header

header
hairie

Hazman Halid Bersama Instrumen Piano

| Monday, 27 June 2011
HAZMAN HALID, seorang pemain piano terhebat!

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tengah malam yang mengantuk menyiapkan kertas kerja thesis ini diubati dengan mendengar instrumen piano daripada Encik Hazman Halid a.k.a Abg Haz (^__^) . Mesti ada yang kata 'bukan menambah mengantuk lagi ke?' itu terpulang kepada individu masing.masing. ini semua kerana radio online Suria FM tak dapat dimainkan dan juga stesyen radio lain yang juga mengalami masalah yang sama. Maklumlah, duduk di rumah sewa tak ada radio dan kalau ada pun mengganggu kawan-kawan lain. 

Sedetik Lebih daripada beliau yang bagi aku sangat mengasyikkan.

Okay berbalik kepada tajuk asal, aku nak kongsi cerita dengan korang smeua mengani beliau ini. Beliau merupakan seorang Jurutera Perisian dan juga sangat berbakat bermain piano. Aku baru sahaja beberapa hari kenal dengan Abg Haz semasa blogwalking di blog kawan-kawan lain dan terjumpa fanpage ini. Blogwalking tapi jumpa fanpage? Yang menariknya, macam-macam ada dalam blog beliau selain daripada cerita keluarga dan aktiviti harian Abg Haz. Video klip yang beliau buat sendiri dan juga yang penting instrumen piano yang kita boleh muat turun dengan percuma. Kalau anda semua nak tahu, ramai peminat dan juga penyokongnya adalah daripada luar negara dan maksudnya di sini Abg Haz ini popular di luar sana. 

Ini lagu Without You iaitu antara salah satu instrumen kegemaran aku (^__^) 

Yang ini sesuai untuk dimainkan pada musim Aidilfitri. Sangat menusuk kalbu lagu ini lebih-lebih lagi apabila melihat foto-foto beliau di perantauan T_T

Kalau boleh kan, saya nak minta Abg Haz buat instrumen untuk lagu berikut:
Pada Syurga Di Wajahmu (Lefthanded) 
Senja Nan Merah (Awie dan Ziana Zain)
Bayangan Gurauan (Mega)
Gemuruh (Wings dan Search)
Kenapa lagu itu?ini adalah antara lagu wajib apabila karaoke bersama kawan-kawan. Aku yakin klau Abg Haz yang buat instrumen untuk lagu ini, mesti jadi lebih syahdu dan menarik!

Anda nak kenal beliau?sila klik pautan di bawah ini:

Restoran milik Abg Haz di alamat berikut:
Restoran MS
Blok G1-01-19,
Pangsapuri Angsana,
Persiaran Subang Mewah,
47600 Subang Jaya, Malaysia


Sungguh hebat! Tuhan dah kurniakan bakat kepada Abg Haz yang bagi aku amat luar biasa dan beliau telah menggunakan dengan sebaik-baiknya. Saya doakan semoga Abg Haz semakin berjaya dalam bidang yang Abg Haz ceburi dan berbahagia di samping anak-anak.























Bersama anak-anak tersayang (^__^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

NOTE: saya dah muat turun instrumen ciptaan Abg Haz yang dalam bentuk mp3 (^__^) 

4 Readers:

{ Lydia Miza(Aidyl Azim) } at: 27 June 2011 at 02:59 said...

salam kenal.dtg dr blog abg ben.

{ JAMALUDDIN ABU BAKAR } at: 27 June 2011 at 13:43 said...

Jamal dah tolong promote blog Khairi..boleh baca entry nie ye..

http://www.jamaluddin.net/2011/06/blog-pilihan-jamaluddinnet-2.html

{ zarazueyin } at: 27 June 2011 at 15:13 said...

salam kenal ;)
sy pon peminat abg hazman...oppss..lagu2 instrumetal dia...hehe

{ +_Miss.Jannah_+ } at: 27 June 2011 at 16:29 said...

ingatkan betul2 la takde followers td..tekena tekena..hehehe

header smart la.. :D

hazman halid? on the way nak minat..hehee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean