header

header
hairie

Pemenang Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 54

| Friday, 17 June 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Kai ini nak kongsi dengan anda semua mengenai Tilawah Al-Quran peringkat kebangsaan yang berlangsung di Dewan Majlis Agama Islam di Kuching. Aku sempat menonton sewaktu majlis perasmian dan juga malam pertama di tv 1 dan malam terakhir iaitu perasmian penutup. Maksudnya, aku tak sempat nak mengikuti kesemua bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh peserta-peserta yang bertanding mewakili negeri masing-masing.

Ikhsan google. Sekitar pemandangan astaka dan juga pentas untuk tilawah peringkat kebangsaan ini

Bahagian Qari :
Johan : Encik Aminrahman bin Abbas (Negeri Sembilan)
Naib Johan : Encik Anuar bin Hassim (Perak)
Ke tiga : Tuan Haji Ahmad Tarmizi bin Haji Ali (Terengganu)

Bahagian Qariah
Johan : Hajah Suraya binti Hasan (Johor)
Naib Johan : Hajah Roziah bt Ayyub (Sarawak)
Ke tiga : Hajah Amnah binti Ayyub (Johan Menunggu)
 
Kalau anda perasan pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kategori Qari adalah mereka yang pernah menyertai Akademi Al-Quran terbitan tv9. Tak percaya?jom kita tengok video ini.
 
Akademi Al-Quran musim kedua: Bacaan oleh saudara Anuar Hassim. 


Yang ini pula bacaan oleh saudara Tarmizi Ali semasa final Akademi Al-Quran musim ke 5  (Qari jemputan) di mana beliau merupakan pemenang bagi musim 4. 

Anda tengok, bagaimana program realiti begini boleh melahirkan bakat-bakat baru yang bakal mengharumkan nama negara insyaallah. Setiap pemenang bagi peringkat kebangsan ini kalau tak silap dapat hadian menunaikan haji ke Mekah. Alhamdulillah, selain hadiah trofi dan juga wang tunai. Murah rezeki semua orang. Pemenang tempat pertama akan mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa yang dijadualkan berlangsung pada bulan Julai ini. 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

 

2 Readers:

{ Rtp Farra Arisha } at: 18 June 2011 at 13:17 said...

congratsss for all the winners :)

Anonymous at: 18 June 2011 at 13:29 said...

Yang johan qari pun dari Akademi Al-quran la. Musim pertama, naib johan :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean