header

header
hairie

Apa yang berlaku dengan Masjid Al-Aqsa?

| Saturday, 16 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, tadi dalam segmen luar negara Buletin Utama tv3 ada menyiarkan berita mengenai Masjid Al-Aqsa. Apa yang berlaku sekarang?pihak Yahudi telah memusnahkan tanah perkuburan orang Islam di situ menurut Ahli Parlimen Hamas. 

Korang mesti kenal kan nama masjid dalam gambar di sebelah ni?Dulu semasa zaman sekolah aku ingat masjid ini memang masjid Al-Aqsa namanya dan aku yakin yang ini memang kiblat pertama umat Islam. TETAPI yang sebenarnya aku tersalah tafsir setelah beberapa kenyataan dikeluarkan oleh pihak media (Majalah 3 TV3) dan juga guru-guru serta info yang aku dapat yang sebenarnya ini bukan masjid Al-Aqsa tetapi ini masjid As-Sakhrah ataupun Dome Of The Rock. Anda lihat betapa hebatnya kaum Yahudi dan barat memesongkan kita daripada mengetahui perkara yang sebenar. FIKIRKANLAH! Kalau kita lihat memang tak ada pembangunan atau sebarang pembinaan yang dilakukan oleh pihak Yahudi di kawasan masjid As-Sakhrah ini.


Lihat, mana satu masjid Al-Aqsa yang sebenar. Itulah yang menjadi rebutan antara umat Islam dengan kaum Yahudi. Dan seperti mana yang kita tahu pihak Yahudi telah melakukan beberapa pembinaan di kawasan masjid suci umat Islam tersebut. Antaranya yang aku tahu adalah pembinaan terowong ke bawah masjid tersebut dan juga yang terbaru pemusnahan tanah perkuburan Islam semata-mata untuk pembinaan pusat hiburan.

Kalau korang semua nak tahu segala perincian mengenai Masjid Al-Aqsa dan juga Masjid As-Sakhrah ini korang boleh klik pautan di bawah ini:

Apa yang aku nak kongsi dengan korang semua adalah usaha-usaha dan juga reaksi negara Islam lain mengenai isu ini.  Aku tak nampak fungsi Liga Arab yang dah ditubuhkan beberapa tahun lamanya dan adakah ia sekadar nama semata-mata untuk menyatakan yang negara arab ni sentiasa bersatu. Kepala hotak kau!! Kalau berdasarkan apa yang aku baca dalam wikipedia bahasa melayu, matlamat penubuhan liga ini adalah:

Matlamat pertubuhan ini ialah mengukuhkan kerjasama ekonomi, sosial, komunikasi, pasport, visa, dan kesihatan. Ahli-ahli Liga Arab juga dilarang menggunakan kekerasan ke atas satu sama lain.

Tujuh negara membentuk Liga Arab pada 22 Mac 1945 dengan matlamat utamanya ialah: 
"Berkhidmat untuk kepentingan negara-negara Arab, memastikan persekitaran yang lebih baik, menjamin masa depan kesemua negara-negara Arab dan memenuhi harapan negara-negara Arab." 

Bukan main semangat aku tengok matlamat diorang ni. Mula-mula memanglah beriya cakap nak buat tu buat ni. Tapi cuba tengok apa  yang berlaku sekarang dengan Palestin?ada mereka ni ambil tindakan?kenapa perlu campur tangan Amerika Syarikat yang memang menyokong Yahudi tu?mana negara-negara arab yang kaya?Arab Saudi?UAE?Bahrain?Qatar dan lain-lain negara Islam?Adakah korang semua ni takut dengan USA?ataupun minyak segala petroleum kamu dah diberi kepada negara-negara barat sehinggakan terlupa nak bagi sikit kepada rakyat sendiri?Ataupun dengan korang buat menara tinggi-tinggi dan hebat-hebat boleh menakutkan negara-negara lain?nak tunjuk hebat dan kaya serta maju kononm akhirnya semua tu hutang!

Tu je yang aku pelik, ke mana semua negara-negara Islam yang berjiran dengan Palestin?Macam tak ada fungsi je. Mesir tu aku pun tak tau nak cakap apa. Turki yang hari tu bersungguh-sungguh, sekarang senyap je.. Kita Malaysia?kita hanya boleh hulurkan derma dan bantuan berbentuk keperluan harian tapi belum tentu sampai terus ke tangan rakan seagama kita di sana. 

Eh! korang fikirlah sendiri. Aku jadi tertekan sekejap ni sebab tv3 siarkan berita mengenai masjid Al-Aqsa tu la dan aku terfikir pasal Liga Arab. Aku rasa kan, Liga Arab ni lebih kepada ekonomi sahaja la. Yang penting masing-masing dah maju dan kaya untuk sendiri. Malulah sikit wey! Islam tak menggalakkan kita membazir! bantulah negara Palestin yang terkepung tu.
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H
 

0 Readers:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean