header

header
hairie

Mentor 5 Secara Langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam

| Tuesday, 10 May 2011
Ceritanya dah lama aku tanam hasrat untuk mengikuti secara langsung Mentor 5 ini dari Auditorium MBSA Shah Alam. Alang-alang aku dah bermastautin di Sha Alam ini sesekali juga nak sama-sama memeriahkan Mentor 5 ini. Tahun lepas, aku dan kawan-kawan aku dah berjaya memeriahkan Separuh Akhir Kedua Muzik-muzik 25. Sangat meriah. Jadi peluang yang dah ada depan mata ini rugi kalau dilepaskan macam itu sahaja. Masuk tak payah guna tiket dan percuma dan sebab itulah kami nak sama-sama memeriahkan Mentor 5 ini.

Bersama sahabat baik aku, Md Azrin yang suka berjalan!

Sesi ujian suara sebelum siaran langsung bermula. Taklimat ringkas daripada Encik Bob kot namanya. Penyokong yang duduk di bawah ini perlu sporting sebab 3 juta rakyat Malaysia akan menonton kami secara langsung. Jadi kalau bersorak tu tak bolehlah sekejap sahaja. Kena berpanjangan.

Pintu auditorium dibuka jam 8 malam katanya tap lewat setengah jam barulah dibuka. Masa aku sampai dengan kawan aku, Md Azrin dah ramai yang tunggu di hadapan pintu. Terdetik seketika, dah sembahyang maghrib ke?. Kami tak dapat tempat duduk yang strategik untuk masuk dalam televisyen tapi tak apalah asalkan kami dah masuk dan dapat tempat duduk walaupun agak terkebelakang iaitu berdekatan dengan tempat duduk juri tetap, Datuk Ramli M.S.

Persembahan pembukaan dari Shiha dan Ratna yang bertemakan Hari Ibu. Lagu-lagu meruntun jiwa yang sangat terkesan di hati.

Terasa kemeriahan yang maksimum apabila berada di dalam auditorium ini. Dengan sistem bunyi yang hebat dan juga jeritan penyokong-penyokong yang sangat meriah!

Okay, habis untuk sesi persembahan pembukaan sebelum iklan yang pertama iaitu iklan 
pengenalan Mentor 5 yang ada mentor dengan protege skali.

Persembahan peserta malam itu dimulakan dengan persembahan daripada protege Erra Fazira iaitu Salma yang aku rasa merupakan calon yang terbaik untuk menjadi juara Mentor musim 5 ini. Dengan bekalan mata yang telah dikumpul dan sangat selesa untuk ke peringkat separuh akhir yang pertama, beliau memang layak untuk bergelar juara. Aku rasa masing-masing dah tengok persebahan beliau di televisyen kan dan lagu apay ang beliau nyanyikan.

Macam biasa, sesi cakap-cakap sebelum buat persembahan. Ada sahaja cerita yang menarik!

Persembahan yang menarik dan berjaya memukau penonton yang berada di dalam 
auditorium dengan vokal yang mantap dan hebat! 

Persembahan lagu rancak oleh Salma yang sangat bertenaga!
Apa yang menariknya kalau anda sertai siaran langsung ini, anda akan dapat lihat macam mana orang belakang tabir bekerja dan berkomunikasi antara satu sama lain. Aku sangat kagum bagaimana orang-orang ini boleh memberi kerjasama yang sangat tinggi dan masing-masing cuba mengelak untuk melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan siaran langsung terganggu. Semasa iklan, di sinilah mereka yang bekerja di belakang tabir memainkan peranan iaitu mengatur segala props yang digunakan untuk persembahan seterusnya. Juga apabila kamera sedang merakam sudut pengacara contohnya dan ketika itu pentas penuh dengan alat-alat persembahan dan selepas ini ada persembahan yang lagi hebat. Di sini, memerlukan kerjasama yang pantas supaya tidak ternampak segala kecatatan sepanjang konsert. 

 Komen juri mengenai persembahan Salma pada malam itu: Datuk Ramli M.S kata Salma tak berjaya bawa lagu yang bernada rendah dengan baik. Tapi yang nota tinggi, Salma boleh bawa dengan cukup menarik dan tersendiri. Juri jemputan iaitu Mus May berkata Salma boleh bawa lagu orang lain dengan baik tapi apakah yang akan berlaku jika Salma menyanyikan lagu sendiri yang tak pernah didendangkan oleh mana-mana artis?adakah penghayatan lagu tersebut sama seperti lagu yang Salma nyanyikan sebelum ini ataupun Salma tak berjaya mengalas tugas berat tersebut? Itu kita kena tunggu pada peringkat seterusnya. Dan aku rasa persembahan Salma pada malam itu sangat bertenaga sebab suasana cukup meriah dengan teriakan penyokong-penyokong Salma yang berbaju hijau.


Persembahan Ieqa pula sangat bergaya! Dengan memakai fesyen hampir sama seperti Datuk Siti Nurhaliza dalam album Tahajjuj Cinta, beliau berjaya menyampaikan lagu persembahannya dengan penuh penghayatan. 

 Ramai yang kata, untunglah Ieqa dapat mentor Edry KRU sebab segala-galanya ada. Edry ada KRU Studios yang sangat besar dan juga mempunya pengaruh yang luas dalam industri hiburan. Jika anda lihat persembahan Ieqa sebelum-sebelum ini pun ada elemen-elemen kreatif dalam setiap persembahannya. Inilah yang dinamakan rezeki Ieqa. Aku rasa tak payahlah korang semua yang tak terlibat dalam industri ini berkata-kata belakang yang tak sedap tu!. Dah tentu Ieqa datang ujibakat dengan Edry kan dan Edry nampak kelebihan Ieqa yang tak ada pada peserta lain. Jadi dengan automatiknya apabila Ieqa terpilih menjadi protege Edry, Ieqa akan dapat ilmu yang banyak daripada sebuah syarikat produksi yang hebat di Malaysia ini dan juga bersyukur kerana dapat mentor yang hebat macam Edry yang sudi berkongsi ilmu dengan protegenya. Jadi anda yang tak terlibat tak perlulah cemburu dengan apa yang Ieqa dapat. 

Persembahan lagu-lagu bercorak ketuhanan pilihan Edry dan Ieqa pada malam tersebut
sangat memukau dengan diiringi kumpulan penggesek biola yang mantap dan hebat.

 Di akhir persembahan yang cukup mantap daripada pelapis industri muzik Malaysia.

Persembahan diteruskan dengan protege terakhir iaitu Aiman dan mentornya Rahim Maarof. Mereka berdua ini berada di dalam kedudukan yang sangat bahaya dan berpotensi untuk disingkirkan. Nak tahu apa cerita?tunggu di bawah nanti.  

Okay nak cerita sedikit mengenai kelemahan Aiman semasa konsert berlangsung. Sedang menunggu untuk on air iaitu semasa ditemuramah oleh Ally Iskandar, penyokong-penyokong belaiu yang di bawah ini sibuk menjerit-jerit nama Aiman yan gsedang duduk selesa di atas kerusi putih tu. Tapi yang tak sedapnya, Aiman langsung tak angkat tangan melambai ke arah penyokongnya. Senyum pun macam nak tak nak. 


Betapa bersemangatnya penyokong Aiman!
 Lagi 1, semasa menunggu untuk on air sebelum pengumuman keputusan, ada seorang kanak-kanak menjerit dari tingkat atas memanggil nama Aiman beberapa kali tanda menyokog. Sekali lagi Aiman tak buat apa-apa. Hanya tengok dan lebarkan sedikit mulutnya yang agak kecil tu. Berat betul tangan Aiman untuk melambai kanak-kanak tersebut. Aiman, kalau berdebar sangat pun janganlah sampai jadi macam ni. Ingat, kau tu baru lagi dalam industri ini. Muka dah ada, suara pun okay tapi cubalah jadi peramah sedikit supaya tak ada cerita-cerita tak sedap mengenai kau di belakang nanti.

Dan setiap kali Aiman menyanyikan lagu rancak, mentornya juga akan turut menari 
tanda sokongan dan juga menunjukkan yang beliau berpuas hati dengan persembahan Aiman.

Persembahan khas daripada peserta yang tidak berjaya pada malam itu adalah seorang wanita namanya aku tak ingat tapi orang panggil Pamela kalau tak silap. Beliau ini dah hampir layak untuk jadi protege Edry tapi disebabkan masalah disiplin (datang lambat) Edry terpaksa menolak. Dalam industri ini kita kenalah ada disiplin tinggi. Kalau orang tu kata nak jumpa jam 12 tengah malam  kita kenalah ikut jadual. Jangan datang lambat. 

Persediaan sebelum on air
Untuk persembahan penutup daripada 3 orang protege, mereka menyampaikan lagu-lagu yang pernah didendangkan oleh Jay Jay dalam bentuk medley dan yang menariknya mereka pandai menyambungkan vokal masing-masing dalam satu lagu. Maksudnya di sini, vokal Aiman adalah yang paling rendah, Ieqa sederhana dan Salma yang paling tinggi. 




Macam ini bahasa mudahnya jika anda tak faham, Aiman nyanyi dengan vokal rendah dan kemudian disambung pula oleh Ieqa yang pandai menyambungkan nada rendah dengan nada tinggi yang disampaikan oleh Salma. Maknaya Ieqa paling hebat sebab dalam sebaris ayat dan sekali lontar, beliau boleh menggabungkan 2 vokal dalam 1 masa. Ini adalah pendapat aku. Siapa tak setuju?
Segmen khas buat Jay Jay yang popular pada tahun 80an sampai sekarang. Kami berdua dapat bersalam dengan Jay Jay tau dan apa yang bermain dalam fikiran kami adalah mengenai gaya Jay Jay. Kalau dulu dengan rambut pendek dan juga cap yang macam songkok tu tapi sekarang dengan rambut panjang warna perang beserta cap ala-ala hip hop dan juga cermin mata gelap. Adakah beliau cuba menyembunyikan sesuatu?itu masing-masing jawab sendiri (^__^)

Saat paling mendebarkan apabila menunggu keputusan diumumkan. Seorang akan disingkirkan manakala dua lagi akan ke peringkat separuh akhir yang pertama dan akan bertarung bersama Shiha dan juga Ratnah daripada kumpulan satu lagi. Nampaknya persaingan akan menjadi lebih sengit dan menarik. Apa pun semuanya di tangan juri. Mereka yang menentukan nasib protege yang bertanding.

Dan telah diumumkan bahawa, Salma layak ke separuh akhir dengan mata tertinggi yang dikutip berbanding dengan peserta lain. Dan diikuti oleh Ieqa yang juga layak ke separuh akhir. Manakala, Aiman tersingkir dan perjalan beliau terhenti setakat itu sahaja tapi mana mungkin selepas ini rezeki Aiman bertambah selepas keluar Mentor 5 kan. Rezeki ada di mana-mana sahaja. 


Waktu ini Nas Ahmad keluar dari belakang pentas dan macam biasalah dengan ayat sedih ketika Aiman tersingkir.  Aiman cuba untuk mengelak kesedihan tersebut dengan mengeluarkan ayat-ayat machonya. Siap request dengan Nas Ahmad lagi, tak mahulah pasang  lagu yang sedih pada masa itu. Tapi Nas Ahmad cuba jugak untuk menyedihkan keadaan. "Mungkin kamu akan merindui jeritan mereka (penyokong-penyokong) selepas ini". 

Kononnya tak nak sedih dengan penyingkiran ini tapi ada sesuatu yang berlaku yang buat aku tertanya-tanya. Selepas sahaja Nas Ahmad mahu menghabiskan ayat terakhirnya tiba-tiba Rahim Maarof mencabar Datuk Ramli M.S supaya beliau pula yang menjadi mentor kepada seorang protege dan kemudiannya Rahim Maarof terus berlalu ke belakang pentas seperti terlalu kecewa dengan penyingkiran Aiman. Sambil mencabar, Nas Ahmad menggosok gosok belakang Rahim Maarof mungkin tanda disuruh berhenti . Itu yang aku nampaklah. 


Apa pun segalanya berjalan lancar dan berpuas hati dengan malam yang sekejap tapi sangat best. Dan kepada pasukan belakang tabir Mentor 5, tahniah anda berjaya menjalankan  tugas dengan baik. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


 





4 Readers:

{ joe FZR } at: 11 May 2011 at 01:26 said...

komen ckit..asal tak cari kamera...hehehe...

{ hairie } at: 11 May 2011 at 01:28 said...

helo! haha..agk sush la ..lgpun memg x aim kamera pn..dpt masuk pn dh ckup..hehehe

{ [sutera kasih] } at: 11 May 2011 at 18:08 said...

wah bestnya dpt tgk mentor depan mata hehe saya tgk kt tv je kt rmh..



1.FIRST INTERVIEW, AWAK DAH?
2.ASAL AWEK CUN JE, MATA KAU TAK KELIP!!
3.JOM JOIN PERADUAN GORES & MENANG BLOG MISA SAKURA

{ hairie } at: 11 May 2011 at 19:04 said...

Sutera: sesekali memeriahkn keadaan..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean