header

header
hairie

Menusuk Kalbu: NUR KASIH THE MOVIE

| Thursday, 19 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Baru sahaja selesai menghayati filem Nur Kasih The Movie yang baru sahaja ditayangkan hari ini, 19 Mei 2011. Keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dengan cerita ini daripada jalan ceritanya yang mudah difahami dan juga lokasi penggambaran yang menarik. Tetapi, kesan-kesan bantuan komputer yang digunakan belum cukup gah namun, kita perlulah puji usaha penggiat seni tempatan ini untuk menghasilkan filem yang berkualiti. TAHNIAH!


Aku tak nak cerita sinopsis ataupun jalan cerita Nur Kasih The Movie tapi aku nak cerita apa yang aku dapat berdasarkan kepada filem tersebut.

Mendekatkan diri kepada Allah dan tabah menghadapi dugaan
Dari awal cerita sehinggalah habis, aku ditunjukkan dengan mesej-mesej yang sangat bermakna. Bagaimana Allah menguji hambanya dengan ujian yang sangat berat daripada kematian isteri, keguguran beberapa kali, dan kemalangan sehinggalah kepada sakit. Semuanya dihadapi dengan redha dan percaya bahawa setiap apa yang Allah turunkan ada hikmahnya. Dan sepanjang kesusahan tersebut disulami dengan doa yang berterusan mengharap keajaiban daripada Allah SWT. 

Keajaiban tersebut datang tanpa kita tahu dan kita tak nampak. Nur Amina mengandung ketika berada di Jordan dan siapa yang memberitahu?Seorang wanita Arab yang menyampaikan kepada Aidil. Nak tahu?tengok cerita Nur Kasih The Movie. Dan juga bagaimana dua orang kanak-kanak Arab boleh membawa balik Adam yang mengalami kemalangan ketika gigih mencari cincin pernikahan yang dipakai oleh Nur Amina. 

Jangan berputus asa
Usaha yang berterusan pasti akan membuahkna kejayaan yang sangat bermakna. Usaha tersebut perlulah disulami dengan doa-doa yang ikhlas dan bertawakal serta yakin bahawa Allah akan memakbulkan doa kita Insyaallah. Dalam cerita ini ditunjukkan bagaimana usaha Nur Amina terus berusaha mencari Adam yang sudah lebih 12 jam hilang. Kenapa Adam hilang?Tontonlah Nur Kasih The Movie. 

Kasih sayang yang sepenuhnya
KAsih sayang yang ditunjukkan di dalam cerita ini ditonjolkan melalui kasih sayang seorang isteri kepada suaminya yang rela berkorban, kasih sayang sesama keluarga dan juga kasih sayang dengan orang lain. Dan secara automatiknya apabila kita sayang akan seseorang, tentulah kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan dunia dan akhirat. Itulah yang ditunjukkan dalam cerita ini.

Secara keseluruhannya, aku dapat memahami jalan cerita ini yang aku rasa sangat mudah dengan bantuan suara latar dan juga perjalanan masa yang ditunjukkan. Apa pun, aku hampir menitiskan air mata pada beberapa babak seperti babak di hospital, di penghujung cerita dan juga beberapa babak yang memberi kesan kepada aku. Begitu juga babak aksi pergaduhan yang sangat menakutkan serta babak di Jordan yang membangkitkan perasaan aku untuk melancong ke sana. Terasa sangat tenang apabila melihat keindahan lukisan ciptaan Allah di sana. Subhanallah. 

Apa pun kalau anda semua nak tahu cerita sebenar, silalah berkunjung ke pawagam terdekat. Bagi yang menggemari dan menyokong filem tempatan, silalah tonton. Pastinya anda tak rasa rugi. Ini adalah daripada perspektif aku sendiri. Anda bagaimana?

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
 

3 Readers:

{ [sutera kasih] } at: 19 May 2011 at 18:15 said...

ohh..thanks a lot..akhirnya ada jgk yg buat review filem ni, sy tunggu2 dr tadi huhu..sedih tak dpt nk tgk :(

{ Lady Leaya } at: 19 May 2011 at 18:32 said...

oo.semalam ckp ngan aku xnk tgk rini..ceni r..

{ Mohd Khairi } at: 19 May 2011 at 23:03 said...

sutera: hehe..ni just pndapat peribadi je la..huhu
Alia: jgn la cenggini wey..ala..jgn la wt aku srba salah..aku dh tgk cite tu wey..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean