header

header
hairie

Orang Putih cipta Bahtera Nabi Nuh

| Friday, 24 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi tadi nak buka emel tapi bila buka homepage Yahoo ternampak pula berita ini pada Yahoo News. Berita apa?Two by two: A real-life Noah’s Ark. Ada orang yang mencipta sebuah kapal pelayaran/feri yang sebiji macam bahtera Nabi Nuh katanya. 

Semuanya berlaku di Dordrecht, Belanda apabila seorang lelaki bernama Johan Huibers mendapat mimpi bahawa Belanda akan dilanja banjir besar. Dan keesokkan harinya beliau terus bangun dan mencapat peralatan dan membuat persiapan untuk membina sebuah bot besar ini yang menyerupai bahtera Nabi Nuh.

Menurut Johan Huibers lagi, beliau membina kapal/bot ini dengan merujuk spesifikasi yang disebutkan dalam kitab Bible mereka. Aku tak pasti apa kandungannya tapi kalau mengikut kepada sebuah filem luar yang pernah diharamkan tayangannya di Malaysia (aku pasti korang semua tahu kan) bahtera ini boleh memuatkan semua hidupan termasuk haiwan-haiwan. Dan itulah yang dilakukan oleh Johan. Beliau mula membina kapal ini sejak 3 tahun lalu.

Dan ada lagi satu binaan yang menyerupai Bahtera Nabi Nuh ini di sebuah taman tema di Kentucky. Lihat foto di bawah ini:

 Klik pautan ini untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai taman tema ini:

Nak dapatkan info lebih lagi?jom klik pada pautan di bawah ini. Segala apa yang aku tulis di atas adalah berdasarkan info yang terdapat di pautan ini:


S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

3 Readers:

{ saiazuan } at: 24 June 2011 at 12:45 said...

mcm best je~

Anonymous at: 1 February 2013 at 17:21 said...

[url=http://buyonlinelasixone.com/#15744]lasix online[/url] - buy lasix online , http://buyonlinelasixone.com/#18154 lasix online without prescription

Anonymous at: 4 February 2013 at 13:28 said...

[url=http://buyaccutaneorderpillsonline.com/#1833]accutane without prescription[/url] - accutane online without prescription , http://buyaccutaneorderpillsonline.com/#15233 accutane online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean