header

header
hairie

Tanggal 16 Mei 2011 : Final Presentation & Kawan-kawan

| Wednesday, 8 June 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Kali ini nak kongsi dengan kawan-kawan seperjuangan dan juga penulis blog sekalian semasa hari pembentangan latihan praktikal kami ini. Setelah 4 bulan mengharungi/menghadapi tugas sebagai seorang staf yang bekerja di sebuah firma landskap masing-masing, akhirnya pada 16 Mei 2011 kami dipertemukan semula. Alhamdulillah. Ada yang dah berubah dan ada juga yang masih sama (ciri fizikal dan penampilan).

Giliran pembentangan aku jatuh pada sebelah petang iaitu nombor 6 tapi terdapat kecelaruan sedikit mengenai giliran pembentangan. Ada yang nombor 1 tapi jadi orang terakhir?siapa? Md Azrin, sahabatku yang seorang ni. Mungkin disebabkan pensyarah penyelianya yang tak hadir menyebabkan kecelaruan tersebut. Tapi Alhamdulillah semuanya dah dapat bentang dengan jayanya, Insyaallah.

Apa yang lagi seronok, aku dapat jumpa kawan-kawan 1 batch yang dah lama tak jumpa lebih 4 bulan. Selalu dapat tengok perkembangan mereka di laman social Facebook. Ada yang penat mengeluh, bosan buat kerja yang sama dan ada juga yang rasa dah tak betul disebabkan kerja-kerja luar. Itu semua pengalaman yang bagi aku sangat berharga dan penting untuk masa depan kami. BETUL KE TAK?!

Dalam menunggu giliran sempatlah kami bersembang-sembang mengenai perkembangan masing-masing. Yang mengumpat lain, yang kongsi ilmu lain, yang cerita mengenai perancangan masa cuti lain. Semua aku sapu! Okay tak tahu nak cakap apa lagi tapi nak kongsi foto kenangan kami bersama anda semua.























Dari kiri: Aku, Ude (Landarc Consult) , Joe (CKA LAndscape Sdn Bhd) dan Zulfadli (Morphosis Design Sdn Bhd)  serta seorang wanita bernama Syida (Konsep Inorvatis Sdn Bhd) yang sedang hangat bercinta! HAHA. 

























Kawan serumah pun masih nak rindu-rindu lagi?kan hari-hari jumpa face to face. Tak puas lagi ek?Itulah Acu (Alam Haruman Design) dan Md Azrin (Landskap Integrasi). siapa yang paling comel?























Azreen Wahid (Perunding TBG), Farah (Landarc Consult ) dan Ada (Landskap Integrasi) yang sentiasa meriah walaupun selalu bertekak atas beberapa perkara yang menjengkelkan tapi semuanya okay. Aku rasa tertinggal lagi seorang ni.























Yang dah buat pembentangan, bolehlah lega tapi yang belum, perlu sentiasa bersedia dengan ayat-ayat manis supaya pensyarah senang nak faham apa yang kita sampaikan. Dengan kata lain, berborak adalah lebih baik sepanjang menunggu giliran bagi mengelakkan kebosanan yang melampau sehingga menyebabkan rasa mengantuk.























Mummy ni pemalu agaknya. Apa pun, baru perasan yang Kak zura (Shah PK & Associates ni pakai inai..itu tandanya apa kawan-kawan?sila teka sendiri..























Lynda Roslan (Perunding TBG) yang mempunyai ramai peminat lelaki. Ye ke?aku pun tak pasti tapi kalau tengok foto ni, macam ada seseorang yang cuba untuk menggoda secara sopan dan senyap. Siapa?orang belakangnya itulah.






















Kasih sayang tak kira tempat. Mana-mana pun boleh asalkan tidak menyakitkan hati orang lain. 

Pasangan kembar yang makin maju: Hawa (Cloustan Design) & Mahira (Tumasek Reka & Bina). Lama juga aku tak jumpa mereka berdua ini. Apa pun baju kurung yang Mahira pakai tu cantik dan nampak eksklusif. 

Cik Alia (SKA Landscape Architects) dan Cik Meow a.k.a Shifa (Morphosis Design Sdn Bhd).Cita-cita mereka ni nak buka firma konsultan lepas dah lulus peperiksaan ILAM dengan cemerlang. Siaplah, siapa-siapa yang ada minta khidmat runding dengan firma mereka ini akan ada tanaman wajib iaitu pokok kemboja@Plumeria obtusa. HAHA

Kami daripada Shapakat Consultant menghadiahkan foto ini khas buat Kak Fariza. Akak, nanti kirim salam kat Pn Yang tau dan tunjuk sekali gambar kami ini. Pastikan plot saiz A1 Landscape berwarna solid

Masing-masing makin sihat dan makin berbunga-bunga. Semakin berbunga semakin jelita dan semakin jelita semakin gembira dan semakin gembira semakin rasa nak menikah cepat-cepat. (^__^)

Tiba-tiba baju aku sama tema dengan  baju Syuee (Pentago Landscape Sdn Bhd). Memandangkan aku tak suka meruntuhkan rumah tangga orang aku terpaksa simpan gambar aku dengan dia. HAHA, pernyataan berani daripada seorang pelajar! 

Walaupun gambar ini blurr tapi yang penting ekspresi muka tu nampak. Tapi si Lynda ni susah nak senyum nampak gigi walaupun beliau sekarang bertaraf model. Aku nak tanya ni Lynda, tekak ko tu bersalut emas ke?takut orang curi masa kau tidur ek? HAHA.

Sesekali dapat berkumpul macam ini rasa seronok juga.

Contest mari kenal kaki siapakah ini. Pemenangnya tak ada hadiah ada penghargaan khas iaitu ucapan 'TAHNIAH! Terima Kasih'. Kalau tak silap kasut jenis ini orang panggil Wedges. Ejaan aku tak pasti betul ke tak tapi macam itulah bunyinya.

Keadaan agak kelam kabut sedikit apabila jadual pembentangan tak berjalan dengan lancar. Ada yang sepatutnya sebelah pagi tapi selepas makan tengahari baru boleh dan ada juga angka giliran pertama menjadi pembentang yang terakhir. 

Baju kurung Yanti (Morphosis Design Sdn Bhd) bertemakan alam semesta gabungan bumi dengan angkasa jadilah baju angkasawan! Berdebar menanti untuk presentation tu!

Lama betul nak tunggu giliran nih!

 Bila bosan dah lepas buat pembentangan macam inilah jadinya. 


Nampak matang mereka berdua ini apabila mengenakan tudung ala-ala Puan Sriyang ditempah khas daripada butik Ariani. Tak lama lagi mereka ini akan jadi model sepenuh masa untuk Jakel. Kenapa?sebab mereka ini cantik. Alhamdulillah.

Kalaulah ada bantal dengan tilam, gerenti tidur dengan selesa dan bahagia. 

Surat nikah dari Joe untuk temannya. Adakah gosip yang aku dengar selama ini benar yang Joe sedang hangat bercinta dengan wanita itu? WOW!

Dari belakang kiri: Ain (Mentari Design), Azihan (Deria Bina Resources). Depan kiri: Jue (Alam Haruman Design) dan Wani (CDA Urban Scape). Mereka ni dah habis awal jadi kena menunggu untuk sesi taklimat semester 08 pula. Masing-masing dah kebosanan.

Staf kesayangan Konsep Inorvatis Sdn Bhd yang sampai sekarang masih diperlukan khidmatnya di firma berkenaan. Zai, nanti dah gaji aku tunggu kau dekat Bluewave tau. Terima kasih (^__^)

Bersama sahabat baik saya yang dah lama tak jumpa tapi kali terakhir jumpa sewaktu program SOLAR di Melaka. Maklumlah berada jauh di pantai timur sana manalah nak jumpa. Nasib baik teknologi menghubungkan kami.

Ini lagi seorang kakitangan kesayangan syarikat iaitu Zulhasnan, anak emas perak gangsa semua di Pentago Landscape Sdn Bhd. Apa pun beliau ni geng cari pasal aku sepanjang lepak di studio. Dan secara automatiknya aku jadi rapat dengan dia sebab aku selesa berkawan dengan dia tapi aku benci rokok! 

Aku pelik dengan wanita ni. Dah la Tuhan anugerahkan dia ni dengan kecantikan dan juga rupa paras model tapi bila aku nak tangkap gambar dia ni, macam-macam memek muka dan juga postur badan yang tak sesuai dengan kebaya pendeknya tu. Aku rasa nak tepuk-tepuk je dia ni tapi nasib baik aku haram menyentuh kau dengan sengaja. Apa pun terima kasih Lynda sebab bagi pinjam kamera Canon kau (^___^) 

Aku tidak dibenarkan untuk duduk secara rapat/hampir dengan wanita disebabkan hal-hal yang tersendiri dan juga demi menjaga hubungan baik seorang kawan. Siapa tak faham pernyataan ini sila abaikan sebab aku apun tak pasti aku cakap ni betul ke tak oi!

Cik Nur Alia Abd Rashid a.k.a Leia ar. a.k.a Ladyleaya ataupun pokok kemboja. Apa pun dia nampak cantik dan sopan apabila memakai baju kurung.

Perkhidmatan kami di Shapakat Consultant dan tamat (^__^)

Selepas orang terakhir yang melakukan pembentangan, kami disajikan dengan sesi taklimat untuk persediaan semester 08 nanti. Di mana, kami perlu menyediakan 3 kertas kerja untuk tajuk tesis kami nanti dan hujung bulan Jun ini kami perlu menghantarnya kepada Dr nik Hanita untuk dinilai sama ada melalui by hand ataupun menggunakan emel setanding dengan teknologi sekarang.
Jadi cuti semester ini akan dipenuhi degan kerja-kerja separuh masa dan juga aktiviti kampung serta tesis yang sangat susah untuk dimulakan. Tapi bab jalan-jalan memang suka dan sebab itulah kerja lambat siap. Tapi insyaallah semuanya akan selesai kalau kita betul-betul usaha! Dan untuk kawan-kawan semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang untuk semester ini. Jangan lupa tesis dan juga tapak kajian untuk projek akhir kita semua! (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H




5 Readers:

{ CikHanis } at: 8 June 2011 at 00:24 said...

muke ak.buruk nooo!haha.redha jela :)

{ HAZWANmohd } at: 8 June 2011 at 00:42 said...

sehhaTTT...
erm.
besnye.

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 8 June 2011 at 08:45 said...

noona: buruk2 pn ade org nk ko..hahaha

wan: sgt2 sehat! heee...

Anonymous at: 8 June 2011 at 23:55 said...

=)

{ Lady Leaya } at: 9 June 2011 at 23:27 said...

"Cik Alia (SKA Landscape Architects) dan Cik Meow a.k.a Shifa (Morphosis Design Sdn Bhd).Cita-cita mereka ni nak buka firma konsultan lepas dah lulus peperiksaan ILAM dengan cemerlang. Siaplah, siapa-siapa yang ada minta khidmat runding dengan firma mereka ini akan ada tanaman wajib iaitu pokok kemboja@Plumeria obtusa. HAHA"

Pokok wajib...hahahahaa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean