header

header
hairie

Datuk Siti Nurhaliza Sambung Belajar di UiTM?

| Monday, 11 July 2011
Dah sertai aku punya 1st Giveaway?jom klik SINI Banyak hadiah menarik menanti anda dan dah ramai yang menyertainya. Jom sama-sama memeriahkan lagi GA ini (^__^)

Assalamualaikum kawan-kawan blogger,  pagi Isnin ini aku nak kongsi dengan korang semua mengenai cerita penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza Bte Tarudin. BEliau nak sambung belajar di UiTM dalam bidang muzik. Alhamdulillah, ada juga artis popular & hebat kita yang masih ingin menimba ilmu walaupun bermula dari peringkat bawah. 

Rasa bangga pula bila Datuk Siti nak sambung belajar di UiTM sebab aku pun pelajar UiTM juga tapi yang pasti Datuk Siti bukan belajar di UiTM Shah Alam, mungkin di Puncak Perdana ataupun Puncak Alam sebab kampus induk mana ada kursus dalam bidang muzik. Apa pun aku tumpang baggalah sebab Datuk Siti pilih UiTM, sangat-sangat Dihatiku (^__^) 

Kenapa Datuk Siti nak sambung belajar?berdasarkan sumber, memang dah lama Datuk Siti nak sambung belajar selepas tamat SPM tapi masa itu beliau membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya sebagai penyanyi. Mungkin pada masa tu beliau rasa tanggungjawab pada keluarga lebih penting dan menyanyi merupakan salah satu cara nak ubah nasib keluarga dan ternyata sekarang beliau berada di kedudukan yang selesa. Alhamdulillah, TAHNIAH! 

Selama 10 tahun beliau simpan impian untuk sambung belajar. Menurut apa yang aku baca, sebenarnya Datuk Siti menyanyi melalui hati dan memang tak pandai baca nota muzik (aku pun tak reti) dan sebab itulah beliau nak sambung belajar dan dapat ilmu mengenai nota muzik yang aku rasa agak rumit. Krocet je yang aku ingat (^__^) 

Agak-agaklah, macam mana agaknya keadaan  kampus semasa Datuk Siti belajar. Meriah?sentiasa dikejar peminat. Ataupun ramai yang nak duduk di sebelah Datuk Siti semasa kuliah?siapa yang tak nak?kalau aku pun nak.. 

Dan adakah Datuk Siti akan tinggal di kolej kediaman atau rumah sewa?ataupun dapat rumah baru atas pemberian suami. Kalau Datuk Siti duduk kolej, mesti hari-hari kena serbu peminat
Kita doakan sahaja semoga Datuk Siti berjaya capai impian untuk pegang Diploma/Sarjana Muda UiTM. Semoga berjaya (^__^) 

Sumber artikel:
THE MALAYSIAN INSIDER

KOSMO! ONLINE
 
GUA.COM.MY
 
Sumber foto: Google.com

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

15 Readers:

{ aslann } at: 11 July 2011 at 09:07 said...

kemainnn ko krocet...aku pun xtau amnde krocet tu..haha..untunglaaaaa..siti kt uitm...untunglaaaaa.....

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 11 July 2011 at 09:32 said...

haha...tah pebende lg aku pn x ingt dh..tp siti bukn kt fakulti aku okay..hahaha

{ Dhiya Fariza } at: 11 July 2011 at 09:51 said...

mesti dia duduk shah alam area2 sek7/9/11 persiaran kayangan ke hehehe boleh serbu.

{ man yusoef } at: 11 July 2011 at 09:59 said...

tak kan lah dia duk kolej..gila ke ko..haha..dia buat part time kot...

{ HAZWANmohd } at: 11 July 2011 at 11:03 said...

phewww~! nak sambung gak ni same kelas ley?
cop duk sebelah siti je! haha

{ laskar pelangi } at: 11 July 2011 at 13:15 said...

best wooo sape sekelas nanti ;D

{ ZWAN SABRI } at: 11 July 2011 at 14:21 said...

Memang sokong sangat niat Siti untuk sambung study kat UiTM.. Cyalah Siti.. ;)

MySuaraBlog: Lelaki, Jom Kita Bersosial

{ linda a.k.a ibusumaiyah } at: 11 July 2011 at 14:41 said...

hehe..kite yang kat uitm shah alam pun tak tahu hal ni...;)...tapi kalau masuk...maybe kat puncak perdana lah tu.....atau...INTEC...;)

mmm...tapi kan...kalau tak keberatan..mungkin leh study kat oversea kot...kat sini kang sian dia..nak belajar tak leh...asyik kena kejar ngan peminat jer....

hehe...tapi kalau pilih uitm gak...apelah salah nyer...pucuk di cita ulam mendatang...:)

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 11 July 2011 at 15:35 said...

dhiya: haha.. tah2 dok area2 banglo khir toyo...hehe

Man: haha.mne tau die amik spnuh masa n dpt kolej..haha ..mane tau! haha

Wan: nk amik muzik jgk ke?haha

Laskar pelangi: haha.mst bangge tp lame2 nnt dh biase ..kn..

Zwan: yess! biar berilmu sikit artis2 kite ni..

Linda: INTEC x mungkin kot..sbb tu tmpt utk mereka pg oversea..huhu. mybe siti buat part timr je..ujung2 minggu..hehe

{ Muhammad Afiq Abdul Rashid } at: 11 July 2011 at 18:34 said...

mehlah sambung kat PUNCAK ALAM siti !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!oh yeahhhhhhhhhhhhh!!!!

{ Mah@mahu } at: 12 July 2011 at 09:27 said...

Bagus lah Ct buat mcm tu demi masa depan yg lebih cemerlang maklumlah dah makin senang sekrang kena makin bijak takut kena tipu nanti..

{ reza al-razi } at: 13 July 2011 at 02:05 said...

huhu.. mcam klakar plak Dato' Siti duk kolej.. untung la roomate dia.. haha..

{ meaw } at: 13 July 2011 at 14:04 said...

puncak alam ada ke kos muzik ?kalau ada... wahhh,memang leh serbu ni,sebab dkt ngn umah,haha!

{ Bitt (double IS) } at: 3 December 2011 at 23:09 said...

susah nanti dia nak focus...asik kena kejar dgn peminat jek..huhuhuhu

{ Hazrulicious } at: 14 March 2012 at 11:53 said...

Siti study kat (INTEC) UiTM Seksyen 17 kot. Sebab kat sini ada Fakulti Muzik selain Fakulti Pendidikan dan INTEC. Kalaulah betul, wah, boleh jumpa Siti lah aku~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean