header

header
hairie

100 Destinasi Impian | 04-07

| Thursday, 23 June 2011
04 | BOROBODUR, MAGELANG, INDONESIA

Candi Borobodur merupakan candi Buddha yang paling unggul kerana ia dilengkapi dengan 2676 panel ukiran dan juga 504 patung Buddha. Dan apabila anda berada di puncak candi, anda akan dapat melihat keindahan gunung-ganang berkabus di sekitarnya. Kalau kita lihat daripada jauh candi ini, kita akan rasa macam kita berada pada zaman purba. Candi ini merupakan salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO. Nak tahu cerita lebih lanjut?jom tengok video di bawah ini:

 Bahagian I

Bahagian II

Di bawah ini adalah artikel ringkas mengenai Candi Borobodur ini daripada UNESCO:

05 | VALLEY OF THE KINGS, LUXOR, MESIR


Lembah raja dalam bahasa Melayunya merupakan tempat persemadian Raja-Raja Firaun di barat Sungai Nil. Di dalam kawasan ini terdapat banyak makam yang setiap satunya mempunyai keunikan sendiri. Di antara makam yang wajib dilawati adalah makam Tutankhamen.
Terdapat lebih 50 makam kesemuanya di kawasan ini dan sesetengahnya terletak di dalam bilik khas yang dibina sejak zaman Firaun lagi.

06 | PELABUHAN HONG KONG (Victoria Harbor)

Kalau sebut sahaja Hong Kong mesti korang semua tahu Hong Kong Disneyland tapi kalau sebelum Disneyland itu wujud, Hong Kong ini aku ingat bandarnya sebab lokasinya di pinggi sungai dan mempunyai bangunan pencakar langit yang menarik. Dan Hong Kong ini merupakan salah satunya lokasi impian aku untuk bercuti jika mampu (^__^). Nama lokasi yang berhampiran dengan sungai ini dipanggil Victoria Harbor di mana ia merupakan sebuah bandar dan pelabuhan paling indah terutamanya pada waktu malam. 


Kalau nak lagi menarik, naiklah ke Victoria Peak untuk endapatkan gambaran lagi menarik Victoria Harbor ini. Dan lagi best ada pertunjukan bunga api pada waktu tertentu seperti sambutan tahun baru. Sangat cantik!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

4 Readers:

{ CikHanis } at: 23 June 2011 at 21:23 said...

wah.jom oliday!

{ aslann } at: 23 June 2011 at 21:50 said...

Makkahh....Makkahhh...

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 23 June 2011 at 22:05 said...

anis: lokasi pilihan utk bulan madu..hahah

Lann: bakal menyusul nnt...

{ Fariza Othman } at: 24 June 2011 at 12:44 said...

dah sampai borobudur. cantik cantik. pegi!!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean