header

header
hairie

ISU PANAS! Perhimpunan Bersih

| Thursday, 7 July 2011
 BELUM SERTAI LAGI?JOM KLIK PADA BANNER

Assalamualaikum kawan-kawan blogger, pagi ni nak kongsi dengan korang semua mengenai isu paling mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia dan juga negara-negara jiran. PERHIMPUNAN BERSIH?untuk apa?apa yang aku faham, pertubuhan Bersih ini nak menuntut sebuah pilihanraya yang telus dan suci. Kalau tak silap ada 17 tuntutan dan kebanyakan tuntutan yang dibuat telah dilaksanakan oleh pihak SPR sebelum tuntutan dibuat. Maknanya SPR dah buat apa yang patut tapi pihak Bersih yang kononnya nak suruh SPR buat pembaikan. Entah!

9 Julai ni memang dirancang akan diadakan perhimpunan Bersih (haram ok) tapi setelah ketua negara iaitu YDPA Tuanku Mizan mengeluarkan perutusah khas supaya perhimpunan jalanan tersebut dibatalkan, pihak Bersih yang diketuai oleh Puan Ambiga (cantik juga beliau ni) telah menangguhkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan tersebut. Kemudian, pihak kerajaan Malaysia yang diketuai oleh PM Datuk Seri Najib menawarkan stadium untuk mereka mengadakan perhimpunan secara aman tanpa ada pergaduhan dan jerit-jerit tak tentu pasal. Tak lama tu, Menteri Besar Selangor pula menawarkan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan. Tapi sebenarnya perhimpunan tu nak buat di Stadium Merdeka. Dan akhbar Utusan hari ini menyatakan:

Anda dah lihat betapa serabutnya kepala pemimpin-pemimpin kita disebabkan benda ini sahaja. Kenapa tak si Ambiga berjumpa dengan Perdana Menteri dan juga Pengerusi SPR sahaja di dalam pejabat dan selesaikan isu yang berkaitan. Itu kan lebih mudah dan jimat kos. Tak payah nak buat tshirt kuning tu banyak-banyak (aku buat tshirt giveaway aku 3 helai pun dah mahal). Banyak kesan buruk apabila pehimpunan jalanan dilakukan dan ramai yang mengaitkan kejadian ini dengan kejadian rusuhan kaum 13 Mei 1969. Menakutkan bukan.

Yang aku pelik lagi ni, pihak yang sokong kerajaan pun ada yang nak buat perhimpunan sebagai membalas! aku rasa tak perlulah buat semua tu. KAn dah menyusahkan diri. Bila YDPA dah keluarkan perutusan khas, barulah nak hentikan hasrat itu tapi kan bila PM Datuk Seri Najib tawarkan stadium, mereka nak buat pula! 

Kan senang kalau pihak YDPA & Raja-raja Melayu bersatu padu mengeluarkan kenyataan yang sebarang perhimpunan ini HARAM ealaupun diadakan di stadium. Juga, pihak Kerajaan Malaysia sama-sama tidak menyokong dan tidak memberi peluang untuk mengadakan perhimpunan yang ala-ala menggulingkan kerajaan.

Aku tak nak nama Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang terancam keselamatannya yang disebabkan oleh rakyatnya sendiri. Malu kot! kan kita dah dikenali dengan sebuah negara yang berbilang kaum dan rakyatnya hidup bersatu padu. Tolonglah, janganlah malukan Malaysia. Kepada Puan Ambiga yang bagi kau memang cantik, silalah jumpa face to face dengan Pengerusi SPR dan juga PM Najib dan bawalah 2 orang penyokong anda. Tak payahlah susahkan diri nak kumpul penyokong. PENAT KOT!! 

FIKIRKANLAH...
S E K I A N   T E R I M A   K A S I H

1 Readers:

Anonymous at: 7 July 2011 at 09:02 said...

terpikir jugak...
nak hantar memorandum perlu sampai nak berhimpun?
sorg dua pun boleh hantar kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

GengCyber.com

Apesal.com

 

Copyright © 2010 HAIRIEcerulean