum siaran langsung bermula. Taklimat ringkas daripada Encik Bob kot namanya. Penyokong yang duduk di bawah ini perlu sporting sebab 3 juta rakyat Malaysia akan menonton kami secara langsung. Jadi kalau bersorak tu tak bolehlah sekejap sahaja. Kena berpanjangan.

Pintu auditorium dibuka jam 8 malam katanya tap lewat setengah jam barulah dibuka. Masa aku sampai dengan kawan aku, Md Azrin dah ramai yang tunggu di hadapan pintu. Terdetik seketika, dah sembahyang maghrib ke?. Kami tak dapat tempat duduk yang strategik untuk masuk dalam televisyen tapi tak apalah asalkan kami dah masuk dan dapat tempat duduk walaupun agak terkebelakang iaitu berdekatan dengan tempat duduk juri tetap, Datuk Ramli M.S.

Persembahan pembukaan dari Shiha dan Ratna yang bertemakan Hari Ibu. Lagu-lagu meruntun jiwa yang sangat terkesan di hati.

Terasa kemeriahan yang maksimum apabila berada di dalam auditorium ini. Dengan sistem bunyi yang hebat dan juga jeritan penyokong-penyokong yang sangat meriah!

Okay, habis untuk sesi persembahan pembukaan sebelum iklan yang pertama iaitu iklan 
pengenalan Mentor 5 yang ada mentor dengan protege skali.

Persembahan peserta malam itu dimulakan dengan persembahan daripada protege Erra Fazira iaitu Salma yang aku rasa merupakan calon yang terbaik untuk menjadi juara Mentor musim 5 ini. Dengan bekalan mata yang telah dikumpul dan sangat selesa untuk ke peringkat separuh akhir yang pertama, beliau memang layak untuk bergelar juara. Aku rasa masing-masing dah tengok persebahan beliau di televisyen kan dan lagu apay ang beliau nyanyikan.

Macam biasa, sesi cakap-cakap sebelum buat persembahan. Ada sahaja cerita yang menarik!

Persembahan yang menarik dan berjaya memukau penonton yang berada di dalam 
auditorium dengan vokal yang mantap dan hebat! 

Persembahan lagu rancak oleh Salma yang sangat bertenaga!
Apa yang menariknya kalau anda sertai siaran langsung ini, anda akan dapat lihat macam mana orang belakang tabir bekerja dan berkomunikasi antara satu sama lain. Aku sangat kagum bagaimana orang-orang ini boleh memberi kerjasama yang sangat tinggi dan masing-masing cuba mengelak untuk melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan siaran langsung terganggu. Semasa iklan, di sinilah mereka yang bekerja di belakang tabir memainkan peranan iaitu mengatur segala props yang digunakan untuk persembahan seterusnya. Juga apabila kamera sedang merakam sudut pengacara contohnya dan ketika itu pentas penuh dengan alat-alat persembahan dan selepas ini ada persembahan yang lagi hebat. Di sini, memerlukan kerjasama yang pantas supaya tidak ternampak segala kecatatan sepanjang konsert. 

 Komen juri mengenai persembahan Salma pada malam itu: Datuk Ramli M.S kata Salma tak berjaya bawa lagu yang bernada rendah dengan baik. Tapi yang nota tinggi, Salma boleh bawa dengan cukup menarik dan tersendiri. Juri jemputan iaitu Mus May berkata Salma boleh bawa lagu orang lain dengan baik tapi apakah yang akan berlaku jika Salma menyanyikan lagu sendiri yang tak pernah didendangkan oleh mana-mana artis?adakah penghayatan lagu tersebut sama seperti lagu yang Salma nyanyikan sebelum ini ataupun Salma tak berjaya mengalas tugas berat tersebut? Itu kita kena tunggu pada peringkat seterusnya. Dan aku rasa persembahan Salma pada malam itu sangat bertenaga sebab suasana cukup meriah dengan teriakan penyokong-penyokong Salma yang berbaju hijau.


Persembahan Ieqa pula sangat bergaya! Dengan memakai fesyen hampir sama seperti Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjuj Cinta, beliau berjaya menyampaikan lagu persembahannya dengan penuh penghayatan. 

 Ramai yang kata, untunglah Ieqa dapat mentor Edry KRU sebab segala-galanya ada. Edry ada KRU Studios yang sangat besar dan juga mempunya pengaruh yang luas dalam industri hiburan. Jika anda lihat persembahan Ieqa sebelum-sebelum ini pun ada elemen-elemen kreatif dalam setiap persembahannya. Inilah yang dinamakan rezeki Ieqa. Aku rasa tak payahlah korang semua yang tak terlibat dalam industri ini berkata-kata belakang yang tak sedap tu!. Dah tentu Ieqa datang ujibakat dengan Edry kan dan Edry nampak kelebihan Ieqa yang tak ada pada peserta lain. Jadi dengan automatiknya apabila Ieqa terpilih menjadi protege Edry, Ieqa akan dapat ilmu yang banyak daripada sebuah syarikat produksi yang hebat di Malaysia ini dan juga bersyukur kerana dapat mentor yang hebat macam Edry yang sudi berkongsi ilmu dengan protegenya. Jadi anda yang tak terlibat tak perlulah cemburu dengan apa yang Ieqa dapat. 

Persembahan lagu-lagu bercorak ketuhanan pilihan Edry dan Ieqa pada malam tersebut
sangat memukau dengan diiringi kumpulan penggesek biola yang mantap dan hebat.

 Di akhir persembahan yang cukup mantap daripada pelapis industri muzik Malaysia.

Persembahan diteruskan dengan protege terakhir iaitu Aiman dan mentornya Rahim Maarof. Mereka berdua ini berada di dalam kedudukan yang sangat bahaya dan berpotensi untuk disingkirkan. Nak tahu apa cerita?tunggu di bawah nanti.  

Okay nak cerita sedikit mengenai kelemahan Aiman semasa konsert berlangsung. Sedang menunggu untuk on air iaitu semasa ditemuramah oleh Ally Iskandar, penyokong-penyokong belaiu yang di bawah ini sibuk menjerit-jerit nama Aiman yan gsedang duduk selesa di atas kerusi putih tu. Tapi yang tak sedapnya, Aiman langsung tak angkat tangan melambai ke arah penyokongnya. Senyum pun macam nak tak nak. 


Betapa bersemangatnya penyokong Aiman!
 Lagi 1, semasa menunggu untuk on air sebelum pengumuman keputusan, ada seorang kanak-kanak menjerit dari tingkat atas memanggil nama Aiman beberapa kali tanda menyokog. Sekali lagi Aiman tak buat apa-apa. Hanya tengok dan lebarkan sedikit mulutnya yang agak kecil tu. Berat betul tangan Aiman untuk melambai kanak-kanak tersebut. Aiman, kalau berdebar sangat pun janganlah sampai jadi macam ni. Ingat, kau tu baru lagi dalam industri ini. Muka dah ada, suara pun okay tapi cubalah jadi peramah sedikit supaya tak ada cerita-cerita tak sedap mengenai kau di belakang nanti.

Dan setiap kali Aiman menyanyikan lagu rancak, mentornya juga akan turut menari 
tanda sokongan dan juga menunjukkan yang beliau berpuas hati dengan persembahan Aiman.

Persembahan khas daripada peserta yang tidak berjaya pada malam itu adalah seorang wanita namanya aku tak ingat tapi orang panggil Pamela kalau tak silap. Beliau ini dah hampir layak untuk jadi protege Edry tapi disebabkan masalah disiplin (datang lambat) Edry terpaksa menolak. Dalam industri ini kita kenalah ada disiplin tinggi. Kalau orang tu kata nak jumpa jam 12 tengah malam  kita kenalah ikut jadual. Jangan datang lambat. 

Persediaan sebelum on air
Untuk persembahan penutup daripada 3 orang protege, mereka menyampaikan lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Jay Jay dalam bentuk medley dan yang menariknya mereka pandai menyambungkan vokal masing-masing dalam satu lagu. Maksudnya di sini, vokal Aiman adalah yang paling rendah, Ieqa sederhana dan Salma yang paling tinggi. 




Macam ini bahasa mudahnya jika anda tak faham, Aiman nyanyi dengan vokal rendah dan kemudian disambung pula oleh Ieqa yang pandai menyambungkan nada rendah dengan nada tinggi yang disampaikan oleh Salma. Maknaya Ieqa paling hebat sebab dalam sebaris ayat dan sekali lontar, beliau boleh menggabungkan 2 vokal dalam 1 masa. Ini adalah pendapat aku. Siapa tak setuju?
Segmen khas buat Jay Jay yang popular pada tahun 80an sampai sekarang. Kami berdua dapat bersalam dengan Jay Jay tau dan apa yang bermain dalam fikiran kami adalah mengenai gaya Jay Jay. Kalau dulu dengan rambut pendek dan juga cap yang macam songkok tu tapi sekarang dengan rambut panjang warna perang beserta cap ala-ala hip hop dan juga cermin mata gelap. Adakah beliau cuba menyembunyikan sesuatu?itu masing-masing jawab sendiri (^__^)

Saat paling mendebarkan apabila menunggu keputusan diumumkan. Seorang akan disingkirkan manakala dua lagi akan ke peringkat separuh akhir yang pertama dan akan bertarung bersama Shiha dan juga Ratnah daripada kumpulan satu lagi. Nampaknya persaingan akan menjadi lebih sengit dan menarik. Apa pun semuanya di tangan juri. Mereka yang menentukan nasib protege yang bertanding.

Dan telah diumumkan bahawa, Salma layak ke separuh akhir dengan mata tertinggi yang dikutip berbanding dengan peserta lain. Dan diikuti oleh Ieqa yang juga layak ke separuh akhir. Manakala, Aiman tersingkir dan perjalan beliau terhenti setakat itu sahaja tapi mana mungkin selepas ini rezeki Aiman bertambah selepas keluar Mentor 5 kan. Rezeki ada di mana-mana sahaja. 


Waktu ini Nas Ahmad keluar dari belakang pentas dan macam biasalah dengan ayat sedih ketika Aiman tersingkir.  Aiman cuba untuk mengelak kesedihan tersebut dengan mengeluarkan ayat-ayat machonya. Siap request dengan Nas Ahmad lagi, tak mahulah pasang  lagu yang sedih pada masa itu. Tapi Nas Ahmad cuba jugak untuk menyedihkan keadaan. "Mungkin kamu akan merindui jeritan mereka (penyokong-penyokong) selepas ini". 

Kononnya tak nak sedih dengan penyingkiran ini tapi ada sesuatu yang berlaku yang buat aku tertanya-tanya. Selepas sahaja Nas Ahmad mahu menghabiskan ayat terakhirnya tiba-tiba Rahim Maarof mencabar Datuk Ramli M.S supaya beliau pula yang menjadi mentor kepada seorang protege dan kemudiannya Rahim Maarof terus berlalu ke belakang pentas seperti terlalu kecewa dengan penyingkiran Aiman. Sambil mencabar, Nas Ahmad menggosok gosok belakang Rahim Maarof mungkin tanda disuruh berhenti . Itu yang aku nampaklah. 


Apa pun segalanya berjalan lancar dan berpuas hati dengan malam yang sekejap tapi sangat best. Dan kepada pasukan belakang tabir Mentor 5, tahniah anda berjaya menjalankan  tugas dengan baik. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


 





Jom Lepak di Bangku Kosong

|
Entri paling ringkas. Siapa-siapa nak sertai sekali sila klik banner di atas. Jemputan khas untuk penulis blog yang masih baru iaitu follower dibawah 500 orang sahaja.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SEGMEN Aku Best!

| Sunday, 8 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi Segmen Aku Best dari Encik Muez Ja. Sedang tertekan sebab cuaca panas yang memeningkan kepala ini sambil blogwalking terserempak dengan segmen ini. Apa lagi, benda ini paling senang nak buat. Suka hati nak tulis apa. Asalkan menjawab tajuk segmen ini. anda nak sertai?sila klik banner di atas.

APA YANG BEST MENGENAI DIRI AKU?
Apa yang best mengenai diri aku?tak ada sesuatu yang perlu dibangga banggakan pun asalkan aku gembira dengan apa yang aku ada. Tak elok kalau kita sibuk nak bangga diri/cerita kelebihan yang ada pada kita dan tiada pada kawan kita tu. Bukan semua orang boleh terima dengan apa yang kau cerita dan ada yang boleh terima dengan mengambil secara positif. Tapi janganlah samapi kau certia banyak kali bendayang sama dengan orang yang sama. Siapa tak muak kan. Tapi lantaklah, itu dunia dia yang penting sekarang ini aku selesa dengan dunia aku.

 Aku seorang budak kampung yang sangat sayang dengan kampung yang tak berapa nak meriah tapi selesa dan mempunyai persekitaran yang nyaman disamping bunyi burung yang bergaduh di laman rumah.  Kalau cuti semester mesti aku balik kampung dan waktu Hari Raya Aidilfitri sememangnya sangat ditunggu-tunggu sebab masa itulah rumah aku akan jadi cantik dan kemas lagi kemas daripada hari biasa.

Aku suka rumah aku sebab rumah aku tergolong antara rumah antik walaupun hanya di bahagian ruang tamu utama sahaja yang nampak paling menyerlah tapi masih boleh dibanggakan. Aku berbangga bapa aku dan juga datuk aku sebelum ini yang menjaga dengan baik rumah ini. Biasanya aku akan membantu ayah aku mengecat rumah ini tak kisahlah nak menyambut hari raya ke tapi bila dah nampak tak elok dan nampak pudar sahaja warna rumah ini, aku sapu cat la.


Kawan-kawan aku di fakulti mengenali aku sebagai orang jawa yang amat tegar. Maksudnya akuini memang pandai cakap jawa. Mana taknya, dah memang keturunan aku jawa dan ada saudara mara di tanah seberang. Kalau orang jawa nak cakap dalam bahasa inggeris pun agak tonggang terbalik sebab lidah ini terlalu kasar dan keras untuk berbahasa macam Ratu Elizabeth II. Agak susah tapi kalau dah dibiasakan insyaallah akan berjaya!

Aku seorang pelajar Seni Bina Landskap yang mana orang biasa kata 'nanti kalau kau dah habis belajar ini kau jadi tukang kebun lah?' Itu bagi yang berfikiran pendek memang akan berkata begitu. Bagi yang berpelajaran sedikit mereka akan kata, 'Wah, lepas ini bolehlah tolong buat landskap di rumah aku'. Aku okay dengan soalan tu tapi aku akan kata, nak buat mesti kena ada duit cik abang oi! Barulah projek boleh jalan (^__^). Bidang kami ini adalah bidang penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kami. Dengan ayat mudahnya, anda panas?kawasan tempat letak kereta panas?senang sahaja, kami letak pokok. Itu yang paling asas.

Aku suka tangkap gambar. Untuk pengetahuan anda semua, aku dah ada banyak koleksi CD gambar yang aku dah burn daripada komputer riba aku. Sangat puas hati apabila kita dapat berjalan-jalan dengan kawan-kawan ataupun keluarga sambil tangkap gambar. Nak tahu tak sejak bila aku suka dengan kamera?segalanya bermula pada semester 01 di UiTM Perak. Kursus kami ini memang memerlukan penggunaan kamera digital semasa ke kawasan tapak. Jadi sejak itulah aku suka tangkap gambar kawan-kawan pokok-pokok dan juga pemandangan. Dan sampai sekarang aku dikenali sebagai seorang jurufoto tapi aku tak perlukan title itu sebab aku tak serius dalam bidang ini. Hanyalah sebagai hobi sampingan yang memuaskan diri sendiri. Sampai sekarang aku masih menggunakan kamera digital dan tidak memilii DSLR seperti yang digembar gemburkan oleh kawan-kawan lain. (^_^). 'Gambar-gambar kau cantik mesti kau pakai kamera besar kan?' . Bila aku cakap aku pakai kamera digital 14.1MP ataupun kamera telefon bimbit 3.2MP sahaja. Terus lain muka orang itu (^__^). Apa pun, aku memang suka fotografi ini. Bila tengok gambar yang terhasil, subhanallah sungguh cantik!.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H 

BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011

|

Gegar blog untuk Mei 2011. Siapa-siapa yang mempunyai boleh sertai kecuali blog lucah sama sekali tidak dibenarkan. Anda nak sertai, klik banner di atas.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

IZYAN MASRI FIRST RANDOM GIVEAWAY

| Saturday, 7 May 2011
Giveaway paling mudah, hanya letak banner di atas dan tak perlu nak buat ayat panjang-panjang (^__^). Anda nak sertai sekali?sila klik banner di atas.

Okay nak ajak kawan-kawan saya yang cantik ini: 
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

MALAYSIA akan jadi negara Kristian?

|
Pagi ini dikejutkan dengan tajuk utama akhbar Utusan Malaysia KRISTIAN AGAMA RASMI?. Siapa punya kerjalah ni. Kita kan dah ada perlembagaan sendiri yang menyatakan Islam adalah agama rasmi negara. Kan dah belajar sejarah kan?subjek CTU 553 Hubungan Etnik pun ada cakap benda-benda ini. 

Semua maklumat mengenainya diperoleh daripada 2 buah laman blog:

Ceritanya bermula apabila Ahli Parlimen  Jelutong, Jeff Ooi (wakil rakyat DAP) menghadiri majlis kesyukuran untuk paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister, Pulau Pinang. Dalam majlis tersebut, juga dibincangkan mengenai Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan dan sekaligus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut Kristian. Dah tu, Yang DiPertuan Agong pun nak Kristian juga ke?Fikirlah betul-betul.

Tapi Jeff Ooi menafikan yang beliau menganjurkan majlis ini. Jadi, marilah kita fikirkan bersama-sama apa yang berlaku sekarang ini. Adakah ini tanda-tanda kecil kiamat dah makin dekat?Banyak lagi benda yang berlaku sebelum ini. Apa yang berlaku itu sangat memalukan diri sendiri, kaum sendiri dan juga negara Malaysia kita yang semakin maju. 


Nak tahu lebih lanjut, sila baca artikel di Utusan Malaysia hari ini:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean