header

header
hairie

SEGMEN BEN ASHAARI: Gambar Terbaik!

| Saturday, 30 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, Abg Ben buat segmen lagi! 

"Segmen mudah sebelum Ramadhan iaitu kreatif dan suaikenal blogger ..tak susah pon kan ? Sapa sapa leh join .." (Ben Ashaari, 2011) 
Abg Ben suruh letak gambar terbaik yang aku pernah tangkap dan ceritakan peristiwa di sebalik gambar tersebut.  Anda nak sertai?klik banner di sebelah atau klik bawah ni:

Kenapa aku suka gambar ini?aku berjaya menghentikan pergerakan subjek dengan hanya menggunakan kamera kompak iaitu Sony W350. Selalunya kalau nak mendapatkan foto sebegini, perlu menggunakan kamera yang lebih berkuasa (DSLR) tapi aku cuba juga dengan bermain setting dan akhirnya berjaya juga. Lokasinya adalah di Pantai Desaru, Kota tinggi iaitu semasa perjalan balik daripada kenduri kahwin bersama keluarga.
Ini entri mengenai gambar di atas:
___________________________________________________________________________________

Okay yang ini pula semasa Floria 2011 di Putrajaya. aku pergi sendirian sebab tak ada kawan yang boleh teman dan juga aku sendiri yang memilih orang nak pergi (padan muka kau pergi seorang!). Sepanjang aku berjalan semsa festival in aku asyik nampak monumen ini je dan akhirnya aku dapat sudut yang terbaik untuk tangkap gambar ini. Apa yang menarik?aku suka warna biru langit pada wakti ini dan juga keseimbangan gambar. Maksudnya, subjek utama (Monumen Alaf Baru) di tengah-tengah dan juga ada elemen foregorund, middleground dan juga background yang bagi aku sangat menarik.
Ini pautan mengenai Floria Putrajaya 2011:
___________________________________________________________________________________
Yang ini siapa?inilah artis baru yang baru sahaja menandatangani kontrak bersama MiG iaitu syarikat produksi milik Mr. David Teo (aku tak buat entri lagi mengenainya). Waktu ini aku sertai beliau, Lynda Roslan untuk sesi fotografi di sekitar Putrajaya. Yang ini aku guna kamera Canon model apa aku tak ingat. Aku suka sebab aku berjaya curi sudut yang terbaik dan hari tu juga aku dapat belajar beberapa perkara mengenai fotografi. Sangat menarik!

Ini entri mengenai sesi fotografi bersama Lynda Roslan:
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

RAMADHAN: Perkara Yang Biasa Anda Buat

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi Sabtu yang menenangkan ini dibuka dengan hujan rahmat, alhamdulillah setelah beberapa hari tak hujan hari ini baru hujan sambil menyambut kedatangan Ramadhan insyaallah (^__^) 

Hari ini aku nak kongsi dengan korang semua tentang apa perkara yang biasa aku/korang/kita buat sepanjang Ramadhan. Aku nak bagi hadis, ramai yang dah tulis jadi, aku cuba keluar daripada kepompong tersebut.

Tahun ini alhamdulillah aku berpuasa penuh di kampung, selalunya di rumah sewa maklumlah pelajar lagi kan. Nak tahu kampung aku di mana?carilah rumah dalam gambar atas ni. Siapa jumpa aku bagi makan kuih raya (^__^) 

Sepanjang Ramadhan, amalan yang biasa kita buat adalah Solat Terawikh. Kalau di kampung aku, biasanya akan buat 20 rakaat dan campur 3 rakaat solat sunat witir jadilah 23 rakaat. Dan kalau di Shah Alam, 8 rakaat sahaja tak masuk solat sunat witir. Berbeza bukan. Ada yang 8 rakaat tapi surah-surah yang dibaca panjang sangat sampai mengantuk. Dan kalau yang 20 rakaat tu, surah pendek-pendek sahaja tapi tu pun mengantuk juga. Cuba bayangkan kalau anda solat terawikh di Makkah, itu lagilah lama (^___^) 



Bulan puasa mesti ada Bazaar Ramadhan kan di tempat anda. Biasanya apa yang anda beli?Kalau aku pergi bazaar, aku akan beli Cendol Cincau biasanya dan juga Murtabak. Kalau kuih pun, aku akan beli kole kacang tapi agak susah nak dapatkannya sebab tak ramai yang jual kuih ni. Aku tak pasti sama ada susah nak buat ataupun memang tak reti buat (^__^) 

Waktu berbuka adalah waktu paling seronok. Sebab apa?perut kita disejukkan dengan air-air minuma yang sedap! Dulu masa zaman budak-budak, air tu sampai 2 3 gelas seorang siap bersusun lagi. Lepas tu kedekut pulak tu. Siapa nak, ambil sendiri! HAHA.

Biasanya aku jarang berbuka dengan nasi. Aku akan telan kuih dan makanan selain nasi. Tapi sejak berbuka dengan kawan-kawan di kolej dan rumah sewa, nasi sahajalah yang boleh mengenyangkan perut ni sampai malam sebelum sahur. Kalau di rumah kampung, sepanjang masa ada makanan kan (^__^) Itu yang seronoknya berpuasa di kampung!






Bulan puasa ni kata orang kalau nak kurangkan maksiat ataupun melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, tidur adalah yang paling best! Biasanya waktu tidur aku adalah selepas zohor dan nanti bila solat terawikh tak adalah mengantuk sangat. Tapi ada yang kata tidur pada bulan puasa ni mengurangkan pahala. Daripada tidur baik mengaji, betul tak kawan-kawan?.

Bulan puasa ni biasanya kita akan buat persiapan untuk raya juga kan?tipulah korang kalau tak buat. Apa yang korang buat?buat kuih, cat rumah, jual kuih raya, beli bunga, jahit langsir baru kan?

Baju raya?yang ni mesti korang buat jugak kan?kalau yang menempah, mesti sebelum puasa dah hantar ke tukang jahit tapi bagi mereka yang beli siap, malam raya baru nak pergi beli kan?sebab dpat harga paling murah (^__^)

Tapi ingat, jangan sibuk sangat nak buat persiapan raya sebab 10 malam terakhir bulan Ramadhan itulah yang paling best sebab ada Lailatuqadar yang mana nilainya menyamai dengan 1000 bulan. Dosa-dosa yang silam akan diampunkan! Jadi marilah kita cuba mencari masa untuk Lailatulqadar .

Apa lagi agaknya amalam yang biasa anda buat sepanjang puasa. Yang di atas ni adalah yang biasa aku buat. Tapi walau apa pun yang penting sekarang ni, kita kena pasang niat puasa dengan penuh ikhlas barulah kita dapat pahala puasa insyaallah. Marilah kita sama-sama tingkatkan amalam baik pada bulan puasa ini dan semoga diterima Allah. 

 Klik pautan di bawah ini untuk mengetahui lafaz niat puasa dan juga doa berbuka:


SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA

 S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


MERIAHNYA! di Stadium Bukit Jalil

| Friday, 29 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, malam tadi tak berkesempatan nak update blog disebabkan penat sangat dan pagi ini baru ada masa untuk cerita suasana di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang berlangsungnya perlawanan Malaysia menentang Singapura.


Suasana dalam stadium jam 5.28 petang

Aku tau ramai yang sangat tidak berpuas hati dengan corak permainan kedua-dua pasukan malam tadi. Tapi nak buat macam mana kan, Malaysia ta kada rezeki di tempat sendiri, jadi kita kena terima kekalahan tersbeut (^__^) 


Sanggup berpanas sekejap sebab sini kawasan penyokong Malaysia yang fanatik!

Buat pertama kalinya aku masuk stadium dan duduk menonton perlawasan secara live yang mana sebelum ni aku tak pernah buat. Mesti korang yang kenal aku pelik kan macam mana aku boleh sanggup beli tiket nak tengok bola di stadium. Yang pertama sekali, memang niat aku nak  duduk di dalam stadium menonton secara langsung perlawanan tu dan aku nak rasa macam mana meriahnya stadium tersebut! Dan ternyata sangat meriah!! 

Lagipun kan, nak beli tiket bola ni senang je, pergi di Stadium Shah Alam. Tak susah mana pun. Dan lagi 1, sekarang ni pasukan Malaysia sedang meningkat naik, jadi apa salahnya aku nak sokong pasukan negara sendiri kan (^___^) 

Kalah menang tu biasalah kan. Kalau ada rezeki, adalah tu. Yang penting kita sokong dan terus menyokong.

Aku pergi stadium dengan sepupu aku yang kebetulan memang datang Shah Alam, kitorang gerak jam 3.30 petang sebab takut makin lewat nanti makin sibuk kawasan luar stadium tu. Dan ternyata memang ramai orang semasa kami sampai. Isi perut dulu dengan apa yang patut dan sayangnya, air mineral berbotol tak boleh bawak masuk stadium jadi kena habiskan di luar. 




Suasana jam 6.54 petang

SURAU?aku sempat sembahyang Asar di surau yang berdekatan dengan tempat duduk stadium tapi magrib aku hanya di laluan pejalan kaki sahaja sebab ramai orang. Alas suratkhabar dengan mafla aku, yang penting bersih.

Tengok ni, benda yang wajib jangan tinggalkan. bola bola juga, sembahyang pun kena buat juga (^__^)

Jam 7.19 malam menghampiri waktu maghrib

BEN ASHAARI CARI BLOG ..CEPAT !

| Thursday, 28 July 2011

VERSI BAHASA JAWA:
Yok la ramey-ramey nyang blog Kang Ben Ashaari! Untung-untung engko entok adiah sing gedi-gedi. Ojo ngalah ndisek lek urung jajal! (^___^)

VERSI BAHASA MELAYU KUALA LUMPUR:
Jomlah ramai-ramai ke blog Abg Ben Ashaari! Untung-untung nanti dapat ahdiah yang besar-besar. Jangan mengalah dulu sebelum mencuba! (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


AUUMMMMM!!! malam ni ..

|
Gambar ikhsan dari google









Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini terasa berdebar dan tak sabar nak pergi Stadium nasional Bukit Jalil! Rasanya semua orang tahu kan apa yang bakal berlaku malam ni di Stadium Bukit Jalil.


Kebetulan aku tak ada apa-apa komitmen malam ni dan juga peluang terbuka untuk masuk ke stadium yang tak pernah aku rasa macam mana meriahnya tengok bola secara langsung dari stadium. Kepada kawan-kawan serumahku yang tak dapat tiket, aku minta maaf okay (^___^) tapi korang masih boleh menonton secara dekat di rumah kan.

Harap-harap perjalan pergi dan balik ke Bukit Jalil malam ni selamat dan juga sepanjang berada di stadium pun tak ada apa-apa benda buruk yang berlaku. Aku pergi dengan sepupu aku yang kebetulan ada di sini.

Kalau dapat jumpa dengan para blogger malam ni pun mesti lagi seronok! Korang, jumpa malam nanti.okay (^___^)

Aaaauuuuummmmmmmmm!!!!!!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Contest Hantaran Idaman

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, jalan-jalan blog ayie-fikri tadi ternampak contest ini. Contest ini anjuran Cik Syafrina berkenaan dengan gambar hantaran yang menarik dan kita suka.

Anda nak sertai sekali?jom klik pautan di bawah ini:
 

Di sebelah ini adalah gambar yang aku pertaruhkan iaitu gambar aku sendiri. 

Kenapa aku suka foto ini?Tentunya aku yang buat hantaran ini dengan menggunakan air tangan aku sendiri. Foto di sebelah ini adalah semasa aku dan juga rombongan pihak lelaki untuk ke majlis pernikahan abang aku dan aku dengan rela hati bersedia untuk membuat hantaran yang berupa manisan iaitu dodol buatan bapak aku sendiri yang aku gubah menjadi sebuah hantaran yang menyerupai 101 Taipiei iaitu menara tertinggi di Taiwan. Aku cuba buat sekreatif yang mungkin dan hasilnya amat berpuas hati. Kalau korang semua nak tahu, hantaran ini adalah yang paling berat dan aku sahaja yang boleh membawanya, nanti kalau bagi orang lain bawa takut terjatuh pula!

Idea untuk hantaran ini aku yang cetuskan sendiri dan agak lama juga aku nak siapkan hantaran tersebut. Esok petang nak nikah barulah malam ni aku gigih siapkan hantaran ini.

Foto di atas ini adalah keseluruhan hantaran daripada pihak lelaki. Nampak menara dodol yang tersergam indah di tepi tu? (^___^)

Gambar-gambar di atas aku ambil daripada entri aku sendiri:
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

PANAS! Kehadiran pihak ketiga dalam hidup Khairul Fahmi

|
Hari ini aku nak kongsi khabar angin yang dah bertiup agak kuat sejak pagi tadi. Bukan nak fitnah memfitnah tapi nak kongsi cerita apa yang dah berlaku dan apa yang aku tahu. Sekarang ni tengah kecoh si Khairul Fahmi, penjaga gol pasukan bola sepak Malaysia bergaduh dengan tunangnya Cik Elia disebabkan kehadiran pihak ketiga iaitu Cik Dahlia Teck. 

Waktu ada peristiwa penting macam inilah metal Apek diganggu dengan cerita-cerita macam ni. Esok malam dah la nak jaga gawang ditambah pula dengan kontroversi ini yang aku rasa betul-betul berlaku.

Foto di atas ini aku ambil dari sumber ini:

Betul ke Apek dah berubah disebabkan beliau dah semakin popular dan mempunyai ramai peminat? Siapa yang hasut beliau sehingga jadi macam tu? Ataupun beliau sendiri merasakan yang a'ku ni dah ada ramai peminat dan penyokong, jadi kau ada kuasa!' harapnya tak macam itulah.

Siapa Dahlia Teck?aku pun tak kenal siapa wanita cantik ini tapi adakah beliau sengaja mahu merosakkan hubungan Apek dengan Elia? Ataupun Apek yang terpengaruh dengan ayat-ayat manis Dahlia ni? Kita tak tahu apa punca sebenarnya yang berlaku. 

Kalau betullah Dahlia ini puncanya, memang teruk kena maki hamun oleh peminat Apek!



Dan bila aku tengok blog Cik Elia, jejariruncing.blogspot tak ada entri yang menceritakan tentang khabar angin ini tapi beliau ada menulis doa supaya hubungan mereka kembali pulih seperti biasa. Jom klik pautan di bawah ini:
 
Esok malam Apek nak main untuk pasukan Malaysia dan berita ini kebetulan  tersebar beberapa hari sebelum perlawanan penting tersebut. Harap-harap Apek tidak hilang fokus nanti. Dan kepada penyokong pasukan Malaysia, marilah kita sama-sama berdoa supaya Apek dapat bermain dengan baik! 
 
Segala cerita ini adalah berdasarkan entri mereka ini:


**entah-entah Singapura yang hantar Dahlia Teck kepada khairul Fahmi!

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H







HADIAH dah siap!

| Wednesday, 27 July 2011
Kepada pemenang-pemenang 1st Giveaway aku jangan keliru okay. Ini bukan entri mengenai hadiah aku tapi ini hadiah untuk Giveaway orang lain. Siapa?

 Anda nak sertai boleh klik banner di atas ataupun klik sahaja pautan di bawah ini

Kenapa nama mohdkhairi.com ada di situ?sebenarnya aku merupakan salah seorang penaja hadiah untuk giveaway Andyhowtt ni dengan tujuan nak sokong aktiviti blogger lain  sambil suka-suka. Yang penting aku guna duit sendiri dan tak menyusahkan orang lain. Betul tak? (^__^). Semua nama yang ada di atas tu merupakan penaja-penaja bersama untuk giveaway tersebut.




Apa yang aku bagi?seperti yang tertera di atas, ini sahajalah yang aku mampu nak bagi korang semua. Ada 14 keychain istimewa khas buat pemenang yang dipilih oleh Andyhowtt nanti. Sebenarnya aku buat 15 tapi 1 aku hadiahkan khas buat Andyhowtt. (^__^).

**untuk 1st Giveaway mohdkhairi.com, sekarang ni sedang proses mempersiapkan hadiah-hadiah dan insyaallah bulan puasa nanti akan bermula sesi penghantaran hadiah (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Seronoknya REWANG

|
Bercuti di kampung ini memang seronok lebih-lebih lagi bila dilahirkan dalam suasana yang penuh dengan semangat kampung! Segalanya kampung (ditambah dengan teknologi okay sekarang ni). Nak dijadikan cerita, hujung minggu lalu 23 Julai 2011, abang saudara aku buat kenduri akikah untuk anak lelaki beliau. AKu nak kongsi beberapa gambar dengan korang sepanjang kerja-kerja memasak atau dengan kata lain, rewang untuk majlis tersebut.

Sebelah kiri ni bapak aku tengah masak ayam dalca (aku tak pasti nama Melayunya apa) dan sebelahnya tu tengah masak kurma kambing. Akikah kan, kambing tu kenalah masak manis.

Khemah tu untuk tetamu yang datang sebelah petang (kawan-kawan tuan rumah) manakala malamnya, ada pula majlis bacaan tahlil sekampung.

Yang ini teknik terbaru untuk masak nasi kukus. Apa kelebihannya?jimat masa iaitu mengambil masa 45 minit untuk masak 2 beg beras yang boleh menghasilkan 1 periuk besar nasi. Buat nasi kukus ni mudah sebab kita tak perlu nak sentiasa buka penutup periuk dan kacau bagi rata. Masuk je dan terus tinggal. Lepas 45 minit baru buka balik dan siap!

Si baju hijau yang bertanggungjawab menguruskan nasi minyak ni dan mak cik aku pula sibuk nak merasa keenakan nasi minyak kukus.

Menarik bukan?jadi anda boleh cuba di rumah pakai periuk kukus kuih je. (^__^) 

Itu sahaja kawan-kawan dan alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Seronok sebenarnya rewang ni. Selain dapat makan ayam sambil menggoreng, kita juga dapat mengeratkan silaturrahim antara sanak saudara (ni ayat karangan SPM 2005).

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


Wordless Wednesday #5

|

SEGMEN: Mari Cari Kembar Blogger

| Monday, 25 July 2011
 
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, ini segmen kedua yang aku sertai untuk hari ini. Segmen nak cari kembar. Ada ke kembar aku?kita tengok nanti.. Tuan penganjur suruh tinggalkan sekali tarikh lahir: 25 Jun 1988. 
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

BEN ASHAARI TANYA BERANI KE KRITIK BLOG AKU ?

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, entri pertama setibanya di Shah Alam hari ini. Jom sertai segmen Abg Ben ni. Mengenai apa?berkaitan dengan kritik mengkritik blog!seronok bukan. Jom klik pada banner di atas untuk sertai!

Korang nak kritik blog aku?aku tak kisah, cakaplah apa korang nak cakap. Tapi Abg Ben tak bagi komen 'pujian' jadi korang berilah komen tentang apa yang tak betul dengan blog aku ini.

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

Sunyi je Blog ni!

| Sunday, 24 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, aku rasa macam dah lama aku tak update blog ni walaupun baru sahaja beberapa hari. aku tak tahu kenapa tapi mungkin tak ada mood untuk update tapi malam ini aku cuba menggagahkan tangan untuk menulis sesuatu. Nasib baik ada cerita nak dikongsi!

Ceritanya, aku sertai contest daripada Hazwan Mohd beberapa bulan lalu  berkaitan dengan gambar di Jonker Walk. Aku menang tempat pertama contest tu dan hadiahnya dah sampai beberapa minggu lepas. Walaupun lambat, janji tetap ditunaikan. 

Entri aku menang:

Entri CONTEST Saya Suka Jonker Walk:

Meh la singgah blog beliau ni:

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H 


TAHNIAH kepada Pemenang 1st Giveaway DUAPULUHTIGA mohdkhairi.com

| Wednesday, 20 July 2011
Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu oleh para peserta 1st Giveaway DUAPULUHTIGA mohdkhairi.com telah tiba. Petang tadi baru sahaja cabut nama-nama yang bertuah untuk menerima hadiah yang serba ringkas ini.

Apa yang aku dapat simpulkan, aku rasa amat berpuas hati dengan penganjuran giveaway yang pertama kalinya aku buat. Insyaallah, kalau ada masa, ada modal dan juga ada sesuatu nak bagi kepada semua pembaca dan juga pelawat blog mohdkhairi.com ini, aku nak buat lagi tapi aku akan pastikan hadiah tidak sama dengan yang ini. 

Nak tahu siapa yang menang?jom tengok segala perincian di bawah ini:


Yang pastinya setiap pemenang yang tersenarai akan menerima sketch book ini. Seorang dapat satu sahaja okay (^__^)


10 HADIAH TIGA! Pemenang yang akan menerima key-chain ini iaitu:
























HADIAH DUA! Di bawah ni nama-nama yang bakal menerima hadiah seperti di atas:



HADIAH UTAMA! Mereka ini bakal memiliki tshirt rasmi di atas:
 Pemenang tshirt ini sila nyatakan sekali saiz tshirt anda

     Setelah undian selesai tadi tiba-tiba rasa nak cabut lagi beberapa nama sebab bagi aku sudah cukup ramai yang menyertai giveaway ini. Itu tandanya aku mendapat sokongan dari kawan-kawan! Hasilnya, aku dah berjaya cabut 5 nama peserta. Hadiah? yang ini aku tak pasti nak bagi apa tapi ada sesuatu aku nak beri kepada 5 pemenang ini:

     Kepada semua pemenang, sila email kepada aku nama penuh, alamat kediaman dan juga nombor telefon untuk urusan penghantaran hadiah SEBELUM 26 JULAI 2011. Anda boleh hantar ke hairie_uitm@yahoo.com.my

     TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG! dan terima kasih atas sokongan anda.




TERKINI: 1st GIVEAWAY mohdkhairi.com dah ada pemenang!

|
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, hari ini nak beritahu kepada semua peserta 1st Giveaway DUAPULUHTIGA mohdkhairi.com bahawa undian telah dijalankan dengan jayanya dan serba ringkas.

Seperti yang aku cakap dulu, aku akan cabut nama yang bertuah untuk menentukan pemenang. Dan tugas untuk mencabut nama telah aku berikan kepada sahabat baik aku iaitu Md Azrin yang sememangnya tak ada kena mengena dengan dunia blog sebab dia tak ada blog pun. Jadi, adilkan di sini sebab aku langsung tak cabut nama korang semua. 



Kalau korang nak tahu, kami buat undian sebanyak 3 pusingan. Kenapa?sebab kami rasa kalau terus cabut sahaja macam tu, macam tak ada rasa teruja dan debaran siapa yang menang tu tak rasa. Sebab itulah kami buat 3 kali pusingan. SERONOK! 

TAHNIAH! aku rasa mesti ada yang dah nampak dan tahu siapa pemenangnya. Jangan risau, aku akan keluarkan senarai pemenang mengikut hadiah yang bakal diterima. Okay, teruskan berdebar dan semakin berdebar dan debarlah lagi. 

**mungkin akan ada kejutan insyaallah (^___^) 

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H



FLORIA 2011 PUTRAJAYA: Ros Untuk Selamanya

|
Assalamuaalikum kawan-kawan blogger, aku nak kongsi dengan korang semua sekitar Floria 2011 yang berlangsung di Persisiran Tasik, Presint 2. 

Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”, FLORIA 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman. 
Focalization. Foto-foto yang aku muatnaik dalam entri ini adalah foto yang belum lagi di'edit' jadi silalah percaya dengan sepenuh hati.

Gaya ala-ala Taman Inggeris yang bukan kegemaran aku.

Lokasi menarik untuk mereka yang menginginkan suasana fotografi dalam taman. Inilah di antara lokasinya.

Ingat ye, anda jalan-jalan sini bukan untuk jalan-jalan tangkap gambar sahaja. Silalah rajin-rajin tengok tag-tag nama bagi setiap pokok tu. Amat berguna untuk semua (^__^)


Rombongan pelajar sekolah. Teringat zaman sekolah dulu, nak pergi rombongan pun kena pakai pakaian seragam sekolah juga.

Kalau tahun lepas iaitu semasa Floria 2010, logo 1Malaysia ni bersaiz besar dan menggunakan bunga kekwa yang nampak unik. Tapi kali ini, ianya hanyalah struktur yang diperbuat daripada kayu dan biasa sahaja. Dan tiba-tiba ada water fountain di hadapan arca 1Malaysia tu. Ganggu tak?

Saiz bunga daripada spesis Hydrangae ini adalah sebesar tapak tangan aku. Nampak cantik apabila hidup subur dan bunganya lebat. Menarik bukan.

Ini rekabentuk landskap daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Menarik dan lebih tersusun. Hampir sempurna dengan rekabentuk tahun lepas (Floria 2010). 


Menarik bukan shelter(gazebo) yang dihasilkan oleh Kementerian ini. Suka tengok rekabentuk shelter ini yang nampak moden dan ringkas tapi menarik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa menarik perhatian pengunjung pada kawasan pintu masuknya (^__^) 



 Strawberi DBKL yang dah layu dan kering.


 Lampu taman gaya Inggeris



Terasa cantik pemandnagan Putrajaya daripada sungai ini


Landskap Malaysia yang dinaungi  oleh  Isteri Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Jeanne Abdullah dan juga tempat kawan aku, Zulkarnain Omar bekerja/membina kerjaya.

Sangat sempoi taman milik Landskap Malaysia ini. Walaupun lari daripada warna warni bunga hiasan, tapi sebenarnya suasana macam inilah yang lebih memberi ketenangan. Tapi memang pihak Landskap Malaysia nak promosikan hutan tropika Malaysia pun. Sangat tenang berada di sini.

Cuaca pagi Ahad tu memang menarik sebab langit biru kelihatan dengan hebatnya beserta kepulan awan yang sangat cantik. Walaupun panas ia tetap tak menghalang aku untuk berjalan suka hati HAHA..

Bayangkan, cuaca panas terik macam biasalah di Putrajaya kan. Bunga-bunga tu pula berusaha untuk hidup subur dan mempertahankan kesuburan masing-masing dalam suasana yang panas. Kesian ros-ros yang dah mekar cantik pada hari pertama dah semakin layu atau dengan kata lain, mati kekeringan. Kebanyakan yang mati kita boleh nampak pada taman-taman sekolah. Yang jabatan kerajaan dan agensi masih subur sebab mereka sentiasa siram dengan air.




Aku rasa tahun ni Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor buat rekabentuk landskap agak serabut. Tak secantik tahun lepas yang menang tempat pertama kategori agensi kerajaan.


Elemen air yang agak menarik tapi kurang menyerlah.

Pintu masuk taman milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang sangat menarik dan unik! Kenapa kucing?kucing itu adalah maskot bagi negeri Pulau Pinang.

Teringat rekabentuk dari UTM tahun lepas. Guna cermin juga macam ni. Siapa tiru siapa ni?

Tahun lepas UiTM guna botol, tahun ini UPM pula guna botol (^__^)

Kolej Risda, Melaka memperolehi anugerah perak (tempat kedua) bagi kategori universiti/IPTA.

Menarik bukan dan aku tak ingat siapa yang buat rekabentuk ini.

Kemenangan Akademi Binaan Malaysia (Selangor) di tempat pertama dipertikaikan UiTM. Semua keputusan adalah di tangan juri. Aku rasa ABM menang sebab dia gantung 'love' di pintu masuk. Ros Untuk Selamanya (^___^)

Kedudukan ketiga (Anugerah Gangsa) dimenangi oleh UPSI! tak pernah-pernah UPSI sertai Floria tiba-tiba sahaja menang.

Inilah hasil rekabentuk daripada UiTM. Agak menarik sebenarnya kerana jika diperhatikan betul-betul, taman ini berbentuk bunga ros merah dan dizahirkan melalui kain-kain merah tersebut.

Kolej Komuniti Masjid Tanah

Bazar yang kebanyakannya menjual orkid dan bukan ros. Kata tema ros, kenapa tak jual ros cik kak oii!

Taman Antarabangsa: Negara Jepun. Menarik bukan?jelas dengan identiti taman mereka.

United Kingdom

Amerika Syarikat

Permaidani yang banyak kumbang

Hebatnya alam ciptaan Allah SWT

Serabut ke cantik?



Pakistan. Nampak kan identitinya iaitu permaidani


Kenya wakil dari benua Afrika


Indonesia


Menara Floria yang menarik!


Taman Korporat: kalau tak silap taman ini milik Perbadanan Putrajaya juga.


Taman milik Kementerian Pelancongan Malaysia yang luas dan menarikserta sangat santai suasananya.

Itulah sedikit bingkisan tentang suasana Floria 2011 pada hari-hari terakhir pameran tersebut. Memang menarik bila pergi bersendirian. Hasilnya, gambar sendiri pun tak ada kan (^__^) 

Tapi tak apa, yang penting aku dah sampai sini dan dah merasai kemeriahan dan juga warna warni Floria yang dikatakan bertaraf antarabangsa ni. 


Lepas ni kan kalau boleh, tema ataupun bunga rasmi yang digunakan untuk festival ini mestilah sesuai dengan iklim Putrajaya yang tak berapa nak sejuk macam Genting Highlands tu. Ros tak berapa sesuai sebab tempoh mekarnya yang singkat dan kalau nak lama pun kena disiram hari-hari. Yang dalam Pavilion semuanya okay masih ada warna tapi sedikit kering. Tapi yang di bahagian luar memang kebanyakannya layu dan hampir mati. Tapi kalau koran gsemua nak hasil foto yang menarik, datanglah awal pagi sebab waktu tu bunga baru sahaja disiram dan nampak segar walaupun dah nak mati. (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean