header

header
hairie

Spontaneous Thursday #1

| Thursday, 30 June 2011
"Jangan sibuk nak banggakan diri dengan cerita-cerita yang sungguh meluat bila didengar!", (Mohd Khairi, 2011)






S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

GIVEAWAY: eqbalzack's fan page LOGO!

| Wednesday, 29 June 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, Abg Eq buat giveaway lagi. Jom sertai. Kali ini agak mencabar sedikit sebab kena buat logo untuk fanpage. Blogger popular tapi tak ada fanpage lagi. Tapi kan kalau Abg Eq dah ada fanpage, mesti sekejap sahaja dapat kumpul peminat. Mungkin dalam 3 hari dah dapat 1000 (^__^) insyaallah.

Nak sertai sekali?jom klik sini:

Jadi, ini adalah idea aku khas buat Abg Eq setelah beberapa jam memerah otak untuk menghasilkannya dengan penuh perasaan. (^__^)


Agak ringkas sebab hampir ketandusan idea tapi secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan apa yang aku buat. Abg Eq kata fanpage tak semestinya perlu gambar beliau. Tapi bagi aku, gambar tu perlu sebab sekurang-kurangnya orang di luar sana tahu siapa sebenarnya pemilik eqbalzack.com ini.  (^___^)

NOTA: Abg Eq, saya tak reti macam mana nak letak daun dalam logo ini..HAHA

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


salwaismail.blogspot.com GIVEAWAY

|
Asalamualaikum kawan-kawan blogger, jom sertai giveaway dari Cik Salwa Ismail. Tak susah, cuma perju jawab soalan yan gbeliau sediakan sahaja (^__^) 

Kenapa Cik Salwa perlu pilih saya sebagai pemenang/penerima?
Sebenarnya, itu terpulang kepada pihak penganjur. Soalan ini beliau yang beri dan mesti tahu apa jawapan yang beliau mahukan. Apa yang saya lakukan adalah menunjukkan bahawa saya menyokong semua aktiviti contest/giveaway/segmen yang dianjurkan oleh blogger. HADIAH?bagi aku hadiah tu nombor 2. Ada yang kata hadiah tak menarik, tak mahulah sertai . Aku jenis yang tak kisah, mana-mana aktiviti yang aku boleh sertai, aku on sahaja. 

Lagu Sudirman Aku dan Duniaku ini sangat hebat sebab menceritakan mengenai dunianya yang penuh ranjau dan cabaran. Dan kalau betul-betul dihayati lagu ini ada beberapa baris ayat yang sangat sesuai dengan aku. (^__^)

Khas buat : Nur Eyda, Hanis Adila dan juga Lynda Roslan

S E K I A N   T E R I M A  K A S I H

Hadiah Dari Abg EqbalZack Dah Sampai

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger,  semalam sampai dari Shah Alam terus cari sampul surat yang belum dibuka lagi atas meja aku. Kenapa?sebab nak tengok hadiah contest daripada Abg Eq sempena beliau pergi bercuti di Bali. 

Aku dapat panggilan daripada mak aku di kampung semasa aku di Shah Alam. Nak tahu kenapa?diorang risau ada sampul surat sampai rumah dan benda dalam tu keras. Sekrang ni kan macam-macam benda berlaku kan. Jadi, diorang ingat benda ni DADAH padahal hadiah dari Abg Eq. (^__^ ) 

Suka tengok key chain ini sebab selain mengikut tema warna rasmi blog aku, aku suka tengok ukiran ringkas yang ada pada key chain tersebut. Itulah yang meggambarkan BALI. Tengok bentuk dah juga cara persembahannya sahaja dah kenal BALI. Terima kasih Abg Eq (^__^) 

NOTES: sedang mencari idea macam mana nak buat logo fanpage Abg Eq

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

CONTEST BEST HEADER EVER!!!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini bersiaran secara langsung dari kampung setelah menyelesaikan apa yang patut di Shah Alam tapi belum sepenuhnya. 

 Klik pada banner di atas untuk sertai 

Pagi ini nak kongsi dengan anda semua mengenai contest yang dianjurkan oleh Fazreenfathil.blogspot.com. Mudah sahaja, letak header blog masing-masing (^__^) dan kemudian tinggalkan pautan pada blog beliau.

Ini adalah header blog aku ciptaan oleh pengasan blog HAIRIEcerulean ini iaitu En. Hazwan Mohd a.k.a mesmerisingONE.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


Blog HAIRIEcerulean Tersenarai Dalam Top 6 Blog Paling Cool

| Monday, 27 June 2011
Alhamdulillah, hari ini bertubi-tubi juga blog aku disiarkan (sangat tinggi impianku) di blog kawan-kawan blogger lain. Terima kasih diucapkan dan kali ini aku tersenarai dalam blog paling cool. Kalau tak silap aku sekumpulan dengan blog Kak Fariza tapi nama Akak pula tak masuk, nanti cuba lagi ye (^__^ )

KLIK SINI UNTUK BACA LEBIH LANJUT: 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

HAIRIE Cerulean di Blog Miss Jannah pula

|



















Assalamualaikum kawan-kawan blogger, sekali lagi blog aku telah direview dan kali ini oleh Miss Jannah Jamaluddin. Apa yang buat aku ketawa mengenai entri ini adalah ayat-ayat manis yang buat aku cair seketika sambil menangis ..T__T..

Nah baca di sini: 

Terima kasih aku ucapkan kepada Miss Jannah sebab suka dengan header blog aku dan juga entri pendek yang telah digabungkan dengan entri Abg Haz yang membuatkan dia menangis! (^___^) 

HAIRIEcerulean dalam blog pilihan Jamaluddin.net

|

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang Isnin yang suam-suam panas dengan berlatarbelakangkan koleksi alunan piano Hazman Halid yang sungguh mengasyikkan, aku nak kongsi dengan anda semua mengenai apa yang aku jumpa. Blog aku dalam entri khas dalam Jamaluddin.net, alhamdulillah. Bukan senang aku nak dapat peluang macam ini. Sekurang-kurangnya ada juga yang mengikuti dan menyokong blog aku ini. Terima Kasih kawan-kawan. 

Ini aku letak pautan untuk entri tersebut: 

dan aku nak kongsi beberapa komen yang menjadi pilihan aku






























Ini di antara komen-komen daripada pembaca blog Jamaluddin.net. Sangat gembira dan suka tengok kawan-kawan blogger memberi komen positif!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


Hazman Halid Bersama Instrumen Piano

|
HAZMAN HALID, seorang pemain piano terhebat!

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tengah malam yang mengantuk menyiapkan kertas kerja thesis ini diubati dengan mendengar instrumen piano daripada Encik Hazman Halid a.k.a Abg Haz (^__^) . Mesti ada yang kata 'bukan menambah mengantuk lagi ke?' itu terpulang kepada individu masing.masing. ini semua kerana radio online Suria FM tak dapat dimainkan dan juga stesyen radio lain yang juga mengalami masalah yang sama. Maklumlah, duduk di rumah sewa tak ada radio dan kalau ada pun mengganggu kawan-kawan lain. 

Sedetik Lebih daripada beliau yang bagi aku sangat mengasyikkan.

Okay berbalik kepada tajuk asal, aku nak kongsi cerita dengan korang smeua mengani beliau ini. Beliau merupakan seorang Jurutera Perisian dan juga sangat berbakat bermain piano. Aku baru sahaja beberapa hari kenal dengan Abg Haz semasa blogwalking di blog kawan-kawan lain dan terjumpa fanpage ini. Blogwalking tapi jumpa fanpage? Yang menariknya, macam-macam ada dalam blog beliau selain daripada cerita keluarga dan aktiviti harian Abg Haz. Video klip yang beliau buat sendiri dan juga yang penting instrumen piano yang kita boleh muat turun dengan percuma. Kalau anda semua nak tahu, ramai peminat dan juga penyokongnya adalah daripada luar negara dan maksudnya di sini Abg Haz ini popular di luar sana. 

Ini lagu Without You iaitu antara salah satu instrumen kegemaran aku (^__^) 

Yang ini sesuai untuk dimainkan pada musim Aidilfitri. Sangat menusuk kalbu lagu ini lebih-lebih lagi apabila melihat foto-foto beliau di perantauan T_T

Kalau boleh kan, saya nak minta Abg Haz buat instrumen untuk lagu berikut:
Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded) 
Senja Nan Merah (Awie dan Ziana Zain)
Bayangan Gurauan (Mega)
Gemuruh (Wings dan Search)
Kenapa lagu itu?ini adalah antara lagu wajib apabila karaoke bersama kawan-kawan. Aku yakin klau Abg Haz yang buat instrumen untuk lagu ini, mesti jadi lebih syahdu dan menarik!

Anda nak kenal beliau?sila klik pautan di bawah ini:

Restoran milik Abg Haz di alamat berikut:
Restoran MS
Blok G1-01-19,
Pangsapuri Angsana,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya, Malaysia


Sungguh hebat! Tuhan dah kurniakan bakat kepada Abg Haz yang bagi aku amat luar biasa dan beliau telah menggunakan dengan sebaik-baiknya. Saya doakan semoga Abg Haz semakin berjaya dalam bidang yang Abg Haz ceburi dan berbahagia di samping anak-anak.























Bersama anak-anak tersayang (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

NOTE: saya dah muat turun instrumen ciptaan Abg Haz yang dalam bentuk mp3 (^__^) 

Tarikh 25 Jun setiap tahun

| Sunday, 26 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang yang agak panas di Shah Alam ini aku nak kongsi cerita macam biasalah kan. Semalam 25 Jun berjela-jela orang memberi ucapan sempena dengan ulangtahun kelahiran aku yang ke 23. Makin lama maik besar nombor itu dan makin perlu aku melakukan persediaan. Persediaan apa?macam-macam la, nak bayar PTPTN, nak kerja dan juga nak kumpul aset semampu yang mungkin dan jangan lupa untuk kumpul bekalan kita di akhirat nanti (^__^)

Aku ucapkan terima kasih kepada kawan-kawan dan juga saudara mara yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan aku sempena dengan ulangtahun ke 23 ini. Juga beberapa ucapan yang menginsafkan diri aku seperti di bawah ini: 
TERIMA KASIH rakan sekolahku semasa di SMK Penghulu Saad 2004-2005, Mazlan Md Nor.

Juga kepada rakan blogger Ayie yang menghadiahkan aku kek secara terus dari skrin laptop aku (^__^). Tak dapatlah aku nak rasa kek yang ko curi dari Usop Wilcha. HAHA
Aku juga dapat ucapan daripada blogger popular yang sedang encipta nama dalam dunia maya beliau iaitu Man Yusoef (dulu berjiran dengan sekolah aku) dan selain ucapan NAKAL!, kami sempat berbincang dan aku paksa dia bagi petua kepada aku bagaimana nak tarik pembaca datang ke blog kita dan tinggalkan komen dalam entri kita. Sekali dia publish entri, ramai yang komen okay (^__^)

SEMPENA dengan ulangtahun aku yang 23 ini aku bercadang dan merancang dan dah buat persiapan pun nak anjurkan GIVEAWAY (perkataan ini digunakan setelah mendapatkan pandangan daripada blogger Abg EqbalZack dan juga Abg Yen) yang pertama. Insyaallah akan diwar-warkan selepas segalanya sudah bersedia.

Saya perlukan sokongan dan juga penyertaan daripada blogger di luar sana. Insyaallah segalanya akan berjalan lancar (^__^)

Bang , jom g jalan jalan

| Saturday, 25 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak ajak anda semua sertai segmen oleh Abg Ben Ashaari.Nak sertai?klik pada banner di atas.

" Hehe... hari ni segmen sekadar khas untuk blogwalking jer ... Cari kawan baru .. kenal kawan baru ..tegur kawan baru .." i follow u ... u tak follow me pon tak pe..  i ok jer ..."
Sekadar segmen untuk kenal blogger blogger baru dan yang berminat jer .. ok ? Berminat ? Yang tak berminat , jangan bikin kecoh okeh ? Duk jauh jauh ...  :P ... Sapa sapa boleh join .. terbuka ..." - Ben Ashaari, Jun 2011

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

SEGMEN ABG YEN: JOM PROMOSIKAN BLOG ANDA DISINI

| Friday, 24 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, nak sertai segmen ini?jom klik pautan di bawah ini:
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Orang Putih cipta Bahtera Nabi Nuh

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi tadi nak buka emel tapi bila buka homepage Yahoo ternampak pula berita ini pada Yahoo News. Berita apa?Two by two: A real-life Noah’s Ark. Ada orang yang mencipta sebuah kapal pelayaran/feri yang sebiji macam bahtera Nabi Nuh katanya. 

Semuanya berlaku di Dordrecht, Belanda apabila seorang lelaki bernama Johan Huibers mendapat mimpi bahawa Belanda akan dilanja banjir besar. Dan keesokkan harinya beliau terus bangun dan mencapat peralatan dan membuat persiapan untuk membina sebuah bot besar ini yang menyerupai bahtera Nabi Nuh.

Menurut Johan Huibers lagi, beliau membina kapal/bot ini dengan merujuk spesifikasi yang disebutkan dalam kitab Bible mereka. Aku tak pasti apa kandungannya tapi kalau mengikut kepada sebuah filem luar yang pernah diharamkan tayangannya di Malaysia (aku pasti korang semua tahu kan) bahtera ini boleh memuatkan semua hidupan termasuk haiwan-haiwan. Dan itulah yang dilakukan oleh Johan. Beliau mula membina kapal ini sejak 3 tahun lalu.

Dan ada lagi satu binaan yang menyerupai Bahtera Nabi Nuh ini di sebuah taman tema di Kentucky. Lihat foto di bawah ini:

 Klik pautan ini untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai taman tema ini:

Nak dapatkan info lebih lagi?jom klik pada pautan di bawah ini. Segala apa yang aku tulis di atas adalah berdasarkan info yang terdapat di pautan ini:


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Kongsi Trafik Dan Tukar Link

|

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, jom sertai segmen di Bangku Kosong ni. Dan jangan lupa, masukkan blog Bangku Kosong ini dalam ruang bloglist anda (^__^)

SEGMEN : Ady Budika Nak Kasi Ole-Ole Dari London

| Thursday, 23 June 2011

 
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, aku tak dapat jemputan dan tak dijemput pun untuk sertai segmen ini. Tapi aku berminat untuk menyertai segmen ini dan juga menyokong aktiviti blogger lain (^__^)

En. Adiy Budika ni mula-mula cakap nak pergi London tapi mungkin bumi London tak boleh terima beliau agaknya jadi beliau tukar destinasi ke Bandung. Bandung, tempat paling popular untuk membeli belah. SERONOK!!

Macam mana la boleh terjumpa blog adybudika.com?
Terbebel lebih pula di atas tu tapi tak apa kan (^__^) Aku terjumpa blog adybudika.com semasa blogwalking di blog kawan-kawan yang aku kenal di Sahabat Blogger. Dan dari situ blod adiybudika ini aku senaraikan dalam Reading List dan topik-topik yang beliau tulis tu sangat menarik dan boleh menarik ramai pembaca untuk meninggalkan komen.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

100 Destinasi Impian | 04-07

|
04 | BOROBODUR, MAGELANG, INDONESIA

Candi Borobodur merupakan candi Buddha yang paling unggul kerana ia dilengkapi dengan 2676 panel ukiran dan juga 504 patung Buddha. Dan apabila anda berada di puncak candi, anda akan dapat melihat keindahan gunung-ganang berkabus di sekitarnya. Kalau kita lihat daripada jauh candi ini, kita akan rasa macam kita berada pada zaman purba. Candi ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Nak tahu cerita lebih lanjut?jom tengok video di bawah ini:

 Bahagian I

Bahagian II

Di bawah ini adalah artikel ringkas mengenai Candi Borobodur ini daripada UNESCO:

05 | VALLEY OF THE KINGS, LUXOR, MESIR


Lembah raja dalam bahasa Melayunya merupakan tempat persemadian Raja-Raja Firaun di barat Sungai Nil. Di dalam kawasan ini terdapat banyak makam yang setiap satunya mempunyai keunikan sendiri. Di antara makam yang wajib dilawati adalah makam Tutankhamen.
Terdapat lebih 50 makam kesemuanya di kawasan ini dan sesetengahnya terletak di dalam bilik khas yang dibina sejak zaman Firaun lagi.

06 | PELABUHAN HONG KONG (Victoria Harbor)

Kalau sebut sahaja Hong Kong mesti korang semua tahu Hong Kong Disneyland tapi kalau sebelum Disneyland itu wujud, Hong Kong ini aku ingat bandarnya sebab lokasinya di pinggi sungai dan mempunyai bangunan pencakar langit yang menarik. Dan Hong Kong ini merupakan salah satunya lokasi impian aku untuk bercuti jika mampu (^__^). Nama lokasi yang berhampiran dengan sungai ini dipanggil Victoria Harbor di mana ia merupakan sebuah bandar dan pelabuhan paling indah terutamanya pada waktu malam. 


Kalau nak lagi menarik, naiklah ke Victoria Peak untuk endapatkan gambaran lagi menarik Victoria Harbor ini. Dan lagi best ada pertunjukan bunga api pada waktu tertentu seperti sambutan tahun baru. Sangat cantik!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, baru sahaja selesai berbincang dengan pensyarah mengenai tajuk thesis untuk semester depan. Alhamdulillah, beliau bagi lampu hijau tentang apa yang aku buat cuma kena banyak buat kajian lagi. 

Okay terus kepada tajuk! Aku nak HACK  blog orang lain tapi secara lembut dan sopan sebab kita ni kan orang Melayu (^__^). 

Blog mana yang aku nak hack?

Pada pendapat aku ada persamaannya antara ketiga-tiga blog ini. Apa taknya buat 1 entri sahaja, yang datang komen berduyun-duyun. Bukan 5-10 orang sahaja malah melebih-lebih sehingga mencecah 100 terutamanya blog Abg Ben.  Man Yuseof post Wordless Wednesday dengan poster TRANSFORMERS sekeping sahaja tapi komen dah lebih 20! Memang hebat. Macam itulah juga blog EqbalZack. Gambar sekeping dengan sedikit ayat. Belum sempat nak komen dah ramai yang komen. Sungguh hebat mereka bertiga ini. 

Pesanan aku kepada mereka bertiga ini supaya kalau boleh kekalkan momentum tersebut dan kalau boleh kongsilah apa resepinya sehinggakan boleh menarik pembaca-pembaca lain (^__^) Dan kalau anda semua nak tahu, aku selalu baca entri-entri yang mereka tulis dan juga seringkali terfikir macam manalah mereka boleh dapat komen sebnayak itu. Sangat menarik perhatian aku dan ada unsur-unsur cemburu di situ (cemburu bukan niat jahat okay)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Mega Bloglist Umar Faruq

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, sesi selepas sarapan ini dimulakan dengan menyertai segmen bloglist dari Umar Faruq. Hanya dengan entri ringkas ini anda boleh menyertia segmen ini. Mudah kan?

Aku nak ajak kawan-kawan aku di luar sana: Hanis Adila, Nur Eyda, Fariza Othman dan Hazwan Mohd

 S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Kedai 1Malaysia | Ringankan beban rakyat

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi-pagi macam biasa kalau duduk di Shah Alam ni tengok Utusan Online tak pun Kosmo Online sebab lagi mudah nak dapatkan info mengenai isu semasa. Berita utama di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai Kedai 1Malaysia yang mana menawarkan diskaun sehingga 64%?Jusco pun tak ada bagi diskaun sebanyak itu. 70% tu pun kalau ada, harganya tetap mahal juga kan.

Apa yang menariknya ada di kedai ini?setelah aku baca secara sekejap tapi berulang kali, kedai ini menjual barang keperluan harian dengan harga ynag cukup istimewa di bawah jenama 1Malaysia. Kiranya, kedai ini di bawah kuasa Kerajaan, jadi harga barang yang rendah itu sangat membantu rakyat. 

Menurut akhbar tersebut, keutamaan diberikan kepada produk IKS, dan ini memberi peluang mereka untuk bersaing dengan barangan runcit lain. Jadi, siapa-siapa yang ada buat sos sendiri, produk makanan segera dan juga DODOL (ini bapak aku yang buat) bolehlah dijual di sini. 

Nak info lebih tepat?jom singgah sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

CONTEST TEKA UMUR: $$$

|

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak kongsi dengan anda semua mengenai contest yang dianjurkan oleh seorang blogger terkenal yang pernah masuk suratkhabar Utusan 1 Febuari 2009. Nak sertai sekali?jom klik pada banner di atas. 

Jom kita belajar main teka-teka walaupun tak tepat tapi harapnya ada yang kena (^__^)

1(28), 2(27), 3(29 PASTI!), 4(26), 5(27)

6(45) dan 7(31)

Adik Abg Yen yang bernombor (2)


Saya suka blog magical me kerana blog beliau ini sangat ringkas dan tak mempunyai animasi-animasi yang memberatkan blog tersebut. Penulisannya berkaitan dengan dunia lelaki dan rujukannya adalah daripada majalah maskulin. Blog aku pula, aku suka rujuk daripada Utusan Online dan Kosmo Online! untuk mendapatkan info dan isu semasa dan berkongsi dengan anda semua (^__^). 

Apa yang seronoknya, aku jumpa entri mengenai bagaimana blog anda mahu dikenali (kalau tak silap lebih kurang macam ini tajuknya). Resipi bagaimana blog anda mahu dikenali. Sangat seronok membaca blog beliau ini sebenarnya (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Jom Sertai Blog Pilihan Mingguan Askrie Hishamuddin!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, akhirnya boleh juga muat naik masuk foto dalam dashboard ini. Pagi Khamis yang sejuk ini nak kongsi dengan anda semua mengenai segmen yang dianjurkan oleh En. Askrie Hishamuddin. Nak sertai sekali?jom klik pada banner di atas.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

| Wednesday, 22 June 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, petang ni hanya buat entri ringkas mengenai segmen dari Abg Ben ni. Anda nak sertai?jom klik banner di atas.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Jajan dari Langkawi: CHOCOLATES!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, dah buat WW?dah mandi?dah makan tengahari?kalau semua dah alhamdulillah, tunggu Zohor sahaja yang belum kan?Tak ada yang istimewa hari ini. Hanya nak berkongsi apa yang aku dapat pagi ini.

Bangun pagi sembahyang Subuh dan terus menghadap blog, facebook dan juga laman sosial lain sambil beramal dan tak lupa juga menyiapkan kertas kerja untuk projek akhir semester hadapan yang mana, masanya semakin suntuk! Jam11pagi dikejutkan dengan panggilan yang tak dijawab daripada Ika. Rupanya dia ajak makan sekali dengan Syida A.M di Khulafa seksyen 7 dekat sahaja dengan rumah kami. 

 Yang ini Syida A.M bagi percuma sahaja (^__^) Terima kasih!

Sembang dok sembang teringat pula coklat Langkawi yang aku kirim dari Syida A.M. Lepas makan terus ikut mereka balik dan ambil coklat yang sedap tu! Maklumlah sekarang ni dah jauh dan tak ada kawan-kawan yang duduk Langkawi. Syida A.M dah menetap di Rengit. Dia pergi sana atas urusan keluarga katanya.

Toblerone dan juga Aimee yang mana antara coklat kegemaran aku. Kalau nak beli coklat Langkawin ini, kenalah beli yang tak ada jual di Malaysia dan susah nak dapat di tempat lain. Semua ni harganya hanya RM32.00 sahaja. Kenapa tak beli Ferrero Rocher?coklat ini hari-hari aku nampak di kedai-kedai dan orang selalu buat hantaran. Kire dah biasa sangat nampak. 

Nampak tu?Original dari Belgium. Aku suka rasanya dan juga teknik bungkusan yang menarik. 

Yang ni memang selalu menjadi pilihan kawan-kawan semasa berkunjung ke Langkawi. Sedap juga yang ni sebab rasa susu lembu..HAHA.. ye la, kan made in Switzerland..bukan itu negara pengeluar susu ke?

Apa pun, bila makan colat ini kena minum air kosong barulah rasa neutral sikit perut ni. Kalau minum air manis, makin menyirap macam nak mabuk jadinya.Orang kata coklat ini banyak khasiatnya, betul ke?ke boleh menyebabkan gigi rosak.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Wordless Wednesday #2

|

Tersenarai dalam pemenang contest Eqbalzack & Qarl

| Tuesday, 21 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini bersiaran langsung dari Shah Alam disebabkan ada komitmen yang perlu diselesaikan. Berbalik kepada tajuk di atas, alhamdulillah aku  tersenarai dalam senarai pemenang bagi contest yang dianjurkan oleh 2 blogger terkenal ini iaitu Abg Eqbalzack dan juga En. Qarl. Kalau tak silap kemenangan ini datang serentak dalam masa sehari.

Ini adalah entri aku yang menjadi pilihan pihak penganjur:
Giveaway BALI oleh Eqbalzack
 
Contest Album DEWA Ning Baizura
 
Alhamdulillah kedua-dua entri tersebut menjadi pilihan mereka untuk disenaraikan dalam pemenang. Dan di bawah ini adalah entri yang menyenaraikan nama aku sebagai pemenang dalam contest tersebut:

24 key chain from BALI: giveaway result!
 
Winners Contest Album DEWA Ning Baizura
 
Tak sia-sia aku meluangkan masa untuk blogwalking dan menulis entri ringkas tersebut.Walaupun mungkin ada yang kata hadiah yang biasa-biasa sahaja tapi sebenarnya anda silap. Kalau anda sertai contest-contest yang dianjurkan oleh penulis blog, maknanya anda dah menyokong aktiviti blog yang sangat meriah ini. Ini adalah pendapat aku (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Majlis Perkahwinan Saifuddin & Haryani | 05 Jun 2011

| Monday, 20 June 2011
 Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Pagi Isnin yang cerah ini aku nak kongsi cerita mengenai majlis perkahwinan sahabat lama aku semasa zaman persekolah iaitu Saifuddin a.k.a Pudin dan juga Haryani a.k.a Yani. Kalau tak silap mereka ni menyulam cinta sejak Tingkatan 05 lagi dan ketika itu Pudin baru sahaja berada di sekolah kami lebih setahun (Tingkatan 1-3 di Sekolah Tinggi Batu Pahat). Jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan.


Sedang belajar untuk bermain dengan salah satu gajet paling mahal.

Majlis diadakan di rumah pengantin pihak lelaki di Kampung Parit Mustaffa. Apa yang seronoknya, aku dapat sertai sesi fotografi yang ringkas di kediaman mereka bersama jurugambar rasmi merangkap sepupu aku, Faiz. Dn buat kali pertamanya, aku mencuba membiasakan diri dengan Nikkor 70-300MM yang bagi aku berat sangat. Maklumlah tak pernah pegang lens panjang (lens yang sesuai untuk melihat burung yang jauh di atas pokok). Terima kasih kepada pemilik lens tersebut, Faiz sebab bagi aku peluang untuk bermain dengan kamera beliau. Dia bagi aku guna D200 + lens 70-300MM. 


Kawan-kawan zaman sekolah aku dari kiri: Ruziani, Herlina, Natasha, Fariza, Izwan dan aku.

Bila dah pegang kamera ni, makin bersemangat aku nak belajar tangkap gambar dari sudut yang terbaik. Tapi kebanyakan gambar aku gagal sebab maklumlah baru kali pertama sertai sesi fotografi untuk majlis macam ni dan juga dapat lens berat dan panjang. Jadi, aku kena ambil gambar dari jarak yang agak jauh barulah muat-muat semua orang yang nak masuk.






















Kebetulan pada hari tu hujan turun dan pengantin terpaksa menaiki kereta dan rombongannya jalan kaki berpayung untuk diarak. Nasib baik jambatan rumah Pudin ni ada bumbung. Jadi kami tangkap dari sini sahajalah.

Kesian pengantin agak berbasah sedikit terkena hujan. Aku ni yang takut nak hujan-hujankan kamera ni tapi aku cuba buat yang terbaik. Maklumlah, barang orang bukan barang aku (^__^). Pertama kali nak snap ni pun rasa berdebar. Mungkin takut terlepas scene yang cantik dan terbaik kot.

Bila pengantin sampai di jambatan, aku pula lari ke khemah tempat makan tetamu. Aku kena berada pada jarak yang jauh dengan subjek  untuk mendapatan dusut yang terbaik dan sempurna. Tapi segalanya kurang menjadi 100%. Yang baju ungu itulah yang dulu make up untuk majlis perkahwinan abang aku. Anak kepada mak andam yang sekarang pun jadi jurusolek pengantin.

Untuk majlis kali ini, tiada pelamin disediakan  tapi hanya untuk majlis makan beradab. Ringkas sahaja kan dan jimat kos. Sesi suap menyuap adalah benda wajib dalam fotografi pengantin. Macam mana nak buat ia jadi lain agaknya?lain macam mana?aku pun sedang fikir (^__^)

Kalau korang nak tahu kan?aku berjaya 'melicinkan' wajah mereka berdua ni. Setelah search di google tak jumpa tutorial untuk benda ni akhirnya aku cuba buat sendiri di Adobe Photoshop (Smudge Tool). Aku tak pasti orang lain guna teknik yang sama untuk buat muka kita licin.

Aku bagi laluan kepada jurufoto rasmi untuk berada betul-betul di hadapan kek. Aku hanya boleh 'tembak' dari tepi sahaja kerana di depan meja kek ini ada lopak air dan aku perlu 'tembak' dari jauh tapi ruang agak sempit dan makin jauh ke belakang makin ramai orang di hadapat. Apa boleh buat?dari tepi pun dah okay (^__^).

Shoot dalam bilik pula. Bilik agak sempit dan kurang sesuai untuk pemegang lensa 70-300MM macam aku ni. Dari mana kau nak tembak?terpaksalah melekat di dinding ataupun panjat kerusi. Tak pun suruh pengantin baring atas lantai.

Bersama adik-adiknya, Wawa di sebelah kanan Pudin yang telah selamat melangsungkan pertunangannya malam sebelum majlis abangnya ini. Hantaran?5 angka wooo! tapi belas ribu sahaja. Dengan orang mana?Orang Parit Warijo, Sri Medan. Kerja apa?aku pun tak tahu..

Aku agak kurang berpuas hati dengan foto-foto di atas sebab kurang sharp dan juga tak bersedia. Tapi aku masih dalam proses pembelajaran yang memerlukan tunjuk ajar daripada orang lain.

Gigih melekat di dinding cuba untuk dapatkan reflection pada cermin. Tapi disebabkan lens ni panjang, hasilnya kurang menjadi dengan berkesan dan muka Pudin pun tak nampak dalam foto ini.


Sesi outdoor dibuat setelah hujan berhenti. Kalaulah langit berwarna biru dan awan berkepul-kepul lagi cantik. Tapi sepanjang hari itu, suasana redup sahaja dan mendung.

Sahabat kami yang hadir dari kiri: Zabir (sepupu aku), pengantin, Fahmi dan Faiz (sepupu aku juga)


Dan juga bersama kawan-kawan sekampung yang rewang pada majlis tersebut.

Kesilapan berlaku pada foto ini di mana anda dapat lihat 2 keping foto yang berwarna kuning. Kebetulan khemah tu warna kuning dan yang aku ni lupa nak on speed light dan inilah hasilnya, pengantin kena penyakit kuning. Dah tangkap beberapa keping baru perasan benda ini. Itulah yang dikatakan nervous sehingga menghasilkan kualiti gambar yang rendah.

Kalau nak tahu, yang bertudung merah tu adalah cikgu sekolah agama aku iaitu Cikgu Khamsaton. Guru kelas semasa aku darjah 6 Sekolah Agama Seri Maimon. Mengajar dengan sifat penuh keibuan membuatkan aku terbuai sambil mengantuk (^__^)

Dua foto di atas ni aku amat berpuas hati walaupun  banyak benda yang perlu diperbaiki. Nak belajar?pergilah rujuk Facebook jurufoto-jurufoto yang terbaik dan juga blog mereka. Yang penting niat barulah boleh jalan (^__^)

Yang ini aku suka sebab aku dapat fokus ke kek yang baru aku perasan cantik selepas lihat foto ini semula. Apa yang cantik?sebab pencahayaan tu jelas ke arah kek tersebut. Disebabkan lens panjang/jauh aku tak reti duduk lama-lama nak fokus pada pengantin pula. PENAT!

Geng lama zaman sekolah. Kalau tak silap dulu mereka ni ahli kadet polis kan..Fariza dah bertunang. Bila majlis kau?. Herlina pula, aku rasa ada persamaanya dengan Lynda Roslan, bak kata Anis kaki kapal ek? (^__^). Apa pun, cantik kebaya merah jambu kau Lynn!


Jurufoto memberi arahan. Tengok beg yang dia bawa tu kecil sahaja, aku pula yang melebih-lebih bawa beg besar-besar.


Ini bukan bekas teman wanita Pudin tau tapi ini rombongan dari keluarga sebelah pengantin perempuan.  Abaikan segala puisi yang ditulis kerana itu hanyalah hiasan semata-mata dan doa aku untuk pasangan pengantin. Tapi muka wanita ni 'memang tak boleh pergi derr...'


Foto terakhir sebelum menamatkan tugas dan balik rumah. Aku ucapkan selamat pengantin baru kepada Pudin dan Yanie. Semoga anda berdua berkekalan sehingga ke akhir hayat. Kalau ada benda yang kecik jangan diperbesar-besarkan, tanamkan sifat kepercayaan antara satu sama lain dan yang penting sentiasa sabar menghadapi dugaan sepanjang berkeluarga ini. Insyaallah akan berkekalan selamanya. Kononnya aku pegang bunga tu sebab lepas ni giliran majlis aku pula agaknya kan?! 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean