header

header
hairie

Melaka Wonderland

| Wednesday, 1 June 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Aku nak kongsi dengan pembaca semua mengenai percutian aku bersama keluarga di Melaka Wonderland yang aku rasa baru sahaja dibuka sebab kawasan sekitarnya yang masih dalam proses pembangunan dan juga suasana Melaka Wonderland itu sendiri yang nampak baru dan suci lagi (^_^). Minta maaf sebab baru sahaja berkesempatan untuk menulis entri ini.

 Si kecil Muhammad Zikri yang suka tidur dalam kereta sepanjang perjalanan

Perancangan awal nak pergi 1 Mei 2011 tapi disebabkan banyak majlis kenduri kahwin saudara mara yang bersepah-sepah di Semenanjung Malaysia ini kami tunda ke tarikh 2 Mei 2011. Untuk hari cuti umum, Melaka Wonderland dibuka awal iaitu jam 9.00 pagi dan dengan gigihnya kami tiba jam 8.30 pagi dan merupakan antara pengunjung yang terawal sampai. Kenapa kami sampai awal?aku takut nanti lambat-lambat orang makin ramai jadi kami buat keputusan datang awal. Jam 7.00 pagi gerak dari rumah. 

Belajar berhadapan dengan kamera. Mulut tu kalau hisap poteng je hari-hari memang macam tu (^__^)



Kenapa landskap di kawasan ini nampak ringkas?sebab nak memudahkan penyelenggaraan. Tak perlulah susah-susahkan pekerja untuk buat banyak kerja pada kawasan landskap. Pokok boleh hidup sendiri kan (ayat daripada mereka yang kurang pasti mengenai landskap)

Maskot rasmi Melaka Wonderland
Apa yang best di Melaka Wonderland?Macam biasa permainan yang kebanyakannya ada di mana-mana taman air. Tempat ini taklah besar sangat. Sunway Lagoon lagi besar. Harga masuk berapa?untuk kanak-kanak bawah 90cm adalah percuma. Dan untuk warga emas yang berumur 55 tahun ke atas diberi diskaun separuh 50% daripada harga orang dewasa. Dan harga bagi orang dewasa pula adalah sebanyak RM30.00. Ini harga untuk hari cuti umum. Kalau anda nak tahu lebih terperinci lagi mengenai Melaka Wonderland, anda boleh klik link yang aku akan tinggalkan di bawah nanti.

Pandangan keseluruhan Melaka Wonderland



 Kawasan mandi kanak-kanak tapi aku yang dah tua ni pun sesuai lagi.


Yang ini paling BEST! duduk je bawah tu dan kemudian tunggu tong air atas tu melimpahkan air di dalamnya. Yang pastinya bila terkena badan anda mesti sakit tapi sedap bagaikan kena urut.


Laluan pejalan kaki yang menghubungkan tempat permainan: hanya menggunakan rubber mat  sahaja dan nampak kurang sempurna. Mungkin dah siap projek baru terfikir nak buat benda ini agaknya.

 Ini BEST! duduk dalam pelampung tu macam dilambung ombak yang kita tengok kat laut. Jangan risau, benda ini selamat dan menyeronokkan.


Yang ini aku tak main sebab ramai yang sangkut di tengah-tengah. Jadi bila sangkut, luncuran tak lancar dan tak puas kot.

 Siapa berat yang lebih sesiaulah untuk main benda ini. Barulah boleh meluncur dengan sempurna.



Pengawal yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan. Secara tak langsung tempat ini mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk sekitar.

 Menjelang tengahari makin panas rasanya. Kurang pengunjung tapi meriah.




Harapnya bila pokok ini besar nanti dapat mengurangkan tahap kepanasan di kawasan ini. Fuhh..


Aku rasa dari sudut ini yang cantik untuk buat foto panorama. Ada pokok-pokok dan juga warna-warna yang terang. Jadi foto yang terhasil akan nampak lebih menarik. Korang rasa kan, adakah gabungan alam semulajadi yang dibuat di kawasan ini cukup?macam tak je kan.




 Dibuatnya terlepas ke atas tu kitorang tengokkan je. 


Yang ini laju tapi selamat. Sangat menyeronokkan. 






Siapa yang lemah jantung amat tidak digalakkan main benda ini. Benda ini sebiji macam yang ada di Bukit Merah. Kali kedua aku naik benda ini rasanya macam jatuh dari kapal terbang. Speechless tak dapat nak jerit! tapi seronok wey.

  Suasana di tempat mandi kanak-kanak / keluarga

Ini kawasan ala-ala pantai yang mengadap pentas utama tapi panas la kawasan ini. Tak seronok.


Apa pun walaupun tempat ini kecil tapi aku rasa korang semua akan berpuas hati dengan permainan yang disediakan. Tak perlu beratur panjang untuk menunggu mungkin sebab tempat ini baru buka jadi pengunjung tak berapa ramailah.


Ada seorang wanita bangsa Cina yang mengeluarkan kenyataan yang tepat pada situasi iaitu mengenai kaunter tiket. Proses untuk membeli tiket terlalu lambat sehinggakan ramai yagg perlu menunggu lama untuk beratur sedangkan cuaca dah makin panas. Memang agak lambat kaunter tiket di Melaka Wonderland. Mereka kata system down dan masalah komputer. Tapi secara tidak langsung benda yang berlaku ini akan mewujudkan satu persepsi yang kurang baik terhadap pelancong luar terutamanya. Yang itu, pihak pengurusan Melaka Wonderland perlu selesaikan.

Merakamkan kenangan terindah bersama keluarga di pintu masuk Melaka Wonderland sebelum bertolak balik.

Sebelum balik, kami singgah sebentar di Taman Tasik ayer Keroh bersebelahan dengan Zoo Melaka untuk menikmati juadah makan tengahari yang sepatutnya dimakan semasa mandi di Melaka Wonderland tapi memandangkan kami tak berjaya melakukan penyelinapan dan tak dibenarkan membawa makanan, jadi kami terpaksa berkelah seketika sambil menghirup udara segar yang datangnya dari bau haiwan zoo. Sedap sangat!


 Suasana yang sungguh mendamaikan dikelilingi alam semulajadi yang sunyi


Sila abaikan tong yang bertulis air gula itu sebab dalam tu sebenarnya air paip je buat basuh tangan. (^_^)






Suasanya yang mendamaikan dan menenangkan tanpa bunyi bising dari jalan. Itulah sebenarnya fungsi pokok-pokok yang ditanam disekitar taman ini di mana ia berfungsi sebagai penghalang bunyi daripada kawasan persekitaran.




Barulah boleh makan secara santai selesa bahagia dengan suasana yang bersih dan menyegarkan. Fuhh...

Kanak-kanak bebas bermain.

Sebelum balik, kami singgah sebentar di kedai jajan bersebelahan dengan jalan besar menuju ke Plaza Tol Ayer Keroh. Nak cari benda yang tak pernah dibeli tapi rasanya dah pernah beli dan pernah rasa. Tapi disebabkan nak beli juga, kami angkut sahaja apa yang kami nampak menarik, pelik dan cantik serta sedap. Percutian kami mencatat rekod, jam 3petang dah sampai rumah. Sekejap sangat sebab aku nak balik Shah Alam petangnya tu jadi tak sempatl;ah nak singgah mana-mana takut aku terlepas bas. 


Ni aku tinggalkan link laman web rasmi Melaka Wonderland:
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ emeera asnary } at: 1 June 2011 at 16:43 said...

sonok weyh.. jelez. jelez xP

{ HAZWANmohd } at: 1 June 2011 at 18:06 said...

xpenah pegi~.....
uuu

{ wanbu } at: 3 June 2011 at 08:10 said...

warghhh.... Melaka pun ada wonderland ker?
baru tau nie hehe...
cambest jerk kalau dapat pegi :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean