header

header
hairie

4 Bulan telah berakhir

| Tuesday, 7 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Alhamdulillah, akhirnya aku telah berjaya menghabiskan tempoh latihan praktikal selama 4 bulan 6 hari di Shapakat Consultant, sebuah firma landskap yang kecil tapi mampu memberi saingan kepada firma-firma lain.

Bersama Kak Fariza yang sentiasa memberi tunjuk ajar. Esok-esok dah kaya kita makan sama-sama kat hotel paling mahal tau (^__^) . Semestinya akak kena belanja. 
 
Pada permulaan iaitu hari pertama aku memulakan latihan praktikal di sini, sangat mendebarkan kerana aku berdebar kerja apakah yang akan diberikan kepadaku semasa aku melangkah masuk ke pejabat. Mula-mula memang agak kekok tapi setelah beberapa hari, beberapa bulan bertapa mengadap AutoCAD, Sketch Up, Microsoft Power Point, Microsoft Excel dan juga bermain dengan kamera, aku dapat mengadaptasikan diri aku ini dengan kerja yang diberikan.

Apa yang aku buat sepanjang latihan praktikal?macam-macam aku dah buat dan banyak juga info/ilmu yang aku dapat. Daripada buat lukisan tender, menghadiri mesyuarat sehinggakan turun ke kawasan tapak projek semua itu aku dah rasa. Dan macam-macam orang juga yang aku jumpa dengan perangai pelik dan menyusahkan serta suka menyalahkan orang lain. Tapi semua itu adalah lumrah dalam dunia pekerjaan.


Mesyuarat pertama yang aku hadiri di Dataran Prima, Petaling Jaya. Di sinilah aku jumpa macam -macam orang. Masing-masing mempunyai kepakaran masing-masing demi mencapai matlamat sesebuah projek.

Ini pula sewaktu mesyuarat di Pusat Serenti Jelebu bersama dengan klien iaitu Kementerian Dalam Negeri dan juga syarikat perunding yang terlibat seperti Arkitek, Jurutera bangunan,Ukur Bahan, Jurutera Elektrik dan juga kami sebagai Arkitek Landskap.

Lawatan tapak semasa mesyuarat berlangsung. Tujuannya nak tengok dan kaji betul-betul masalah yang berlaku di tapak berdasarkan foto-foto yang ditunjukkan semasa mesyuarat tadi. Nasib baik aku hanya memakai tshirt berkolar dan jeans jadi tak adalah sampai berpeluh-peluh basah baju. Yang lain aku tengok dengan pakai kemeja bertali leher sampai basah baju. 

Daripada Juruukur Bahan, Arkitek, Pengurus Projek, Klien, Kontraktor, Pereka Dalaman, Jurutera dan orang-orang dalam bidang built environment semuanya mempunyai cara pemikiran yang tersendiri. apabila duduk semeja kita tahulah siapa yang betul, siapa yang pentingkan duit dan juga siapa yang cintakan alam dan siapa yang kedekut. 





Hanya tinggal kenangan. Kasut yang disayang-sayang akhirnya menjadi mangsa anjing liar yang berjaya menyelinap masuk ke perkarangan rumahsewa aku. Tapi alhamdulillah agak lama jugak aku merasa kasut ini dengan selesa.

Bersama rakan se'praktikal' aku Cik Noona Anis yang macam-macam perangainya. Apa pun aku bersyukur sebab sekurang-kurangnya aku ada kawan yang aku boleh ajak bercakap semasa di dalam pejabat mahupun di tapak. Bayangkan kalau aku seorang sahaja yang berpraktikal dalam pejabat ni mestilah bosan sebab tak ada kawan untuk bergelak ketawa dan ditambah lagi dengan staf yang agak pendiam. 

Tapi Kak Fariza memang best, wanita yang gila fesyen yang membuatkan aku turut serta untuk borak-borak mengenai topik yang dibincangkan. Walaupun aku tak berminat tapi sekurang-kurangnya aku tahu trend semasa dan juga cerita-cerita hangat yang berlaku sekarang. Ini aktiviti semasa makan tengahari dan juga masa terluang kami di pejabat. 


3 foto yang meninggalkan kenangan terbaik. Inilah di antara tugas yang mencabar sepanjang aku praktikal. Kami dikehendaki menjadi penyelia tapak bagi projek taman mini sains di SKTTDI Jaya. 3 hari berturut-turut kami dikehendaki berada di tapak berpanasan daripada pagi sehinggalah lewat tengahari. Bayangkan pertama kali kena bagi araha kepada pekerja warga Madura yang terkenal dengan keras kepalanya, tapi kami tetap cuba buat yang tebaik. Lagi satu, memperbetulkan tanggapan cikgu yang kurang jelas mengenai bidang kami ini dan tugas kami berada di situ. Tapi semuanya pengalaman. Ini baru projek kecil, belum lagi projek besar.

Hari pertama sahaja kami makan bertiga. slebihnya kami bungkus dan makan di dalam pejabat. Lagi tenang dan lebih santai tanpa bunyi bising.

Fuh! Buat As-built Drawing di Kiara 9 agak memenatkan tapi seronok sebab pertama kali menjejakkan kaki sehingga ke tingkat 42 sambil menghirup udara Kuala Lumpur yang tak berapa nak segar dan juga dapat tangkap beberapa keping  gambar sebahagian pemandangan kawasan Sri Hartamas yang semakin berkembang pesat. 




Alasan paling kukuh untuk naik ke tingkat 42 adalah semata-mata untuk melihat pokok yang ditanam di tingkat paling atas ini tapi pokok ini tidak terlibat dalam pelan sebab  ia ditanam di dalam pasu. Oka masa yang ada digunakan untuk mengambil gambar untuk kerja-kerja yang diperlukan dan juga foto kawasan sekeliling sambil berfikir apa akan jadi pada kawasan ini dalam masa 5 tahun akan datang. 
Berehat seketika di villa yang sungguh cantik dan harganya sesuai dengan rekabentuk dan juga pengaruh nilai hartanah serta permintaan tinggi. Walaupun tak dapat nak beli tapi kami cuba menyerap rasa mewah tu ke dalam diri supaya kami dapat bekerja sambil dengan selesa..HAHA . 

Site Inspection yang pertama di KKTM Kemaman. Lawatan tapak paling jauh sepanjang aku menjalani latihan praktikal. Semuanya pengalaman yang sangat berharga yang mungkin aku tak dapat rasa selepas ini. Yang ini aku gerak dengan Kak Fariza dan Anis. Pergi awal pagi dan sampai Shah Alam hampir lewat malam. Gila tak gila pergi Terengganu dengan melalui LPT yang agak membosankan hampi 4 jam memandu. Siapa yang tak penat kan. Kelajuan paling laju Kak Fariza bawa: 150Km/j tapi sekejap sahaja. 


Kali kedua pergi buat Site Inspection di KKTM Kemaman tapi kali ini dengan bos besar. Agak membosankan sepanjang perjalanan sebab tak reti nak bergurau senda dan tak boleh tidur. Sanggup tahan mengantuk ni. Tapi yang menariknya aku duduk dalam bilik hotel sendirian. Bos duduk bilik lain. Walaupun hotel murah tapi sangat kemas dan cantik. Nampak ringkat dan luas biliknya sebab bilik aku ini terletak di corner lot jadi ia lebih besar sedikit. Kami berada di sini 2 hari 1 malam sebab bos nak jumpa pegawai MPKemaman dan juga melawat tapak.

Sesekali merasa lunch di luar disebabkan salah seorang daripada kami ini mengidam. Nak tahu siapa?cubalah teka sendiri. Foto di atas tu diambil semasa kami makan tengahari di Bangi Kopitiam berdekatan dengan pejabat kami sahaja. Sekali makan berpuluh-puluh agak mahal harganya. Ikut konsep aku, tempat macam ini tak boleh hari-hari makan, mahu tak bankrap nanti. 

Nak cakap apa agaknya mengani gambar di atas?rasanya dua-dua ni model tudung dan juga peminat setia Cik Epal, Taylor Swift dan juga barangkali kumpulan Lefthanded. Dan tak lupa juga, mereka ni suka berbincang mengenai abaya, shawl warna-warni, inner dan juga masalah teman lelaki masing-masing. Aku mendengan sambil menyampuk sahaja. Apa pun bila bos masuk, cerita mereka terhenti seketika. Kalau ingat, sambung balik.

Okay penghujung latihan praktikal diakhiri dengan penghasilan buku laporan. Agak tebal juga buku laporan aku tapi belum tentu semuanya isi penting, banyak mengarut yang agak berisi sesuai dengan keadaan (ayat terlebih bunga). 

Menunggu giliran untuk melakukan pembentangan. Ingatkan nak buat persiapan terakhir waktu ini tapi memandangkan kawan-kawan ajak sembang sebab dah lama tak berjumpa, jadinya bercakap dan berjalan sahaja aku ni ke sana ke sini. 



Menurut bos aku, bidang landskap di Malaysia ini belum cukup kuat lagi. Ata pun baru sahaja dilancarkan beberapa bulan lalu. Aku rasa di Malaysia, orang tak pandang lagi yangsebenarnya bidang Seni Bina Landskap ini boleh membantu dalam menyelamatkan bumi kita yang sememangnya semakin sakit. Salah siapa?salah kita juga yang tak pandai merancang sehingga menyebabkan berlaku kemusnahan yang akhirnya menyusahkan kita sendiri. Kau buat kau yang kena balik! 

Jadi wahai para pakar-pakar senibina (juga untuk bidang-bidang lain) yang suka membina bangunan yang cantik rekabentuknya tapi tak menyediakan kawasan hijau untuk landskap, silalah ambil perhatian  bahawa kami bukan hanya 'nice to have' tapi kami ini 'solve the problems' iaitu menyelesaikan masalah tapak yang berkaitan dengan bidang kami. Kami bukan tanam pokok sahaja okay!

Okay, apa yang aku dapat sepanjang latihan praktikal ini sangat bermakna dan penting untuk masa depan aku dalam bidang Seni Bina Landskap ini. Tak kisahlah orang lain nak pandang serong atau apa pun yang penting aku suka dengan apa yang aku buat. Dan berakhir sudah semester 07 yang tanpa assignmet  tapi perlu buat kerja.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


7 Readers:

{ aizul marcello } at: 7 June 2011 at 07:39 said...

Khairi, ak pon budak built environment gak! Brkerjasama la kita nnt yep! Hehehe

{ Mohd Khairi } at: 7 June 2011 at 07:51 said...

hehe..ok2. same2 kite hiajukan balik bumi ni..hehehehe

{ Hanim Mahali } at: 7 June 2011 at 10:57 said...

Bestkan bidang landskap ni??? Masa akak belajar civil engineering pun ada belajar pasal landskap.... sonok! ^_^

{ ayie } at: 7 June 2011 at 22:47 said...

nice entry lawa la cara penulisan ni nak kene tuntut ni..huhu..jeles tengok gamba yg sangat2 cantik..macam baca malajah on9 pulak..huhu

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 June 2011 at 08:48 said...

Hanim: hehe..memg best pn tp agk tnsion sbb keje bnyk..akak blajar pn mybe just basic shj..x mendalam.. tp memg best lah!

ayie: hehe..tenkiu2 ..bnyk lg nk kne baiki nih..ape pn trime kasih bg respon psl penulisan aku..hee.. gmbo pn bru blajar lg nk hasilkn yg trbaik..hehe

{ Fariza Othman } at: 8 June 2011 at 16:03 said...

xbole bla. statement peminat cik epal. hahahaa.remove xmungkin!!!hahaa

{ Azmira Yusoff } at: 8 June 2011 at 21:42 said...

Assalamualaikum , sy mira

sy pelajar diploma pengurusan landskap

sekarang tgh mencari tempat praktikal yg sesuai dgn course sy ..

sy nak minta tlg dr abg boleh ? sy akan pratikal time sem 6 nanti ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean