header

header
hairie

100 Destinasi Impian | 01-03

| Friday, 10 June 2011
01 | FOUR SEASONS RESORT, LANGKAWI, MALAYSIA

Ini adalah lokasi pertama yang aku nak kongsi dengan anda semua. Terletak di Pulau Langkawi, Kedah,resort ini bakal memberikan suasana percutian anda penuh romantik dan ketenangan. Dengan mengadap Laut Andaman yang terbentang luas dan disajikan dengan pemandangan yang menarik dan bayu laut yang menyegarkan. 
 
Berdasarkan apa yang aku baca dalam majalah LIBUR, rekabentuk resort ini adalah inspirasi daripada Istana Alhambra di Sepanyol dan juga dipengaruhi oleh senibina Moorish serta tradisional Melayu di mana mewujudkan sebuah resort yang menggabungkan pengaruh Asia, India dan Arab. Apa yang aku boleh katakan tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu dan juga lari daripada kesibukan kerja.


Nak info lebih, anda kenalah beli majalah LIBUR ataupun pergi sendiri ke laman web rasmi Four Seasons Resort Langkawi. Dengar kata resort ini banyak menerima anugerah. Nak tahu?pergi beli sekarang! (^__^)

02 | FLORES, INDONESIA
Florest ini merupakan sebuah pulau yang terletak di Timur Indonesia dan kalau nak pergi dari Jakarta anda perlu menaiki kapal terbang. 


Tarikan utama di kawasan ini adalah Kelimutu iaitu sebuah gunung berapi yang menempatkan 3 buah tasik yang mengandungi air yang berasid dan sering bertukar  warna (dari merah pekat hingga ke hijau dan biru) mengikut tahap kepekatan aksida di sini.


Menarik bukan. Gunung yang tinggi tu pun boleh ada tasik di atasnya dan bukan sekadar tasik biasa tapi tasik yang mempunyai air yang boleh bertukar warna. Itulah keajaiban alam dan citaan terindah oleh Allah SWT. 

03 | PASAR LANDASAN KERETAPI MAE KLONG, THAILAND
Sebuah kawasan pasar palik unik di dunia di mana keretapi akan melalui di tengah-tengah laluan sempit pasar ini di Samut Songkhram. 

Kalau kita nampak, laluan keretapi tersebut terletak di bahagian belakang bangunan dan juga di tengah-tengah kepesatan bandar tersebut. Laluan keretapi tersebut menghubungkan Samut Sakhon hinggalah ke Samut Songkram sahaja.


Anda cuba bayangkan, keretapi lalu di kawasan tersebut sambil sayur-sayuran dan buah-buahan yang dijual dilanggar oleh keretapi tersebut tapi tak ada apa yang berlaku pun. Kalau mereka yang berminat dengan keunikan dan juga budaya bolehlah datang sini. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

5 Readers:

{ Fariza Othman } at: 10 June 2011 at 15:01 said...

giler memang giler yang ketiga 2. suke yg pertama. good info kery.ahakssss hahaha

{ cik kacak } at: 10 June 2011 at 15:35 said...

unik nyer yang number 3 tu ==

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 10 June 2011 at 15:47 said...

akak: dh la lorong tu cukup2 je klau tgk btol2 kn..haha yg prtama tu nnt akak pg la buln madu..tetttttttt!!!!

Cik Kacak: huhu..memg unik..kt mesia xde kan..hehhehe

Anonymous at: 11 June 2011 at 13:08 said...

pasar lndasan kete api tu penah kuar kt majalah 3...unik gile..

{ Andrik McVean } at: 11 June 2011 at 17:47 said...

all destinations are fantastic ..hi i have followed you and i hope you can follow back my blog :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean