header

header
hairie

Jajan dari Langkawi: CHOCOLATES!

| Wednesday, 22 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, dah buat WW?dah mandi?dah makan tengahari?kalau semua dah alhamdulillah, tunggu Zohor sahaja yang belum kan?Tak ada yang istimewa hari ini. Hanya nak berkongsi apa yang aku dapat pagi ini.

Bangun pagi sembahyang Subuh dan terus menghadap blog, facebook dan juga laman sosial lain sambil beramal dan tak lupa juga menyiapkan kertas kerja untuk projek akhir semester hadapan yang mana, masanya semakin suntuk! Jam11pagi dikejutkan dengan panggilan yang tak dijawab daripada Ika. Rupanya dia ajak makan sekali dengan Syida A.M di Khulafa seksyen 7 dekat sahaja dengan rumah kami. 

 Yang ini Syida A.M bagi percuma sahaja (^__^) Terima kasih!

Sembang dok sembang teringat pula coklat Langkawi yang aku kirim dari Syida A.M. Lepas makan terus ikut mereka balik dan ambil coklat yang sedap tu! Maklumlah sekarang ni dah jauh dan tak ada kawan-kawan yang duduk Langkawi. Syida A.M dah menetap di Rengit. Dia pergi sana atas urusan keluarga katanya.

Toblerone dan juga Aimee yang mana antara coklat kegemaran aku. Kalau nak beli coklat Langkawin ini, kenalah beli yang tak ada jual di Malaysia dan susah nak dapat di tempat lain. Semua ni harganya hanya RM32.00 sahaja. Kenapa tak beli Ferrero Rocher?coklat ini hari-hari aku nampak di kedai-kedai dan orang selalu buat hantaran. Kire dah biasa sangat nampak. 

Nampak tu?Original dari Belgium. Aku suka rasanya dan juga teknik bungkusan yang menarik. 

Yang ni memang selalu menjadi pilihan kawan-kawan semasa berkunjung ke Langkawi. Sedap juga yang ni sebab rasa susu lembu..HAHA.. ye la, kan made in Switzerland..bukan itu negara pengeluar susu ke?

Apa pun, bila makan colat ini kena minum air kosong barulah rasa neutral sikit perut ni. Kalau minum air manis, makin menyirap macam nak mabuk jadinya.Orang kata coklat ini banyak khasiatnya, betul ke?ke boleh menyebabkan gigi rosak.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ Nur Eyda } at: 22 June 2011 at 15:32 said...

nak cikit!...emm tapi nak banyak!...demand skit la, nak sume la!....

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 22 June 2011 at 15:34 said...

xley..xley ..xley smua...xnk bg! xkire..

{ alif ismail } at: 23 June 2011 at 01:21 said...

salam ziarah...

perh sedoPnye cekelet....

nak satu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean