header

header
hairie

FLORIA 2011 PUTRAJAYA: Ros Untuk Selamanya

| Wednesday, 20 July 2011
Assalamuaalikum kawan-kawan blogger, aku nak kongsi dengan korang semua sekitar Floria 2011 yang berlangsung di Persisiran Tasik, Presint 2. 

Bertemakan “Ros Untuk Selamanya”, FLORIA 2011 akan mempertontonkan koleksi terbesar ros yang pernah dipamerkan di Malaysia dalam suasana taman. 
Focalization. Foto-foto yang aku muatnaik dalam entri ini adalah foto yang belum lagi di'edit' jadi silalah percaya dengan sepenuh hati.

Gaya ala-ala Taman Inggeris yang bukan kegemaran aku.

Lokasi menarik untuk mereka yang menginginkan suasana fotografi dalam taman. Inilah di antara lokasinya.

Ingat ye, anda jalan-jalan sini bukan untuk jalan-jalan tangkap gambar sahaja. Silalah rajin-rajin tengok tag-tag nama bagi setiap pokok tu. Amat berguna untuk semua (^__^)


Rombongan pelajar sekolah. Teringat zaman sekolah dulu, nak pergi rombongan pun kena pakai pakaian seragam sekolah juga.

Kalau tahun lepas iaitu semasa Floria 2010, logo 1Malaysia ni bersaiz besar dan menggunakan bunga kekwa yang nampak unik. Tapi kali ini, ianya hanyalah struktur yang diperbuat daripada kayu dan biasa sahaja. Dan tiba-tiba ada water fountain di hadapan arca 1Malaysia tu. Ganggu tak?

Saiz bunga daripada spesis Hydrangae ini adalah sebesar tapak tangan aku. Nampak cantik apabila hidup subur dan bunganya lebat. Menarik bukan.

Ini rekabentuk landskap daripada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Menarik dan lebih tersusun. Hampir sempurna dengan rekabentuk tahun lepas (Floria 2010). 


Menarik bukan shelter(gazebo) yang dihasilkan oleh Kementerian ini. Suka tengok rekabentuk shelter ini yang nampak moden dan ringkas tapi menarik.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa menarik perhatian pengunjung pada kawasan pintu masuknya (^__^) 



 Strawberi DBKL yang dah layu dan kering.


 Lampu taman gaya Inggeris



Terasa cantik pemandnagan Putrajaya daripada sungai ini


Landskap Malaysia yang dinaungi  oleh  Isteri Bekas Perdana Menteri iaitu Tun Jeanne Abdullah dan juga tempat kawan aku, Zulkarnain Omar bekerja/membina kerjaya.

Sangat sempoi taman milik Landskap Malaysia ini. Walaupun lari daripada warna warni bunga hiasan, tapi sebenarnya suasana macam inilah yang lebih memberi ketenangan. Tapi memang pihak Landskap Malaysia nak promosikan hutan tropika Malaysia pun. Sangat tenang berada di sini.

Cuaca pagi Ahad tu memang menarik sebab langit biru kelihatan dengan hebatnya beserta kepulan awan yang sangat cantik. Walaupun panas ia tetap tak menghalang aku untuk berjalan suka hati HAHA..

Bayangkan, cuaca panas terik macam biasalah di Putrajaya kan. Bunga-bunga tu pula berusaha untuk hidup subur dan mempertahankan kesuburan masing-masing dalam suasana yang panas. Kesian ros-ros yang dah mekar cantik pada hari pertama dah semakin layu atau dengan kata lain, mati kekeringan. Kebanyakan yang mati kita boleh nampak pada taman-taman sekolah. Yang jabatan kerajaan dan agensi masih subur sebab mereka sentiasa siram dengan air.




Aku rasa tahun ni Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor buat rekabentuk landskap agak serabut. Tak secantik tahun lepas yang menang tempat pertama kategori agensi kerajaan.


Elemen air yang agak menarik tapi kurang menyerlah.

Pintu masuk taman milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang sangat menarik dan unik! Kenapa kucing?kucing itu adalah maskot bagi negeri Pulau Pinang.

Teringat rekabentuk dari UTM tahun lepas. Guna cermin juga macam ni. Siapa tiru siapa ni?

Tahun lepas UiTM guna botol, tahun ini UPM pula guna botol (^__^)

Kolej Risda, Melaka memperolehi anugerah perak (tempat kedua) bagi kategori universiti/IPTA.

Menarik bukan dan aku tak ingat siapa yang buat rekabentuk ini.

Kemenangan Akademi Binaan Malaysia (Selangor) di tempat pertama dipertikaikan UiTM. Semua keputusan adalah di tangan juri. Aku rasa ABM menang sebab dia gantung 'love' di pintu masuk. Ros Untuk Selamanya (^___^)

Kedudukan ketiga (Anugerah Gangsa) dimenangi oleh UPSI! tak pernah-pernah UPSI sertai Floria tiba-tiba sahaja menang.

Inilah hasil rekabentuk daripada UiTM. Agak menarik sebenarnya kerana jika diperhatikan betul-betul, taman ini berbentuk bunga ros merah dan dizahirkan melalui kain-kain merah tersebut.

Kolej Komuniti Masjid Tanah

Bazar yang kebanyakannya menjual orkid dan bukan ros. Kata tema ros, kenapa tak jual ros cik kak oii!

Taman Antarabangsa: Negara Jepun. Menarik bukan?jelas dengan identiti taman mereka.

United Kingdom

Amerika Syarikat

Permaidani yang banyak kumbang

Hebatnya alam ciptaan Allah SWT

Serabut ke cantik?



Pakistan. Nampak kan identitinya iaitu permaidani


Kenya wakil dari benua Afrika


Indonesia


Menara Floria yang menarik!


Taman Korporat: kalau tak silap taman ini milik Perbadanan Putrajaya juga.


Taman milik Kementerian Pelancongan Malaysia yang luas dan menarikserta sangat santai suasananya.

Itulah sedikit bingkisan tentang suasana Floria 2011 pada hari-hari terakhir pameran tersebut. Memang menarik bila pergi bersendirian. Hasilnya, gambar sendiri pun tak ada kan (^__^) 

Tapi tak apa, yang penting aku dah sampai sini dan dah merasai kemeriahan dan juga warna warni Floria yang dikatakan bertaraf antarabangsa ni. 


Lepas ni kan kalau boleh, tema ataupun bunga rasmi yang digunakan untuk festival ini mestilah sesuai dengan iklim Putrajaya yang tak berapa nak sejuk macam Genting Highlands tu. Ros tak berapa sesuai sebab tempoh mekarnya yang singkat dan kalau nak lama pun kena disiram hari-hari. Yang dalam Pavilion semuanya okay masih ada warna tapi sedikit kering. Tapi yang di bahagian luar memang kebanyakannya layu dan hampir mati. Tapi kalau koran gsemua nak hasil foto yang menarik, datanglah awal pagi sebab waktu tu bunga baru sahaja disiram dan nampak segar walaupun dah nak mati. (^__^)

S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

5 Readers:

{ CikHanis } at: 20 July 2011 at 10:12 said...

kalau aku da mseti pix ko n ak da byk kn.tp pix ak lg byk la.HAHA

{ mr.F } at: 20 July 2011 at 10:49 said...

kery...anggur layu? anggur ? anggur? anggur?....hehhehe anggur? anggur?

{ Mohd Khairi Khadzir } at: 20 July 2011 at 10:54 said...

Anis: haha.. sbb ko mne suke pgg kamera aku..sbb tu la gmbo ko bnyk..hahaha

Mr. F: aku dh tukar dh..hahaha thanks ingtkn aku wey! hahaha

{ BRO_MONDAY } at: 20 July 2011 at 11:45 said...

hairie : salam pekenalan geng!! ai datam dari blog ayie-fikri ('',) wah!! gambar ni sume lawa²...ai pergi pesta ni waktu malam ari selasa aritu...

{ tiefazatie } at: 20 July 2011 at 16:39 said...

wah..cantik2..hee

ifa dtg cek dh folo awk nie..
join ga andyhowtt..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean