header

header
hairie

Cerita mereka: Perhimpunan BERSIH 2.0

| Sunday, 10 July 2011

Assalamualaikum kawan-kawan blogger. Malam tadi tidur lewat gara-gara gigih menyelesaikan segala kuali dan pinggan mangkuk yang perlu dicuci dengan kadar segera selepas maljis kenduri tahlil di rumah aku. Agak lewat pagi tadi untuk solat Subuh sebab kepenatan dan tidur lewat menghampiri 2.30pagi. Ahamdulillah segalanya berjalan lancar dan seronok tengok ahli keluarga sanak saudara duduk berkumpul sama-sama. MERIAH! 

Aku nak cerita mengenai kejadian semalam yang menjadi topik hangat selurh negara dan juga mungkin seluruh dunia. Perhimpunan BERSIH yang diharamkan oleh kebanyakan pihak yang menyokong Kerajaan. YDP Agong dah mengharamkan perhimpunan jalanan tapi semalam ia bertukar kepada perhimpunan haram. Lokasi yang dirancang iaitu di Stadium Merdeka, ada perhimunan ke di situ?rasanya di pusat bandar KL sahaja.
Kalau cakap mengenai perhimpunan haram/jalanan ataupun demonstrasi yang menjatuhkan maruah negara, memang aku tak sokong. Gunalah saluran yang betul untuk menyuarakan pendapat. Untuk Perhimpunan BERSIH ni, aku tak sokong siapa-siapa tapi aku sokong pada mereka yang menegakkan kebenaran. Aku dah baca artikel dari mereka yang menyokong bersih dan juga mereka yang menyokong pihak keselamatan. 

Tak mahu cakap panjang, jom baca cerita sini untuk menilai mana satu yang betul:

ULASAN SITUASI SEBENAR PERHIMPUNAN BERSIH 2.0
 
IN PICTURES: PROTESTS SUPPRESSED IN MALAYSIA
 
LAYANAN POLIS DI PULAPOL
 
BERSIH 2.0: KEBENARAN SENTIASA ATASI KEKEJAMAN 

HISHAM: BERSIH 2.0 TAK HORMAT TITAH AGONG  
 
TV3 KENA 'BOO..'
 
Ini adalah pandangan dari aku setelah menonton Buletin Utama TV3, akhbar Utusan Malaysia 11 Julai 2011, laman web malaysiakini dan juga pendapat daripada beberapa blogger. Dan semalam semua yang rewang di rumah aku memperkatakan topik hangat ni. Mereka teringat kejadian rusuhan kaum yang telah berlaku dahulu. Dan sehingga lewat malam sebelum dan selepas majlis tahlil pun ramai yang masih memperkatakannya. Kiranya, ada juga perhimpunan di rumah aku tapi secara halal walaupun tak ada permit (^__^) 
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H


4 Readers:

{ yaya_flanella } at: 10 July 2011 at 17:37 said...

it should be maktab pdrm cheras. tp kat pulapol pun ada jugak. thanks for sharing. saya tak backup mana2 okay :)

{ ZWAN SABRI } at: 10 July 2011 at 19:03 said...

For me, aku bangkang cara ni.. klaw nak tegakkan kebenaran, maybe boleh guna cara lain. bukan dengan cara nii.. HUHU

MySuaraBlog: Jom Tidur Sebelum Pukul 1 Pagi

{ linda a.k.a ibusumaiyah } at: 11 July 2011 at 07:49 said...

hehe..perhimpunan HALAL di rumah banyak kebaikannyer tu....:)

mesti putih kuali periuk sumer tu kan ..

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 11 July 2011 at 09:34 said...

yaya: owh yg saya tahu just pulapol je..hehe.. saya bace dr blog kamu la..then buat saya trpikir 2 3 kali..tgh pikir mane 1 btol n mne 1 salah

zwan: tp ramai yg suke mcm ni..bru la menunjukkn ramai yg sokong..kalau sorg2 tu brbntuk peribadi namanya..huhu

linda: memg bnyk kebaikn..best kot! kuali smua tu dh siap cuci dh.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean