header

header
hairie

Kedai 1Malaysia | Ringankan beban rakyat

| Thursday, 23 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi-pagi macam biasa kalau duduk di Shah Alam ni tengok Utusan Online tak pun Kosmo Online sebab lagi mudah nak dapatkan info mengenai isu semasa. Berita utama di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia hari ini mengenai Kedai 1Malaysia yang mana menawarkan diskaun sehingga 64%?Jusco pun tak ada bagi diskaun sebanyak itu. 70% tu pun kalau ada, harganya tetap mahal juga kan.

Apa yang menariknya ada di kedai ini?setelah aku baca secara sekejap tapi berulang kali, kedai ini menjual barang keperluan harian dengan harga ynag cukup istimewa di bawah jenama 1Malaysia. Kiranya, kedai ini di bawah kuasa Kerajaan, jadi harga barang yang rendah itu sangat membantu rakyat. 

Menurut akhbar tersebut, keutamaan diberikan kepada produk IKS, dan ini memberi peluang mereka untuk bersaing dengan barangan runcit lain. Jadi, siapa-siapa yang ada buat sos sendiri, produk makanan segera dan juga DODOL (ini bapak aku yang buat) bolehlah dijual di sini. 

Nak info lebih tepat?jom singgah sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0623&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean