header

header
hairie

Contest Hantaran Idaman

| Thursday, 28 July 2011
Assalamualaikum kawan-kawan blogger, jalan-jalan blog ayie-fikri tadi ternampak contest ini. Contest ini anjuran Cik Syafrina berkenaan dengan gambar hantaran yang menarik dan kita suka.

Anda nak sertai sekali?jom klik pautan di bawah ini:
 

Di sebelah ini adalah gambar yang aku pertaruhkan iaitu gambar aku sendiri. 

Kenapa aku suka foto ini?Tentunya aku yang buat hantaran ini dengan menggunakan air tangan aku sendiri. Foto di sebelah ini adalah semasa aku dan juga rombongan pihak lelaki untuk ke majlis pernikahan abang aku dan aku dengan rela hati bersedia untuk membuat hantaran yang berupa manisan iaitu dodol buatan bapak aku sendiri yang aku gubah menjadi sebuah hantaran yang menyerupai 101 Taipiei iaitu menara tertinggi di Taiwan. Aku cuba buat sekreatif yang mungkin dan hasilnya amat berpuas hati. Kalau korang semua nak tahu, hantaran ini adalah yang paling berat dan aku sahaja yang boleh membawanya, nanti kalau bagi orang lain bawa takut terjatuh pula!

Idea untuk hantaran ini aku yang cetuskan sendiri dan agak lama juga aku nak siapkan hantaran tersebut. Esok petang nak nikah barulah malam ni aku gigih siapkan hantaran ini.

Foto di atas ini adalah keseluruhan hantaran daripada pihak lelaki. Nampak menara dodol yang tersergam indah di tepi tu? (^___^)

Gambar-gambar di atas aku ambil daripada entri aku sendiri:
 
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

5 Readers:

{ Norhisham Nordin } at: 28 July 2011 at 10:22 said...

fuiyyyooo... ada bakat menggubah jugak ehh... terbaik laa bro..!!!

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 28 July 2011 at 11:13 said...

haha..sikit2 boleh la... hehehe thanks!!

{ anisyafrina } at: 29 July 2011 at 10:49 said...

menara dodol... wah! idea bagus ni.. tak terpikir lak.. kreatif2...

*tQ joint n gud luck ye ^__^

{ iena_mieyna ^^ } at: 30 July 2011 at 20:25 said...

sedapnya dodol... T.T waaa.... lama gila x mkn dodol... teringin pulakk... pepun, unik lah hantaran tu...menara dodol..comel..hehe.. :)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 31 July 2011 at 23:53 said...

Anis: same2 hehe

Iena: haha nnt raye dtg umah saya dpt mkn..hehe ..thanks!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean