header

header
hairie

SEGMEN Aku Best!

| Sunday, 8 May 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi Segmen Aku Best dari Encik Muez Ja. Sedang tertekan sebab cuaca panas yang memeningkan kepala ini sambil blogwalking terserempak dengan segmen ini. Apa lagi, benda ini paling senang nak buat. Suka hati nak tulis apa. Asalkan menjawab tajuk segmen ini. anda nak sertai?sila klik banner di atas.

APA YANG BEST MENGENAI DIRI AKU?
Apa yang best mengenai diri aku?tak ada sesuatu yang perlu dibangga banggakan pun asalkan aku gembira dengan apa yang aku ada. Tak elok kalau kita sibuk nak bangga diri/cerita kelebihan yang ada pada kita dan tiada pada kawan kita tu. Bukan semua orang boleh terima dengan apa yang kau cerita dan ada yang boleh terima dengan mengambil secara positif. Tapi janganlah samapi kau certia banyak kali bendayang sama dengan orang yang sama. Siapa tak muak kan. Tapi lantaklah, itu dunia dia yang penting sekarang ini aku selesa dengan dunia aku.

 Aku seorang budak kampung yang sangat sayang dengan kampung yang tak berapa nak meriah tapi selesa dan mempunyai persekitaran yang nyaman disamping bunyi burung yang bergaduh di laman rumah.  Kalau cuti semester mesti aku balik kampung dan waktu Hari Raya Aidilfitri sememangnya sangat ditunggu-tunggu sebab masa itulah rumah aku akan jadi cantik dan kemas lagi kemas daripada hari biasa.

Aku suka rumah aku sebab rumah aku tergolong antara rumah antik walaupun hanya di bahagian ruang tamu utama sahaja yang nampak paling menyerlah tapi masih boleh dibanggakan. Aku berbangga bapa aku dan juga datuk aku sebelum ini yang menjaga dengan baik rumah ini. Biasanya aku akan membantu ayah aku mengecat rumah ini tak kisahlah nak menyambut hari raya ke tapi bila dah nampak tak elok dan nampak pudar sahaja warna rumah ini, aku sapu cat la.


Kawan-kawan aku di fakulti mengenali aku sebagai orang jawa yang amat tegar. Maksudnya akuini memang pandai cakap jawa. Mana taknya, dah memang keturunan aku jawa dan ada saudara mara di tanah seberang. Kalau orang jawa nak cakap dalam bahasa inggeris pun agak tonggang terbalik sebab lidah ini terlalu kasar dan keras untuk berbahasa macam Ratu Elizabeth II. Agak susah tapi kalau dah dibiasakan insyaallah akan berjaya!

Aku seorang pelajar Seni Bina Landskap yang mana orang biasa kata 'nanti kalau kau dah habis belajar ini kau jadi tukang kebun lah?' Itu bagi yang berfikiran pendek memang akan berkata begitu. Bagi yang berpelajaran sedikit mereka akan kata, 'Wah, lepas ini bolehlah tolong buat landskap di rumah aku'. Aku okay dengan soalan tu tapi aku akan kata, nak buat mesti kena ada duit cik abang oi! Barulah projek boleh jalan (^__^). Bidang kami ini adalah bidang penyelesaian masalah yang berkaitan dengan kami. Dengan ayat mudahnya, anda panas?kawasan tempat letak kereta panas?senang sahaja, kami letak pokok. Itu yang paling asas.

Aku suka tangkap gambar. Untuk pengetahuan anda semua, aku dah ada banyak koleksi CD gambar yang aku dah burn daripada komputer riba aku. Sangat puas hati apabila kita dapat berjalan-jalan dengan kawan-kawan ataupun keluarga sambil tangkap gambar. Nak tahu tak sejak bila aku suka dengan kamera?segalanya bermula pada semester 01 di UiTM Perak. Kursus kami ini memang memerlukan penggunaan kamera digital semasa ke kawasan tapak. Jadi sejak itulah aku suka tangkap gambar kawan-kawan pokok-pokok dan juga pemandangan. Dan sampai sekarang aku dikenali sebagai seorang jurufoto tapi aku tak perlukan title itu sebab aku tak serius dalam bidang ini. Hanyalah sebagai hobi sampingan yang memuaskan diri sendiri. Sampai sekarang aku masih menggunakan kamera digital dan tidak memilii DSLR seperti yang digembar gemburkan oleh kawan-kawan lain. (^_^). 'Gambar-gambar kau cantik mesti kau pakai kamera besar kan?' . Bila aku cakap aku pakai kamera digital 14.1MP ataupun kamera telefon bimbit 3.2MP sahaja. Terus lain muka orang itu (^__^). Apa pun, aku memang suka fotografi ini. Bila tengok gambar yang terhasil, subhanallah sungguh cantik!.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H 

5 Readers:

{ [k]o{q}i[n] } at: 8 May 2011 at 18:29 said...

hahaha...nnti papehal, aku leh r mtk tlg ko design kan lanskap utk aku... btw, tq for joining

{ hairie } at: 8 May 2011 at 19:20 said...

ahaha...spt yg aku kate, ade duit projek jalan..hahaha ok2 WELKAM (^__^)

{ hysman } at: 9 May 2011 at 00:58 said...

pasni aku bli banglo aku nk soh ko decorate laman aku mcm landskap majlis pbandaran yer.. huhu..

thanx der follow aku...

{ Shamsuddin Amin } at: 9 May 2011 at 13:33 said...

ak pon suke gambar2 ni...
walaupon x reti nak amik..
tapi puas hati bile dah tgok balik...^^

{ hairie } at: 9 May 2011 at 20:08 said...

hysman: insyaallah! hhehe...welkam2

shamsuddin: hehe..kdg2 tibe2 gmbo yg kite amik tu ade mknenye yg trsendiri..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean