header

header
hairie

Contest: AKU DAN FASHION

| Wednesday, 4 May 2011
 Klik banner di atas untuk sertai

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Pagi Rabu yang sejuk ini aku nak sertai contest Aku & Fashion anjuran Encik Fad Ali. Nampak menarik dan mudah jadi apa salahnya kita mencuba (^_^) 

Gambar Aaron Aziz di sebelah ini merupakan antara idola fesyen aku kerana gaya beliau yang sangat ringkas dan menarik sesuai dengan rupa parasnya yang kacak. Rambut tak perlu diwarna dengan warna-warna yang tak ada rupa rambut orang Melayu. Warna hitam pun dah cukup/sangat elok apa kan.

Mengenai gaya pemakaian beliau, aku suka tengok apabila beliau mengenakan pakaian yang nampak selesa dengan tubuhnya dan sesuai dengan majlis yang dihadirinya. Cukup dengan mengenakan tshirt dan juga blezer serta jeans dan kasut yang nampak sangat kasual dan juga bebas untuk bergerak.



Dalam majlis anugerah misalnya, beliau pandai menggayakan pakaian yang bercirikan korporat tapi masih lagi nampak santai. Kalau anda lihat fesyen rambut beliau, tidaklah terlalu sarat sangat. Cukuplah disikat ke tepi supaya nampak kemas dan tak menyerabutkan kepala yang dah serabut dengan masalah. Dan apabila di luar, beliau hanya mengenakan tshirt roundneck dan jenas sahaja. Tak perlu bergaya berat-berat yang akhirnya menyusahkan diri. Lagipun iklim di Malaysia ini bukannya macam di Kutub Utara. 

Aku suka fesyen yang ringkas dan nampak menarik. Bila dipakai akan rasa selesa dan tahap keyakinan yang meningkat secara tiba-tiba (ayat sangat memualkan dan sila abaikan). Selalunya aku akan pakai pakaian yang ada dalam koleksi aku sendiri dan pandai-pandailah aku padankan dengan pakaian lain.


Okay abaikan anugerah yang aku dapat tu. Silafokus kepada apa yang aku nak cerita. Majlis makan malam ini bertemakan smart casual. Jadi aku dengan mudahnya hanya mencari dalam koleksi yang aku ada. Tak perlu nmapak sarat asalkan mengikut tema dan nampak selesa apabila dipakai. Rambut?macam biasa sahaja. Tak nalkah aku bubuh warna yang menjengkelkan tu.

3 foto di atas merupakan antara gaya aku ke pejabat. Maklumlah semester ini aku menjalani latihan praktikal. Jadi atas pengaruh kawan baik saya, saya mencuba sesuatu yang baru iaitu kemeja yang semakin popular sekarang ini. Lebih kurang macam fesyen remaja Cina sekarang la kalau anda semua dapat lihat. Dan sekarang ada beberapa koleksi kemeja yang aku selalu pakai ke pejabat.

Setelah kasut Adidas dikuburkan dengan agak tragis, jadi aku perlu membeli kasut baru yang sesuai untuk berjalan bersama kawan-kawan dan juga untuk lawatan tapak. Yang paling murahlah yang aku guna untuk ke tapak. Mane satu yang paling murah?Anda nilailah sendiri. Tengok rekabentuk kasut tu pun mesti anda dah tahu yang mana satu untuk ke lawatan tapak dan mane satu untuk berjalan bersama kawan-kawan.

Mengenakan jaket semasa menonton wayang bersama kawan-kawan. 
 
Tshirt berkolar (supaya tidak terlalu nampak santai dan dalam mood bekerja) dan juga jeans yang longgar serta berkasut sesuai untuk ke lawatan tapak.

Dalam koleksi aku banyak tshirt roundneck berwarna hitam. Kenapa?aku rasa warna hitam tu sesuai depadankan dengan mana-mana seluar dan kalau baju kita kotor pun tak nampak sangat dan lagi satu, kalau berpeluh pun masih tak nampak. Aku ni jenis yang cepat berpeluh jadi bila pakai pakaian warna putih/terang, maka baju aku yang basah itu akan kelihatan dengan jelas.


Khas untuk kawan-kawan pejabat yang sangat bergaya: Noor Fariza Othman serta adik kesayangannya Hanis Adila Othman dan juga model terkenal Lynda Roslan

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

5 Readers:

{ CikHanis } at: 4 May 2011 at 20:44 said...

wah!sape la photoG pix kau ne.hehehehehe

{ hairie } at: 4 May 2011 at 22:11 said...

hoho..ko nk jugak name ek?ok2.. kpd smua pembaca, cik hanis ni la yg suke amik gmbo saya yg sgt2 cntik ni..weeeee

{ Muhammad Afiq Abdul Rashid } at: 4 May 2011 at 23:53 said...

ni yang nak jadikan sifu ni .haha

{ hairie } at: 6 May 2011 at 20:04 said...

afiq: sifu apa?wek..

{ Muhammad Afiq Abdul Rashid } at: 2 June 2011 at 18:26 said...

sifu fashion :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean