header

header
hairie

BLOGGER LELAKI vs BLOGGER PEREMPUAN

| Wednesday, 18 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang ini aku nak kongsi pendapat mengenai hantaran perkahwinan anjuran Abg Ben Ashaari. Anda nak sertai sekali sila klik banner di atas. 

" SETUJUKAH ANDA BAHAWA WANG HANTARAN PERKAHWINAN DISEDIAKAN 100% OLEH PIHAK PENGANTIN LELAKI  ? " 

Aku sangat bersetuju dengan pernyataan di atas kerana ini merupakan tanggungjawab penting seorang lelaki. Lelaki akan menjadi ketua dalam sebuah institusi kekeluargaan jadi segalanya bergantung kepada seorang lelaki. Nafkah zahir dan batin juga lelaki yang sediakan. Jadi, hantaran ini adalah sebagai  tanggungjawab permulaan sebagi seorang lelaki. Walaupun bagi sesetengah lelaki ini adalah sesuatu yang sangat berat disebabkan sesetengah bakal isteri (keluarga sebelah perempuan) menetapkan nilai hantarannya. Tapi percayalah wahai lelaki, semua ini kita akan mendapat keberkatannya nanti insyaallah.

Bagi bakal isteri pula, janganlah terlalu meminta-minta berapa banyak nilai hantaran tersebut. Cukuplah sekadar mengikut kemampuan bakal suami anda. Memang sesetengah lelaki menurut sahaja apa yang diminta oleh bakal isterinya tapi kita perlulah memahami situasinya. Kehidupan selepas perkahwinan itu  yang penting. Tak perlulah meletakkan nilai yang terlalu tinggi sehinnga menyusahkan pihak lelaki untuk menyediakannya. Ini kerana, selepas pernikahan yang sah, sudah pastinya si lelaki akan menjaga isterinya dengan baik. Ingatlah, harta yang banyak  tidak menjamin kebahagiaan yang kekal selamanya. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


5 Readers:

Anonymous at: 18 May 2011 at 18:05 said...

setuju jgk sb biar lelaki rasa susah ckit...nnti kalu dia nk wat onar pun dia akn pikir balik,dulu kemain susah payah kumpul duit nk kawen ngn pmpuan tu... :-)

{ FAUZI NOR } at: 18 May 2011 at 20:39 said...

Yes that right... kopak kopak

{ HAZWANmohd } at: 18 May 2011 at 21:53 said...

haha..
saya menerima tempahan hantaran untuk negeri melaka..
sila klik name saye dan ke blog dan klik fanpage saye..
yee
haha
pomot tetibe

{ Rai } at: 19 May 2011 at 16:22 said...

masalah biasanya timbul bila mak bapak anggap perkahwinan anak pompuan dia sebagai satu peluang nak dapat untung..hehe..

eleh..kalau lelaki nak buat onar..bagi hantaran juta2 pun kalau dia nak buat dia buat jugak..takde maknanya dia rasa rugi..saya tengok ramai dah..bagi hantaran mahal2 pon ikatan perkahwinan separuh jalan..

apa pun..pada pendapat saya..jgnlah menilai seseorang tu dengan sebanyak mana wang hantaran yg dia boleh bagi. perkahwinan bukan tentang majlisnya. tapi pasal permulaan kehidupan dua insan..

Ourkizuna desu

{ Mohd Khairi } at: 19 May 2011 at 23:06 said...

Anonymus: aku stuju ngan ko..

Fauzi: kopak demi masa dpn yg cemerlang xpe..diharuskan sgt2...hehe

Hazwan: ko ade provide service wang hantaran ke?wahhh

Rai: itu kite kne pikir..thanks bg pndapat..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean