header

header
hairie

Beliau semakin HOT!!

| Friday, 1 July 2011
Assalamualaikum, salam petang Jumaat yang mulia ini. Topik utama aku belum sempat untuk masuk dalam blog tapi petang ni aku nak selitkan topik sampingan di kala kepala berserabut memikirkan banyak benda. Jadi, blog inilah sebagai tempat untuk melepaskan tekanan.

Anda mesti kenal kan pemilik wajah jelita di sebelah ini?bagi siapa yang tak kenal, nama penuh beliau adalah Siti Maslinda Bte Roslan ataupun nama komersialnya, Lynda Roslan. Kenapa kau bangga sangat dengan wanita ini?biase je!!.. ayat siapa agak-agaknya ni.. (^__^) . Aku dah kenal beliau ni sejak kami belajar sama-sama zaman Diploma Seni Bina Landskap di UiTM Perak sampailah sekarang di UiTM Shah Alam dalam bidang yang sama.

Apa yang HOT? Ini pendapat aku dan sebagai kawan aku berbangga dengan apa yang beliau dah capai dan juga mempromosikan nama Seni Bina Landskap  itu sendiri. (siapa-siapa yang  ada hasad dengki jangan baca entri ini!!)





Korang ingat tak entri yang aku tulis mengenai beliau di mana wajah beliau terpampang pada kulit depan majalah DARA.COM terbitan Karangkraf. KAlau tak ingat, jom klik pautan di bawah ini:
 
Dan selepas keluaran tersebut, wajah beliau semakin banyak kali dilihat dalam majalah tersebut dan adaseorang kawan baik beliau yang dah jadi pembaca setia dara.com sebab dalam majalah itu selain Lynda, ada juga model-model lain yang memperagakan pakaian/fesyen menutup aurat yang up to date dan menjadi kegilaan wanita zaman sekarang.
 
Kali ini, dara.com keluaran Julai 2011 ada ruangan untuk Lynda. Kali ini beliau diminta untuk memperagakan pakaian/busana daripada sebuah butik. Kalau tengok kali pertama, muka Lynda ni macam Faezah Elai versi sopan (^__^). Aku beli sekali sahaja dara.com ni iaitu semasa Lynda jadi penghias kulit depan. Dan foto-foto di bawah ini juga terdapat dalam keluaran Julai 2011.

Bila aku tengok wanita muda memakai pakaian macam ni kan aku rasa tenang je, tak adalah menampakkan bentuk tubuh badan sangat dan menutup aurat. Kan elok kalau dari dahulu lagi ada fesyen macam ni. Aku tengok di televisyen pun ramai selebriti yang dah menutup aurat. Sebab?berdasarkan apa yang dikatakan, merea dah dapat hidayah. Alhamdulillah tapi betuk ke ataupun hanya untuk melindungi sesuatu? (^__^) 
 
 
 
Aku letak sekeping sahaj foto ini. Kalau nak lagi silalah pergi ke blog beliau, klik sini:
 
Foto ni dah masuk dalam Wordless Wednesday bulan lepas kalau tak silap dan ada beberapa blogger lain yang komen. Terima kasih (^__^). Lokasi adalah di IKEA Damansara dengan tujuan untuk berjalan cuci mata sambil tangkap gambar.

Okay itu sahaja yang aku nak kongsi dengan korang semua. Aku doakan semoga minat kau ni menjadi kenyataan dan terus berjaya dan lebih bergaya kalau kau berjaya sekali dalam bidang kita ni, Seni Bina Landskap yang selalu orang pandang rendah (^__^). Semoga kau menang covergirl tu! Good Luck (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

2 Readers:

{ CikHanis } at: 1 July 2011 at 21:01 said...

rasenye nama LA hanya sekadar di pinggiran jela lepas ne.makin hottttttttttttt!HAHA

{ Ekin Isa } at: 2 July 2011 at 01:18 said...

nature beauty la cik linda tu... (;

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean