header

header
hairie

Afizzainal's contest - senyuman mahal

| Wednesday, 4 May 2011
Klik banner untuk sertai contest senyum-senyum ini

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Waktu kebosanan dan kepenatan dengan kerja diisi dengan berjalan-jalan ke blog orang lain dalam reading list yang telah disenaraikan. Ternampak salah seorang penulis blog yang sertai contest ini. Jadi tanpa melengahkan masa, baik aku cuba masuk. Manalah tahu rezeki sangkut kat aku pula kan (^__^ )

Foto diatas diambil di dalam lif semasa Hari Keluarga Jabatan kami di Melaka. Aku yang memakai baju coklat yang satu-satunya senyum terlebih menampakkan gigi yang tak berapa nak putih. Tapi itulah gaya senyuman aku. Kalau nak senyum, senyum terus sampai puas hati. Asalkan jangan anda paksa diri anda untuk senyum. Nescaya apabila anda paksa diri anda untuk senyum, wajah manis anda tidak akan wujud.

Yang ini pula semasa waktu makan tengahari di Eiman Restaurant TTDI Jaya. Dalam pada masa yang sama, aku kena membuat kajian mengenai gazebo yang kami duduk ini. Dah la lapar nak makan lepas tu nak kena ukur segala bagai saiz kayu dan keluasan gazebo ini. Apa pun makan tetap makan dan kerja tetap kerja dan hasilnya kenyang pun dapat, saiz ukuran pun dah dapat. Jadi balik pejabat, terus buat lukisan yang bos minta.

Senyum dengan kawan lagi ada faedahnya. Kita tahu yang kawan kita tu dah ada teman istimewa jadi kita perlulah berhati-hati dalam pergaulan bagi mengelakkan kontroversi dan juga fitnah yang sebenarnya tak perlu wujud pun. Cuba bayangkan kalau kau tak ada kawan, kau nak senyum dengan siapa?dinding?belum tentu dinding boleh bercakap kan.

Dalam perbincangan, tak perlulah sentiasa serius. Bagi aku, kalau kita berbincang kita kenalah menerima pandangan orang lain dahulu dan kemudian kita buat keputusan. Tapi dalam membuat keputusan tak perlulah buat muka ketat. Maniskan muka kita supaya orang lain tengok sejuk je kan (^__^ )

Inilah hasilnya apabila aku terlebih ketawa. Secara automatiknya tangan akan terus singgah ke mulut dan menutupnya dengan segera. Apabila aku terlebih ketawa di tempat-tempat awam, aku sedar yang bunyi gelak aku ini sangat mengganggu orang sekeliling dan juga agak 'buruk' apabila tergelak kuat sangat. Lagi satu, kan tak elok apabila mulut ternganga luas di depan orang lain kan. 

Seperti apa yang bos aku kata, kita hendaklah sentiasa buat muka manis supaya orang lain iaitu konsultan/kontraktor dan juga profesion yang berkaitan percaya kepada apa yang kita buat. Senyum yang ikhlas mendatangkan kepercayaan yang sepenuhnya. Dan bos kata, muka aku ini manis. Mungkin disebabkan aku suka senyum apabila bos bercakap dengan aku. Itu tandanya aku memberi tindakbalas walaupun aku tak mengeluarkan sepatah kata (^_^)

Juga senyum untuk : Hanis Adila, Norsidah  dan juga Siti Maslinda serta Kak Noor Fariza

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

4 Readers:

{ Muhammad Afiq Abdul Rashid } at: 4 May 2011 at 23:48 said...

senyuman aku paling mahal! senyuma orang cengeh.hahaha.

{ Haziq Yaacob } at: 5 May 2011 at 11:36 said...

aku suka tersenyum..tp bila muka aku serius org kata aku marah :D

{ CikHanis } at: 5 May 2011 at 11:48 said...

ak senyum dalam cengeh.camne tu?HAHA

{ hairie } at: 6 May 2011 at 20:06 said...

afiq: aah ko meng cengeh pn..mcm kakak ko! haha

haziq: mybe dahi ko tu berkerut kerut kot..n mata ko lain agknya..haha

noona: haha..ko memg!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean