header

header
hairie

Alhamdulillah (^___^) Buat pertama kalinya

| Friday, 17 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger di luar sana. Tarikh 17 Jun memang dinanti-nantikan oleh semua pelajar UiTM ketika ini kerana keputusan peperiksaan akhir dikeluarkan. Aku agak lewat memberi respon mengenai keputusan aku. Walaupun semester lepas kami tiada peperiksaan akhir tapi kami dinilai melalui laporan dan juga buku log sebagai bukti yang kami telah menjalani latihan praktikal dengan jayanya.

 Ini kali pertama aku kongsi dengan anda semua keputusan semester 07 aku tapi setakat yang ini sahajalah aku boleh tunjuk korang semua. Selebihnya sila teka sendiri. Walaupun hanya semester latihan praktikal, tetapi sekurang-kurangnya usaha aku telah dihargai dan dipandang tinggi oleh mereka yang bertanggungjawab. 



TERIMA KASIH diucapkan kepada mak ayah yang sentiasa mendoakan anaknya ini walaupun jauh berada di kampung dan juga kakitangan Shapakat Consultant; Bos En Hatta yang memberi peluang untuk aku berpraktikal di firma beliau dan juga Kak Fariza yang selalu memberi tunjuk ajar macam ini macam itu dan macam-macam lagi cuma karaoke je belum (^__^). Juga untuk Kak Yang yang sempat jumpa sebulan sahaja tapi akak dah ajar saya cara bermain dengan Microsoft Excel dengan betul. Untuk Pn Yang, nak cakap apa ek?Pn tanyalah Anis.. Dia yang tahu segala-galanya (^__^)




Dengan keputusan yang aku dapat ini, aku dapat memperbaiki CGPA aku yang tak berapa nak kukuh tapi sengsara menanti semester hadapan kerana aku perlu mengekalkannya dan lebih baik menaikkannya. Jika turun sedikit, ia akan menyebabkan aku terasa jatuh dan jatuh ditimpa batu. Apa pun usaha tangga kejayaan dan jangan tertekan, insyaallah semuanya okay. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

5 Readers:

{ Fariza Othman } at: 17 June 2011 at 17:07 said...

dekan dekan dekan. belanje saya la ape g!!! haha

{ Mohd Khairi } at: 17 June 2011 at 17:08 said...

hahaha... Bangi Kopitiam?hahah ...akak mintk anis jgk..xkire..kne mintk jgk..heee

{ ayie } at: 17 June 2011 at 17:56 said...

waa tahniah...apo laie blanja roti canai la

{ mr.F } at: 17 June 2011 at 20:24 said...

wowow, 4flat! tahniah abg senior!!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 18 June 2011 at 11:22 said...

Ayie: roti canai?haha....on je! hikhik

Mr.F: sem ni je ley wat..next sem lom tentu lg..hehehehe ..tenkiu2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean